19 Julai 2021

Pentadbiran Harta Pusaka

 Bagi orang Islam, pendbiran pusaka melibatkan 4 agensi iaitu;

1. Amanah Raya Berhad

2. Seksyen Pembahagian Pusaka (pusaka kecil) di bawah Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian.

3. Mahkamah Tinggi Sivil

4. Mahkamah Syariah


Apabila ditanya berkaitan harta pusaka, aku akan minta mereka merujuk kepada Majlis Agama Islam Negeri. Cuba lihat agensi yang terlibat di atas? adakah Majlis Agama Islam Negeri terlibat? Sebagai pusat pertanyaan semua orang Islam, mereka boleh dirujuk dan pihak MAIN perlu tahu berkaitan pentadbiran ini. Boleh dijadikan pusat pertanyaan pelbagai perkara berkaitan agama Islam secara umumnya.

Aku nak pergi satu persatu berkaitan agensi di atas. Sumbernya boleh rujuk di bahgain bawah.

Mahkamah Tinggi Sivil

Mahkamah Tinggi Sivil akan keluarkan Geran Probet keapda pentadbir (wasi) yang dinamakan dalam wasiat (jika ada). Pentadbir mempunyai kuasa untuk mentadbir pusaka sebaik sahaja Geran Probet dikeluarkan. Jika tiada wasiat, Surat Kuasa Mentadbir atau Akuan akan dikeluarkan.Pentadbir bagi si mati yang tiada waris atau mualaf yang tiada ahli waris Islam, baitulmal boleh jadi wasi atau pentadbir dalam hal ini. Di Malaysia, 3 institusi yang mempunyai kuasa mengeluarkan Surat Kuasa Mentadbir iaitu Mahkamah tinggi Sivil, Amanah Raya Berhad dan Unit Pusaka Kecil. Di sini pun Mahkamah Syariah tidak terlibat dan MAIN pun tidak terlibat.

Harta alih kurang RM 600 K boleh mohon surat Kuasa Mentadbir di ARB

Harta alih dan harta tak alih tidak melebihi RM 2juta mohon di Unit Pusaka Kecil

Harta alih dan harta tak alih melebihi RM 2 juta mohon di Mahkamah Tinggi Sivil.

Nak tahu harta alih dan harta tak alih mudah sahaja? harta alih, dia boleh gerak seperti duit, kereta, motor, pakaian, gelang emas, saham dll. Harta tak alih pula, tak boleh bergerak seperti bangunan, rumah dan tanah. Betul tak istilah yang aku faham ini? cuba la google dan tanya orang yang tahu.

Amanah Raya Berhad

Dalam pentadbiran pusaka, ia merujuk kepada proses pengumpulan dan menguruskan aset-aset dan hutang-piutang simati dan mengagihkan pusaka kepada waris yang berhak. Amanah Raya mengeluarkan Surat Kuasa dalam bentuk Akuan atau Arahan seperti yang dilindungi oleh Akta Perbadanan Amanah Raya 1995. Nak minat ARB jadi pentadbir pun boleh.

Waktu terbaik buat permohonan harta pusaka si mati selepas berlaku kematian dan perlu diurus secepat mungkin bagi mengelakkan kematian berlapis dan dokumen hilang. pedulikan kata orang kampung, "kubur masih merah dah berebut harta". Paling kurang 3 bulan dari tarikh kematian si mati. Kena lah ada surat mati original.

Siapa yang boleh buat permohonan di ARB? sudah pasti waris si mati atau mana-mana pihak yang berkepentingan. 

Siapa yang perlu hadir di ARB? hanya pemohon sahaja. Jika waris, waris la yang hadir. kemudian pemohon perlu isi borang permohonan dan kemukakan dokumen sokongan untuk tindakan susulan. Borang permohonan boleh cari dalam laman web ARB. Borang yang dah selesai isi boleh dihantar sendiri atau diposkan. Tiada masalah.

Proses pentadbiran di ARB dalam tempoh 4-6 bulan jika harta alih, manakala harta tak alih dijangka dalam tempoh setahun/ 12 bulan. Semua ini bergantung kepada maklum balas dan kerjasama waris dan pihak ketiga yang berurusan dengan ARB.

Adakah terdapat yuran atau fi di ARB ini? Paling mudah aku bagi 5% bagi RM25K yang pertama dan yang lain rujuk dalam laman web ARB. Ingat free ke? Semua perlukan duit. Elok la ada takaful medical yang ada hibah. Bila mati si mati, duit hibah tu boleh guna untuk belanja pengurusan harta ini. Sekadar iklan. Cari ejen Takaful Ikhlas ye. Sebab aku masuk yang ni sejak 2015 lagi dengan bayraan bulan RM150 sebulan. Abang aku jadi ejen Takaful Ikhlas. Katanya pakej yang aku ambil, sekarang perlukan RM300 atau lebih secara bulanan. Asalnya aku ambil medical card sahaja. Tak sangka sekarang mereka canangkan pasal hibah. Mungkin strategi pemasaran sahaja. Hibah takaful berlaianan dengan hibah harta pusaka ya!

Fi yang dikenakan adalah untuk kerja-kerja pentadbiran seperti tugas pendaftaran aset dan waris-waris, penyiasatan, pengesahan aset dan liabiliti, penghasilan aset-aset, penyelesaian hutag dan liabiliti dan pembahgaian harta pusaka kepada waris-waris. Fi ini dibenarkan oleh undang-undang di bawah Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 dan Akta Probet dan Pentadbiran 1959. Tak boleh dilawan. Kalah punya. Nak tolak fi dari harta pusaka si mati pun boleh jika ada dalam bentuk tunai. Jika tiada aset pusaka bentuk tunai dan pemohon enggan bayar, fail pentadbiran pusaka tutup dan tiada tindakan akan dibuat. Kan rugi. Dah buka, kemudian tutup. Kena siap sedia duit, pinjam la dulu dengan kawan atau saudara mara.

Ketika ini Sijil Faraid diperlukan sebab pihak ARB nak tahu siapa waris yang layak dan berapa pembahagiannya. Masa ini Mahkamah Syariah diperlukan. Hanya Mahkamah Syariah yang keluarkan Sijil Faraid ini.

Jika si mati non-muslim, waris yang berhak adalah seperti yang dinyatakan dalam  Akta Pembahagian 1958. Ibu, ayah, suami, isteri, anak-anak dan zuriat lain. Man pulak aku nak cari akta ini. adussss...Kalau non-muslim tiada waris, kerajaan berhak ke atas harta tersebut, manakala si mati Islam, akan diserahkan kepada baitulmal. Cantiknya kalau baitulmal dapat semua islam dan bukan Islam. Nak buat macam mana ada pemecahan bidang kuasa, kena la ikut perundangan sedia ada. Nak ubah? boleh. jadi ahli Parlimen la.hahaha...sebenarnya bukan senang nak ubah akta ni. Kena banyak syarat. Kena persetujuan 2/3 ahli parlimen. Ada bacaan pertama, kedua,dan lain-lain. pening. Siapan nak jadi pegua, kena la hadap semua ni.

Ada yang nak bahagi harta dengan sama rata tanpa guna sijil faraid. Boleh sahaja. Tapi kena penuhi syarat. Antaranya mesti ahli waris ini tiada yang OKU dan sudah baligh (boleh buat keputusan sendiri). jika seorang tidak cukup syarat, faraid adalah jalan penyelesaian. Nak buat sama rata pun, kena bentang faraid. Ahmad dapat berapa? Aminah dapat berapa? Mak dapat berapa? Ayah dapat berapa? Semua itu ada tercatat dalam sijil faraid. Cantik peraturan Allah. Jangan la lawan. Nak lepas hak pun tiada masalah. Kena la tau bahagian masing-masing. Jika ikut ARB mesti 1 lapisan waris dan harta alih bernilai kurang dari RM100K. Nak guna takarruj dan muafakat pun tiada masalah jika semua waris setuju.

Waris tak dapat dikesan, apa ARB buat? harta itu akan disimpan di ARB sehingga tuntutan yang sah dibuat oleh waris. ARB buat la pelaburan dulu. Dapat untung. Aku pun tak tahu jika ARB buat pelaburam. Nanti harta tu lebur, rugi juga. Jika ada orang ARB baca, tolong komen ye. 

ARB juga ada buat carian untuk cari waris dengan membuat semakan di Agency Link-Up System (ALIS) Jabatan Pendaftaran Negara untuk dapatkan maklumat terkini. Kali pertama baca agensi ini. 

Nak buat semakan di ARB? boleh jika ahli waris. Lagipun maklumat terhad keapda aset yang ditadbir oleh ARB. Aku nak buat temubual boleh ke? belum cuba lagi.

Musim Pandemik Covid-19 ni, waris nak buat permohonan pengelauran sebahagian tunai untuk sara hidup. Tiada masalah kerana ia bergantung keapda penyelesaian liabiliti terlebih dahulu.

Bila waris si mati pergi bank dan nak buat pengeluaran tunai dari akaun si mati, pihak bank minta rujuk ARB. Kenapa pula? aku pun tertanya-tanya. Sepanjang pembacaan aku, pihak bank akan masukkan duit itu ke ARB dan pihak ARB yang akan serahkan keapda waris jika ada permohonan. Jadi pihak bank nak surat akuan ARB. 

Semua 4 agensi ini saling berkait. Betul tak? Rumit betul! kenapa tak pada satu agensi sahaja? Kalau malas nak buat urusan, serah kepada wasiyyahshoppe.com.my. Duit kena sediakan. Kita orang kaya yang sibuk. Tiada masalah. Ramai penasihat syariah berkaliber dalam wasiyyah shoppe ini. Aku rekomen sahaja. Tak dapat apa-apa bayaran pun.


Mahkamah Syariah

Mahkamah Syariah hanya melibatkan 2 perkara sahaja; pengeluaran sijil faraid dan jika ada pertikaian berkaitan harta pusaka, wasiat, hibah. 2 perkara ini sahaja yang melibatkan Mahkamah Syariah. Waris boleh buat pernohonan sijil faraid. Bagitahu perkara betul. Bila si mati meninggal dunia, siapa yang ditinggalkan. Siapa anak si mati yang pernah meninggal sebelum ini. Adakah terdapat anak dari anak yang telah mati ini. Cerita la semua. Nanti Mahkamah akan tentukan siapa yang layak dan tidak layak. Ini semua bagi mengelakkan makan harta orang lain atau makan harta anak yatim.

Cukup la setakat ini yang aku rajin tulis. Selamat Hari Raya Korban. Banyakkan doa di Hari Arafah, mungkin doa salah seorang antara kita makbul supaya pandemik covid-19 ada jalan penyelesaian dan kembali normal. letih buat kerja online. Letih mental! wllahu a'lam.


SUMBER:

1. ARB

2. Soalan Lazim ARB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...