27 Februari 2021

5- Pandangan Syariat Islam Kepada Dunia

 Pembahagian manusia pada dasar akidah

5- Allah mengutuskan Nabi Muhammad SAW kepada semua manusia. Firman Allah (al-A'raf 9:158)

قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا

 Maksudnya: Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang diutuskan kepada kamu semua.

Firman Allah (al-Saba' 22: 28)

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِّلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا

 Maksudnya: Tidak kami utuskan  kamu melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira.

Allah utuskan Rasulullah SAW umumnya kepada semua manusia sama ada mereka berbeza negara atau tempat kediaman. Begitu juga Allah utuskan secara umumnya pada tempat, mak ia juga umum pada masa kerana Saidina Muhammad SAW adalah nabi terakhir yang telah diutuskan berdasarkan firman Allah (al-Ahzab 22:40)

مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَٰكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا

Maksudnya:  Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seseorang lelaki dikalangan kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup para nabi. Allah Maha mengetahui segala sesuatu.

Oleh itu syariat Islam sesuai dengan semua tempat dan masa.

Barangsiapa yang menerima seruan Islam dan keamanan dengan pengutusan Nabi Muhammad SAW adalah orang Islam. Manakala orang yang tidak menerima dan tidak beriman kepada kerasulan nabi Muhammad SAW ialah orang bukan Islam.. Begitu juga pembahagian manusia dari sudut syariat Islam terbahagi kepada dua pembahagian yang besar, golongan Islam dan golongan bukan Islam.. Syariat Islam membahagikan manusia kepada asas penerimaan Islam atap penolakan dari perbezaan dari sudut jantina atau warna kulit atau bahasa atau iklim atau perbezaan yang lain. Ini dibuktikan yang didatangkan oleh dalam al-Quran dalam banyak ayat, firman Allah (al-Jathiah 25: 30-31)

فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَيُدْخِلُهُمْ رَبُّهُمْ فِي رَحْمَتِهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْمُبِينُ .وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا أَفَلَمْ تَكُنْ آيَاتِي تُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ فَاسْتَكْبَرْتُمْ وَكُنتُمْ قَوْمًا مُّجْرِمِينَ  

Maksudnya: Adapun orang yang berima dan mengerjakan amalan soleh, maka Tuhan mereka memasukkan mereka ke dalam rahmatNya (syurga). Itulah keuntungan yang nyata. Dan adapun orang-orang yang kafir (kepada mereka dikatakan): "Apakah belum ada ayat-ayatKu yang dibacakan kepadamu, lalu kamu menyombongkan diri dan kamu menjadi kaum yang berbuat dosa?"

Firman Allah (Muhamad 26: 1-2)

الَّذِينَ كَفَرُوا وَصَدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّهِ أَضَلَّ أَعْمَالَهُمْ. وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَآمَنُوا بِمَا نُزِّلَ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَهُوَ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۙ كَفَّرَ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَأَصْلَحَ بَالَهُمْ
 Maksudnya: Orang-orang kafir dan menghalang manusia dari jalan Allah, Allah menyesatkan perbuatan-perbuatan mereka. Dan orang-orang mukmin dan beramal soleh serta beriman keapda apa yang diturunkan kepada Muhammad dan itulah kebenaran dari tuhan mereka, Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka.

 Firman Allah (al-Taghabun 28:2)

هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ فَمِنكُمْ كَافِرٌ وَمِنكُم مُّؤْمِنٌ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Maksudnya:  Dialah yang menciptakan kamu maka di antara kamu ada yang kafir dan ada diantara kamu yang beriman. Dan Allah melihat apa yang kam kerjakan.

Ayat-ayat al-Quran dan selainnya menyatakan dengan jelas bahawa manusia menajadi salah satu bahagian sama ada beriman kepada apa yang diutuskan Allah ialah orang muslim, makala yang kufur kepada Allah ialah bukan Islam.

Pembahagian manusia dari asas akidah Islam, pada pandangan syarita Islam bukan apda perkara al-nazari yang tidak memberi kesan kepada kehidupan, bahkan pembahagian ini kepentingannya sampai kepada susunan yang membahawa kepada kemudharatan di dunia dan di akhirat. Apabila asas pembahagian ini tertentu berfokus keapda individu dalam negara Islam, kelebihannya berfokus kepada akhirat dan apa-apa yang membawa keapda akhirat mendapat pahala dan balasan.

p/s: ini adalah terjemahan secara literal untuk rujukan sendiri. Mohon rujuk kitab Arab sebenar dari rujukan di bawah.


SUMBER:

1)Al-Quran dari apps Zekr dan al-quran word. Mohon rujuk kitab al-Quran sebenar.

2) Dr Abd al-Karim Zaidan. 1988. Ahkam al-Zimmiyyin wa al-Musta'minin fi Dar al-Islam. Muassasah. Thaba' al-thaniah. al-Risalah: Beirut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...