01 Mac 2021

Mukaddimah Ilmu Mantik 2

Sambungan dari nota di SINI

 ISU-ISU DAN PERMASALAHAN BERKAITAN MANTIK.

Premis pertama: Apakah yang dimaksudkan dengan Ilmu Mantik?

Ilmu Mantik ialah kaedah ilmu akal yang membantu kita membuat gambaran dan bukti dengan cara yang betul.

Dan sekarang kita akan menceritakan takrif dan menjelaskan pengecualian yang mana takrif Ilmu Mantik berlegar dalam ruangan berikut;

1)     Kaedah Aqliyyah

Kaedah Aqliyyah ialah kaedah-kaedah yang tidak mampu bagi akal yang sihat mengingkarinya; contohnya: dua perkara bertentangan tidak boleh digabungkan dan tidak boleh diangkat. Ayat positif berlawanan dengan ayat negatif. Oleh itu takrif sama maksud dengan al-mu’arraf (benda yang nak ditakrifkan) dan sebagainya dari kaedah-kaedah yang akan kita belajar dalam kitab ini. 

Perkara yang terkecuali dalam Kaedah Aqliyyah antaranya;

a)   Kaedah saintifik iaitu kaedah yang  bukan melalui akal semata-mata tetapi melalui bukti-bukti saintifik. Contohnya; ilmu perubatan, Fizik, Kimia yang mana ilmu ini terbina atas pembuktian saintifik seperti eksperimen, penyelidikan dan sebagainya.

b) Kaedah al-Ma’rafiyyah iaitu kaedah yang dikaitkan dengan ilmu sains sosial dan kemanusiaan. Contohnya ilmu ekonomi, ilmu politik, ilmu falsafah dan sebagainya. Ilmu-ilmu ini terbina dalam banyak perbahasan mengikut teori yang terbukti telah berlaku dengan tepat dan kadang-kdang tidak berlaku dengan tepat dari segi zatnya.

2)     Dianggap membantu mentasawwurkan (mengetahui sesuatu tanpa menghukum) dan pembuktian dalam cara yang tepat.  Anggapan ini membawa kepada kaedah mantik yang membantu kita dalam dua perkara;

a)     Mengambarkan kefahaman yang benar. Apabila kita hendak menjelaskan makna riba, maka ilmu mantik akan membantu kita dengan cara yang betul bagi menjelaskan makna riba itu.

b)   Kita dapat membuktikan dengan cara yang betul, ketika kita hendak mempertahankan pendapat. Justeru itu, ilmu Mantik membawa kepada kaedah-kaedah yang betul bagi menjadikan pembuktian itu betul dan menonjolkan kecacatan dalam pembuktian yang salah.

Premis kedua: Apakah penyusunan Ilmu Mantik?

Takrif yang lalu bagi Ilmu Mantik menjelaskan kepada kita perbahasan yang tersusun dari Ilmu Mantik. Kita akan katakan bahawa Ilmu Mantik ialah Kaedah Aqliyyah yang membantu menggambarkan dan membuktikan kesahihan. Oleh itu ilmu Mantik terdiri dari dua perbahasan utama;

·       Perbahasan pertama: al-Tasawwurat

Iaitu sesuatu yang membantu kita mengetahui sesuatu dan memahaminya.

·       Perbahasan kedua: al-Tasdiqat

Iaitu sesuatu yang membantu kita dalam menghukumkan permasalahan yang betul dan salah.

Setiap permasalahan dalam perbahasan ini terbahagi kepada dua. Al-Tasawwurat terbahagi kepada al-Kulliyat al-Khams dan al-Takrifat. Al-Tasdiqat terbahagi kepada al-Qadaya dan al-Istidlal.

 

`

Premis ketiga: Apakah kepentingan Ilmu Mantik?

1)     Setiap perbahasan dari perbahasan Ilmu Mantik mempunyai faedah yang terbuka luas (bebas). Dalam pengetahuan kita, perbahasan al-takrifat mampu mengetahui sesuatu dengan takrif yang betul dan selamat. Begitu juga dalam perbahasan istidlal, kita mampu menunjukkan gambaran yang betul dan tiada kecacatan padanya. Maka Ilmu Mantik memberikan kamu alat berfikir yang betul sama ada dalam memahami sesuatu ataupun dalam menghukum sesuatu.

2)     Ilmu Mantik ini meluas dalam semua bidang, lebih-lebih lagi dalam ilmu-ilmu syariah. Terdapat dalam banyak kitab-kitab tentang penulisan istilah-istilah Shariah Islamiyah dan pemasalahan mantik (contohnya ulama’ Usul membahagikan mantik kepada lafaz berperingkat, lafaz kandungan dan lafaz iltizam,jika kita tidak belajar ilmu mantik bagaimana nak faham istilah-istilah ini) , bahkan terdapat perbahasan mantik yang sempurna dalam beberapa kitab Usul Fiqh dan Ilmu Kalam. Di sana, kita memerlukan pentakrifan ilmu Mantik sehingga kita mampu memahami istilah-istilah dan permasalahan yang dibawa dalam ilmu-ilmu yang lain.

3)     Istilah-istilah Ilmu Mantik, memberi manfaat dalam ungkapan yang kita tidak miliki istilah yang sama. Contohnya jika seseorang bertanya kamu: Apa hubungan antara liberalisme dan sekularisme? Kalau kamu belajar Ilmu Mantik, kamu akan kata: Hubungan liberalisme dan sekularisme adalah hubungan dalam bentuk umum dan khusus atau; umum dan khusus secara mutlak atau bercanggah. Oleh itu istilah-istilah mantik ini membantu kita dalam menjelaskan pemikiran kita. Namun apabila Ilmu Mantik tidak dipelajari, mungkin tidak terdapat lafaz yang mendalam untuk menghubungkan perkataan liberalisme dan sekularisme.

Premis keempat: Adakah mantik menjadikan pemikiran kita betul?

Tidak. Mantik tiada hubungan dalam kesahihan akal yang betul atau akal yang salah dan ia mempunyai hubungan dalam menggambarkan pemikiran. Maka Mantik membimbing kamu kepada cara berfikir yang betul tetapi tidak memberi kamu pemikiran yang betul.

Contohnya: Aristotle adalah ahli falsafah. Setiap ahli falsafah adalah pintar. Oleh itu, Aritotle adalah seorang yang pintar.

Qiyas ini mencukupi syarat mantik untuk mengesahkannya. Ayat pertama adalah positif dan ayat kedua adalah umum, tetapi adakah qiyas itu betul? Dengan makna lain: adakah perbuatan (pintar) Aristotle adalah ahli falsafah? Adakah perbuatan ahli falsafah itu pintar? Perkara ini tiada hubungan dengan Ilmu Mantik, maka Mantik mementingkan gambaran pemikiran bukan dengan perbuatannya, maka contohnya mereka berkata: alif sama dengan ba. Setiap ba sama jim. Oleh itu alif sama dengan jim.

Pada kedudukan kamu telah meletakkan permasalahan yang betul dan salah pada kedudukan alif , ba dan jim. Oleh itu Ilmu Mantik bukan sumber pemikiran tetapi ia membuka pemikiran sama ada pemikiran itu betul atau pemikiran itu salah.

(*contoh lain ilmu mantik ini adalah alat seperti baju besi. Apabila baju besi dah ada, maka kita gunalah baju besi itu untuk berperang. Jika tidak gunakan baju besi itu, kita mudah tercedera)

Premis kelima: Adakah Islam mengharamkan Ilmu Mantik?

Pengharaman dalam Islam terikat dengan kemudharatan. Setiap kemudharatan menjadikannya haram. Apabila kita memerhati dalam ilmu mantik kosong dari permasalahan falsafah, maka kita tidak akan mendapati sesuatu yang memudharatkan. Ilmu Mantik terbahagi kepada tasawwurat (Kuliyyat al-Khams dan al-Takrifat) dan tasdiqat (Qadaya dan Istidlal), yang mana dalam perbahasan ini mungkin terdapat kemudharatan? Tidak terdapat dalam perbahasan Ilmu Mantik ini yang mengandungi kemudharatan yang menyebabkan pengharaman Ilmu Mantik. Justeru itu, Ilmu Mantik mengajar kamu bagaimana mentakrifkan atau mendefinisikan sesuatu dengan pentakrifahan yang sebenar, adakah ini dikira memudharatkan? Ilmu Mantik mengajar kamu bagaimana berhujjah dengan pembuktian yang betul, adakah ini memudharatkan?

Premis keenam: Adakah kitab ini mencukupi dalam Ilmu Mantik?

Kitab ini tidak mencukupi bagi orang yang ingin mendalami semua perbahasan atau permasalahan ilmu Mantik, tetapi mungkin mencukupi bagi orang yang membataskan perkara lebih penting dalam permsalahan ilmu mantik yang menjadikan kamu mampu mengaplikasikan dalam pemikiran dan mampu memahami istilah-istilah mantik yang bertaburan dalam ilmu-ilmu lain.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...