19 April 2021

Golongan Sofis

 Sofis atau sophis hampir dengan namaku. Tetapi ia bukan nama orang bahkan nama golongan nak dikira ahli falsafah ke? aku tak pasti sebab pandangan mereka inilah menyebabkan munculnya ahli Falsafah Greek bagi menyangkal pendapat mereka. Ini yang aku faham.

Menurut wikipedia, Sofis ini adalah nama yang berikan keapda segolongan ahli falsafah yang hidup sezaman dengan Socrates. Teringat cerita Merlin. Banyak betul ahli sihir masa tu kan. Adakah keadaan mereka sama seperti dalam cerita Merlin? Wallahu a'lam. Mereka muncul pada pertengahan hingga akhir abad ke-5 SM. SM ini ringkasan kepada 'sebelum masihi'. Maksudnya sebelum kelahiran Nabi Isa. Walaupun mereka hidup sezaman dengan Socrates, kaum sofis ini dianggap penutup era falsafah pra Socrates. Hal ini disebabkan Socrates akan membawa perubahan besar dalam falsafah Yunani (Greek). Sekarang kemungkinan Rom atau Itali. Golongan Sofis ini bukan suatu mazhab tersendiri, sebab ahli falsafah yang tergolongan dalam geng Sofis ini tidak mempunyai ajaran atau organisasi tertentu. Oleh sebab itu, Sofisme dianggap suatu gerakan dalam bidang pemikiran di Yunani kerana faktor tertentu. 


Antara faktor kemunculan Sofisme (Wikipedia);

  1. Perkembangan Athens: Setelah perang dengan Parsi (sekarang Iran) pada tahun 449 SM, Athens berkembang pesat dalam bidang politik dan ekonomi. Perikles (negarawan Yunani paling terkenal) merupakan tokoh yang mampu memimpin Athens sehingga menjadikan Athens pusat bagi Yunani. Asalnya falsafah dan ilmu pengetahuan tidak berkembang di Athens dan setelah menjadi pusat pemerintahan Yunani, Athens menjadi pusat intelek dan kebudayaan.
  2. Keperluan kepada pendidikan: Bagi meningkatkan keamanan rakyat Athens, pendidikan sangat diperlukan iaitu pendidikan yang membolehkan seseorang bercakap di khalayak ramai umpama perdebatan dengan lebih yakin. Di sini diperlihatkan sistem demokrasi dalam politik diterap di Athens. Oleh itu para pemuda dilatih untuk menjadi pemimpin supaya dapat berhadapan dan berdebat dihadapan orang ramai. Kaum Sofis ini mengajar mereka ilmu matematik, astronomi, perbendahaarn kata  dan ilmu retorik (cara bercakap dengan pebuh emosi bagi memujuk dan  menarik perhatian orang) yang menajdi keutamaan.
  3. Pertembungan pelbgai kebudayaan: kemajuan Athens sebagai pusat pemerintahan membolehkan pelbagai perjumpaan diadakan. Mereka bertemu dengan bangsa yang memiliki adat istiadat, hukum, ilmu pengetahuan dan falsafah berbeza menyebabkan timbul pelbagai persoalan mengenai etika, tradisi bahkan kepercayaan agama. Golongan Sofis menganggap kehidupan yang ada ini adalah usaha manusia sahaja dan kemampuan manusia yang boleh berfikir.
Ahli-ahli Falsafah Sofis, seperti berikut;

  • Protagoras dari Abdera (macam nama teorem pytogoras dalam matematik kan? hehehe)
  • Xeniades dari Korintus
  • Gorgias dari Leontinoi
  • Lycophron, Prodikos dari Keos
  • Thrasymakos dari Chaiedon
  • Hippias dari Elis
  • Antiphon dan Kritias dari Athens (susah nak sebut nama mereka ni. woha!)
Hanya nama Protagoras, Gorgias, Prodikos, Hippias dan Antiphon yang mempunyai tulisan yang tersimpan sehinggan ajarannya diketahui hingga sekarang. 

Dalam sejarah falsafah, kaum Sofis atau Sofistoiyyun (dalam BA) sering dipandang negatif. Mengajar untuk dapat duit yang banyak. Menghalalkan segala cara untuk menang dan mengajar tentang relatif yang mana perbezaan manusia adalah dari segi luaran sahaja bukan pada agama dan budaya. Hal ini menyebabkan wujudnya Socrates, Plato dan Aristotle. Jika diperhatikan, kemunculan ilmu falsafah adalah bermula dari kaum Sofis ini. Bukan dari zaman Yunani bahkan kaum Sofis ini dianggap Yunani Kuno. Itu yang aku nampak.

Dalam kitab Madkhal Ila al-Falsafah menyebut, akal manusia ini sentiasa berfikir sejak manusia diciptakan dari Nabi Adam. Manusia ini makhluk yang berfikir atau haiwan yang berfikir. Oleh kerana terdapat bukti secara penulisan, Kaum Sofis inilah pencetus kepada ilmu falsafah. Mereka melihat asal kejadian dengan wujud semua benda adalah air sebab tanpa air semua benda tidak dapat hidup. Kemudian mereka berpendapat angin atau udara diciptakan dahulu. Kemudian Pytogoras kata bukan air dan angin bahkan angka. Kemudian berkembangkanlah nombor satu dan seterusnya. Begitulah orang matematik. Kemudian Herculas pula kata api mula-mula diciptakan. Hal ini kerana apa-apa yang disentuh api akan terbakar, cepat bergerak, apa yang yang disentuh oleh api akan terbakar menjadi kuat apabila marak dan membentuk unsur lain. Teringat cerita Avatar yang ada unsur tanah, angin, api dan air. Ini juga dikatakan unsur sifat manusia. Anak pertama tanah. Anak kedua air. Anak ketiga api dan anak ke-4 angin. Betul ke? Hanya Allah yang tahu. 

Datang pula ahli falsafah lain yang mengangkat akal dengan pancaindera dan meletakkan asas falsafah awal dengan unsur metafizik (tidak dapat dicapai oleh panca indera). Panjang lagi ini. Baca lah kitab madkhal tu. Aku tak habis terjemah pun. lompat-lompat juga dalam tulisan ini apabila teringat. 

Falsafah Islam pula bermula dengan penulisan Imam al-Ghazali dan mungkin ulama' lain sebelum Imam al-Ghazali. Ia dikenali Ilmu Kalam. Ada juga ulama' membenarkan belajar Ilmu Kalam disebabkan kebimbangan pengaruh dari ahli Falsafah Yunani ini. Dari Ilmu Kalam ini, kita akan memahmi ilmu Mantik dan seterusnya memahami ilmu usul fiqh yang membawa kepada ilmu Fiqh. Dari sini banyak melahirkan para Mujtahid mutlak. 

Bila sebut Mujtahid Mutlak, agak mustahil wujud pada masa moden sekarang. Walau bagaimana pun, kemunculan Mujtahid Moden adalah tidak mustahil. Mungkin mujtahid ini tidak muncul sekarang kerana ada ulama' mengatakan akan ada mujtahid setiap 100 tahun. Dah lupa rujukan di mana. Nanti boleh cari semula. Kalam siapa pun aku lupa. Aku elakkan dari sandarkan kepada Nabi.

Asal nak cerita pasal Sofis tetapi terlajak ke asal-usul falsafah. Selingan kan. Ini sahaja setakat ini. Wallahu a'lam bi ssowab.

Selamat berpuasa Ramadan 1422H.

SUMBER:
2. Kitab Madkhal Ila al-Falsafah oleh Dr Muhamad Aqil Ibn Ali al-Muhdiliy. Terbitan Darr Omar al-Mokhtar



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...