21 Julai 2021

Tragedi 2001.

"Y** tak payah pergi. Doakan mak selamat. Jika jadi apa-apa dalam perjalanan nanti, ada yang selamat untuk memberi pahala kepada mak ayah," terharu dengar ayat ini dari mulut ibuku.

Aku masih ingat peristiwa tahun 2001. Ketika itu, aku masih di asrama.

"Asslamualaikum w.b.t...Kepada S***, anda dikehendaki ke pondok pengawal kerana ada tetamu,"terkejut bila namaku bergema di corong speaker asrama sekolah. Pertama kali dalam hidupku. Debaran terasa seolah-olah ada sesuatu yang buruk berlaku. Aku bersangka baik.

Tanganku yang masih memegang senduk untuk mengambil bihun yang dihidangkan diletakkan kembali. Terus aku keluar dari dewan makan. Aku terserempak dengan abngku dan jiranku. Apahal ni?

"Ayah excident pagi tadi. Sekarang dalam perjalanan ke hospital. Jom ke hospital," kata abangku.

Ayat ini serupa dalam mimpiku beberapa hari lalu. Adakah ini betul-betul mimpi? Air mataku turun dengan laju.

"Ayah pergi ke Klang ada majlis pernikahan Abang Faiz. Lepas habis akad nikah itu, Ayah Ngah ajak balik....," aku dah lupa ayat seterusnya.

Terus aku berjalan mengikut mereka tanpa membawa apa-apa dokumen. Ya Allah! Dugaan apa ini? Allah!

Sepanjang perjalanan, aku hanya diam seribu bahasa. Air mata yang berbicara. Penumpang dalam kereta turut diam. Pelbagai perasaan yang ada dalam jiwa aku. Pelbagai pertanyaan menjalar dalam mindaku. Ya Allah, selamatkanlah mereka.

**********

Sampai di hospital aku ikut abangku ke bahagian kecemasan. Memang cemas. Ramai yang menunggu. Aku pandang muka mereka tanpa perasaan. Hatiku tertanya-tanya di mana keluargaku?

"Semua mangsa masih dalam perjalanan ke hospital ini. Ada dua orang yang meninggal dunia...," kata pegawai perubatan yang berada di situ. Ucapan seterusnya aku tidak ingat.

Ada wartawan. Tapi semua itu tidak aku pedulikan. Ayah De Noor yang bercakap dengan para wartawan yang ingin mengetahui nama mangsa yang terlibat.

p/s: tulisan lama 2001 (tahun SPM) mengingatkan peristiwa kemalangan yang menyebabkan kematian Ayah Ngah, A.L** koma, adik R terkeluar tulang di pergelangan tangan, adik M tengkorak dibuka untuk masukkan besi, ayah patah bahu sebab pakai seat belt, adik A cedera ringan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...