14 Februari 2021

Hilang Cara Berfikir dan Beradab

 Aku baru mula baca buku Ust Hasrizal. Buku beliau adalah buku sekunder dan aku tak nafikan untuk memahami buku primer adalah sukar apatah lagi buku itu bukan dalam bahasa ibunda kerana kebanyakannya dalam dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Tak dinafikan aku lebih faham BA dari BI. Walaupun sukar, aku tetap perlu teruskan kerja penyelidikan aku. Moga aku terus kuat dan kuat serta tidak dilupakan jangan ulangi perangai lama yang suka tidur. hohoho

Aku hidup dengan sia-sia apabila aku banyak habiskan dengan tidur, tengok drama, habiskan masa di FB dan IG. Aku tidak ada media sosial lain. Kadang aku perlu buka youtube untuk mencari adakah terdapat para asatizah yang mengajar kitab-kitab turath yang sukar untuk aku fahami istilah-istilahnya. Apa pun pencarian di internet perlu di susuli dengan pertanyaan kepada mana-mana guru walaupun secara online. Pendemik C19 membataskan kita mencari ilmu melalui guru secara bersemuka a.k.a F2F (sebelum ini aku pernah guna secara berdepan-kena kutuk "ayat apa la ni!")

Aku masuk balik cerita buku Ust Hasrizal. Ada yang mengatakan ust berfahaman liberal. Cara penulisan ust pula selari dengan kepala aku ini. Adakah aku sekular? Jika sebelum ini, seseorang copkan ust ini wahabi, mufti ini wahabi, bla..bla..bla. Aku baca dengan dengar kalam yang ust yang dimaksudkan. Ok je ceramahnya. Aku jadi wahabi ke? Ada sekali, geng yang dicop wahabi memetik kata-kata atau pendapat seseorang yang dikatakan wahabi di negara mereka. Hah! mungkin di sini lah puncanya. 

Buku 'Seni Berfikir Yang Hilang' adalah merujuk kepada buku Dr Yusuf al-Qardawi iaitu Thaqafah al-Da'iyah. Ini buku usrah aku dahulu. Tapi aku tak boleh nak faham sangat dengan cara terjemahan melayu itu. Buku asalnya dalam BA, aku tidak ada. Lagi sukar kan. Garapan yang Ust Hasrizal nukilkan memang santai dan mudah difahami. Memang semua orang yang bergelar Islam adalah pendakwah. Tak kira berdakwah secara menulis, bercakap, akhlak dan banyak lagi. 

Begitu juga apabila sebut tentang pentadbiran beradab. Menurut Mohd Zaidi Ismail (t.th) dalam artikelnya 'Pentadbiran Beradan: Faham dan Rencana Dasar' menyatakan bahawa pentadbiran beradab merujuk keapda suatu gerak kerja ilmu dan amal yang menjurus keapda pencapaian sesuatu akibat yang terpuji berneracakan satu tatanan yang benar lagi adil. Antara syaratnya adalah mengenali dan mengakui bahawa pentadbiran itu memiliki 2 dimensi iaitu akli dan amali yang mana nampak berbeza sebenarnya ia bersatu. Kedua mengenali dan mengakui bahawa akibat-akibat itu selain bermacam-macam juga memiliki kedudukan yang berbeza-beza dalam satu tananan yang benar. Ketiga ialah mengenali dan mengakui bahawa sementara pentadbiran beraneka bentuk dan lapangan serta berbagai tingkat dan lapisannya, perhatian yang khusus perlu diberikan keapda punca semua itu dalam diri seseorang insan. Sejak dasawarsa kebelakangan ini istilah dalam pengurusan pentadbiran dibentuk oleh sarjana barat menyebabkan banyka istilah, fahaman konsep, kaedah danpendekatan berlatarbelakangkan persekitaran, pengalaman, pembawaan dan pandangan hidup mereka. Bahasa juga perlu diterjemahkan dengan adab selaras dengan kata " bahasa itu jiwa bangsa" dan ungkapan pujangga melayu "Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa".

Jika dibaca ulang-ulang kenyataan di atas ada sesuatu yang kurang difahami kan. Ini ayat yang aku salin terlebih dahulu dan perlu diperbaiki semula. Sukar juga memahami tulisan orang lain tanpa baca keseluruhan  artikelnya.


Kamus Dewan Edisi 4 Tahun 2015;

Tadbir: Urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat (kerajaan dll), tugas menguruskan sesuatu pemerintahan 

Tatanan : aturan, sistem, susunan, tatatertib

Dasawarsa: masa sepuluh tahun, dekat.


SUMBER:

1) Hasrizal Abdul Jamil. 2020. Seni Berfikir Yang Hilang. Selangor: Iman Publication.

2) Mohd Zaidi Ismail. t.th. Pentadbiran Beradab: Faham dan Rencana Dasar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...