01 Julai 2021

Sultan Ulama' dan maslahah

 Nama Sultan al-Ulama' dah lama aku dengar dan aku nak tahu siapakah ulama' ini? Zaman mana beliau hidup? Beliau berpegang keapda mazhab apa? Apa buku penulisan beliau? banyak lagi yang aku nak tahu dan tahu.

Yang asas aku tahu, beliau diberi nama Izz Abd al-Salam. Pencetus kepada maqasid al-shariah sebelum al-Shatibi. Anak murid beliau adalah Imam al-Qarafi. Semua orang hebat-hebat ni. Beliau bermazhab Maliki pada awalnya kemudian bermazhab Shafii. Banyak kata-kata dari beliau dinukilkan oleh para ulama' zaman sekarang. Sedikit sahaja pengetahuan aku. Jadi cari melalui pak google dulu.

Biodata

Nama: Abdul Aziz bin Abdissalam bin Abi al-Qasim bin Hassan bin Muhammad bin Muhazzab al-Sulami

Tarikh lahir: Para sejarawan berselisih pendapat tentang tahun kelahirannya sama ada pada tahun 577H atau 578H. Paling tepat menurut Ridwan al-Nadawi adalah tahun 577H sesuai dengan pandangan al-Subki dalam bukunya Tabaqat al-Shafiyyah al-Kubra bahawa beliau berusia 83 tahun.

Meninggal dunia: 9 Jamadil awal thaun660H. Dimakamkan di al-Qurafah, Kaherah dengan penghormatan diraja. 

Tempat lahir: Damsyik Syria. Separuh masa hidupnya dihabiskan di Syria sebelum berpindah ke Mesir. Ada yang mengatakan ibubapanya berasal dari Morocco dari keturunan suku mudhar yang terkenal iaitu Bani Salim.

Nama panggilan: Abu Muhammad atau singkatannya Al-Izzu

Panggilan terkenal: Sultanul Ulama' (Raja Para Ulama')

Nama Gurunya: Sheikh Fakhruddin bin Asakir, Sheikh Saifuddin al-Amidi, al-Hafiz Abu Muhammad al-Qasim bin al-Hafiz Kabir Abu al-Qasim bin Asakir, Abdul Latif bin Ismail bin Abi Saad al-Baghdadi ,  dan ramai lagi.

Nama muridnya: al-Qarafi (wafat 684H), Ibnu Daqiq al-Id (wafat 702), Imam Alaudin Abu Hassan al-Baji (wafat 714H), al-Hafiz Abu Muhammad al-Dimyati (wafat 705H), Sheikh Tajuddin bin al-Firkah (wafat 690H), Abu Ahmad zaitun (wafat 691H), Ibn Gamaz (wafat 693H), Abu Muhammad Hibatullah al-Qifthi (wafat 697H), Abdul Latif bin Ismail bin Abi Saad al-Baghdadi (wafat 695H).

Karyanya: al-Qawaid al-Kubra, Majaz al-Quran, Syajarah al-Maarif, al-Ghayah fi Ikhtisar al-nihayah, Mukhtasar Sahih Muslim, al-Imam fi Adillah al-Ahkam, al-Fatawa al-Muashuliyyah dan al-Farq baina al-Iman wa al-Mihan

Kata-kata mengenai beliau.

Sheikh Tajuddin al-Subki: al-Izzu adalah Sheikhul Islam dan para muslimin, salah seorang imam terkemuka, raja para ulama', imam pada masanya yang tiadatandingan. Beliau orang yang mengetahui hakikat, rahsia dan tujuan syariat.

Jalaluddin al-Sayuti: Raja para ulama' yang mengambil ilmu usul, mendengar hadis, pandai dalam ilmu fiqh dan bahasa arab.

Azzudin al-Husaini: beliau adalah tokoh tempat tertumpu ilmu pada masanya. Padanya terkumpul banyak disiplin ilmu. Beliau seorang yang teguh dalam agama walaupun mempunyai watak yang tidak suka berlebih-lebihan

Fakhruddin Muhammad bin Syakir al-Katabi: Sheikh Izzudin adalah tokoh parah tokoh, meng=dengar hadis, belajar fiqh, mengajar dan memberi fatwa, menguasai mazhab, mencapai darjat mujtahid, ditujui para siswa dan pelbagai negeri dan melahirkan ramai imam. Seorang yang kuat ibdat, warak dan mempunyai fatwa yang bagus.

Imam Ibnu Kathir: al-Izzu adalah maha guru mazhab

Imam al-Zahabi: al-Izzu telah mencapai darjat mujtahid dan kepadanyalah berhenti kepimpinan. mazhab.

Sheikh Shihabuddin Abu Syamah: Beliau telah menghilangkan banyaka bidaah yang dilakukan oleh para khatib, seumpama mengetuk pedang pada mimbar. Beliau juga telah menganggap batil dan mencegah solat raghaib dan majlis sambutan nisfu Syaaban.


Perjalanan Hidup

Syria ketika hidup al-Izzu dalam keadaan huru hara dan pada sat itu Baghdad sebagai pusat pemerintahan Islam dalam keadaan lemah bermula pada abad ke-3 hijrah hingga abad ke-5 kejatuhan Baghdad di tangan Bangsa Mongol. Kekuatan Islam tidak lagi berpusat malah telah dipecahkan keapda negara-negara kecil. Wilayah Syam yang meliputi mesir, Syria dan Palestin mendapat ancaman dari luar seperti Tartar dan tentera Salib.

Syiria kembali cemerlang dibawah dinasti Ayyubiyyah yang diperintah oleh Salahuddin al-Ayyubi berhasil membuatkan tentera Salib berundur dalam peperangan Hittin. Pada tahun 583 H al-Quds kembali berada dalam kuasa Islam walaupun beberapa kali berusah merebut kembali al-Quds pada tahun 585 tetapi tidak berhasil sehingga membuat kesepakatn untuk hentikan peperangan apda tahun 588H. Pada tahun 589 H Salahuddin meninggal dunia.

al-Izzu berasal dari keluarga yang miskin dan ketika masih kecil beliau selalu membantu ibubapanya menjual di pasar tradisional. Minat terhadap ilmu telah disedari oleh ibubapanya sejak beliau masih kecil kerana beliau sering ke perpustakaan untuk membaca buku. 

Guru pertama beliau ialah Jamal al-Din al-Harastani, seorang hakim agung di Damsyik ketika itu. al-Izzu berguru dan mempelajari tentang fiqh. Selain itu beliau berguru dengan Ibn 'Asakir yang merupakan tokoh kenamaan di Mekah dan Syria dengan mengajar tentang hadis dan fiqh. Bagi mendalami ilmu hadis, al-Izzu berguru dengan Abd al-Latif bin Sheikh al-Sheikh dan al-Khusyu'.

Beliau bukan sahaja menuntut ilmu di Syria sahaja malah pada tahun 597H, beliaupergi ke Baghdad untuk berguru dengan Hambali al-Rasafi dan Umar bin al-Tabrazad. Dari kedua gurunya ini, beliau mengasah kemampuan dalam bidang hadis. Bagi melengkapkan pemahaman tentang hukum Islam, beliau mempelajari usul fiqh dari Saif al-Din al-Amidi, seorang yang berpegang keapda mazhab Hambali dan kemudiannya bermazhab al-Shafii. al-Izzu juga berpegang keapda mazhab Shafii bahkan kemampuannya dalam bidang syariah lebih unggul dari Imam al-Ghazali. 

Ketika al-Izzu berada di Mesir, beliau diberi amanah mengajar Fiqh Mazhab al-Shafii. Fatwa yang dikeluarkannya adalah berdasarkan ijtihad beliau dan tergolong sebagai mujtahid mazhab. Beliau mempunyai banyak panggilan antaranya 'Izz al-Din atau al-Imam al-Izz atau adakalanya Sheikh al-Islam. Anak murid beliau, Ibn Daqia al-Id memberi gelaran Sultan al-Ulama' kerana al-Izzu adalah satu-satunya ulama' ketika itu yang mampu mengangkat reputasi para ulama' laian di mata penguasa. Keberanian dan ketegasan beliau membuatkan pemerintah segan kerana jika terdapat kemungkaran, beliau akan terus membuat teguran walaupun terhadap keluarga diraja.

Al-Izzu bertugas sebagai guru di beberapa buah sekolah dan masjid di Damsyik. Antaranya mengajar di al-'Aziziyah dan Zawiyah al-Ghazaliyah termasuk di Mesir menjadi guru di al-Salihiyyah. Selain mengajar, beliau aktif sebagai penceramah di Syria dan Mesir. Kebiasaannya beliau menajdi khatib di Jami' 'Umawi dan Jami' 'Amr bin 'Ash. Ketika pemerintahan Najm al-Din, Dinasti Ayubiyyah, memegang jawatan hakim di Kaherah dan kemudiannya mengundur diri dengan alasan tersendiri.


Konsep Maslahah Menurut Izzuddin Abd Salam.

Pada dasarnya maslahah digagskan oleh al-Juwaini dalam kitab al-Burhan, lalu dikembangkan oelh ulama' selepasnya seperti al-Ghazali dalam kitab al-Mustasfa, al-Amidi dalam bukunya al-Ihkam, Izz al-Din dalam buku Qawa'id al-Ahkam fi Masalih al-Anam sehingga idea ini disempurnakan dalam konsep Maqasid al-Shariah oleh al-Shatibi dalam kitab al-Muwafaqat sehingga hari ini para ulama' dan cendikiawan Islam memberi perhatian khusus dalam kajian berkaitan hukum Islam.

Sejarah perkembangan maslahah.

Maslahah adalah bentuk masdar dari salaha yang bermaksud kegunaan (manfaat). Lawan bagi kalimah ini ialah kerosakan (mafsadah). Dalam al-Quaran disebut saluha beberapa kali. Kata salaha disebut 2 kali, salihan disebut 36 kali, slihun, salihin dan salihat disebut 91 kali. Walaupun istilah maslahah dalam kamus tidak ditemui, namun boleh difahami sebagai sesuatu yang baik dan memiliki kegunaan. Dari segi istilah, ulama' usul mendefinikan dengan pelbagai definisi yang mengarah keapda maksud dan tujuan.

Al-Shatibi mendefinisikan maslahah sebagai : "..yang saya maksudkan dengan maslahah di sini adalah sesuatu keperluan yang diperlukan untuk menyokong kehidupan manusia dan melengkapkan dirinya sama ada dalam bentuk jasmani mahupun rohani sehingga merasa keamanan hidup" (al-muwafaqat :213)

al-Ghazali mendefinisikan sebagai "maslahah adalah sebuah ungkapa untuk memperoleh suatu kegunaan 9jalb al-masalih) atau menolak suatu kerosakan (dar'ul al-mafasid) (al-mustasfa :481).

al-Buti pula memahami maslahah sebagai sesuatu yang memiliki manfaat. bagi beliau, setiap hala yang berguna itu adalah maslahah, yang diperoleh dengan cara mewujudkan kegunaan seperti menhasilkan nikmat atau diperoleh dengan cara memelihara dan menolak kerosakan seperti menghilangkan rasa sakit (dawabit al-maslahah fi al-shariah al-islamiyah: 23)

al-Sayuti mengungkapkan bahawa maslahah adalah bentuk kewujudan kebaikan itu sendiri  . Seandainya ada keharusan menolak kerosakan namun ia juga bertujuan mewujudkan kebaikan (ashbah wa nazoir: 16)

Pada mulanya maslahah hanya dikenali sebagai prinsip sesebuah hukum dan dapat dilihat sejak zaman penurunan wahyu iaitu zaman Rasululah, sahabat dan tabiin. Pada zaman Rasulullah SAW semua hukum boleh dikatakan mengandungi maslahah, paling kurang hukum difahami dari nas al0shari' yang menjelaskan isu-isu hukum yang disertai alasan-alasannya (illah) (rujuk madkhal li al-dirasat al-shariah al-islamiyyah oleh al-Qardawi 2001: 58). Kemudian al-Shatibi menyimpulkan bahawa semua hukum itu memiliki alsa (anna al-ahkam mu'allat). Kemudian alasan yang ada iru sama ada dikenali dengan illah atau hikmah dan difahami sebagai bentuk maslahah (al-muwafaqat 201).

Menurut Khallaf, pada zaman sahabat terdapat ijtihad yang dibuat oleh Khulafa' al-Rasyidin seperti Abu Bakar yang didasarkan oleh maslahah antaranya pengum[ulan al-Quran sebagai satu mushaf , memerangi orang yang enggan bayar zakat dan menunjukkan umar sebgai penganti kepimpinan umat Islam (abd Wahab Khallaf, usul al-fiqh 2003: 95).

Umar al-Khattab juga dalam beberapa kes hukum berlandaskan kefakihannya berdasarkan maslahah iaitu memberifatwa tentang sekumpulan orang bersepakat membunuh satu orang, maka hukumannya wajib qisas semuanya. Kedua, bertambahnya saksi hukuman bagi peminum khamr 9arak) dari 40 sebatan menjadi 80 sebatan (al-Buti, dawabit al-maslahah gi al-shariah al-islamiyyah: 355).

Seterusnya zaman tabiin, Umar Abd al-Azizi serta para ulama' sepakat untuk kumpulkan hadis-hadis dan menyusunya dalam satu buku. Selain itu merekajuga membuat buku-buku dalam disiplin ilmu hadis speerti ilmu jarh wa ta'dil, ilmu dirayah wa riwayah (al-Buti, dawabit al-maslahah gi al-shariah al-islamiyyah: 362)

Yang terbaru pada zaman fuqaha' mazhab, penggunaan maslahah lebih sistematik menjadi metod penemuan hukum (istinbat al-ahkam). Seiring perjalanan waktu, maslahah berkembang menjadi metod analisis hukum terutama pada isu-isu yang dikategorikan baharu dan tidak dijelaskan dalam nas-nas syarak (Fery Ramdhansyah t.th).

Malik bin Anas (wafat 179H) seorang pengasas mazhab maliki, tercatat sebagai orang pertama menjadikan maslahah sebagai pertimbangan untuk menjawab isu semasa yang baru. Cara ini disebut istislah atau dikenali dengan al-maslahah al-mursalah. Jika sesuatu isu tidak dapat diselesaikan dengan nas shari' yang ada sama ada al-Quran atau hadis, maka dalamhal ini berlaku metod al-maslahah al-mursalah dalam memutuskan hukum......(yang ni aku ada musykilah sikit: ust cakap masalih mursalah dan maslahah oleh al-syatibi ni berlainan tetapi boleh digabungjalinkan. Mana sumber kitab aku nak cari ni?)

Dalam beberapa isu, Imam Malik memberi fatwa dengan beberapa pertimbangan maslahah. Al-Buti menyebut bahawa fatwa-fatwa yang diputuskan berdasarkan maslahah antaranya; tidak ada kewajipan bagi seorang isteri untuk menyusukan bayinya, dibolehkan memukul orang yang disangka penjenayah untuk dapat kesaksian yang sebenar, dibolehkan makan daging unta atau sapi waaupun belum dibahagikan (qismah) ketika dalam perang, dibolehkan membunuh kaum atheis (zindiq) yang berpura-pura mengaku muslim (al-Buti, dawabit al-maslahah gi al-shariah al-islamiyyah: 337-346).

Dalam mazhab Shafii, maslahah mursalah juga digunakan sebagai metod menganalisis hukum. Kebanyakan ulama' shafii lebih mengenalinya sebagai metod ra'y atau qiyas. Walaupun Imam Shafii mengenal 4 sumber hukum iaitu Quran, Sunnah, ijma' dan Qiyas untuk digunakan dalam menetapkan hukum , namun qiyas di sini juga diletakkan sebagai bentuk pengambilan hukum berdasarkan masalahah (Hasyn Hamid Hasan, Nazriyyah al-maslahah fi al-fiqh al-islami 1981:311).

Salah satu contoh keputusan hukum yang dibuat berdasarkan maslahah iaitu dibolehkan merosak atau memusnahkan haiwan-haiwan ternakan atau tanaman yang dimiliki oleh musuh ketiak perang dengan tujuan melumpuhkan sumber ekonomi mereka. Bahkan Imam Shafii yang juga anak murid Imam Malik setuju dengan pendapat gurunya yang membolehkan tentera muslim memanfaatkan harta gahminah ketika perang walaupun belum dibahgikan dan keputusan ini lebih terarah keapda satu keadaan yang bersifat darurat.

Dalam mazhab Hambali sama juga dengan mazhab Shafii, secara khususnya tidak menyebut maslhah sebagai metod penemuan hukum, namun al-Buti menukilkan dari huraian Abu Zahrah dalam buku biografi Ahmad bin Hambal disebut bahawa maslahah merupakan dasar penentuan hukum (aslan min usuli al-istinbat) (al-Buti, dawabit al-maslahah gi al-shariah al-islamiyyah: 362).

Contoh kes yang diputuskan dalam maslahahboleh dilihat dalam fatwa Imam Ahmad; pertama hukuman pengasingan bagi pelaku tindakan yang menyalahi adat yang tidak baik ke tempat yang boleh membuatkan dirinya diasingkan. Kedua; menambah saksi hukuman yang lebih berat dari biasa sperti hukuman terhadap peminum arak apda bulan ramadhan. Ketiga: memberikan hukuman bagi orang-orang yang berani menghina sahabat nabi dan dalam hal ini pemerintah dilarang menghapuskan hukuman ini (Hasyn Hamid Hasan, Nazriyyah al-maslahah fi al-fiqh al-islami 1981:40)

Dalam mazhab Hanafi, walaupun tidak dikenali sebagai maslahah, mereka menggunakan metod yang serupa iaitu al-istihsan. Contohnya walaupun dibolehkan akad istisna' itu termasuk dalam kategori ba'i al- ma'dum namun hak itu dibolehkan kerana merupakan keperluan dan dianggap perkara yang baik oleh masyarakat (al-Buti, dawabit al-maslahah gi al-shariah al-islamiyyah: 382)..

Konsep maslahah menurut al-Izzuddin.

Definisi maslahah menurut al-Izzu berbeza dengan ulama' usul yang lain berfokus sebab terma maslahah yang muncul bukan dalam bentuk fungsi melainkan dalam pengertian umum. Oleh itu defini maslahah yang dikemukakan difahami terhad kepada isi kandungan sesebuah hukum, bukan metod atau alat yang digunakan untuk menggali hukum (istinbat al-ahkam) (al-Juwainy. al-Burhan fi Usul Fiqh: 156)



SUMBER:

1. padredeumares

2. Konsep maslahah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...