11 Mac 2021

Madkhal oleh Raisuni 1

 Sebelum aku teruskan penulisan berkaitan kitab ini, perlu diberi perhatian bahawa blog ini aku jadikan bahan rujukan yang aku kumpulkan. Kemungkian segala soalan tidak akan dilayan. Maaf ye. Hasil pengumpulan ini tiada sandaran yang betul dan tidak boleh menjadi rujukan. Aku terpaksa tulis wal-awal berkaitan hal ini kerana bimbang dijadikan hujjah. Ilmu adalah hal yang dipelajari, difahami dan di amalkan serta disebarkan. Aku masih bertatih dan masih mencari kebenaran yang sukar untuk diperolehi terutama zaman internet. Sebab itu aku letakkan SUMBER di bahagian bawah untuk rujukan bersama kerana kadang-kadang penulisan ini adalah pandangan dan cetusan dari penulis sahaja. Wallahu a'lam

***********

Tahun lepas, aku telah mula kuliah menggunakan kitab karangan Dr Ahmad Raisuniy yang dibekalkan oleh universiti melalui pdf dan kuliah secara online menggunakan aplikasi google meet. Apabila aku baca sendiri tanpa mendengar kuliah, kitab tentang Maqasid al-Shariah ini sukar difahami. Ketika menjawab soalan peperiksaan secara maya juga, sukar aku nak jawab kerana soalan banyak berkaitan aplikasi Maqasid dalam tempoh covid-19 seperti penutupan masjid, solat berjarak dan banyak lagi.

Dalam kuliah Aplikasi Usul Fiqh, ada kuliah bersama seorang ustaz yang aku kira pakar dalam usul fiqh. Laju betul beliau mengajar. mungkin terkejar-kejar dengan kerja lain. Aku rasa macam best mendalami ilmu ini kerana melalui usul fiqh ini, hukum dapat dikeluarkan mengikut keadaan semasa. Itulah ilmu Fiqh kan? Bila berkaitan mengeluarkan hukum, hanya majlis fatwa dan para mufti yang mempunyai kemampuan dan kelayakan berbuat demikian bukan netizan. Bagi aku yang masih diperingkat permulaan, cuba berjinak-jinak untuk mendalami ilmu ini.

Yang paling aku ingat, nak belajar Usul Fiqh yang merupakan asas kepada Maqasid al-Shariah ini perlu kepada kekuatan ilmu Bahasa Arab terutama bab Sorof dan ilmu Maaniy. Tak dilupakan juga Ilmu Mantik tidak boleh diabaikan. Kebanyakan pelajar syariah seperti aku, masih lemah dalam ilmu Bahasa Arab dan Ilmu Mantik. Kebetulan aku terjumpa iklan berkaitan kelas mantik. Alhamdulillah telah selesai perjumpaan 12 kali secara maya dan terdapat penambahan oleh ustaz secara live di fb. Alhamdulillah. inilah hikmah belajar dan kerja dari rumah. Nota kelas Mantik 1 (SINI), 2 (SINI)dan 3 (SINI). Yang seterusnya, aku belum siap notanya sebab dah pernah ponteng kelas. huhu. Sekarang aku sambung kitab akidah pula. Ini juga aku pernah ponteng sebab pihak KKM call untuk buat swab test. ketika aku menulis ini, aku masih dalam tempoh kuarantin. Kluster adik ipar. Adik aku dan babynya dah masuk hospital. Harap cepat sembuh.

************

Isi kandungan kitab al-Muwafaqat ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu umum dan khusus. Yang umum mengandungi perbahasan isi kandungan kitab secara menyeluruh. Manakala kategori khusus mengenai perbahasan Maqasid al-Shariah yang terdapat dalam kitab.

UMUM - ia terbahagi kepada 5 kajian . Bahagian I: pendahuluan yang mempunyai 13 Muqaddimah ( panduan penting untuk memahami kita  ini secara keseluruhan.. Bahagian II: berkaitan dengan hukum-hukum syariat yang bersifat taklifi ( wajib, sunat, haram, harus dan  makruh) dan bersifat wad'i (Sebab, syarat, Mani', sahih dan fasid, azimah dan rukhsah). Bahagian III: Berkaitan Maqasid al-Shariah dan hubungan dengan dari dari hukum-hukum syariah. Bahagian IV: membincangkan dalil-dalil sumber pengambilan hukum seperti perbahasan khusus , umum, mutlak dan muqayyad, nasakh dan mansukh, dan sebagainya. Bahagian V: perbahasan tentang Ijtihad dan Taqlid termasuk permasalahan Taarid dan tarjih, mufti dan mustafti.

KHUSUS- Perbahasan Maqasid al-Shariah dalam 4 bahagian. Pertama Muqadiimah yang membahaskan secara ringkas illah dan hikmah hukum syariah. Kedua maqasid yang mengamdungi perbahasan mengenai tujuan Allah menurunkan undang-undang berbentuk hukuman syariat keapda hambanya di dunia. Ketiga Maqasid Mukallaf yang mengkaji tentang niat (tujuan) manusia dalam semua aktiviti yang dilaksanakan ketika masih hidup di dunia. Keempat penutup kepada kajian khusus tentang bagaimana cara mengetahui Maqasid al-Shariah.

Penulisan Maqasid al-Shariah yang lalu. Entri pertama ( SINI ).

Aku nak masukkan sedikit nota kuliahku sebelum aku terlupa segala-galanya. Sumber dari  Kitab Madkhal Ila Maqasid al-Shariah. Oleh Dr Ahmad Raisuni. Muka surat 6. Kuliah 25/11/2020.

Muqaddimah-

Masalah 1: Istilah Maqasid Shariah

Dalam istilah Maqasid al-Shariah untuk orang yang matang dan tahu cara mengeluarkan hukum. Logik akal untuk sampaikan maklumat.

Al-Maksud atau makshod ialah setiap perkara yang bergantung dengannya niat dan bergerak kepada kehendak ketika bercakap atau membuat sesuatu perbuatan.

Oleh yang demikian, maksud yang dikehendaki atau niat al-syari’ (matlamat Allah) ialah gabungan makna-makna, matlamat-matlamat (tujuan), kesan-kesan akibat dan hasil yang terletak padanya yang berkaitan dengan khitob syara’ (al-Quran dan As-Sunnah) dan bebanan yang Allah kehendaki (al-taklif al-sharii) dan yang dikehendaki dari orang mukallaf yang diusahakan  ke arah dilaksanakan hukum syara’.

Maka syariat (Allah) kehendaki dari orang mukallaf untuk menjadikan matlamat mereka pada setiap yang Allah kehendaki (apa rahsia disebalik syariat ini) – setiap yang dikehendaki oleh syara’- apa yang Allah nak, itulah maqasid dan hendaklah dia capai matlamat yang diharapkan.

Dan inilah kami jadikan  dua sumber maqasid iaitu dari sudut syarak (Allah) dan mukallaf dari sudut yang lain (objektif perundangan).

Tetapi dihimpunkan (syara’ dan mukallaf) matlamat yang sama meliputi matlamat yang dikehendaki Allah. Pastikan ia tidak bercanggah dengan kehendak Allah yang asal. Untuk faham syara’. Rahsianya perlu dikupas oleh para mujtahid.

Dengan membuat penelitian terhadap hubungan atau kaitan maqasid shariah dan maqasid mukallaf, maka pembahagian awal yang diletakkan oleh Imam al-Shatibi bagi maqasid ialah kepada dua penulisan iaitu maqasid shariah dan maqasid mukallaf.


Maqasid mukallaf tidak banyak dibincangkan dalam madkhal ini dan cukup kita tahu bahawa ‘maqasid shariah’ tidak mungkin difahami kecuali melalui ‘maqasid mukallaf’ dengan menjadikan yang kedua(maqasid mukallaf) ini selaras dengan yang pertama (maqasid shariah), maka kita tengok sedikit bersama penulisan pertama (maqasid Syariah).

Maqasid syari’ (matlamat Allah)

Penelitian kepada penggunaan  dalam lingkungan untuk ‘matlamat Allah’ atau dalam secara individu: maqsod al-syari’ dan maksud syari’- mungkin berbeza antara perimgkat maqasid ini iaitu maqasid khitob dan maqasid al-ahkam.


Maqasid al-Khitob

Adakala diungkapkan tentang Maqasid al-khitob- mengikut siyaq- dengan kehendak nas atas maksud satu persatu ayat atau maksud hadis dan menggunakan istilah khas ini Ketika sampai 2 nas syara’ dengan 2 makna dengan menjadikan salah satu dari keduanya bukan maksud dan satu lagi yang dimaksudkan. Maksud ayat ini ialah maqasid khitob ditulis apabila terdapat dua makna pada nas syara’-yang tidak dikehendaki adalah yang pertama dan yang dikehendaki adalah makna kedua. Secara jelasnya makna yang pertama mudah dan cepat difahami apabila baca nas. Tetapi dengan membuat penambahan dalam penelitian dan mentadabbur dengan menjadikan pengukuran kepada dalil-dalil sampingan lain untuk membantu kefahaman, maka jelas bagi kita, nas itu ada sesuatu yang tersirat, tidak terlintas diakal fikiran atau zhohir nas, maka yang dimaksudkan itu adalah yang tersirat. Contoh arak, larangan tersuratnya adalah larangan minum arak dan perlu dijauhi membawa maksud haram. Yang tersirat adalah arak itu memabukkan, oleh itu semua yang mabuk, hukumnya haram.

Berdasarkan kepada kehendak khitob al-sharii, hukum yang dikehendaki dan tidak nampak pelaksanaannya, sebagaimana akan membantu mengenal pasti illah di atasnya dan rahsia disyariatkannya.

Apa yang perlu diberi perhatian dalam siyaq ini bahawa maqasid khitob adalah tafsiran Syariah (pentafsiran, penghuraian, dapat hukum dari nas itu) biasanya membawa dua aspek: kecenderungan terhenti pada lafaz nas dan huruf-huruf nas, memadai pada zohir lafaz dengan memberikan secara zohir dan satu bentuk kecenderungan meneroka maksud matlamat khitob yang diperturunkan dan sandaran aliran ini, satu persepakatan yang diterima secara umum mengandungi tujuan dan hikmah yang dipelihara dan pada keseluruhan hukum “akan dibincangkan selepas ini”, maka kecenderungan tokoh aliran ini meneliti nas syara’ (hukum) untuk keluarkan matlamat yang tersirat atau hikmah-hikmah, kemudian mengambil perhatian untuk menetapkan maknanya yang tersirat. Maqasid al-khitob adalah mencari matlamat pensyariatan yang difahami dari lafaz nas dan hurufnya dan meraikan kaedah  Bahasa dan perkara yang diterima oleh syara’ dan lain-lain (semuanya diambil kira).

Maqasid al-Ahkam

Ketika kita memberi takrifan “Maksud al-Khitob” dalam bentuk yang sahih, penghormatan dalam hal ini kepada bahasa dan penerimaan syariat dan selainnya dari asas-asas yang wajid disandarkan dalam huraian nas syarak, Ketika itu kita telah tahu “Maksud al-syarii” (rahsia perundangan dalam nas syara’ dan kita mengetahui ketetapan yang benar daripada khitob, iaitu: apa yang dikehendaki dari kita dengan dihukumkan oleh khitob itu. Tetapi berbaki kepada kita dan kami bincangkan tentang maqasid adalah untuk mengetahui apa matlamat-matlamat yang dikehendaki oleh khitob syara’ untuk direalisasikan daripada nas untuk sampaikan manusia kepadanya? Apa yang kita nak tahu daripada yang tersirat itu?Apa faedah-faedah yang direalisasikan untuk ketetapan hukum syara’? dengan ungkapan lain: apakah rahsia disebalik perundangan itu?Apakah rahsia larangan membunuh?

Maka contoh:

Apabila kita mengambil contoh berdasarkan firman Allah: خذ من أموالكم صدقة (التوبة : 103)

Khuz adalah feel amar, sadaqah adalah zakat. Kita mungkin kata: sesungguhnya zahir nas ialah kata-kata nabi s.a.w, dan memberi tanggungjawab  supaya mengambil daripada harta manusia dengan kadar tertentu untuk memberi zakat.

Lafaz tersurat ini, maka apabila kita pindahkan kepada perbahasan tentang ‘maksud khitob” kita jelaskan bahawa, tuju kepada lafaz umum semua orang mukallaf dan dituju kepada sifat khusus kepada pemerintah orang muslim dan maksud dengan harta dengan kadar tertentu daripada harta-harta tersebut yang dinamakan nisob dan dengan mengambilnya terletak pada syarat-syarat dan had batasan antaranya: kadar yang dikehendaki adalah ambil tuntutan ke atas “jalan wajib dan pasti” dan maksud daripada ‘akhazaha’ ialah beri kepada orang yang berhak yang Allah sebut dalam ayat lain. Maka itulah ‘maksud khitob’.

Tetapi berbaki kepada kami untuk mengetahui matlamat hukum ini dan dengan sifat khusus pada dua rukun asas padanya iaitu ambil dan agihkan.

Kenapa diambil daripada manusia kadar dari harta mereka miliki pemilikan mengikut syariat?

Dan kenapa kadar yang diagihkan barang yang diambil kepada orang lain? Dan kepada asnaf tertentu? Dan apakah tujuan-tujuan yang dituju oleh syariat?

Menjawab persoalan ini dan sebagainya dari jawapan yang sama iaitu terkandung yang dikehendaki adalah penjelasan “maqasid hukum” selepas penjelasan “maqasid al-khitob”

Pada peringkat maqasid ini, iaitu maqasid al-ahkam dengan makna faedah2 dan hasil disebalik beramal dengan  hukum syara’ -iaitu biasanya yang dikehendaki oleh pembicara maqasid tentang ‘maqasid Syariah’

PEMBAHAGIAN MAQASID SYARIAH

Maqasid shariah dengan makna yang lain yang telah disebutkan (maqasid al-ahkam), mungkin tengok kepada konteks Syariah (perundangan Syariah) keseluruhannya, maka kami jadikan Ketika itu maksud mujmal.

Melaihat kepada sudut tertentu-atau meletakkan di sisi- dari Syariah, maka terzahir apda kita maksud itu, adakala tengok dari sudut hukum syara’-satu persatu- supaya menjelaskan maksud khusus atau maksudnya jika terdapat maksud tertentu.

Atas asas ini, kita mungkin membahagikan maqasid shariah kepada TIGA bahagian.

Maqasid al-Ammah

Ialah maqasid yang sempurna meraikannya dan disabitkan menghendaki tercapai peringkat Syariah kesemuanya atau dalam kebiasaan yang lebih umum dari hukumnya dan itulah contoh memelihara daruriat al-khams : Agama, nyawa, keturunan, akal dan harta. Contoh mengangkat kemudharatan dan mengangkat kesakitan (cedera) dan melaksanakan keadilan antara manusia dan mengeluarkan mukallaf dari mengikut hawa nafsu.

Maqasid al-Khassah

Maksud maqasid ini berkaitan dengan skop yang khusus dari skop perundangan seperti maqasid Syariah dalam hukum pewarisan dan berkaitan dengannya, maqasid Syariah dalam skop muamalah maliyyah atau dalam skop keluarga.

Kadang-kadang masuk kandungan maqasid khusus dengan maqasid yang berkaitan dnegan beberapa bab-bab perundangan, tetapi ia terdekat dan temasuk seperti maqasid berkaitan dnegan pentadbiran dan maqasid ibadat ( solat, puasa, zakat)

Yang beri tumpuan keapda pembahagian ini ialah Syeikh muhamamd Thohir ibn Ashur dalam kitabnya “Maqasid al-Shariah al-Islamiah” dan terkandung daripadanya;

  •  Maqasid al-syari’ dalam hukum kekeluargaan
  • Maqasid al-syari’ dalam transaksi kewangan
  • Maqasid al-syari’ dalam hubungan sesame manusia berkaitan dengan badan (kesalahan jenayah)
  • Maqasid  kehakiman dan persaksian
  • Maqasid pemberian (sunat-sunat)
  • Maqasid hukuman-hukuman

 

Maqasid al-Juz’iyyat

Ialah maqasid bagi setiap hukum satu persatu daripda hukum syariat dari Ijab (wajib) atau nadbu (sunat), atau tahrim (haram), atau karahah (makruh) atau syarat. Contoh kita kata: Mahar dalam perkahwinan, maksudnya: mendapat kasih sayang antara suami dan isteri dan kesaksian, maksudnya: sabit berlaku akad nikah bagi mengelakkan pergaduhan dan pertelingkahan.

Suatu yang pasti bahawa kehendak dengan cara yang betul dan sempurna bagi matlamat Allah tidak berlaku kecuali diusahakan buat kajian dan penelitian tentangnya dan penelitian keapda maqasid dari sudut tiga pembahgaian keseluruhannya yang tidak mungkin berbicara tentang maqasid tanpa kita teliti dari setiap bab dan tidak mungkin tercapai maksud bab-bab dan tidak maqasid umum kecuali membedah atau merungkaikan maqasid juziyyat dan mengikutinya dan mengeluarkan pendalilan berkaitan  sebagaimana tidak boleh menetapkan  illah dan maqasid  juziyyat denagn hukum-hukum denganmnegabaikan dari maqasid umum. Objetif maqasid mesti dapat daripada tiga bahagian ini dan tidak boleh dibuat berasinagn. Kita bahagikan untuk anda fahami. Objektif maqasid yang lengkap tengok kepada pembahagian ini. Tidak boleh bincang pasal maqasid kecuali keluar dari setiap bab dengan menggabungkan ketiga-tiga maqasid ini.

Panjang sangat dah ni. Nanti aku sambung semula sebab mudah nak baca dengan buka blog melalui smartphone di mana-mana sahaja. 

SUMBER:

1) Al Muwafaqat: Karya Masterpiece Imam Syatibi ~ Risalah Maqashid Syari'ah

2) al-Raisuni. 2010. Madkhal Ila Maqasid al-Shariah. al-Kaherah: Dar al-Kalimah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...