16 November 2026

Yuma Air Compressor

https://youtu.be/FjbEY11toHU?si=0yuFYbxNkz0rfAg-

Ana telefon aku sebab nak maklumkan tayar kereta aku pancit. Aku kalau boleh tak nak susahkangeng cleaner kat sekolah aku. Memang mereka ramai, rasa menyusahkan mereka. 

Jadi aku buat keputusan cuba jaya sendiri. Aku ambil Pam Yuma Air Compressor untuk masukkan angin sementara untuk bawa ke kedai. Cuba dan cuba, tetap tak naik. Bad Cleaner mari. Aku cerita sikit pasal rancangan aku. 

Atas pengalaman dia, dia minta 'jek'. Tak pasti istilah moden apa. Naikkan tayar dan pam semula. Mula-mula macam tak naik. Pak Awang mari jenguk. Siap cakap 'tak naik ni'. Bad n Pak Awang ketuk tayar, rupanya angin pam ni masuk. Bunyi macam generator tu. Aku cuma pasang kat pencucuh api kereta sahaja. Nak pasang ni kena hidupkan kereta, baru berfungsi. Itulah juga pengalaman aku berada di perantauan lebih kurang 11 tahun. Lone ranger. Kental. Sebenarnya Allah yang jaga dengan doa mak ayah.

Kereta tak sampai setahun, pancit. Bunga tayar masih tebal. Ini mengejutkan aku juga. 2 minggu ambil kereta dah calar. Kehidupan, pasti ada ujian dan cabaran. 

Tayar yang dah pam  angin tadi dah masuk dan berjaya dipenuhkan. Harap tayar ni masih boleh bergolek sampai ke kedai tayar terdekat. Sampai sana, tiada stok. Apa tidaknya Rim 18" jenama Toyo. Dia boleh order stok dari kedai dia satu lagi. Aku nak tukar satu biji sahaja. Dalam kepala aku, jenama sama, bunga pun sama. Kereta boleh seimbang. Sebenarnya teknologi sekarang boleh sahaja tukar jenama lain. 

Sebenarnya aku mahu tampal tempat bocor. Disebabkan besi tu cucuk tepi tayar, jika buat tampalan, sia-sia sahaja. Tak bertahan lama. akan tercabut. Jadi pilihan yang aku ada sebagai orang jahil bab tayar ni, kira tukar tayar baru. Bukan murah, RM510 sekali harga upah pasang. 

Aku nak cepat, jadi malas nak tinjau kedai lain. Kedai ini yang paling dekat. Aku kawan aku membebel, kenapa tak pergi servey kedai lain. Itulah rezeki kedai ni. Adik ni pun baik. Layanan ok. kerja cepat.

Ni tayar spare saiz 16" kena pakai sementara, order sampai. Nampak dari jauh warna kuning tu. Tanda 'Awas!'

Cukup la pengalaman hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Yuma Air Compressor

https://youtu.be/FjbEY11toHU?si=0yuFYbxNkz0rfAg- Ana telefon aku sebab nak maklumkan tayar kereta aku pancit. Aku kalau boleh ta...