27 Februari 2021

Makaddimah dalam Ilmu Mantik 1

 Ulum Aqliyyah terbahagi kepada empat iaitu Usul Fiqh, Ilmu Kalam, Ilmu Fiqh, Ilmu Mantik dan ilmu falsafah (umum). Ilmu ini dari akal manusia dengan pengetahuan sedia ada. Pengetahuan ini bermula lahirnya dan wujudnya manusia sejak nabi Adam a.s. Pengetahuan tersebut bersifat pasti dan daruriyyat serta ada dalam pemikiran setiap insan. Qawanin Aqliyyah (undang-undang akal) seperti qanun al-huwiyyah (paling utama) iaitu qanun zatiyyah. Alif wa alif. Setiap sesuatu yang maujudat, ada zatnya. A=A. Qanun al-Huwiyah adalah asas kepada semua pemikiran logik atau ilmu aqliyyah. Daripada sini, ia akan membuat kaedah pembuktian berdasarkan kewujudan sesuatu perkara, al-asya’ al-thabitah  atau hakikat al-thabitah (hakikat sesuatu itu adalah tetap, wujud) atau dipanggil qanun al-huwiyah. Contohnya air itu wujud dengan dapat dirasai dengan tangan, dengan minum. Hakikat thabitah supaya tidak mudah dipertikaikan oleh orang lain.

*Qawanin Al-Daruriyyat dalam ulum Aqliyyah. Pertama; Qanun al-Huwiyyah. Kedua;  Qanun  Illiyyah. Maksudnya setiap sebab ada musabab, setiap perkara ada puncanya. Qanun al-Huwiyyah adalah asas dan  Qanun Illiyyah adalah penguat kepada Qanun al-Huwiyyah. Setiap yang wujud mesti ada pencipta. Ketiga; Qanun al-Naqidan La Yajtamian iaitu suatu benda  yang bertentangan seperti hidup dan mati tidak akan bertentang. Qanun al-Naqidan La Yajtamian menguatkan lagi Qanun al-Illiyyah dan Qanun al-Huwiyyah. The Law of Identity. Qanun al-Naqidan La Yajtamian La Yartafi’an tiada pertentangan dan percanggahan dan tidak terangkat. Perbincangan dalam ilmu Mantik berkaitan dengan ‘akas, tadakhul, tabayun dll. 

MUKADDIMAH

Ilmu Mantik bukan dari produk akal orang Muslim (sudah wujud sebelum kerasulan) sebagaimana dalam Ilmu Hadis, al-Fiqh, Usul dan sebagainya dari ilmu-ilmu yang terhasil dari pemikiran Islam yang asal/sebenar (cth: ilmu faraid).( Ilmu mantik wujud apabila wujudnya manusia berdasarkan kemampuan akal manusia). Ilmu Mantik adalah ilmu yang asing dari sistem pengetahuan pemikiran Islam dan diambil dari peninggalan orang-orang Greek (Yunani) Klasik yang kembali kepada ahli falsafah terkenal Aristotle. Kemudian sampai kepada kita melalui aktiviti penterjemahan secara besar-besaran terhadap peninggalan Greek yang berkembang pada pemerintahan Khalifah Abbasiyyah al-Makmum (Anak kepada Khalifah Harun al-Rasyid) yang mana mengambil peranan mengusahakan pusat peradaban di Jundisabur (Bayt al-Hikmah) dan mengembalikan kepada kekuatannya selepas Kisra Anushiran yang memegang tampuk pemerintahan Sasania.

Selepas masuknya Ilmu Mantik ke dalam dunia Islam melalui pintu politik (atas dasar pemerintahan) ditukarkan menjadi Falsafah Islam bermula dengan al-Kindi, al-Farabi, Ibnu Sina. Kemudian pada kurun ke-5 hijrah, berlaku Islamisasi Ilmu Mantik yang disusun oleh Abi Hamid al-Ghazali. Islamisasi ini bukan bermaksud masuk perbahasan agama dalam Ilmu Mantik, tetapi membawa maksud membersihkan ilmu Mantik dari masalah yang bercanggah dengan agama Islam yang mana Imam al-Ghazali menolak ilmu falsafah Yunani yang bercanggah dengan falsafah Islam. Kemudian selepas itu, masuknya Ilmu Mantik dalam setiap bidang ilmu Islam pada awalnya dalam Sejarah Islam Klasik di tangan Imam al-Ghazali sendiri yang mana menyatakan dalam [1]mukaddimah Kitab “al-Mustasfa” bahawa “sesiapa yang tidak mendalami atau menguasai Ilmu Mantik, maka tidak terpakai ilmunya ”. Oleh itu apalikasi atau penggunaan Ilmu Mantik dalam semua ilmu-ilmu Islam dan dikuatkan oleh ulama’-ulama’ Islam yang menambah perbahasan Mantik yang tidak diketahui oleh orang Yunani dan bukan Parsi.

Kitab yang ada pada tangan pembaca bukan suatu pembaharuan kecuali dua kataegori;

  1. Mudah dan senang kerana kebiasaannya dalam uslub atau gaya bahasa kitab ini ada penjelasan bagi memudahkan kefahaman pembaca.
  2. Terkandung contoh-contoh baharu dan berkaitan dengan ilmu-ilmu moden berbanding contoh-contoh klasik yang memenuhi kitab mantik terdahulu dan mempunyai nilai yang lain (mampu beri kepada pembaca dalam pelbagai ilmu lain). Ia membolehkan pembaca menjadikan mantik sebagai alat dalam ilmu-ilmu lain bagi mengelakkan pembaca dalam pemikiran yang sempit.


[1] Kata Imam al-Ghazali “ilmu semuanya bermula dari ilmu mantik. Barangsiapa yang tidak menguasai ilmu Mantik, maka ilmunya tidak dipercayai”


p/s: ini adalah nota kuliah. mohon teguran jika ada kesilapan dalam penterjemahan secara literal ini.

SUMBER:

1) Dr Nayif ibn Nahar. 2016. Muqaddimah fi Ilm Mantiq. Dimasq: Dar al-Aql

2) Kelas Mantik secara google meet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...