19 Julai 2026
Harold's
15 Mei 2026
Hari guru 2026
16 April 2026
Markah Prestasi PB3P
03 Januari 2026
Pesanan Ayyuha al-Walad
Assalamualaikum wbt...
Tahun 2025 telah melabuhkan tirai. Muncul 2026 Masihi yang semakin mencabar seiring dengan peningkatan umur 42 tahun. Tua. Veteran. Pencen. Semua menjadi satu.
Ada satu pesanan yang mungkin kita boleh jadi pedoman dan ingatan kepada diriku dari Buku Ayyuha al-Walad...Duhai Anak! oleh Imam al-Ghazali.
PESANAN PENTING:
1) Tidak sia-siakan waktu.
Salah satu tanda Allah menjauhkan diri daripada hambaNya ialah kesibukannya dalam perkara yang tidak ada kena mengena dengan dirinya, dan seseorang itu jika berlalu walaupun sejam daripda umurnya dalam selain dari apa yang diciptakan untuknya daripada ibadat, maka sudah memadai untuk dipanjangkan pemyesalannya. Dan barangsiapa yang melepasi umur 40 tahun, sedangkan kebaikannya belum menjangkau keburukannya, maka bersedialah untuk ke Neraka.
2) Ilmu tanpa amal.
Azab pedih kepada orang berilmu yang tidak mengamalkan ilmunya dan tidak memanfaatkan di jalan Allah. Hal ini disebut oleh Abdul Wahid bin Zaid: Barangsiapa yang mengamalkan ilmunya, maka Allah akan membuka baginya ilmu yang belum dikethaui sebelumnya. Ada pepatah mengatakan " Ilmu tanpa amal seperti pokok tanpa buah"
3) Tidak beramal, tiada pahala.
Tanpa amalan, seorang hamba Allah tidak akan menadapat pahala sebagai persediaan akhirat dan mendapat syurga Allah. Hal ini sesuai dengan hadis yang mengatakan bahawa apabila matinya seorang anak Adam, terputus semua amalannya kecuali sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.
4) Niat beribadat hanya kepada Allah.
Walaupun amal ibadat banyak bukan jaminan masuk ke syurga. Bahkan masuk syurga dengan rahmat Allah yang dapat diperoleh dari mentaati perintah Allah dan menjauhi larangannya.
Nasihat Imam al-Ghazali supaya kita semua bangun sebahagian waktu malam untuk bertahajud kerana ini perintah dalam Surah Az-zariyat 51: 18.
Nabi SAW bersabda: TIGA suara yang disukai Allah; Suara ayam jantan, suara orang membaca Al-Quran dan suara orang beristighfar ketika waktu sahur.
5) Balasan kepada hambaNya yang taat
Mereka akan mendapat kecukupan dan diberi kekuatan untuk mempertahankan diri dari kejahatan dan hawa nafsunya.
6) Orang cergas adalah yang beramal untuk akhirat.
Orang bodoh adalah orang yang mengikut hawa nafsu dan berangan-angan . Siang malam sibuk dnegan harta sedangkan harta dikumpulkan bukan miliknya selainkan milik warisnya. Harta sepatutnya dibelanjakan ke jalan Allah.
Ada pepatah mengatakan "dari begitu banyak sahabat, dan tidak ditemui sahabat yang lebih baik daripada MENJAGA LIDAH. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak ditemui pakaian lebih baik kecuali daripada TAKWA. Aku merenung terhadap semua jenis amal, namun tidak ditemui yang lebih baik daripada memberi NASIHAT BAIK. Aku mencari segala bentuk rezeki, tetapi tidak temui rezeki yang lebih baik daripada SABAR"
7) Menghindari kesenangan dunia.
Apabila waktu malam seseorang menghabiskan masa dengan membaca buku untuk dunia sahaja, perkara ini adalah sia-sia. Sebaliknya apabila kita habiskan masa menuntut ilmu dengan niat kerana Allah, maka kerja itu menadi mulia dan termasuk ibadat.
Banyak lagi nasihat ringkas. Semuanya terkena kepada diri sendiri. Moga Allah berikan kemanisan melaksanakannya sebelum ajal menjemputku.
Buku terjemahan ini aku beli dari ZRA strim. Memang terpikat dengan cerita Tuan Haji Zainal. Sekian
SUMBER:
1. (PDF) Kajian Intertekstual Nasihat dalam Kitab Ayyuhal Walad Imam Al-Ghazzali
2. Al-Ghazali. 2024. Terj : Muhammad Yusra Hulaimi. Duhai Anak. Cetakan ke-12. The Biblio Press, Selangor.
24 Disember 2025
Harta lebih 20 tahun.
29 November 2025
Hidup Biar Santai.
13 Oktober 2025
Zioni5 dan Falestin
02 Ogos 2025
Kisah Penduduk Kampung dalam Surah Yasin
Assalamualaikum,
Surah Yasin merupakan salah satu surah yang sentiasa aku ulang-ulang hampir setiap hari satu ketika dahulu. Sekarang aku nak ulang-ulang lagi agar menjadi sebati dalam diriku.
Dalam al-Quran yang aku baca, ada sedikit tafsir yang aku cuba fahami bahasa arabnya. Ayat 13-15 Surah Yasin ini menyebut berkaitan satu kampung yang tidak disebut namanya. Allah mengutuskan dua orang rasul -sebagaimana diutuskan Nabi Musa dan Harun kepada Fir'aun-. Malangnya penduduk kampung ini mempeolok-olokkan dua rasul ini.
Kemudian Allah utuskan rasul yang ketiga yang memberitahu penduduk bahawa dua orang rasul sebelum ini memang utusan Allah. Mereka tetap menolaknya dan mengatakan bahawa " sesungguhnya mereka adalah manusia seperti kami". Ini menunjukkan khayalan mereka tentang rasul bercanggah dan bukan mengikut kehendak mereka.
Imam al-Qutubi menyatakan bahawa kebanyakan ahli tafsir mneyebut kampung tersebut adalah Antakya di Turkiye. Pada awalnya Nabi Isa atas perintah Allah mengutuskan 2 orang rasul supaya menyeru mereka beriman kepad Allah. Sebaliknya mereka mengingkari dan mendusta serta memenjarakan dan menyeksa dua orang rasul berkenaan. Dalam waktu yang sama, rasul ketiga bernama Habib al-Najjar atau dipanggil Sahib Yasin. Ada juga berpendapat namanya adalah Habib bin Nurri berketurusan Najran atau Habib bin Israil al-Najran. Habib meminta penduduk berkenaan beriman kepada dua rasul berkenaan, namun dia juga dibunuh oleh kaumnya sendiri.
Allah mengutuskan Malaikat Jibril menghukum mereka dengan satu pekikan suara yang dahsyat sehingga mereka mati dalam keadaan musnah binasa.
SUMBER:
1. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (SINI)
Teknologi VS Hakikat
18 Julai 2025
Nabi Musa siri 1
Dalam surah al-Qasas ini Allah ingin memberitahu kita sebagai hambanya tiada kekuatan tetapi Dialah yang berkuasa ke atas segala-galanya termasuk keadaan Fir'aun yang kejam. Mereka membuat pelbagai perancangan, tetapi perancangan Allah yang terbaik. Bagaimana ALlah melindungi Nabi Musa dalam suasana yang kejam dan menjadikan Nabi Musa sebagai Utusan Allah (Rasul) dibantu oleh saudaranya, Harun (Nabi).
Ia bermula dengan mimpi Fir'aun. Dalam mimpi berkenaan, Fir'aun bermimpi ada seorang bayi lelaki yang lahir. Bayi ini apabila besar nanti akan meruntuhkan empayar kerajaan besarnya. Ini menyebabkan Fir' aun merasa bimbang jika mimpi itu benar. Fir'aun telah memanggil ahli nujum atau ahli sihirnya dan meminta pendapat mereka. Hasilnya Fir'aun membuat keputusan untuk membunuh semua bayi lelaki yang lahir pada tahun berkenaan. Manakala bayi-bayi perempuan dibiarkan hidup. Inilah permulaan kisah Nabi Musa Alaihissalam.
Dalam Tafsir Fi Zilalil Quran, menyatakan bahawa Fir'aun telah menyerahkan perempuan-perempuan Bani Israel yang hamil kepada bidan-bidan yang akan menyampaikan berita kelahiran anak-anak kepada Fir'aun. Hal ini supaya anak-anak ini dapat dibunuh sebaik sahaja lahir ke dunia. Ini merupakan perancangan jahat dan kejam tanpa ada rasa belas kasihan terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa ini.
Al-Qasas ayat 5:
Sesungguhnya Fir'aun telah bermaharajalela di bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah kapda berbagai-bagai puak. Dia menindas segolongan mereka dengan menyembelih anak-anak lelaki mereka dan hanya membiarkan anak-anak mereak sahaja hidup. Sesungguhnya dia adalah dari golongan manusia perosak
Lahirnya Nabi Musa, maka ibunya termenung dan bingung. Dia tidak tahu bagaimana harus dilakukan terhadap anaknya yang masih bayi ini. Dia takut dan bimbang terhadap keselamatan Musa. Dia takut berita kelahiran anaknya akan sampai kepada mata-mata Fir'aun. Terasa seram dan mengigil dirinya andai anaknya terpaksa disembelih di hadapannya. Dia memeluk anaknya dengan hati yang cemas sambil memikirnya masa depan anaknya. Dia merasa begitu lemah untuk melindungi anak ini, malah lemah menyembunyikan suara semula jadi anaknya apabila menangis. Dia tidak mampu mengajar suatu helah atau mencari cara menyelamatnya.
Di sinilah datangnya ilham dari Allah yang bertindak membantu ibu Musa bagaimana menyelamatkan musa dengan langkah-langkah dan cara-cara yang perlu dilakukannya.
Al-Qasas ayat 7:
Dan Kami ilhamkan kepada Ibu Musa: susukanlah dia dan jika engkau takutkan keselamatannya, maka hanyutkannya di dalam sungai dan janganlah engkau takut dan jangan pula bersedih hati kerana sesungguhnya Kami akan memulangkannya ke pangkuanmu kembali dan melantiknya sebagai salah seorang dari para rasul
Kemudian ibu Musa meletakkan Musa di dalam tabut atau bakul. Kemudian dihanyutkan ke Sungai Nil. Tabut itu dihanyutkan ke istana Fir'aun. Tabut itu diambil oleh pembantu Asiah, isteri Fir'aun. Apabila Tabut dibuka oleh Asiah, terlihat seorang bayi lelaki yang sangat memikat hatinya sebagai seorang ibu. Inilah bermulanya Musa menjadi anak angkat kepada Fir'aun tanpa menyedari inilah bayi yang dicarinya.
Al-Qasas ayat 8:
Lalu dia dipungut keluarga Fir'aun supaya menjadi musuh kepada mereka dan (punca) kedukacitaan (mereka). Sesungguhnya Fir'aun dan Haman serta bala tentera kedua-dua mereka, orang-orang yang bersalah.
Al-Qasas ayat 9:
Dan berkatalah isteri Fir'aun: Dia menjadi cahaya mata kepada adinda dan kekanda. Janganlah kamu bunuh dia. Semoga dia berguna keapda kita atau kita ambilnya sebagai anak angkat, sedangkan mereka tidak menyedari (akibatnya)
Ibu Musa pula tidak berdiam diri dari berfikir dan berusaha:
Al-Qasas ayat 11:
Dan berkatalah (ibu Musa) kepada saudara perempuan (Musa): Ikutilah dia! lalu dia pun melihatnya dari jauh sedangkan mereka tidak sedar.
Lalu kakaknya keluar mengikuti Tabut itu dengan berhati-hati dan dengan perasaan yang cemas. Dia mencari beritanya di pasar-pasar dan di jalan-jalan dan di sana dia mengetahui ke mana adiknya dibawa (dalam Istana Firaun). Dia memandang dari jauh adiknya dijaga oleh khadam-khadam Fir'aun yang sedang mencari penyusunya.
Al-Qasas ayat 12:
Dan Kami telah mengesahkannya (Musa) dari menyusu penyusu-penyusu yang lain sebelum itu. Lalu berkatalah saudara perempuan Musa: Mahukah kamu saya tunjukkan kepada kamu satu keluarga yang dapat memeliharanya untuk kamu dan mereka adalah orang-orang yang jujur terhadapnya.
Al-Qasas ayat 13:
Lalu kami kembalikannya (Musa) ke pangkuan ibunya supaya hatinya senang dan tidak berdukacita dan supaya dia mengetahui janji Allah itu benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
Ketika masih kecil, Fir'aun pernah merasa terancam dengan Musa kerana Musa pernah menarik janggutnya. Dia merasakan anak ini bakal melawannya. Tetapi Asiah, isterinya menyangkal dakwaan itu dengan mengatakan Musa masih kanak-kanak dan tidak dapat bezakan mana yang betul dan amana yang salah. Kemudian Fir'aun menguji Musa dengan meletakkan bara api dan susu dihadapan Musa. Fir'aun menyuruh Musa memilih salah satu dari dua benda ini. Tangan Musa ingin mengambil susu tetapi ada riwayat mengatakan malaikat menolak tangan musa dengan mengambil bara api dan masukkan ke dalam mulutnya. Hal ini menyebabkan Musa tidak fasih bercakap kerana terluka makan bara api ketika masih kecil. Allahu a'lam.
Banyak lagi kisah Musa dalam al-Quran ini.
Cukup setakat ini dahulu. Jika aku ada kelapangan, aku sambung kemudian
Rujukan:
Sayyid Qutb (2010).Tafsir Fi Zilalil Quran. Jil. 7.Surah al-Qasas
Kemenangan
12 Julai 2025
Fenomena Pasca SPM 2025
02 Mei 2025
Tulisan Ilmiah - Arab
21 April 2025
Kesempatan atau kesempitan
29 Januari 2025
Haji Pertama Mak Ayah
01 Januari 2025
Rumusan Akhir Tahun 2024
20 Oktober 2024
Mesyuarat atau bengkel mengikut zon
27 September 2024
Senarai coretan lama
Assalamualaikum w.b.t
Coretan demi coretan sebenarnya membolehkan aku release tension. Namun cabaran dan kerja membataskan penulisanku yang semakin suram dan tiada roh lagi. Insya Allah aku akan cuba berkongsi sebaik mungkin sebab ini cara aku me time . Lain orang, lain caranya. Aku percaya tiada orang yang akan membacanya lagi.
Sekadar yang aku boleh berkongsi adalah seperti berikut;
1- Pengalaman dan kerjaya. Pengalaman dahulu sama ada baik atau buruk menjadi tauladan dan pedoman untuk aku terus belajar dan belajar serta terus mengambil pengalaman selagi diberi peluang.
2. Murid-murid. Mereka adalah hala tuju aku buat masa sekarang. Hanya mereka komitmen aku sekarang. Tugas warden dan pendidik perlu diselarikan dan sejalan bagi memandaikan mereka. Aku tak kisah lupa diriku, biarlah mereka beramal dengan ilmu yang mereka ada.
3. Rakan sekerja. Mereka adalah rakan kerjasama dalam melaksanakan program dan projek memandaikan anak-anak muridku
4. Al-Quran. Prestasi aku semakin menurun. Sekarang aku memaksa diri untuk menonton My #Qurantime sebagai tempat aku mentadabbur surah-surah menjadi kegemaranku. Tafsir al-Quran banyak tetapi sikap malas membaca menjadi raja dalam diriku.
5. Pembacaan buku yang menarik minatku. Review buku yang ada dalam entri aku yang lalu adalah hasil pembacaanku sendiri kerana banyak terlibat dengan hal urusan perpustakaan hingga kini.
Aku nak cuba berkongsi semua perkara di atas dan perkara ke-4 menjadi keutamaan supaya menjadi nota untuk diriku dan orang lain.
Penggunaan 'Aku' sukar diubah menjadi 'saya'. Mohon maaf atas sikap 'syok sendiri' ini.
01 Jun 2024
Keterujaan Result SPM 2023
05 April 2024
Warden dan Majlis Persaraan
Harold's
Assalamualaikum wbt. Entah kenapa murid-murid f5 memberi air minuman ni dan kek. Bukan kesukaanku dan bukan kegemara...
-
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : " Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa ya...
-
Sakineh dakwa dianiayai 2010/08/08 AKTIVIS membawa gambar Sakineh ketika membantah hukuman terhadapnya di Trafalgar Square, London. Pihak be...
-
Assalamualaikum semua, Dah lama aku nak tahu pasal IV dan DV dalam penulisan tesis. Sebagai rujukan untuk diri sendiri, aku masukkan apa ya...