28 Julai 2021

Qiyas Al-Shabah

Perbahasa Usul Fiqh kelihatan menarik pada pandangan aku setelah mengikut beberapa kelas dan membuat pembacaan. Bukan senang untuk memahami ilmu ini kerana ia berkaitan dengan semua bidang dan perlukan kemahiran tinggi dalam ilmu naqli dan aqli. Jika dahulu, aku paling sukar memahami ilmu mantiq kerana bahasanya begitu tinggi dan aku skip kelas. Dahulu rasa tak penting. Sekarang terasa rugi. Apa pun belum terlambat untuk terus mneggali ilmu-ilmu yang ada selagi hayat masih ada. Aku sebagai manusia yang lemah sentiasa tergoda dengan bahan gajet dan banyak dihabisnya dengan sosial media yang tiada penghujungnya. Asal nak cari bahan bacaan, scroll dan seterusnya lalai. Dugaan!

Aku lebih kepada menyalin sahaja berdasarkan artikel sebenar.

******

(1)

Qiyas merupakan salah satu metod pengeluaran hukum berdasarkan konsep persamaan anatra dua perkara, baik persamaan pada sifat, keadaan , sebab dan sebagainya. Metod ini berasaskan kepada pemakaian (isbat0 hukum bagi perkara yang telah dimaklumi hukumnya (Asal) keapda perkara atau isu yang belum dimaklumi hukumnya (furu') disebabkan wujudnya persamaan antara keduanya pada illah atau sifat yang jelas serta konsisten (al-Shirazi 1995; al-Isnawi 1999; ibn al-Sam'ani 1998)

Qiyas memainkan peranan yang sangta penting dalam pembinaan hukum-hukum syarak. melalui Qiyas, seseorang mujtahid bukan sahaj mampu mamahami maksud syarak terhadap sesuatu hukum malah dapat mengembangkan hukum-hukum sedia ada keapda isu-isu baharu apabila ada persamaan antara keduanya pada illah atau punca hukum (al-Ghazali 1997; Isnawi 199; al-Shirazai 1995; al-Bannani 1982; al-Amidi 2003)

Kepentingan qiyas dalam pembinaan hukum mampu dijelmakan apabila nas-nas al-Quran dan al-Sunnah yang secara zak=hirnya terhad lantas ewujudkan kekangan keapda mujtahid dalam mendepani isu-isu semasa. Justeru itu para mujtahid tidak sewajarnya melihat al-Quran dan al-Sunnag secara tersurat sahaja bahkan melalui apa yang tersirat pada setiap hukum yang disebut didalamnya. Hal ini mampu dilaksanakan melalui sumber hukum lain, di antaranya termasuk qiyas. Atas dasar inilah qiyas dititikberatkan oleh ulma' usul al-Fiqh dalam perbahasan mereka, bahkan dikatakan bahawa seseorang itu tidak dapat mengelakkan dirinya dari qiyas (al-Zarkasiy 1992).

Menurut Ahmad Zakirullah & Ridzwan Ahmad (2016), ilmu usul al-Fiqh dalam penulisan kurang mendapat perhatian dalam bidang kewangan Islam walaupun Usul al-Fiqh adalah ilmu yang membincangkan proses istinbat hukum dan keperluan bagi mereka yang terlibat dalam bidang pengeluaran hukum. Penulisan sedia ada lebih menekankan perbincangan tentang hukum-hukum fiqh semas tanpa mengaitkan dengan Ilmu Usul al-Fiqh, sedangkan ilmu Usul al-Fiqh adalah asas keapda hukum.

Qiyas al-Shabah

Proses qiyas bagi sesuatu furu' (cabang) itu dihubungkan dengan salah satu dari dua asal disebabkan ciri-ciri yang terdapat pada furu' itu lebih menyerupai salah satu dari dua asal tersebut. Ini banyk diaplikasikan dalam bidang kewangan.

Definisi Qiyas al-Shabah;

  1. menghubungkan hukum furu' -isu yang belum disebutkan hukumnya dengan hukum asal- isu yang telah disebutkan hukumnya dengan penghubung yang lebih menyerupainya (al-Shirazi 1995)
  2. menghubungkan satu furu' yang mempunyai persamaan dengan dua asal keapda asal yang paling hampir dan banyak persamaan 9al-Amidi 2003)
Ahmad Zakirullah & Ridzwan Ahmad (2016) menjelaskan bahawa maksud qiyas al-shabah ialah menghubungkan furu' yang mempunyai persamaan di antara dua asal dengan yang paling banyak persamaan dengan furu' tersebut. Dari definisi di atas dapat difahami bahawa Qiyas al-Shabah adalah satu metod qiyas yang bukan melihat keapda kewujudan illah sebagai penghubung antara asal dan furu' tetapi melihat keapda kewujudan sifat-sifat yang lazim dan biasa ditemui (lawazim) pada sesuatu illah dan berdasarkan  perkara ini, Qiyas al-Shabah juga sebenarnya mempunyai persamaan dengan Qiyas al-Dalalah iaitu sejenis Qiyas iaitu penunjuk kepada hukum adalah sifat-sifat yang biasa ditemui pada sesuatu asala atau illah hukum (al-Zarkasyi 1992). Namun perkara yang membezakan antara keduanya ialah, Qiyas al-Dalalh tidak mempunyai persamaan antara dua asalam manakala Qiyas al-Shabah mempunyai persamaan dengan dua asal namun hanya asal yang paling hamoir atau yang paling banyak persamaan sahaja diambil kira berdasarkan padandangan seseorang mujtahid itu.

Kata al-Shirazi (1995):
" Ia (Qiyas al-Shabah) seperti furu' yang mempunyai persamaan dengan dua asal, salah satu asal tersebut mempunyai 3 persamaan 9dengan furu') dari segi sifat, manakala yang satu lagi mempunyai dua persamaan, maka furu' tersebut duhubungkan (dari segi hukum) dengan asal yang mempnyai paling banyak persamaan dengannya (3 persamaan)"
Walaupun al-Shirazi tidak menyebutkan sama ada Qiyas al-Shabah termasuk dalam Qiyas Jali (qiyas yang illah hukum padanya sangat jelas), mahupun Qiyas Khafi (Qiyas yang illah hukumnya agak kabur dan adanya beberapa ihtimal (kemungkinan), namun jika kita menerima bahawa Qiyas al-Shabah sebenarnya adalah salah satu jenis Qiyas al-Dalalah, maka Qiyas al-Shabah juga boleh dianggap sama ada sebahgaian dari Qiyas Jali atau Qiyas Khafi bergantung sejauhmana terang atau jealsnya tanda kewujudan illah hukum pada sesuatu Qias al-Shabah itu. Walau bagaimanpun, perlu ditekankan di sini bhaawa ini tidaklah bermaksud menafikan pendapat al-Shirazi kerana al-Shirazi sendiri mengatakan bahawa Qiyas al-Shabah adalah qiyas yang tidak sah (al-Shirazi 1995)


Perbezaan antara Qiyas al-Shabah dengan Qiyas al-Illah pula, Qiyas al-Illah bergantung keapda illah sebagai penghubung antara asal dan furu' manakala Qiyas al-Shabah bergantung kepada persamaan yang paling banyak pada sifat-sifat yang wujud antara dua asala sebagai penghubung dianatara keduanya.

Perbezaan antara illah dan dalalah ialah illah bermaksud sesuatu makna atau sifat yang memberi kesan keapda hukum, atau sesuatu yang membawa keapda kewujudan hukum (al-Ghazali 1997; al-Shirazi 1995), sedangkan dalalah bukan bergantung kepada kewujudakn makna, melaluinya wujudnya hukum, tetapi bergantung kepada tanda iaitu tanda tentang kewujudan illah hukum, dengan maksud apabila adanya tanda kewujudan illah hukum maka ini menandakan wujudnya hukum. Antara tanda-tanda adanya illah hukum ialah sifat lawazim iaitu ciri-ciri yang melazimi sesuatu perkara, seperti hukum sujud tilawah adalah tidak wajib kerana ia harus dilakukan ketika berada di atas tunggangan, dan sesuatu yang harus dibuat ketika berada di atas tunggangan maka ia merupakan ciri-ciri (lawazim0 sesuatu yang tidak wajib. Begitu juga tanda kewujudan illah hukum (dalalah) adalah dengan melihat keapda zontoh yang sama dan sebanding dengan sesuatu furu' itu, seperti wajibnya bayaran 1/10 ke atas tanaman yang dimiliki oleh kanak-kanak, maka wajib juga zakat ke atas hartanya sama sahaj halnya seperti zakat ke atas harta orang dewasa (al-Shirazi 1995)

Dalam soal persamaan yang paling banyak ini, perbezaan pendapat pada penentuan hukum boleh terjadi apabila setiap mazhab mempunyai pandnagan yang tersendiri dalam melihat manakah asal yang paling hampir dan paling banyak persamaan dengan sesuatu furu' itu. Al-Zanjani (1982) menyebut bahawa:
" Kedua belah pohak (al-Shafiiyyah dan al-Hanafiyyah) telah bersepakat bahawa yang benar dalam ijtihda furu' di sisi Allah hanyalah satu. Ruang ijtihad hanya mencari yang paling menyerupai dan kampir keapda kebenaran dari pandngan kedua pihak. Adapun di sisi Allah, tiada yang lebih menyerupai kerana penyerupaan itu adalah terhajadi terhadap mereka yang jahil tenyang perkara-perkara yang sebenar (sedangkan Allah tidak begitu). Justeru apabila berlakunya dua persamaan terhadap sesuatu perkara dan peristiwa makan akan dicar di mana yang paling hampir antara akeduanya. Namun yang biasa terjadi ialah berlakunya perbezaan pendapat dalam penentuan yang paling hampir dan yang paling serupa keapda yang asal yang disepakati oleh kedua pihak yang berselisih pendapat tersebut"

Contoh Qiyas al-Shabah ialah hamba yang disamakan dengan barangan menurut pandangan mazhab al-Shafii dan sebagai manusia bagi pandangan mazhab Hanafi. punca perselisihan pandangan ini adalah kerana melihat keapda ciri-ciri yang terdapat pada hamba itu sendiri sama ada lebih banyak menyerupai barang atau manusia. Bagi mazhab Shafii, dari segi hukum hamba lebih menyeruaupai barangan manakala mazhab Hanafi berpandnagan hamba lebih menyerupai manusia  biasa. Kesan daripada khilaf dan perbezaan pendapat ini dapat dilihat dalam beberapa isu Shariah seperti ganti rugi (daman), hudud dan sebagainya (al-Zarkasyi 1992)

 Sebahagian ulama' Usul al-Fiqh tidak menyebut Qiyas al-Shabah sebahagi sebahagian dari jenis-jenis qiyas dan ini mungkin disebabkan Qiyas al-Shabah sebenarnya termasuk dalam Qiyas al-Dalalah sebagaimana yang telah disebutkan di atas dan ini adalah pendapat ibnu al-Baqilani dan lain-lain (Ibnu al-Muflih t.th; al-Baji 1995).

Sebahagian ulama' seperti al-Amidi pula tidak menganggap Qiyas al-Shabah sebahagian dari jenis-jenis qiyas tetapi beliau memasukkan al-Shabah sebagai pentarjihan bagi salah satu dari Masaik al-Illah (cara mengenal illah) iaitu Munasabah (Al-Amidi 2003). Beliau berpandangan bahawa al-Shabah itu sendiri sebenarnya ialah pentarjihan keapda salah satu dari illah pentarjihan keapda salah satu dari illah iaitu Munasid (kemunasabahan). Dengan kata lain, Munasib itu sendiri adalah illah manakala unsur persamaan (shabah) yang paling banyak dianggap sebagai pentarjih. Contoh disini ialah hamba yang diqiaskan keapda barang, menurit pandangan ini, illah keapda qiyas hamba keapda barang iini ialah al-Munasib (kemunasabahan) manakala pentarjihnya adalah al-Shabah iaitu banyanya persamaan diantara hamba dan barang.

Pandangan yang menolak kewujudan Qiyas al-Shabah sebagai salah satu dari jenis-jenis qiyas ini sebenarnya secara tidka langsung melenyapkan kewujudan qiyas al-Shabah sebagai salah satu jenis qiyas dan menjadikan al-Shabah hanyalah sebagai oentarjihan keapda salah satu illah iaitu al-Munasabah. Dalam hal ini, al-Amidi (2003) menyatakan:


Ahmad Zakirullah & Ridzwan Ahmad (2016) dalam penutup kertas kerja ini mengatakan bagi golongan yang melihat Al-Shafiiyyah menolak Masalih al-Mursalah boleh melihat Qiyas al-Shabah sebagi bukti bahawa Ulama' Shafiyyah berama dengan sumber masalih al-Mursalah melalui Qiyas al-Shabah. Ini menunjukkan para fuqha' tidka menolak mana-mana intrumen hukum yang mampu menjana hukum lebih menepati kehendak zaman dan tempat. Bagi mereka yang ingin memaksimumkan penggunaan qiyas dalam mendepani hukum Islam semasa dan setemapt, Qiyas al-Shabah boleh dijadikan asas utama dalam menyelesaiakan isu-isu semasa yang mencabar terutama dalam bidang kewangan Islam.

"dan ini (menyamakan) hamba dengan manusia yang merdeka disebabkan banyaknya persamaan antara keduanya) bukanlah disebabkan oleh al-Shabah itu sendiri. Ini kerana kedua manat al-Illah (pada manusia dan pada barang) itu adalah munasabah. Apa yang dinyatakan sebagai banyak persamaan itu walaupun memberi kesan keapda hukum, namun ia hanyalah pentarjih bagi salah satu manat berbeanding dengan manat yang lain, dan ini sama sekali tidak menjadikannya (al-Shabah) terkeluar dari illah (munasabah) walaupun ia memerlukan pentarjihan" (Jilid 3 :370)

Ahmad Zakirullah & Ridzwan Ahmad (2016) berpandangan Qiyas al-Shabah sebenarnya salag satu dari jenis qiyas dan termasuk dalam Qiyas al-Dalalah, kerana Qiyas al-Shabah ini mengambil kira lawazim (perkara-perkara yang lazim dan biasa ditemui) yang terdapat pada sesuatu asal itu dan ini adalah ciri-ciri qiyas al-dalalh, namun yang membezakan antara keduanya ialah, dalam Qiyas al-Dalalah, lawazim wujud hanya pada satu asal, sedangkan pada qiyas al-Shabah, lawazim wujud pada dua asal, lantas menyebabkan perlunya dilakukan pemilihan terhdap salah satu asal yang mempunyai paling banyak persamaan dengan sesuatu furu' itu berbanding asal yang lain.

Kehujahan Qiyas al-Shabah

Para Ulama' Usul Al-Fiqh telah berselisih pendapat tentang kehujahan Qiyas al-Shabah keapda dua pendapat iaitu pendapat yang menerima dan menolaknya.

  • Pendapat pertama: Qiyas al-Shabah adalah hujjah. Pendapat ini dipegang oleh kebanyakan ulama' dari Malikiyyah, Shafiiyyah dan Hanabilah. Ia juga dikatkan adalah pendapat Hanafiyyah dan kebanyakan para ulama'/
  • Pendapat kedua: Qiyas al-Shabah bukan hujah. Ini bersandarakan keapda kebanyakan ulma' mazhab Hanafiyyah, al-Baqilani, Abu Bakar al-Saifari, Abu Ishaq al-Shirazi, juga satu riwayat dari ahmad dan juga pendapat yang dipilih oleh Qadhi Abu Ya'la (al-Mardhawi t.th; al-Iji' 2000)
Namun  pendpat yang menerimanya adlah lebih kuat berdsarkan dalil-dalil yang menunjukkan kehujahan Qiyas al-Shabah, antaranya;

1.  Hadis: 
Dari Ibnu Abbas r.a bahawa seorang perempuan dari Juhaynah bertanya keapda Rasulullah "Wahai Rasulullah, ibuku telah bernazar untuk mengerjakan haji tetapi beliau tidak dapat mengerjakan haji hingga dia meninggal dunia, maka bolehkah aku mnegerjakan haji baginya? lalu baginda menjawab: Ya, kerjakanlah haji bagi pihaknya, apa pandanganmu jika ke atas ibumu ada hutang, adakah kamu akan membayarkannya? Maka bayarlah hutang Allah kerana hutang Allah itu lebih berhak untuk dibayar" (Ibnu Hajar al-Asqalani 2001, no: 1807, 4, 77)

Jelas di sini bahawa ibdata haji yang tidak disempurnakan itu adalah hutang yang mesti dilangsaikan, kerana diqiaskan dengan hutang sesama manusia sebagaimana hutang sesama manusia itu tidakan guru kecuali dilangsaikan begitu juga hutang dengan Allah. Bahkan hutang dengan Allah lebih patut dilangsaikan dan ini menunjukkan pengelauran hukum berdasarkan persamaan itu diterima paskai dalam Shariah.

 2. Qiyas al-Shabah juga merupakan amalan para sahabat, sebagimana Khalifah Abu bKar telah memerangi golongan yang enggan membayar zakat dengan katanya: 

"Demi Allah aku kan memerangi golongan yang membezakan antara solat dengan zakat..(Ibnu Hajar al-Asqalani, no: 1368, 3: 308)

Ijtihad Abu Bakar ini adalh berdasarkan bahawa zakat itu menyerupai solat dari sudut bahawa kedua-duanya adalah kewajipan yang mesti ditunaikan dan mereka yang meninggalkan zakat adalah sepeti mereka yang meninggalkan solat, walaupun Saidina Umar berhujjah bahawa mereka itu masih lagi beriman (berbanding dengan golongan Arab yang lain yang murtad). Di sini menunjukkan bahawa Qiyas al-Shabah itu diterima pakai oleh para sahabat.

3. Selain itu juga Qiyas al-Shabah memberi maksud dzon atau sangkaan tentang wujudnya hukum dan ianya juga wujud dalam Qiyas al-Illah. Apabila Qiyas al-Illah telah diterima sebagai hujjah sekalipun ia memberi maksud dzon tentang kewujudan hukum maka Qiyas al-Shabah juga sewajarbya diterima kerana ia memberi maksud yang sama. Dalam hal ini Abu Walid al-Baji (1995) menyatakan:

"Qiyas al-Illah dan Qiyas al-Shabah mempunyai maksud yang sama. Perbezaan antara keduanya ialah hukum pada Qiyas al-Illah terikat dnegan Illah manakala Qiyas al-Shabah terikat dengan alamat dan tanda" (2, 636)

Dari satu dut yang lain Qiyas al-Shabah mempunyai persamaan dengan proses Takyif al-Fiqhi terutama dalam aspek mencari illah sesuatu hukum itu, iaitu  berduanya bergantung dengan persamaan, melainkan Takyif al-Fiqhi lebih umum dan tidak hanya terhenti kepada illah semata-mata bahkan lebih melihat keapda analisa tentang sesuatu isu itu dari suut Shariah, dan mengetahui niat dan tujuan pihak-pihak yag terlibat dna mengetahui makna kedah-kaedah umum yang berkiatan, dengan tujuan untuk menetapkan hukum bersesuaian (ke atas sesuatu konsep atau prosuk_ dan ini selari dengan defnisi Takyir al-Fiqhi iaitu"

"menganalisa sesuatu isu semasa untuk dihubungkannya dnegan sesuatu asal fiqhi, dengan niat untuk memberikan sifat-sifat fiqhi tersebut kepada isu-isu semasa (yang berkaitan) jika jelas adanya persamaan dan jenis yang sama dinatara yang asala dan isu semasa dari segi hakikat " (Muhammad Usman Syabir t.th)

Contoh Aplikasi Qiyas al-Shabah:

1. Zakat Perhiasan: Barang perhiasan mempunyai dua unsur persamaan (shabah); persamaan antara emas/perak dikenakan zakat dan barang gunaan tidak dikenakan zakat. pendapat tepat adalah tidak dikenakan zakat ke atas perhiasan.

2. Binatang yang tidak diketahui halal atau haram. Brdasarkan Qiyas al-Shabah, binatang itu menyamai mana-mana binatang yang halal dimakan, maka dikira halal dan begitulah sebaliknya.

3. Zakat tanaman. 

4. Zakat Saham Syarikat Senaraian Awam

5. Akaun Pelaburan sama ada sebagai tunai/ hutang atau pelaburan

6. Bai Dayn

7. Bai al-Wafa'

*******

Selain qiyas al-Shabah, qiyas al-Illah dan Qiyas al-Dalalah, terdapat jenis Qiyas yang lain; Qiyas Adna, Qiyas Musawy dan Qiyas Aulawiy ( rujuk SINI). Jom baca lagi

SUMBER:

Ahmad Zakirullah Mohamed Shaarani & Ridzwan Ahmad. 2016. Qiyas Al-Shabah dan Aplikasinya dalam Sistem Kewangan Islam (download di SINI)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...