28 Julai 2021

Muqaddimah Ilmu Mantiq 3: Martabat Ilmu

 Entri terdahulu (intro SINI)

Pertama (SINI)

Kedua (SINI)

MAFHUM AL-ILM

Pemahaman Ilmu di sisi ulama’-ulama’ mantiq mempunyai pemahaman tersendiri, berbeza dengan pemahaman ilmu dalam ilmu-ilmu lain seperti ilmu syariah dan falsafah.

Apakah perbezaan antara ilmu dalam Ilmu Mantik dan ilmu dalam ilmu-ilmu lain?

Ilmu di sisi ulama’ Mantiq bermaksud mengetahui semata-mata, apakah ia bermaksud semata-mata mengetahui? Yang dimaksudkan adalah setiap yang diketahui akal adalah ilmu sama ada mengetahui tentang haiwan, objek sama ada mengetahui secara pasti atau zon atau syak atau waham maka semuanya dinamakan ilmu di sisi ulama’ mantik.

Adapun ilmu di sisi ulama’ lain, ilmu ialah tahu secara pasti yang tidak diketahui yang lain, maka ia bukan tahu semata-mata bahkan ia adalah lebih tinggi tingkatan pengetahuan.

Kadang ada yang bertanya: apakah maksud dengan lebih tinggi martabat pengetahuan? Adakah di sana terdapat peringkat yang lain?

Ya. Mengetahui iaitu mengetahui sesuatu bukan satu martabat sahaja, bahkan terdapat enam martabat pengetahuan: yang paling tinggi adalah yakin, kemudian zon, kemudian syak, kemudian waham, kemudia jahil al-basit dan kemudian jahil al-murakab dan akan dibincangkan secara ringkas;

al-Yakin: sesuatu perkara yang diketahui dengan pengetahuan yang kuat iaitu tiada sangkaan yang lain. Ketika ini, ketua cakap kepada askar lain: “pergilah kamu! Dan pastikan tiada musuh dalam kawasan ini!”.

Di sana wajib bagi askar untuk meronda semua kawasan untuk mencari musuh sehingga membawa kepada keyakinan penuh bahawa tidak mungkin ada musuh yang wujud dalam kawasan berkenaan. Begitu juga apabila kamu melihat Ali berdiri, mak kamu kata dengan yakin bahawa dia berdiri dan apabila kamu ceritakan berpuluh kawan-kawan kamu bahawa kawan kamu sekian-sekian telah berkahwin, maka dengan yakin bahawa dia telah berkahwin.

Yakin = contoh yang boleh dinisbahkan adalah 100%

Al-Zon : berat kepada betul iaitu di sana terdapat lebih banyak anggapan dan anggapan itu memberatkan keapda betul dan yang lain adalah salah. Anggapan yang pertama dianggap zon. Zon ini peringkat kurang dari keyakinan, maka apabila yakin tidak ada kesalahan maka zon membawa keyakinan tetapi terdapat anggapan sedikit salah yang lemah (marjuh)

Contohnya: Ketika aku melihat pelajar yang rajin, maka aku beranggapan dia akan dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun tetapi adakah di sana ada keyakinan? Tidak. Ia bukan yakin, maka di sana terdapat anggapan ada kelemahan yang menyebabkan tidak capai kecemerlangan dalam peperiksaan dengan mempunyai sebab tertentu. Apabila saya seorang yang yakin bahawa dia akan berjaya dengan cemerlang sebab ada pemberatnya yang memberatkan kepada kejayaan iaitu kerajinannya.

Dalam al-Quran perbezaan antara yakin dan zon dalam firman Allah dalam surah al-Jathiah ayat 32:

 وَإِذَا قِيلَ إِنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقّٞ وَٱلسَّاعَةُ لَا رَيۡبَ فِيهَا قُلۡتُم مَّا نَدۡرِي مَا ٱلسَّاعَةُ إِن نَّظُنُّ إِلَّا ظَنّٗا وَمَا نَحۡنُ بِمُسۡتَيۡقِنِينَ 

Maksudnya: Dan apabila dikatakan (kepadamu): "Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar dan hari berbangkit itu tidak ada keraguan padanya", nescaya kamu menjawab: "Kami tidak tahu apakah hari kiamat itu, kami sekali-kali tidak lain hanyalah menduga-duga saja dan kami sekali-kali tidak menyakini(nya)

Catatan: Orang-orang kufur menyeru -dalam masalah beriman kepada hari kiamat- hal ini sampai kepada mereka pada martabat zon sahaja, tidak sampai kepada martabat yakin. Ini menunjukkan bahawa martabat yakin lebih besar dari martabat zon.

Zon = contoh nisbahnya : antara 51%-99%

Al-Syak: ialah terbina hal berkecuali sekitar masalah kerana ketiadaan pemberat. Ia tidak menafikan, tidak menetapkan, tidak beriman dengan kesahihan dan tidak beriman dengan kesalahan, maka antara dua aspek itu (tasdiq dan takzib) adalah setara, tidak ada pemberat antara keduanya.

Contohnya: kamu telah membaca dua buah kitab pada topik kapitalisme, kemudian kamu bercakap keapda kawan kamu bahawa kapitalisme adalah cara menangani kehilangan dan kepupusan (masalah kemelesetan ekonomi. Kemudian kawan kamu tanya: “dari buku mana kamu dapat penyataan itu?”

Apabila kamu tidak ingat dalam 2 kitab mana yang kamu dapat maklumat itu, maka kamu akan syak (ragu2) dalam keadaaan ini kerana kamu tidak memiliki pemberat yang menjadikan kamu beri’tikad bahawa salah satu dari dua buah buku yang kamu ingat tentang maklumat itu.

Syak = contoh nisbahnya 50%

Al-Waham: ialah pemberat yang tidka diberatkan. Waham ini berlawanan dengan zon secara sempurna. Zon merupakan pemberat yang memberatkan, maka waham pemberat yang tidak diberatkan.

Contohnya ketika kamu disoal oleh seseorang: Adakah universiti itu dibuka pada hari ini?

Apabila kami menganggap bahawa iktikad 70% bahawa ia dibuka dan 30% tutup, apa maksudnya?

Ini bermaksud bahawa iktikad bahawa universiti itu  tutup adalah contoh waham nisbah baginya kenapa? Kerana dia anggapan yang tidak diberatkan iaitu terhasil ke atas nisbah bawah paras 50%.

Waham = contoh nisbahnya : antara 1% - 49%

Al-Jahl al-Basit: ialah tidak terdapat padanya gambaran atau hukum tentang sesuatu perkara. Contohnya aku kata kepada kamu: Adakah kereta Khalid warna putih atau hitam?

Apabila kami menganggap bahawa kamu tidak melihat kereta Khalid maka kamu akan kata: aku tidak tahu. Maka di sini kamu tidak tahu mengenai keadaan kereta Khalid dan tidak memiliki apa-apa gambaran mengenai kereta itu.

Contoh lain: Allah berfirman dalam surah al-Taubah ayat 6:

وَإِنۡ أَحَدٞ مِّنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ ٱسۡتَجَارَكَ فَأَجِرۡهُ حَتَّىٰ يَسۡمَعَ كَلَٰمَ ٱللَّهِ ثُمَّ أَبۡلِغۡهُ مَأۡمَنَهُۥۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَعۡلَمُونَ 

Maksudnya: Dan jika seorang diantara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian antarkanlah ia ketempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui.

Dengan apa Allah sifatkan orang-orang musyrikin? Allah menyifatkan mereka “kaum yang tidak mengetahui” iaitu mereka jahil, maka mereka tidak mengetahui dakwah Nabi SAW maka mereka musyrik disebabkan sifat kejahilan tetapi bukan jahil murakkab yang akan kita takrifkan nanti, bahkan dia adalah jahil basit.

Selepas kita mengetahui makna jahil basit telah ditanya oleh seseorang: apabila kejahilan ialah  tidak mengetahui, kenapa kami letakkannya dalam peringkat pengetahuan?

Ini adalah soalan yang baik dan semoga sebab yang menjadikan ulama’ Mantik mempunyai darjat kejahilan al-basit dari segi konten martabat pengetahuan bersamanya bukan pengetahuan yang menajdikannya sebab dalam menjelaskan jenis yang lain dari jenis kejahilan iaitu kejahilan murakkab. Jahil Murakkab ialah apabila kita tahu kejahilan basit maka dengan mudah keapda kita mengetahui kejahilan murakab dan kejahilan murakkab adalah jenis dari pengetahuan.

Al-Jahl = contoh nisbahnya : 0%

Al-Jahl al-Murakkab: ialah mengetahui sesuatu yang berlawanan dan bercanggah dengan pengetahuan yang dipegang. Maka telah ditanya seorang saudara kamu: Mana buku aku? Kam kata kepadanya: buku kamu dalam beg itu. Dia kata kepadamu: adakah kamu yakin? Kamu jawab: Ya aku yakin. Ketika dibukakan beg itu, ia tidak menjumpai satu buku pun.

Ini dinamakan jahil murakkab iaitu bukan semata-mata jahil basit yang mana kamu tidak mengetahui suatu perkara itu, tetapi kerana kejahilan murakkab dari dua perkara: pertama; kamu berpegang kuat bahawa kamu tahu. Kedua; iktikad kamu bertentangan dengan keadaan sebenar.

Maka perbezaan antara jahil basit dan jahil murakab ialah jahil basit ialah kamu tidak tahu dan tahu bahawa kamu tidak tahu dan jahil murakab ialah kamu tidak tahu dan tidak tahu apa yang kamu tak tahu.

Jahil murakab = contoh nisbahnya : kurang dari 0%

Selepas kita mengetahui martabat pengetahuan kita kata bahawa ilmu di sisi ulama’ mantik mengandungi semua 6 martabat; yakin, zon, syak, waham, jahil basit dan jahil murakab, semuanya dinamakan ilmu di sisi ulama’ mantik. Adapun dalan ilmu yang lain, maka ilmu secara mutlaknya adalah pada martabat pertama sahaja iaitu yakin dan begitu juga sifat orang berilmu bahawa martabat tertinggi dalam pengetahuan. Dari bab ini Allah berfirman dalam surah al-An’am ayat 148:

قُلۡ هَلۡ عِندَكُم مِّنۡ عِلۡمٖ فَتُخۡرِجُوهُ لَنَآۖ إِن تَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَإِنۡ أَنتُمۡ إِلَّا تَخۡرُصُونَ 

Maksudnya:  Katakanlah: "Adakah kamu mempunyai sesuatu pengetahuan sehingga dapat kamu kemukakannya kepada Kami?" Kamu tidak mengikuti kecuali sangkaan belaka, dan kamu tidak lain hanyalah berdusta.

Bukan bermaksud ilmu dalam ayat ini semata-mata mengetahui sebagaimana yang ditakrifkan oleh ulama’ mantik tetapi maksudnya ilmu ialah pengetahuan peringkat tertinggi iaitu yakin.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...