28 Disember 2019

Tidur lewat

Lama berzikir. Mata tertutup rapat sambil mulut berkumat kamit melafazkan zikir. 

" Kak, lambat lagi ke orang azan," kata adik sambil tengok jam. 

Kakak kehairanan. Bukankah adik telah solat subuh?

"Hei!!! dah nak pukul 7.00 pagi. 10 minit lagi. Mana ada orang azan lagi!" Jerit Kakak. 

"Eh...bukankah baru nak pukul 6 pagi," cepat-cepat adik solat subuh. 

Selesai solat subuh. Kakak datang.

"Tadi aku dah kejutkan kau pukul 5.00. Bila kau dah sedar, aku tinggallah," terang kakak.

" La...ye ke? Ambe tak sedar pun," ujar adik.

"Nasib kau tanya. Kalau tak memang dah habis waktu," ujar Kakak.

Pesanan: Jangan tidur lambat sangat. Bila dikejut waktu subuh, terus bangun. Jangan tidur semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Zioni5 dan Falestin

Hangat diperkatakan tentang pelayaran Sumud Flotilla. Pelayaran membawa bantuan yang membawa bersama risiko kematian mencetuskan fenomena ke...