19 Ogos 2020

Peluang Cuti

Alhamdulillah.
Dikurniakan kebenaran bercuti adalah satu nikmat. Nikmat bersama keluarga. Adakah ini petunjuk bahawa aku akan bercuti lama lagi? Wallahu a'lam.

Cuti kali ini meraikan adik pengantin baru 15/8/2020 . Musim ini masih lagi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Pasca Covid-19. Jemputan tidak seramai sebelum ini kerana banyak SOP penjarakan fizikal perlu diambil kira. Majlis ini tetap meriah dengan kehadiran tetamu.

Hari ini, aku telah mulai sakit kepala. Terasa pusing dunia ini. Entah kenapa. Moga aku masih boleh bertahan. Aku gagahkan diri untuk tulis walaupun terasa pendek.

Hari ini juga peserta e-kalimatussobah bagi Aktiviti Adab dan Nilai Secara Atas Talian membuat rakaman semula setelah memenangi kategori ini peringkat daerah. Tahniah! Tahniah! Tahniah.

Tiada perancangan untuk hantar peserta bagi acara ini. Sebelum ini, DUA guru telah hadir untuk mendapat taklimat berkaitan program ini. Seperti biasa, kategori khat, hafazan dan tilawah yang akan dihantar. Masih tiada perancangan hantar peserta e-kalimatussobah. 

5/8/2020(rabu) aku sendiri telah menghadiri Sesi Muzakarah Hakim Peringkat Daerah. Aku merupakan hakim bagi kategori sekolah rendah. Aku telah bersembang dengan rakan seguru dari sekolah menengah yang sama denganku, dan beliau mendesakku hantar wakil untuk kategori e-kalimatussobah. Beliau menunjukkan tajuk dan syarat pertandingan. Apabila tengok tajuk, aku rasa sangat senang. Tapi aku perlu sokongan rakan-rakan dari guru agama sekolahku.

Malam itu, aku cuba bincang dalam group wasup. Aku minta pertolongan guru interim untuk olah isi insya' yang aku telah berikan. Pada awalnya, aku dah terasa tiada sokongan. Alhamdulillah, Allah ilhamkan kepada seorang guru interim ini untuk olah semula isi kandungan itu.

Dalam masa yang sama aku wasup anak muridku. Aku percayakan dia. Dia masih di tingakatan 4 tetapi dia banyak menunjukkan kesungguhannya tanpa pengaruh kawan. Ya. Pengawas. Aku guru pengawas. Sejak di tingkatan 1 hingga tingkatan 3 aku telah lihat kemampuannya.

Hari khamis malam aku beri skrip, hari jumaat aku dengar bacaannya. Ketika dengar bacaannya, aku hanya berserah dan tidak mendesaknya. Hanya bagi galakan dan perbetulkan kesilapan baris. Aku sangat berharap dia hafal skrip dan akan buat rakaman hari isnin akan datang. Hanya sabtu dan ahad, masa dia hafal. 2 hari sahaja. 

Hari isnin, pada awal pagi aku telah panggil dia untuk sesi rakaman. Berulangkali cuba, masih gagap. Masih tersangkut. Masih ada suara bising masuk. Guru Bahasa Inggeris cadangkan buat rakaman dalam bilik guru kaunselor sekolah. Aku mohon kebenaran beliau. Alhamdulillah, beliau sangat baik dan benarkan kami guna biliknya. Syukran Cikgu J dan Teacher S. Moga Allah bagi ganjaran yang baik untuk kalian. 

13/8/2020 pihak PPD wasup aku dan memaklumkan bahawa peserta e-kalimatussobah aku terpilih ke peringkat negeri dan pihak PPD akan beri bantuan untuk rakaman semula. Apabila ditanya siapa Personal In Charge (PIC) yang perlu diletakkan, aku berikan nama ustazah N sebagai pengurus pertandingan kali ini . Ustaz PPD ucap tahniah atas skrip yang mantap. 

18/8/2020 Aku telah buat panggilan kepada peserta itu dan dia sangat terkejut. Dia sangka 27/8/2020. Aku bagi sokongan dan minta dia buat latihan bersama Ustaz H. Alhamdulillah. Sokongan banyak pihak, membuahkan hasil. Yang negatif, kita tolak tepi. Tanpa sokongan rakan lain, pelajar ini tetap di sekolah dan.tiada penyertaan. Siapa sangka keputusan di saat akhir, boleh bawa ke peringkat negeri. Itu berkat kesungguhan peserta itu sendiri.

Hari ini 19/8/2020, sesi rakaman telah selesai. Alhamdulillah. Allah bantu hambaNya yang berserah diri kepadaNya. 

Ini bukan lagi coretan pendek malah catatan panjang apabila jari ralit menekan. Itulah curahan idea yang tak pernah habis.

25/8/2020, Insya Allah aku kembali ke sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...