06 Ogos 2020

Temujanji Medical Checkup

8.00 pagi dah terpacak di tempat letak kereta Klinik Kesihatan. Hajatnya biar cepat sampai, cepat la boleh balik ke sekolah. Rupanya urusan medical checkup selesai pukul 12.00 tengahari. 

Bahagian pergigian, lambat untuk keselamatan bersama. Tukar sarung tangan. Lap atau sanitiz tombol pintu, tempat duduk dll. Cukup berhati-hati petugas kesihatan. 

Kita pakai mask atau pelitup muka satu sahaja, sedangkan mereka 2 pelitup muka. Cukup sabar. Suara memang perlu kuat terutama kepada warga emas yang kurang pendengaran. Bukan tanda marah.

Teruja tengok seorang nurse melayu, bertutur dalam bahasa cina. Bagi arahan dalam bahasa cina. Tak dapat pastikan dialek kantonis atau mandarin atau bla bla bla. 

Di bilik X-ray, tertinggal fail dalam bilik persalinan pakaian. Selesai urusan, baru cari semula. Alhamdulillah masih di tempat asal. 

Makmal urine test tak oerlu tunggu lama. Kemudian ke bilik rawatan untuk test mata. Bercermin mata dan tanpa cermin mata. Apabila tengok huruf dan nombor tanpa cermin mata, sebelah kanan tak nampak dan sebelah kiri nampak dua baris dari atas. Sejak di tingkatan 3, dah rabun. Umur 18 tahun, sepenuhnya bercermin mata kecuali di rumah. Rimas. 

Petugas kesihatan seolah-olah tak rehat langsung. Mereka tetap sabar melayan karenah pesakit. Ada 3 bilik pemeriksaan. Setiap bilik, ada 2 doktor yang berkongsi meja. Sangat berhati-hati menulis laporan kesihatan. Ada juga sesekali menjawab  telefon.

Kerja guru tidak seteruk kerja petugas kesihatan. Bersyukur apa yang di depan mata. Pandanglah orang lain lebih berjasa dari kita. Jawab soalan mereka dengan jujur. Tidak perlu reka cerita atau tambah cerita. Penambah perisa itu semakin merumitkan bukan membantu. 

#Kitajagakita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...