11 Ogos 2010

Detik tengok anak bulan.

Kelahiran anak bulan tak sama dengan anak manusia. Bukan 'datang bulan'. Bukan senang-senang boleh nampak dengan mata kasar. Kena guna alat. Alat yang biasa kita tengok bila orang ukur jalan. Aku dah lupa namanya.huhuhu...Belajar falak tahun 2002 di KUSZA nge Cikgu Baha (sekarang dah jadi DR BAHA). En Taufan juga pernah jadi guru falakku. Lama dah aku tak ulangkaji pasal falak.

Aku nak masukkan gambar yang aku jumpe dalam internet untuk santapan mataku. Maaf kalau ada sesiapa tak izinkan. Ini nak jadikan ia kenangan untuk aku (gambar lama ada...tapi malas nak scan).

Tak berubah sejak aku menjejak kaki kat sini. Ini pintu depan. 


Gambar yang menarik. Ini ruang belakang tempat tengok (skodeng) anak bulan.hehehe


Ni nota pasal kedudukan anak bulan dengan matahari. Aku kena study balik ni...


Ini nota pasal apa yea.?aku dah lupa...ijtimak ke?


Ini pula pasal fasa-fasa bulan. Kalau bulan penuh atau bulan mengambang tu menunjukkan 15 hb bagi bulan Hijrah. Apa bulan hijrah ni?Bulan Hijrah bermula dengan Muharam, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab , Sya'ban, Ramadhan, Syawal, Zul Kaedah dan Zul Hijjah. Macam mengajar budak-budak baru lahir je..hihihi


Ini pula kedudukan Bumi, bulan dan matahari. Masa ini boleh cari anak bulan. Ntah-ntah nampak tanduk syaitan kat celah awan ...hahaha

(masa ni matahari baru tenggelam)



Ya Ramadhan!


Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda

"Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: 

"Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. 

Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan.

Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: 

"Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" 

Dijawab oleh Rasulullah SAW: 

"Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."   

********************
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, 

di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, 

menurunkan rahmat, 

mengampuni dosa-dosa kamu, 

memakbulkan doa-doa kamu, 

melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar 

dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. 

Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. 

Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

*****************
Sahur....! Jangan tak sahur...banyak keberkatan sahur ni selain menampung perut hampir 12 jam atau 13 jam ni. Sahur lah sekurang-kurangnya minum air kosong (ada juga orang sebut air mati. Kuman dah mati kot atau zat air dah mati..hehehe)

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

**********************
Baharu sehari puasa. Mulut tak terjaga. Masih bercakap sesuatu yang sia-sia. Merendah-rendahkan orang lain. Alangkah indahnya diri kita jika dihiasi dengan senyuman, zikir dan baca al-Quran. Berharganya puasa ni. Jika tidak puasa tiada gantian lain hingga kita mati...huhuhu

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

"Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

10 Ogos 2010

Sambut Ramadhan.


Boleh berkenalan dengan awak?

Nama saya Sya'ban.

Saya ingin mengingatkan awak bahwa jiran saya iaitu Ramadhana kan datang mengunjungi awak tak lama lagi.

Bersama isterinya , Rezeki dan kedua-dua anaknya Sahur dan Iftar.

Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakah dan Keampunan.

Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaikipesawat penerbangan Eidul Airlines.

Hargai mereka. Awak akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda...

Insya Allah...Ameen

~Salam Ramadhan~

SuJuD DAhi mEnCeCah BuMi

tAnDa sYuKur KeBeSaRan iLaHi

RaMaDhAn AL-MuBaRaK DaTaNg LaGi

BeRsAmALaH kItA mEnAmBAh iMaN dIhAtI

SeLaMat MeNyAmBut RaMadHan AL-MuBaRak


KHAMIS cari JUMAAT

Nak tanya nampak tak SABTU?

Agar ingatkan AHAD

Bagitahu ISNIN supaya tidak lupa

mesej kat SELASA

yang RABU dah puasa!!!

Selamat Menyambut Ramadhan.

MaRhAbAn yA RAmAdHAn

NAmAmU d IngAtI,

KedAtAngAnmU dInAntI.

FAthILAtmU dIcArI,

GAnjArAnmU dIhAjAtI dAn

IbAdAhmU dIbErkAtI.

SAlAm RAmAdhAn Al-mUbArAk...

Jika hati sejernih air,

Jangan biar ia keruh,

Jika hati seputeh awan,

Jangan biarkan ia mendung,

Jika hati seindah bulan,

Hiasinya dengan iman.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK...
MOGA TAHUN INI LEBIH BAIK DARI TAHUN SEBELUMNYA...aMINN!

"Barangsiapa yang menghidupkan bulan Ramadhan dengan iman dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu..." hadis...

'Ya Allah, berkatilah kami di bulan Ramadhan ini'

"Ramadhan Kareem"

Kelakar aku baca mesej dalam telefon ini. Ada kawan hantar. Ada adik beradik hantar. Ada anak murid hantar. Mungkin ini jadi pengubat hatiku yang masih beremosi ini. hehehe

SELAMAT BERPUASA SEMUA!

KULLU AM WA ANTUM BIKHAIR!

AHLAN YA RAMADHAN.....


Sedih...Gembira...

Esok...
Hati gembira menyambut bulan yang penuh barakah...
Dalam 12 bulan, satu bulan sahaja Allah wajibkan puasa penuh...
Ahlan Ya, Ramadhan! Ahlan! Ahlan!

Tak habis lagi air jernih ini mengalir...
Mengalir dan terus mengalir...
Mungkin air ini kering
Baru ia tidak akan mengalir...

"Man dan Salam tidur dengan aku. Sedih dan sebak aku tengok diorang ni. Menangis 'slow-slow'. Tak tau la macam mana nanti. Sedih sangat-sangat 'wase'...,"

"Diorang tahan nangis. Tadi diorang nangis masing-masing. Man nangis bawah bantal. Adik je tak tahan. Esak-esak slow-slow. Sebak aku tengok air muka budak-budak ni....,"

"Aku selama ini tak keluar air mata pun 'selok' dah ni...,"

"Budak-budak ni, esok lusa ok la. sekarang pun tidur dalam air mata,"

Ini lah isi kandungan mesej yang salah seorang keluarga aku sempat hantar. Memberi laporan tentang 2 orang adik aku. Masing-masing 6 tahun dan 10 tahun. Ini lah keadaan mereka selepas mak dan ayah aku bertolak ke Mekah membuat umrah selama sebulan. mereka bari bertolak pukul 10 malam semalam dari KLIA ke Amman, Jordan dahulu kemudian ke Jeddah.

Air mata aku tak tertahan lagi. Tumpah lagi. Aku tak tahannnn...Huwaaaa!

"Adik mimpi, mak ajak adik pergi Mekah,"

Mak senyum sahaja bila adik sebut tentang mimpi dia. Adik minta macam-macam. Mak layan. Mak tak nak adik sedih bila mak tinggalkan dia selama sebulan. Mak belikan baju raya 2 pasang seorang untuk Man dan Salam (adik).

Malam sebelum mak ayah aku bertolak, ayah azan isya' di surau. Mak dan kami adik beradik berkumpul di surau. Ayah yang menjadi imam. Sebaknya hatiku bila ayah baca ayat panjang. Air mataku terus mengalir dalam solat. Teringat...esok ayah nak pergi ke Mekah dah. Macam sengaja ayah panjangkan solatnya. Kotor sejadah surau dengan air mataku. Nasib tak banjir.

Ini sahaja yang sempat aku kongsi...

Doakan SEMOGA MAK DAN AYAHKU selamat pergi dan balik dengan SELAMAT.SEMOGA IBADAT MEREKA MENJALAN LANCAR.

"Ya, Allah. Selamatkan ibubapaku daripada segala bencana. Mudahkanlah perjalanan mereka ke sana menunaikan ibadah kepada-Mu untuk mendekatkan diri kepada-MU. Semoga mereka selamat pergi dan pulang. Serta jemaah yang lain...ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار,"

08 Ogos 2010

Sakineh...

Sakineh dakwa dianiayai


2010/08/08

AKTIVIS membawa gambar Sakineh ketika membantah hukuman terhadapnya di Trafalgar  Square, London.
AKTIVIS membawa gambar Sakineh ketika membantah hukuman terhadapnya di Trafalgar Square, London.
Pihak berkuasa Iran batal rejam sampai mati, arah digantung

TEHERAN: Wanita Iran yang menghadapi hukuman gantung atas kesalahan zina, Sakineh Mohammadi Ashtiani, menuduh pihak berkuasa berbohong mengenai dakwaan ke atasnya supaya dapat membunuhnya secara rahsia.
Sakineh, 43, dihukum rejam dengan batu atas kesalahan itu sebelum diubah kepada gantung sampai mati selepas masyarakat antarabangsa membantah, lapor akhbar The Guardian, semalam.

Beliau pada awalnya dituduh menjalin hubungan luar nikah sebelum pegawai Iran mendakwa beliau juga bersalah kerana membunuh suami dan perlu direjam sampai mati.

“Mereka tipu kerana terlalu malu dengan publisiti meluas kes saya dan cuba mengalihkan perhatian selain mengelirukan media supaya dapat membunuh saya.”

Kelmarin, pegawai kanan kehakiman Iran, Mossadegh Kahnemoui, memberitahu Jawatankuasa PBB mengenai Penghapusan Diskriminasi Kaum: "Selain bersalah atas dua dakwaan zina, dia juga bersalah atas tuduhan membunuh suaminya.”

Menjelaskan perkara itu, Sakineh berkata: “Saya didapati bersalah kerana zina dan dilepaskan daripada tuduhan bunuh tetapi lelaki yang membunuh suami saya sudah dikenal pasti dan dipenjara tetapi tidak dihukum mati.”
Lelaki berkenaan yang tidak dinamakan, tidak menghadapi hukuman mati kerana anak lelaki Sakineh memberi pengampunan kepadanya.

Tetapi, Sakineh pula yang menghadapi hukuman mati selepas seorang pendakwa di Tabriz menuduhnya melakukan zina.

“Jawapannya senang saja. Ia kerana saya perempuan. Mereka fikir boleh buat apa saja terhadap wanita di negara ini. Bagi mereka, zina lebih teruk daripada bunuh.

“Tetapi, tidak semua bentuk zina dikenakan hukuman mati. Seorang lelaki melakukan zina tidak langsung dipenjara tetapi bagi wanita, mereka dihukum mati.

“Ia juga kerana saya tinggal di negara yang tidak memberi hak kepada wanita menceraikan suami mereka dan tidak diberi hak asasi,” katanya.

Sakineh percaya, nasibnya malang kerana pihak berkuasa mengenakan hukuman buang negeri terhadap peguamnya, Mohammad Mostafaei.

“Mereka tidak mahu dia membela saya, jadi mudah bagi mereka membuat apa jua tuduhan tanpa dicabar. Jika tidak kerana usahanya, saya mungkin sudah direjam sampai mati,” katanya lagi. - Agensi

***********************
Aku: Tak tau la perkembangan cerita ini. Takkan ada konspirasi kot. Apa pun aku tunggu perkembangan selanjutnya.

Imam Malik

 Dalam dunia Islam, aku sangat jahil berkaitan mazhab-mazhab yang ada. Jika melihat latar belakang pengajian aku sehingga pengajian sarjana,...