Kali pertama, ketika TM meletak jawatan sebelum TA ambil alih. Kemudian ditukarkan kepada N.
Ketika Pru14, aku menyaksikan drama kali kedua. Video merayu supaya jatuhkan N. TM jadi PM semula.
Belum sampai 22 bulan memerintah, drama ketiga menjelma. Letak jawatan! Agung lantik jadi PM sementara. Kononnya disangka Agung akan lantik beliau semula. Malangnya, TMY yang dilantik.
TMY dilantik dalam keadaan mengejut. Kemudian negara dilanda Covid-19. Padahal Covid-19 telah wujud ketika pemerintahan TM dalam PH. Apabila dinasihatkan sekat kemasukan pelancong China, konon masih boleh dikawal. Pemerintahan TMY lah yang cuba baiki kelemahan dan ketelanjuran kerajaan terdahulu.
Langkah yang baik dibuat TMY pada kaca mata diriku:
1. Lantik menteri yang berkelayakan bagi bidangnya. Walaupun ada beberapa orang yang aku tidak setuju kerana ada kontroversi sebelum ini. Namanya belum bersih bagiku. Kelemahan tetap ada kerana tiada manusia yang sempurna dan tiada dosa kecuali Nabi Muhammad.
2. Mengawal atau menyekat kemasukan pelancong dari China. Ini aku kurang pasti. Aku perlukan sumber yang kuat.
3. Perkenalkan PKP bermula 18/3/2020- 31/3/2020. Sekarang ditambah lagi 2 minggu. Ia akan berakhir hingga 14/4/2020. Ia terakluk kepada perubahan.
STAY AT HOME!
Ikutlah arahan pemimpin supaya penularan covid-19 dapat diputuskan rangkaiannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan