25 Oktober 2019

So'dul Jabal PPIM

Alhamdulillah.

Program So'dul Jabal ppim berjalan lancar. Semua penyelaras program akan rasa debaran apabila program sedang dijalankan. Kelemahan dan kekuatan menjadi sandaran. Sikap profesional pentadbir perlu diambil kira.

Pagi-pagi lagi, bos dah mesej untuk batalkan program ini. Alasan hujan. Sopan sangat penyelaras program. Tabik! Orang muda hormat orang tua!

'Jungle Tracking' tidaklah mencabar bagi 'orang ada-ada'. Bagi aku yang biasa ini, sedikit mencabar. Dengupan jantung berdetak kuat apabila berjalan secara menaik. Apabila kedudukan mendatar dan menurun, jantung kembali seperti biasa. Adakah aku ada sakit jantung?

Seterusnya aktiviti 'kocak air'. Apakah aktiviti ini? kali pertama aku dengar dan aku tidak faham aktiviti ini. Pada awalnya aku menolak pelawaan untuk terlibat dalam aktiviti ini. Akhirnya, aku masuk dalam lumpur yang berbau ini. Antara objektif aktiviti ini, untuk melihat kumpulan yang bekerjasama. Untuk melihat peranan ketua dan anak buahnya sama ada banyak bercakap atau banyak bertindak.

66 ekor ikan keli telah dilepaskan dalam satu kolam selut yang sederhana besar. Ikan ini telah dibuang sengatnya. Hanya 1/3 ikan sahaja yang berjaya ditangkap semula. Jadi, adakah objektif berjaya? Mereka dikenakan denda. Angkat tangan, turun tangan ke dalam air, ambil selut, lumurkan ke muka seperti pakai 'mask'.

'Masker' ini adalah penjagaan kulit secara semulajadi. Penghalang nyamuk dan pepijat. Banyak lagi. Peserta kelihatan 'kekok' untuk membuat 'masker' sendiri. Bising. Sama ketika nak tangkap keli. Duduk, rasa, licin, jerit!

Hanya 2 guru masuk bersama peserta. Aku sendiri gagal dapat keli. Bagi peserta pula, ada seperti main pesta air. Ada yang tangkap guna tudung. Ada yang masuk dalam tudung. Macam-macam gaya ada. Entah apa yang mereka fikirkan sehingga aktiviti ini mengambil masa yang lama.

Selesai 'kocak air' merrka teruskan laluan 'jungle tracking' hingga ke pusat ko.

Mandi pula jadi masalah. Ada anak berudu dalam kolah! hahaha^^

Inilah yang pernah berlaku kepadaku dahulu. Ketika itu aku datang sebagai guru pengiring. Program Ihya' Ramadhan. Aku rasa paling malang ketika itu. Asalnya ramai guru pengiring. Yang tidur dan menginap bersama peserta adalah 3 orang. Seorang ustaz dan 2 orang guru perempuan termasuk aku. Antara aku berdua, hanya aku ada suara. Tiada tentatif, tiada perbincangan, tiada hala tuju asalkan program jalan. Aku dah berjanji pada diri bahawa aku tidak akan terlibat lagi dalam program gila ini walaupun bos tempat itu minta maaf.

Kembali kepada kes mandi tadi. Mereka terpaksa mandi di belakang surau. Tandas surau termasuk tandas lelaki. Kami hanya peserta perempuan. Kan ppim. Pergerakan Puteri Islam. Lebih 20 minit dari arahan yang dikeluarkan. Pukul 12.30 tengahari, baru ke Jeram Te*****. Hari jumaat pula. Pemandu bas kami bukan muslim. Seorang penganut kristian dan seorang lagi penganut hindu.

Yang menghairankan aku, ada suami seorang guru ini masih di Jeram walaupun waktu jumaat telah masuk. Solat jumaat wajib untuk lelaki dewasa. Rasa nak bising tetapi imanku senipis bawang. Huhuhu...

Perjalanan ke Jeram 15 minit dengan menaiki bas. Malangnya, bas tidak dapat masuk ke dalam kerana jalan kelihatan sempit. Berjalan kaki bersama peserta ke Jeram mengambil masa 15 minit. Keadaan kasutku yang basah dan tanpa stokin menyakitkan kaki. Ketika saat menulis ini, ibu jari kaki terasa sakit. Rupanya kasut 'spare' tidak dibawa ke sini.

Aktiviti tidak dapat dijalankan kerana guru sendiri penat. Jadi hanya makan-makan dan santai. Makan nasi ayam, sandwish dan spageti.

Seterusnya, lawatan ke makam Tuan Tulis. 7.00 malam, kami sampai ke sekolah.

Aku tidak setuju berkaitan membawa gajet. Semua leka selfie. Aktiviti jadi 'lemau' dengan tidak dibenarkan membuat hukuman menjadi perisa. Malas untuk aku buat program jika hal ini masih berlaku. Fokus hilang! Objektif ke laut! Aktiviti sia-sia.

Apa pun, semua peserta dan guru selamat pergi dan pulang. Tahniah kepada semua guru terutama penyelaras program!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...