02 Mac 2021

Mukaddimah Ilmu Mantik 3

PERBAHASAN PERTAMA: MAFHUM AL-ILM

Pemahaman Ilmu bagi ulama' mantik ada pemahaman tersendiri yang berbeza dengan pemahaman ilmu-ilmu lain seperti ilmu syariah dan falsafah.

Apakah perbezaan antara ilmu dalam Ilmu Mantik dan ilmu dalam ilmu-ilmu lain?

Ilmu bagi ulama’ Mantik bermaksud mengetahui semata-mata. Apakah ia bermaksud semata-mata mengetahui? Yang dimaksudkan adalah setiap yang diketahui akal adalah ilmu sama ada mengetahui tentang haiwan, objek sama ada mengetahui secara pasti atau zon atau syak atau waham maka semuanya dinamakan ilmu bagi ulama’ mantik.

Adapun ilmu bagi ulama’ lain, ilmu ialah mengetahui secara pasti apa yang tidak diketahui oleh orang yang lain. Justeru itu, ia bukan semata-mata mengetahui tetapi ia adalah lebih tinggi peringkat pengetahuan.

Ada yang bertanya: apakah maksud dengan lebih tinggi peringkat pengetahuan? Adakah di sana terdapat peringkat yang lain?

Ya. Tahu ialah mengetahui sesuatu bukan satu peringkat sahaja, bahkan terdapat enam peringkat atau tingkatan pengetahuan: yang paling tinggi adalah yakin, kemudian zon, kemudian syak, kemudian waham, kemudian jahil al-basit dan kemudian jahil al-murakab yang akan dibincangkan secara ringkas;

al-Yakin: sesuatu perkara yang diketahui dengan pengetahuan yang kuat iaitu tiada sangkaan yang lain. Ketika ini, ketua cakap kepada askar lain: “pergilah kamu! Dan pastikan tiada musuh dalam kawasan ini!”.

Wajib bagi askar untuk meronda semua kawasan untuk mencari musuh sehingga membawa kepada keyakinan penuh bahawa tidak mungkin ada musuh yang wujud dalam kawasan berkenaan. Begitu juga apabila kamu melihat Ali berdiri, maka kamu kata dengan yakin bahawa dia berdiri. Apabila kamu ceritakan bahawa berpuluh kawan-kawan kamu telah berkahwin, maka dengan yakin bahawa dia telah berkahwin.

Yakin = contoh yang boleh dinisbahkan adalah 100%

Al-Zon : lebih cenderung kepada betul. Di sana terdapat lebih banyak anggapan dan anggapan itu cenderung keapda betul dan yang lain adalah salah. Anggapan yang pertama dianggap zon. Zon ini peringkat lebih rendah dari keyakinan. Apabila yakin tidak ada kesalahan maka zon membawa keyakinan tetapi terdapat anggapan sedikit salah yang lemah (marjuh)

Contohnya: Ketika aku melihat pelajar yang rajin, maka aku beranggapan dia akan dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun tetapi adakah di sana ada keyakinan? Tidak. Ia bukan yakin, maka di sana terdapat anggapan ada kelemahan yang menyebabkan tidak capai kecemerlangan dalam peperiksaan dengan mempunyai sebab tertentu. Apabila saya seorang yang yakin bahawa dia akan berjaya dengan cemerlang sebab ada pemberatnya yang memberatkan kepada kejayaan iaitu kerajinannya.

Dalam al-Quran perbezaan antara yakin dan zon dalam firman Allah dalam surah al-Jathiah ayat 32:

 وَإِذَا قِيلَ إِنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقّٞ وَٱلسَّاعَةُ لَا رَيۡبَ فِيهَا قُلۡتُم مَّا نَدۡرِي مَا ٱلسَّاعَةُ إِن نَّظُنُّ إِلَّا ظَنّٗا وَمَا نَحۡنُ بِمُسۡتَيۡقِنِينَ 

Maksudnya: Dan apabila dikatakan (kepadamu): "Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar dan hari berbangkit itu tidak ada keraguan padanya", nescaya kamu menjawab: "Kami tidak tahu apakah hari kiamat itu, kami sekali-kali tidak lain hanyalah menduga-duga saja dan kami sekali-kali tidak menyakini(nya)

Perhatikan orang-orang kufur menyeru -dalam masalah beriman kepada hari kiamat- hal ini sampai kepada mereka pada martabat zon sahaja, tidak sampai kepada martabat yakin. Ini menunjukkan bahawa martabat yakin lebih besar dari martabat zon.

Zon = contoh nisbahnya : antara 51%-99%

Al-Syak: ialah terbina hal berkecuali sekitar masalah kerana ketiadaan pemberat. Ia tidak menafikan, tidak menetapkan, tidak beriman dengan kesahihan dan tidak beriman dengan kesalahan, maka antara dua aspek itu (benar dan bohong) adalah setara, tidak ada pemberat antara keduanya.

Contohnya: kamu telah membaca dua buah kitab pada topik kapitalisme, kemudian kamu bercakap keapda kawan kamu bahawa kapitalisme adalah cara menangani kehilangan dan kepupusan (masalah kemelesetan ekonomi). Kemudian kawan kamu tanya: “dari buku mana kamu dapat penyataan itu?”

Apabila kamu tidak ingat dalam 2 kitab mana yang kamu dapat maklumat itu, maka kamu akan syak (ragu-ragu) dalam keadaaan ini kerana kamu tidak memiliki pemberat yang menjadikan kamu beri’tikad  (berpegang) bahawa salah satu dari dua buah buku yang kamu ingat tentang maklumat itu.

Syak = contoh nisbahnya 50%

Al-Waham: ialah pemberat yang tidak diberatkan. Waham ini berlawanan dengan zon secara sempurna. Zon merupakan pemberat yang memberatkan, maka waham pemberat yang tidak diberatkan.

Contohnya ketika kamu disoal oleh seseorang: Adakah universiti itu dibuka pada hari ini?

Apabila kami menganggap bahawa iktikad 70% bahawa ia dibuka dan 30% tutup, apa maksudnya?

Ini bermaksud bahawa iktikad bahawa universiti itu  tutup adalah contoh waham nisbah baginya . Kenapa? Kerana anggapan itu tidak diberatkan iaitu terhasil ke atas nisbah bawah paras 50%.

Waham = contoh nisbahnya : antara 1% - 49%

Al-Jahl al-Basit: ialah tidak terdapat padanya gambaran atau hukum tentang sesuatu perkara. Contohnya aku kata kepada kamu: Adakah kereta Khalid warna putih atau hitam?

Apabila kami menganggap bahawa kamu tidak melihat kereta Khalid maka kamu akan kata: aku tidak tahu. Maka di sini kamu tidak tahu mengenai keadaan kereta Khalid dan tidak memiliki apa-apa gambaran mengenai kereta itu.

Contoh lain: Allah berfirman dalam surah al-Taubah ayat 6:

وَإِنۡ أَحَدٞ مِّنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ ٱسۡتَجَارَكَ فَأَجِرۡهُ حَتَّىٰ يَسۡمَعَ كَلَٰمَ ٱللَّهِ ثُمَّ أَبۡلِغۡهُ مَأۡمَنَهُۥۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَعۡلَمُونَ 

Maksudnya: Dan jika seorang diantara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian antarkanlah ia ketempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui.

Dengan apa Allah sifatkan orang-orang musyrikin? Allah menyifatkan mereka “kaum yang tidak mengetahui” iaitu mereka jahil, maka mereka tidak mengetahui dakwah Nabi SAW maka mereka musyrik disebabkan sifat kejahilan tetapi bukan jahil murakkab yang akan kita takrifkan nanti, bahkan dia adalah jahil basit.

Selepas kita mengetahui makna jahil basit telah ditanya oleh seseorang: apabila kejahilan ialah  tidak mengetahui, kenapa kami letakkannya dalam peringkat pengetahuan?

Ini adalah soalan yang baik dan semoga sebab yang menjadikan ulama’ Mantik mempunyai darjat kejahilan al-basit dari segi konten martabat pengetahuan bersamanya bukan pengetahuan yang menjadikannya sebab dalam menjelaskan jenis yang lain dari jenis kejahilan iaitu kejahilan murakkab. Jahil Murakkab ialah apabila kita tahu kejahilan basit maka dengan mudah kepada kita mengetahui kejahilan murakab dan kejahilan murakkab adalah jenis dari pengetahuan.

Al-Jahl = contoh nisbahnya : 0%

Al-Jahl al-Murakkab: ialah mengetahui sesuatu yang berlawanan dan bercanggah dengan pengetahuan yang dipegang. Maka telah ditanya seorang saudara kamu: Mana buku aku? Kamu kata kepadanya: buku kamu dalam beg itu. Dia kata kepadamu: adakah kamu yakin? Kamu jawab: Ya aku yakin. Ketika dibukakan beg itu, ia tidak menjumpai satu buku pun.

Ini dinamakan jahil murakkab iaitu bukan semata-mata jahil basit yang mana kamu tidak mengetahui suatu perkara itu, tetapi kerana kejahilan murakkab dari dua perkara: pertama; kamu berpegang kuat bahawa kamu tahu. Kedua; iktikad kamu bertentangan dengan keadaan sebenar.

Maka perbezaan antara jahil basit dan jahil murakab ialah jahil basit ialah kamu tidak tahu dan tahu bahawa kamu tidak tahu. Jahil murakab ialah kamu tidak tahu dan tidak tahu apa yang kamu tak tahu.

Jahil murakab = contoh nisbahnya : kurang dari 0%

Selepas kita mengetahui tingkatan pengetahuan, kita kata bahawa ilmu bagi ulama’ mantik mengandungi semua 6 peringkat; yakin, zon, syak, waham, jahil basit dan jahil murakab, semuanya dinamakan ilmu bagi ulama’ mantik. Adapun dalam ilmu yang lain, maka ilmu secara mutlaknya adalah pada martabat pertama sahaja iaitu yakin dan begitu juga sifat orang berilmu bahawa martabat tertinggi dalam pengetahuan. Dari bab ini Allah berfirman dalam surah al-An’am ayat 148:

قُلۡ هَلۡ عِندَكُم مِّنۡ عِلۡمٖ فَتُخۡرِجُوهُ لَنَآۖ إِن تَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَإِنۡ أَنتُمۡ إِلَّا تَخۡرُصُونَ 

Maksudnya:  Katakanlah: "Adakah kamu mempunyai sesuatu pengetahuan sehingga dapat kamu kemukakannya kepada Kami?" Kamu tidak mengikuti kecuali sangkaan belaka, dan kamu tidak lain hanyalah berdusta.

Bukan bermaksud ilmu dalam ayat ini semata-mata mengetahui sebagaimana yang ditakrifkan oleh ulama’ mantik tetapi maksudnya ilmu ialah pengetahuan peringkat tertinggi iaitu yakin.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...