Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan

20 April 2019

Luar Jangkaan.

Minggu lepas, aku ada hadiri satu program bawah NGO. Pada awalnya, aku sendiri tak tahu program berkaitan apa. Apabila pihak atasan telefon dan mengatakan 'awak pergi kursus ini 3 hari ye'. Aku terus sahaja cakap 'ok'. Senang cakap ok berbanding beri alasan untuk mengelakkan diri. Ramai sebenarnya mengelakkan diri dengan mencipta pelbagai alasan. Alasan mengelakkan diri mendapat tugasan. Aku juga salah seorang daripdanya.

Sejak akhir-akhir ini, mungkin semakin tua dan matang...aku tidak akan cipta alsan untuk mengelakkan diri. Jika benar-benar terdesak dan tak dapat dielakkan, baharu aku mohon gantikan dengan orang lain. Mereka bagi harapan, kita terima tanggungjawab. Yang pasti, tanggungjawab di tempat kerja perlu diselesaikan lebih awal supaya tiada suara-suara sumbang di belakang kita. Mengelakkan fitnah terhadap diri sendiri. Jika berlaku juga, redha adalah jalan terbaik.

Kali ini kursus ini luar biasa dan luar jangkaan. Jika sebelum ini, hanya dengar ceramah dan aktiviti dalam dewan tetapi kali ini berbeza. Apakah perbezaan dan keunikan program ini?

Pada awalnya, aku melihat tentatif perjalanan program. Terkejut pun ada. Seram pun ada. 'Street Dakwah'. Aku tiada pengalaman ini. Bila habis 'Street Dakwah' terasa WOW! Memang pengalaman yang mungkin menjadi ketakutan dalam diri seorang 'Guru Agama' atau 'Ustaz dan Ustazah'. Bukan semudah kata-kata. Bukan semudah dalam video-video. Bukan terus ucap syahadah.

Cabaran Bahasa
Bagi diriku yang banyak kelemahan dari segi bahasa, sangat terbatas untuk bercakap dengan pelancong non-muslim terutama dari German, US, UK, Korea, China dan lain-lain negara. Kebetaulan tempat tugasan aku adalah tempat pelancong luar negara. Kita tak dapat nak pastikan, adakah mereka muslim atau tidak. Ada yang muslim, tetapi pakaian mereka biasa-biasa. Ada yang mencari kebenaran, tetapi kekurangan 'vocab' menjadikan diri ini 'kelu'. 'Apa perlu cakap?' Bagaimana nak translate?' Cabaran BAHASA adalah punca utama. Beruntungkan kepada sesiapa yang fasih lisannya dalam bahasa selain Bahasa Melayu. 
Cabaran Pemikiran Skeptikal

  1. Masuk Islam, masuk melayu. Mungkin ini menjadikan punca non-muslim Malaysia susah masuk Islam. 
  2. Kena puasa penuh 30 hari iaitu menahan diri dari makan dan minum termasuk tidak boleh telan air liur. Pemikiran yang salah dan menyusahkan non-muslim jauh dari Islam dan menganggap perkara ini menyusahkan.
  3. Kamu perlu 'potong' dulu. 'potong' di sini membawa maksud kena bersunat. Dengan kata lain, 'khatan atai khitan'. Maksud khatan di sini ialah membuang lebihan kulit pada kepada zakar/ alat kelamin lelaki supaya kebersihan terjamin terutama selepas membuang air kencing. Ia adalah disunatkan (digalakkan dan bukan wajib) bagi wanita. Biasanya khitan perempuan ketika masih 'baby'.
Ini adala sebahagian cabaran yang tercoret dalam pemikiranku. 

Sebagai seorang muslim, tidak kira latarbelakang apa sekalipun, tanggungjawab kita sebagai 'daie' tidak boleh diabaikan. Mungkin dakwah kepada non-muslim bukan 'budaya melayu'. Kita perlu ubah kepada 'budaya Islam' . 

Perbezaan Dakwah dan Islah.

Apa itu dakwah?

Dakwah yang perlu kita fahami adalah MENYERU, MENGAJAK, MENJEMPUT non-muslim kepada agama Islam. Yang ini kita tidak sedar termasuk diri aku sendiri.

Apa itu islah?

Islah membawa maksud MEMPERBETULAN, MEMPERBAIKI orang muslim  kepada kesedaran amalan Islam yang sebenar. Ini yang kita buat selama ini. Ceramah di masjid dan surau.

Sebagai seorang guru, peluang menyampaikan dakwah sangat besar terutama di sekolah yang mempunyai pelajar dan rakan seguru non-muslim. Ajak kenal Islam terutama aqidah. 

DUA PERKARA PERLU ADA UNTUK MASUK ISLAM
  1. PERCAYA BAHAWA TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
  2. PERCAYA NABI MUHAMMAD SEBAGAI UTUSAN ALLAH
Pastikan ada  2 orang saksi Islam yang melihat dan mendengar ucapan syahadah itu. Selepas mereka bersyahadah, prosedur seterusya perlu dilakukan adalah daftarkan keislaman dengan mendapatkan maklumat dan maklumkan kepada Jabatan Agama Islam negeri masing-masing. Pihak Jabatan agama Islam, perlu mencari mereka bukan menyusahkan mereka. (Maaf jika aku tersilap dan tolong maklumkan pada ruangan komen. tq)

Etika berdakwah
  1. Niat. Kerana Allah bukan terpaksa.
  2. Ilmu. Ada bekalan ilmu dan mampu memberi hujjah yang sesuai dan tidak reka. Jika tidak tahu, katakan tidak tahu dan minta bantuan kawan lain.
  3. Faham. Faham keadaan mereka dan tidak memaksa. Biar dalam suasana yang tenang
  4. Amalkan. Tunjukkan akhlak yang baik. Senyum walaupun dimarahi atau di 'provok'
  5. Jemaah. Tidak buat secara bersendirian
  6. Doa. Jangan bangga diri. Doa supaya Allah buka hati mereka untuk terima hidayah. Mungkin bukan hari in, mungkin tahun depan, 10 tahun akan datang. Hidayah milik Allah.
  7. Tawakal. 
Jenis-jenis dakwah
  1. Dakwah Bil Hal/ akhlak
  2. Dakwah Bil Kitabah/ Penulisan.
  3. Dakwah Bil Lisan/ perkataan
  4. Dakwah Bil Mal/ Harta
  5. Dakwah Bil Khidmat/ Bantuan
  6. Dakwah Bil Mukaranatul Adyan/ Perbandingan Agama.
Apa perlu dibuat dalam dakwah dan perlu dielakkan dalam dakwah ( Do & Don't in Dakwah)

Do in Dakwah
  • Kongsi (sharing)
  • Bergerak dalam kumpulan kecil
  • Guna bahasa mudah
  • Penampilan
  • Cari titik persamaan
  • Hargai intelektual mereka
  • Expect the unexpected
  • Sabar
Don't in Dakwah
  • Serbu /serang
  • Timbulkan kemarahan
  • Mengganggu rakan
  • Bohong/ tokok tambah
  • Berlagak
  • Riak
  • Menghukum berdasarkan penampilan
  • Putus asa.
Antara pengalaman pertama aku yang sangat dhaif ini.

1. Rasa ragu-ragu. Nak tegur atau tidak. Kaki tak nak gerak. Over tihinking mula tercetus 
Dia ni Islam ke tidak? Dia terima tak? Biarkan mad'u terlepas tanpa apa-apa ucapan.

2. Apabila perkenalkan diri, terus ditolak. No No No!

3. Ada yang cerita masalah dia tetapi mengelak dari menjawab soalan kita. Terutama golongan yang susah.

Cukup di sini sahaja, coretan aku kali ini sebagai pengajaran untuk diriku.

27 Januari 2019

Dimana idola kita?

Idola anak-anak remaja lebih kepada apa yang berada di depan mata. Artis? ibu? bapa? guru? kawan? Jutawan? Siapa idola mereka.

Sejak kecil, anak-anak dibekalkan dengan segala kemewahan dan alat teknologi terkini. Kita menyangka mereka hebat. Mereka boleh belajar sendiri. Mereka boleh menilai baik buruk sesuatu perkara. Malangnya, semua ini jarang berlaku tanpa didikan ibubapa di rumah.

Apabila seorang guru bertanya kepada murid-murid , " Siapakah idola kamu?". Ada yang menyebut beberapa nama artis.  Ada yang menyebut nama hartawan. Ada juga yang menyebut ibubapa mereka.

Andai guru bertanya," Siapakah Muhammad bin Abdullah yang mengemparkan dunia sehingga sekarang?". Tergagap mereka menjawab. Apatah lagi tokoh lain. Cuba tanya lagi siapa Amru bin Ash? Siapa Thoriq bin Ziad? Siapa Solahuddin Al-Ayubi?.

Dimana budaya membaca anak remaja sekarang? Membaca buku ilmiah bukan buku novel picisan di pasaran. Kurangnya membaca membawa kepada kurangnya adab dalam percakapan dan penulisan di media sosial.

10 Julai 2014

Sultan Yang Terlibat Dalam Kejatuhan Empayar Uthmaniah.

Permulaan jatuh Empayar Uthmaniah selepas kematian Sultan Sulaiman Al-Qanuni

Sultan Sulaiman Al-Qaanuni Tahun 974H /1566M

Sultan Salim II, tahun 974H

Sultan Murad III, 982H/ 1974M-1003H/ 1594M

Sultan Muhammad Khan III, tahun 1003H (tak jumpa gambar)

Sultan Ahmad I tahun 1012H/ 1603M

Sultan yang lemah

Sultan Mustafa I (1026H/ 1617M & 1621M-1622M)

Osman 2.jpg
Sultan Uthman II (1026H-1031H/ 1617M-1621M)

IV. Murat.jpg
Sultan Murad IV (1032H-1049/ 1622M-1639M)


Sultan Ibrahim bin Ahmad (1049H-1058H/ 1639M-1648M)- tiada gambar

Sultan Muhammad IV (1051H-1104H/ 1642M-1692M)- tiada gambar
Naik takhta umur 7 tahun.

Sultan Sulaiman Khan II dilantik tahun 1099-tiada gambar

Sultan Ahmad II (1102H-1106H/ 1690M-1694M)-tiada gambar

Sultan Mustafa II (1106H-1115H/ 1694M-1703M)-tiada gambar

Levni 002.jpeg
Sultan Ahmad III (1115H-1143H/ 1703M-1730M)

Mahmud1.jpg
Sultan Mahmud I (1143H-1168H/ 1730M-1758M)

Osman III.jpg
Sultan Uthman III (1168H-1171H/ 1758M-1761M)

Mustafa3.jpg
Sultan Mustafa III (1171H-1187H/ 1757M-1773M)

Sultan Abdul Hamid II of the Ottoman Empire.jpg
Sultan Abdul Hamid I (1187H-1203H/ 1773M-1788M)
***************************************
Konstantin Kapidagli 002.jpg
Sultan Salim III (1203H-1222H/ 1788M-1807M)

Athanasios Karantz(ou)las - Sultan Mahmud II - Google Art Project.jpg
Sultan Mahmud II (1223H-1255H/ 1808M-1839M)
Muhammad Ali pengkhianat agama!

Sultan Abdul Majid I (1255H-1277H/ 1839M-1860M)

Sultan Abdulaziz of the Ottoman Empire.jpg
Sultan Abdul Aziz (1277H-1293H/ 1861M-1876M)

Sultan Murad V
Sultan Murad V 1293H- memerintah 93 hari.

20 Mac 2014

Kebaikan menghapuskan keburukan.

Hadis yang diriwayatkan Abu Daud:
Pada suatu hari, ada seorang pemuda datang berjumpa dengan Nabi Muhammad S.A.W. Dia berkata, "Saya telah bercumbu-cumbu dengan seorang perempuan dari pinggir kota. Saya sudah buat semuanya, kecuali bersetubuh dengannya. Sekarang saya datang ke hadapan tuan, maka hukumlah saya sebagaimana yang tuan mahukan". Saidina Umar r.a memarahi pemuda itu, katanya, "Allah menutupi kesalahan kamu jikalau kamu menutupi keaiban kamu sendiri!". Mendengar kata-kata Saidina Umar, Nabi tidak berkata apa-apa. Kemudian pemuda itu pergi. Nabi Muhammad S.A.W segera menyuruh seseorang memanggil pemuda itu supaya datang semula. Kemudian beliau membacakan kepadanya ayat ini: "Dan dirikanlah sembahyang itu pada pagi dan petang, dan pada bahagian permulaan malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan dosa perbuatan-perbuatan buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang beringat." Kemudian, ada seorang lelaki lain yang ada disitu bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah ayat itu ditujukan khusus kepada dia seorang sahaja? ataupun ayat itu ditujukan kepada semua orang?" Nabi Muhammad menjawab, "Kepada semua orang."
Semua orang tidak terlepas dari membuat kesilapan dan kesalahan. Apatah lagi berada di dunia yang penuh cobaan dan mehnah. Percampuran lelaki dan perempuan tidak dapat dielakkan terutama dalam dunia pekerjaan dan pembelajaran serta aktiviti yang melibatkan riadah.

Islam tidak menghalang tetapi ada batas-batas yang perlu diikut oleh seorang mukmin yang beriman.

Antaranya:

1. Menjauhi ZINA.

Firman Allah :
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan. (Surah al-Isra’ 17: 32)
Allah tidak menggunakan ungkapan ‘jangan kamu berzina’ tetapi digunakan ‘jangan kamu menghampiri zina’. Bercinta adalah perbuatan yang menghampirkan seseorang itu kepada perbuatan keji tersebut.

2. Jauhi CINTA.

Bercinta adalah langkah pertama kepada berlakunya zina. Apabila seseorang telah bercinta maka dia telah masuk perangkap yang telah dipasang oleh syaitan sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah menetapkan atas anak Adam bahagian daripada zina. Dia pasti akan mendapatnya. Maka, zinanya mata adalah dengan memandang (yang haram) dan zina lisan adalah dengan berbicara. Sementara jiwa itu berangan-angan dan berkeinginan, sedangkan kemaluan yang membenarkan semua itu atau mendustakannya.” (al-Bukhari  dan Muslim)
3. Menjaga pandangan dan maruah

Firman Allah yang bermaksud :

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada laki-laki yang beriman: ‘Hendaklah mereka menahan sebahagian pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.’ Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: ‘Hendaklah mereka menahan sebahagian pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka…’.” (Al-Nur: 30-31)

Sesiapa sahaja yang terlibat dengan budaya bercinta,  tidak akan mampu untuk menjaga pandangan mereka daripada melihat pasangannya dan alangkah banyaknya dosa yang telah mereka lakukan.

4. Ingat amaran Rasulullah saw yang bermaksud :

Sekali-kali tidak boleh seorang laki-laki bersepi-sepi dengan seorang wanita kecuali wanita itu bersama mahramnya.” (al-Bukhari dan Muslim)

5. Tidak berdua-duan.

Maksud hadis Rasulullah saw :
Tidaklah sekali-kali seorang lelaki bersunyian dengan seorang wanita melainkan yang ketiganya adalah syaitan.” (a-Tirmidzi)
Untuk apakah syaitan menemani pasangan ini?. Tiada tujuan lain melainkan untuk menghasut mereka agar melakukan perbuatan keji iaitu zina. Walaupun pasangan tersebut menafikannya dengan berkata : "kami tak buat apa-apa pun". Ya..tak buat apa-apa pada mulanya kemudian akan menular kepada zina bersentuhan dan seterusnya...

6. Jauhi bersentuhan  antara lelaki dan perempuan..

Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

Ditusuk dengan besi di kepala seseorang lelaki lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya.( al-Tabarani)

Adakah orang yang bercinta ini tidak akan menyentuh pasangannya?. Sekiranya tidak, maka hebat benar iman mereka ini. Mungkin iman mereka sehebat Nabi Yusuf a.s dan Maryam.

7. Jauhi pembaziran masa dan harta

Berdasarkan wang yang dihabiskan untuk menghantar sms, mms atau menghabiskan banyak masa untuk ‘chatting’melalui internet. Sehingga ada pelajar yang sanggup ‘berpuasa’ untuk berjimat wang saraan sekolah untuk memenuhi tujuan tersebut.

8. Dapatkan keberkatan dalam menuntut ilmu kerana dosa yang banyak dilakukan menyebabkan hati sukar untuk menerima ilmu. Ilmu hanya menghuni di hati yang suci bersih.

9. Tumpukan perhatian dalam pembelajaran disebabkan asyik teringatkan ‘buah hati’. Allah jadikan manusia tidak dapat fokus dua perkara dalam masa yang sama.

10. Membohongi kedua ibubapa kerana harapan mereka untuk melihat anaknya cemerlang dalam akademik tetapi terpesong kepada cemerlang dalam mencari pasangan hidup pada usia yang muda. Apatah lagi sekiranya maruah dirinya tergadai dan hilang kehormatan diri. Tidak mampu dibayangkan betapa kecewanya mereka.

11. Menjaga hati guru dengan melaksanakan perkara haram tersebut. Tiada seorang pun guru ingin melihat anak didiknya gagal dalam pelajaran atau tercemar maruah dirinya disebabkan tindakan bodoh masa remajanya yang tidak dapat dikawal.

12. Menjadi ahli syurga dengan mengikut perintah Allah SWT dan Rasulullah saw. Oleh itu, sentiasalah bertaubat kepada Allah SWT.

13. Sentiasa mengingati Allah SWT. Akal dan hati fikiran golongan yang mengingati Allah dapat mengelakkan jiwanya cenderung kepada mengingati  pasangannya. Oleh yang demikian, mereka dapat ketenangan yang sebenar hanyalah dengan mengingati Allah SWT.

14. Menjaga maruah dan harga diri dari terus melayan perasaan cinta tersebut. Telah terbukti gejala seks bebas yang menimpa remaja pada masa kini semuanya bermula dengan bercinta pada usia muda. Lebih parah lagi mereka menjadi ketagih dengan zina. Dosa besar yang mereka lakukan ini menyebabkan iman tercabut daripada hati mereka dan tunggulah azab yang pedih di neraka.

15. Menjaga ikatan perkahwinan yang akan datang. Sekiranya suami mengetahui sejarah silam pasangannya yang pernah bercinta dengan orang lain. Pelbagai andaian buruk akan terbayang dalam fikirannya. Adakah pasangan yang bercinta pada zaman zaman persekolahan akan kekal hingga ke alam perkahwinan dan apakah perasaan anda sekiranya anda dapat tahu suami atau isteri anda pernah bercinta dengan orang lain sebelum ini?.

Perlu diingatkan bahawa syaitan akan menjadikan mereka yang terlibat dengan budaya couple ini merasakan perkara haram itu banyak memberi banyak  kebaikan kepada mereka. Maka pelbagai alasan diberikan untuk menghalalkan perbuatan mereka. Antara alasan yang diberikan ialah untuk mendapat dorongan belajar, untuk menenangkan fikiran, tidak ingin ketinggalan zaman, untuk memudahkan ‘study group’ dan beribu alasan lagi. Semua itu adalah tipu helah dan jerangkap samar yang dipasang oleh syaitan untuk memerangkap remaja Islam masa kini.

SUMBER: abu sakeena, buku 'Mendorong Pelajar Corot dengan Teknik Nabi Muhammad

06 Jun 2013

27 Rejab 1434 H

"poster dari fb"

Sempena Hari Isra' Mikraj ini, aku nak kongsi video Ya Hana Na!

Rentak baru dari Ust Zainol Asri. ^_^

Dengar jangan tak dengar. Ada cerita sket dari ustaz. Lepas habis ustaz cerita, baru mula qasidah. ^_^

Nahh lirikk sekali!




ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad
Telah muncul agama yang didukung, dengan munculnya sang Nabi Ahmad

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na bimuhammad dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT


يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami


خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna


مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),


وَافتخَرَت الُ مُضَر بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia

يَاهَانَانَأ
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT

يَاهَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama

صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami



07 Disember 2012

Kalimah Insya Allah.

"Insya Allah, aku akan hantar,"kata seorang uncle berbangsa Cina. Tergamam sekejap.

"ulang sekali lagi uncle," pintaku seolah-olah tidak pernah dengar kalimah ini di bibir orang bukan Islam.

Uncle hanya senyum. Aku turut senyum. Dalam hatiku hanya mendoakan dia mendapat hidayah. Pernah aku tanya orang lain tentang uncle ini. Adakah dia Islam? Jawapan yang aku dapat adalah tidak atau belum lagi.

Kalimah INSYA ALLAH sering kali didengari. Kalimah ini mempunyai seribu satu makna yang tersendiri. Apatah lagi kita sebagai umat Islam.

'ini ejaan sebenar dalam Bahasa Arab. Isu sebutan dalam BM tidak timbul. Ia membawa maksud dengan izin Allah'

"Ok ok ok! aku akan pergi ke sana," kata seorang pemuda tanpa diucapkan kalimah keramat ini.

Dua orang kafir Quraisy, An-Nadhar bin Harith dan Utbah bin Abi Mu'ith bertanya kepada Yahudi Madinah mengenai Saidina Muhammad dan sifat-sifatnya kerana orang Yahudi adalah Ahli Ktab yang pertama (Kitab Taurat).

Kata Yahudi ini kepada dua utusan ini,"Tanya Muhammad tentang tiga perkara ini: tentang pemuda yang tidur dalam jangka masa yang lama yang merupakan keajaiban dan tentang seorang lelaki yang sampai ke Timur dan Barat. Minta dia ceritakan. Tanya dia juga tentang roh. Apakah itu roh? Jika Muhammad boleh menceritakannya, maka dia adalah seorang Nabi. Jika tidak dia adalah pembohong."

Apabila orang Quraisy ini bertanya kepada Rasulullah SAW tentang tiga perkara ini, maka Rasulullah jawab," esok aku akan jawab soalan ini."

Allah menangguhkan penurunan wahyu selama 15 malam. Timbul syak wasangka terhadap Rasulullah.  Kata Kafir Quraisy," Muhammad telah berjanji untuk menjawab soalan kita esok, sedangkan hari ini genap 15 hari,". Kemudian Jibril turun membawa wahyu dan mengkhabarkan tentang Ashabul Kahsi dan kisah lelaki yang mengelilingi dunia itu. Persoalan tentang roh dijawab dalam surah Isra' kerana ia sesuai dengan kisah isra' mikraj.

Dalam surah Al-Kahfi, Allah SWT menegur Rasulullah tentang janji itu. Orang-orang Yahudi ini meminta Rasulullah menceritakan tentang roh, ashabul kahfi dan zulkarnain. Bagi mereka hanya Rasul sahaja yang mengetahui kisah ini. Hal ini ada disebut dalam kitab Taurat yang merupakan salah satu kitab yang wajib kita percaya selain zabur dan injil.

Firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 23 dan 24:


وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَٰلِكَ غَدًا [١٨:٢٣]
Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti". 

إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ ۚ وَاذْكُر رَّبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَىٰ أَن يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَٰذَا رَشَدًا [١٨:٢٤]
Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".

Akibat janji Rasulullah tanpa menyebut INSYA ALLAH menyebabkan Allah menangguhkan penurunan wahyu berkaitan jawapan yang diingini oleh puak Yahudi ini.

Surah ini menceritakan tentang Ashabul kahfi dan diteruskan dengan kisah Zulkarnain. Kisah pemuda-pemuda yang tidur dalam gua ini lebih dekat dengan kisah berkaitan roh. Hal ini kerana roh mereka dijaga dalam jasad mereka sendiri selama 309 tahun lamanya. 

Kisah ini juga menafikan bahawa mereka ini adalah anak Allah. Firman Allah dalam Surah Al-Kahfi ayat 4:

وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا [١٨:٤]
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak". 
p/s: Aku harap jika ada tersilap terjemahan, tolong bagitau yea. Diri ini masih belajar ^_^

SUMBER: قطوف من الأدب الإسلامي oleh الدكتور سعد عبد السلام نصار 



26 November 2012

Disebalik Oppa Gangnam


KISAH BENAR: SECEBIS CERITA DUKA DARI GANGNAM (Kisah disebalik lagu Oppa Gangnam Style terbongkar

Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah
penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,

"Tuan, boleh saya duduk di sini..? Kamu lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh.."

"Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk.." jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu. Perbualan kami dalam bahasa Inggeris.

Kemudian pelayan datang kepadanya dan dia hanya memesan 'fresh orange' untuk minuman. Apabila pelayan pergi saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik, "Kamu seorang diri sahaja? Dan kamu kelihatan bukan orang Malaysia, bukan?"

Dia mengangkat wajahnya dari telefon pintarnya ke arah saya lalu menjawab dengan tersenyum, "Oh saya dari Korea Selatan, dan saya ingin ke rumah seorang kawan.."

"Oh Korea Selatan.. sekarang negara itu sedang 'famous' dengan tarian Gangnam Style.." jawab saya spontan bersahaja sambil tersenyum dan menganguk-angguk sendirian tatkala mata gadis itu kembali ke telefon pintarnya sambil menggerak-gerakkan jarinya di atas skrin sesentuh dan kadangkala dia juga tersenyum seorang diri melayan sesuatu dari telefon pintarnya.

"Gangnam Style..? Apa yang kamu tahu tentangnya.. ia tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggapnya diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu." jawabnya dengan nada yang tegas dan berani.

"Oh ok ok, minta maaf..saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu.." jawab saya serta-merta.

Perbualan terhenti seketika beberapa lama. Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu.

"Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?" tanya gadis kembali itu kepada saya.

"Jika kamu berminat untuk bercerita kepada saya, saya akan mendengarnya…" jawab saya dengan tenang sambil mula menghirup jus tembikai susu yang saya pesan.

"Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini.." jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya.

Saya hanya mengangguk-angguk sambil mengangkat kening dan mula menyuap makanan dengan sudu ke dalam mulut walaupun saya sedar bahawa memakan dengan menggunakan tangan itu lebih menepati Sunnah Rasulullah SAW.

"Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya.. ia sesuatu yang menarik tetapi pelik dan menakutkan." kata gadis itu kembali.

"Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya." jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi.

Kemudian dia diam kira-kira sepuluh saat, mengambil nafas lalu memulakan ceritanya kepada saya,

"Di Gangnam ada satu pertandingan pelik yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi perempuan-perempuan simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. Kebanyakan gadis muda yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin mencuba nasib apabila gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya… mereka dijanjikan dengan hadiah yang sangat lumayan, kereta mewah, jet peribadi dan rumah besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan tersebut."

Kemudian dia diam lagi... kali ini dia pula meminum minuman 'fresh orange'.. dia diam dengan agak lama tanpa berkata apa-apa.

"Ok, kemudian..?" tukas saya lagi ingin tahu.

"Oh, ia sesuatu yang amat dahsyat dan keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada kamu. Tapi saya akan cuba ceritakannya juga agar kamu dapat tahu apa kisah benar yang berlaku.." sambungnya lagi.

"Iya, sila sambung lagi... saya memang ingin tahu tentangnya." balas saya lagi.

"Ok... Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter.."

"Setelah sampai di sana mereka disambut oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua laluan yang berbeza. Pertandingannya ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia seperti pertandingan dalam rancangan ‘Wipe Out’ di dalam TV jika kamu pernah melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir pula, para peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama sendiri. Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan berhalangan itu sangat berbahaya, namun para peserta hanya melakukannya dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil disaksikan dan disorak oleh para jutawan yang melihat aksi-aksi mereka tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya tidak pasti ianya dirakam ataupun tidak."

"Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…"

"Ok, kemudian.. apa yang berlaku?" tanya saya mencelah dengan rasa teruja.

"Satu ketika di salah satu trek, para peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah sebuah menara di istana tersebut, palang tersebut sangat tinggi dan di bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah sambil menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis mereka."

"Ramai perserta ketika itu yang terjatuh ke bawah ketika cuba memanjat palang-palang besi tersebut. Ada yang terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki. Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut penuh dengan darah dan ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk berenang keluar dari kolam renang yang dalam tersebut. Mereka semua para gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan."

"Yang lebih keji daripada itu, mereka yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu.. malah dibiarkan sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para jutawan yang melihat mereka sepanjang pertandingan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya dua orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada keseluruhan 30 orang gadis yang menyertainya... saya dikhabarkan walaupun dua gadis itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka kini hidup seperti hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak... hanya menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup mereka sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu. Jika cuba untuk lari kemungkinan mereka akan dibunuh."

Sampai di sini tiba-tiba gadis itu sebak... wajahnya berubah dan air matanya serta-merta mengalir laju dan menangis teresak-esak.

Saya sudah tentu sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya,

"Hey, please don't cry here… people will look to us. Please calm down. I'm sorry so much to make you telling me this story…" kata saya kepadanya perlahan dengan suara hampir berbisik.

Namun saya membiarkannya dengan keadaannya itu untuk beberapa ketika. Kemudian saya berkata kepadanya, "Saya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan kamu menangis, tapi saya minta maaf banyak-banyak kerana disebabkan saya kamu menangis. Sebenarnya saya sangat terkejut mendengar cerita kamu. Ia sesuatu yang sangat dahsyat yang belum pernah saya mendengarnya sebelum ini.."

"Ia ok... ia ok... ia ok... (sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan miliknya)... maafkan saya kerana tiba-tiba bersikap pelik tadi. Kamu tahu, salah seorang gadis yang mati kerana pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah adik perempuan saya sendiri... Ibu saya membunuh diri kerananya dan bapa saya menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri bapa saya sakit selama berbulan-bulan lalu akhirnya meninggal dunia."

Pada waktu ini dia kembali diam beberapa minit… saya pula tergumam dan tidak terkata apa-apa… setelah itu dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung kembali kisahnya,

"Ibu-bapa saya hanya memiliki dua orang anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila orang-orang kaya Korea."

"Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, saya dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik saya telah pengsan dan cedera parah kerana kemalangan dan saya dikehendaki ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu menyatakan dia mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan ibu-bapa saya tiba ke hospital, kami dikhabarkan adik saya telahpun meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya bertubi-tubi untuk menceritakan kisah sebenar kepada saya... dan akhirnya selepas beberapa hari dia menceritakan keseluruhan kisah ini kepada saya. Setelah tahu kisah sebenar, kami sekeluarga meraung dan menangis macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah sebagai gadis simpanan orang-orang kaya. Namun wanita itu berkata ia adalah pilihan adik saya sendiri."

"Beberapa minggu kemudian ibu saya membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji. Keesokan harinya ibu saya koma dan apabila saya dan bapa menghantarnya ke hospital, pada malam harinya dia meninggal dunia. Bapa saya pula selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya meninggal dunia. Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah masih mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam yang terus berjuang agar saya dapat meneruskan kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan orang yang beriman tidak akan berputus asa."

"Dan kerana itu saya melihat kamu kini sebagai seorang Muslimah..?" saya mencelah ceritanya.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuhan. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup saya. Imam itu mula bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali menyuluh seluruh hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini tanpa ragu-ragu. Dan kamu tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat tenang dan damai ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang di ibu pejabat markaz Islam di bandar Seoul. Imam itu salah seorang ahli pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar muzik-muzik yang sangat indah seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya."

Kini suara gadis itu kembali gagah seraya berkata, "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan Tuhan dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang Islam setelah saya kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama. Mereka semua telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan."

Setelah itu dia diam dan meminum minumannya...

"Kisah kamu amat menarik tetapi menakutkan. Adakah kamu sudah mengambil tindakan undang-undang bagi pihak adik kamu, atau melaporkannya kepada media atau berbuat sesuatu?" ujar saya kembali kepadanya.

"Lupakan sahajalah, saya sudah melaporkannya kepada pihak polis, sudah menceritakannya kepada beberapa orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah kepada beberapa orang peguam. Pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi lain yang mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah menghilangkan diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya berali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya mendengar tentangnya melalui seorang peguam yang mendapat khabarnya daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya ceritakan kisah ini kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada umum. Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang lain. Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di istana itu roboh ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah pun dirobohkan. Manakala mangsa-mangsa yang masih hidup setelah kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans yang banyak. Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan peristiwa sebenar kepada pihak polis. Yang pasti di sana wujud monster-monster besar yang menutupi kes ini termasuk menteri-menteri kerajaan… ia berkaitan dengan wang dan kuasa. Dan sudah tentu kamu tahu apa yang wang dan kuasa boleh buat pada kita." jawabnya lagi dengan panjang lebar yang sarat dengan hujah.

"Oh, ok... ianya sesuatu yang gila pernah saya dengar. Jadi sekarang berapa umur kamu dan mengapa kamu berada di Malaysia? Dan... apa yang kamu sedang buat di Malaysia sekarang? Dan lagi… bilakah peristiwa sedih itu berlaku?" tanya saya bertubi-tubi kepadanya dengan rasa ingin lebih tahu.

"Kamu agak saya berumur berapa…?"

"Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu."

"Kisah sedih itu hanya berlaku pada tahun lepas, dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah kamu tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini saya berumur 29 tahun dan saya di berada di Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya dari Korea itu. Tadi saya bertemu-janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di kawasan ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi.” jawabnya berterus-terang dengan nada jujur.

"Oh, kamu sungguh berani. Di Malaysia tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam. Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya.. saya amat menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari Allah akan membalas dendam untuk kamu dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya..." kata saya lagi kepadanya sambil mengangguk-angguk.

"Sudah tentu...! Suatu hari nanti semua orang dan dunia akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar Gangnam yang dilaknat itu!" tukasnya dengan nada yang keras.

"Kamu ingat artis yang mecipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan dengan cara hidup di sana.. namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka."

"Whoa... kamu nampaknya sangat marah dengan Gangnam..." balas saya sambil mengangkat kedua-dua kening dan menyedut jus tembikai susu yang masih berbaki menggunakan straw.

"Oh, jangan kamu berpura-pura seperti tiada perasaan dan tidak mempunyai perikemanusiaan.." balasnya pantas kepada saya.

"Tidak, tidak... saya benar-benar terkejut dan simpati dengan kisah kamu. Bahkan di sebalik itu, saya dapat melihat kamu seorang yang tabah, kuat dan berani." balas saya kembali untuk menenangkannya.

Lama juga kami bersembang sejak jam 9.00 malam tadi. Kira-kira jam 10.30 malam rakan gadis itu datang ke kawasan kedai tersebut dan gadis itu meminta izin untuk pergi. Dia membayar segala pesanan makanan saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Sofiyyah dan rakannya bernama Nadiah. Katanya nama mereka berdua diberikan oleh imam yang mengislamkan mereka di bandar Seoul merangkap guru murabbi mereka di Korea Selatan. Saya pula beruntung kerana makan malam saya ada orang belanja.

Kedua-dua mereka pernah lahir sebagai manusia yang tidak pernah menganut sebarang agama di Korea namun kini Allah telah memuliakan mereka dengan agama Islam yang suci. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita Sofiyyah tentang kisah yang berlaku kepada adiknya di Gangnam. Kebenaran kisah tersebut saya serahkannya bulat-bulat kepada Allah. Namun saya berminat untuk kongsikan kisah ini kepada para pembaca agar para pembaca dapat membuat penilaian sendiri. Kisah tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar. Namun, di sebalik kisah yang saya pindahkan daripada Sofiyyah ini, dapatlah kita mengetahui sesuatu dan menjadikannya sebagai pengajaran.

Apa yang saya suka kongsi satu iktibarnya ialah, saya melihat betapa Sofiyyah amat bersyukur dan menghargai nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya. Dia sanggup meninggalkan negerinya dan menjual segala hartanya demi mempelajari bahasa Arab di bumi Malaysia bagi memahami Al-Quran, malah dia bercita-cita untuk terus mengembara bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam dan menjadi seorang pendakwah Muslimah di negara Korea untuk Islamkan lebih ramai penduduk Korea. Dia seorang yang amat berani, tabah dan cekal. Lihat saja, bagaimana dia seorang diri berani menyapa seorang lelaki asing seperti saya di awal kisah tadi. Apa yang saya lihat padanya, tiada sebarang ketakutan di dalam dirinya dan harapan hidupnya telah seratus-peratus diserahkan kepada Allah. Dia telah menjual seluruh jiwa dan raganya hanya kepada Allah semata-mata. Di sebalik kekuatan dirinya sekarang, saya juga yakin di belakangnya ada seorang murabbi mursyid yang hebat, iaitu sang imam yang telah mengislamkannya. Biasanya di sebalik orang-orang yang hebat, di belakang mereka sudah tentu ada para pendidik yang jauh lebih hebat lagi. Di dalam hati saya berkata sudah tentu peribadi sang imam itu lebih hebat lagi kerana berjaya membaiki diri Sofiyyah menjadi lebih kuat sepertimana sekarang. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulihkan, mendidik dan membangunkan jiwa manusia yang sudah rosak teruk seperti Sofiyyah dan menjadikannya seorang srikandi yang gagah perkasa jiwanya.

Sepanjang berjalan kaki pulang ke rumah, saya banyak tertanya-tanya di dalam hati betapa kita ini begitu leka dan tidak bersyukur dengan nikmat beragama Islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan ke alam dunia.

Di dalam hati saya sepanjang pulang, "Allahu Rabbi.... alhmdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah." Sambil kaki saya sekali-sekala menyepak batu-batu kecil di jalanan dan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket jubah putih kiri dan kanan seraya muka menunduk ke arah tanah...

Sehingga saat ini saya masih tetap berfikir sendirian, kisah Sofiyyah ini ialah apa yang saya dengar berlaku di negara Korea yang maju.. bagaimana pula dengan kisah-kisah gelap seperti kisah gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi pelacur kelas atasan di negara kita. Sudah tentu banyak juga kisah-kisah gelap yang tidak pernah kita dengar tentang mereka. Sebelum ini saya pernah juga mendengar mengenai kisah-kisah kongsi gelap di negara kita yang dilindungi oleh orang-orang besar.

Allahu Allah, betapa teruknya manusia menjadi hamba wang dan kuasa pada zaman ini. =)
Sumber: Facebook adikku.

25 November 2012

Teringin Pergi Temuduga.

Aku cuba mencari laman web untuk permohonan pengambilan pelajar baru di Pusat Perubatan Darul Syifa'. Pembelajarannya pada hari minggu. Cari punya cari...24 & 25 adalah tempoh temuduga bagi yang sudah memohon.

"Tadi Darul Syifa' telefon, minta mak pergi ke temuduga. Tetapi mak dah masuk ke kelas al-quran di IQT," kata mak.

"Mak dah tanya, boleh tak ganti  dengan anak? Dia kata  boleh tapi kena isi borang semula. Dengan syarat 18 tahun ke atas," sambung mak lagi.

Andai aku bekerja di negeri kelahiranku ini, aku dah offer diri. Tiada rezeki nak belajar perubatan Islam. Dulu aku dah ada peluang. Perasaan 'takut' timbul. Ketika itu, aku masih belajar diploma. Aku juga ragu-ragu dengan  cara ustaz ini. Aku berhati-hati. Takut terpesong akidah. Aku ni dah la tak kuat sangat. Akibat percaya ustaz ini, nanti aku lingkup. Lingkup bagi istilah aku sendiri. Gagal.

Aku tengok laman web darul syifa'. Di Bangi tarikh tutup permohonan 15 nov 2012. Temuduga 25 nov. Hari ini. Peluang aku tertutup. Tahun depan ada lagi. Usaha ke arah matlamat itu kena kuat. Ini bayaran  RM500 setahun. Masalah satu lagi, kena hadir kuliah setiap isnin malam selasa.

Aku sekarang masih mencari sijil untuk pengajian Al-Quran. Kena mantapkan bacaan Al-Quran. Dulu pernah belajar dengan Ustazah Mesir. Walaupun aku selalu juga kena ketuk kepala sebab makhraj huruf kurang, aku tetap nak berguru lagi. Ini dinamakan pembelajaran sepanjang hayat. Ilmu perlu dicari bukan ditunggu.


Kadang-kadang ayat aku ini kena batang hidung sendiri. Sendiri mau ingat la kalau nak berjaya. Takkan nak suruh orang buat kerja kita. Itu namanya mengkhianati ilmu. Orang lain buat, kita dapat nama. Orang lain buat assingment, kita dapat ijazah. Adakah ada KEBERKATAN di sini? Sejahat aku pun, aku masih buat sendiri kerja assignment yang diberi. Kalau tak tahu, cari guru untuk bantu. Bukan suruh guru itu buat kerja kita. Adakah ini cara kita nak dapatka ILMU?

Aku masih dalam dilema. Sambung master atau ambil sijil atau hadir kelas-kelas intensif yang diadakan di IPTA? Aku masih meneruskan tradisi membaca. Teruskan membaca. Membaca kunci kepada ilmu. Insya Allah ada jalan mengenal Allah dan seterusnya memperbaiki diri.

23 Oktober 2012

Bulan Depan Tahun Baru 1434H

Bulan Zulhijjah sinonim dengan pemergian umat Muhammad membanjiri Baitul Haram dengan melaksanakan ibadat haji. Teras sekejap sangat masa berlalu. Ini dah masuk bulan Zulhijjah 1433H. Seterusnya Muharam 1434H. Sekejap sangat-sangat. Bulan depan masuk bulan baru. Tanpa disedari kita semakin hampir dengan kematian.

Insya Allah tahun ini sempena Hari Raya Korban, aku akan turut sama membuat ibadat korban. Sejak memegang duit sendiri, aku tak pernah membuat korban pada Aid Adha. Boleh merasai bagaimana pengorbanan Nabi Ismail apabila Nabi Ibrahim hampir mengorbankan anaknya kerana mengikut perintah Allah. Disebabkan ketaatan Nabi Ibrahim, Allah gantikan Nabi Ismail dengan seekor Kibas.

Tak terbayang rasanya apabila 'ayah nak sembelih aku'. Adakah aku sanggup meletakkan leherku untuk disembelih. Terlalu mustahil. Jika tahu, cepat-cepat cabut lari. Tak balik kampung. Pedulikan ! Itu andaian sahaja. Jangan doa yea.

Antara Aidil Fitri dan Aidil Adha, yang mana lebih besar manfaatnya?

Cuba teka?

Di Malaysia, secara lahiriah Aidil Fitri lebih meriah berbanding Aidil Adha. Cuti Aidil Fitri lebih lama dari cuti Aidil Adha. Malasnya aku nak senaraikan semuanya. Fikir sendiri yea :)

Kalau tengok dari sudut lain, kenapa takbir hari raya untuk Aidil Fitri habis sampai habis khutbah hari raya sahaja? Sedangkan takbir hari raya untuk Hari Raya Aidil Adha selama 3 hari? Habis, yang mana satu banyak kelebihan yea. Cuba buka minda. Cuba tengok apa yang Islam suruh. Bukan mak ayah suruh? Bukan guru-guru suruh?

Bermula 10 Zulhijjah selepas maghrib 25/10/2012, umat Islam disunatkan bertakbir sehingga 13 Zulhijjah. 10 Zulhijjah bertakbir dan seterusnya melakukan ibadat korban sampai 13 Zulhijjah. Jadi 11, 12 dan 13 Zulhijjah dipanggil hari Tasyrik. Haram berpuasa pada hari tersebut.

Ingat!

Ibadat korban hanya boleh dilaksanakan selepas khatib (Imam yang membaca khutbah hari raya aidil adha) membaca khutbah. Ibadat korban ini akan berterusan sehingga EMPAT hari  iaitu 10, 11, 12, 13 Zulhijjah.

Aku pernah bertanya pelajarku. Bila hari raya aidil adha mengikut bulan Islam. Ada yang menjawab 26/10/2012. Jawapan mereka betul. Tetapi adakah setiap tahun 26/10 itu akan jatuh hari raya haji? Semua  senyap. Aku tak salahkan mereka. Mereka kurang pendedahan tentang bulan Islam kerana 'agung' kalendar masihi.

'9 Zulhijjah sehari sebelum hari raya korban'

Pada Kalendar kebanyakan yang tertera bermula JAN 2012. Bukan MUHARAM 1434 H. Habis siapa yang perlu dipersalahkan? Sejak pemerintahan Saidina Umar atau Khalifah Kedua umat Islam memperkenalkan bulan Hijri ini. Adakah masih ada negara 'Islam' yang menggunakan kalendar ini? Atau kita mengikut peredaran negara-negara bukan Islam? Jawab sendiri  yea sebab aku tiada jawapan buat masa sekarang.

Ini Hadis yang berkaitan dengan Hari RAYA ini.

Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

 “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

 Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a: Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.

Bagaimana pula dengan ibadat haji mereka yang mengerjakan haji?

Susah bagi aku untuk menerangkan keadaan sebenar. Hal ini kerana aku masih belum melaksanakan ibadat haji atau umrah. Teringin sangat pergi ke sana. Kebanyakan kawan-kawan atau orang yang telah pergi haji mengatakan, Allah akan menghantar 'kad jemputan' ke sana. Bagaimana 'kad jemputan' itu? Oh! Aku tak tahu. Wallahua'alam

Jika aku banyak tentang ibadat haji ini aku akan cuba kongsi di sini. Cukuplah setakat ini dahulu. MAAF andai aku tersilap berbahasa di sini. Aku hanya insan yang kerdil yang cuba belajar dan terus belajar.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!

SELAMAT BERCUTI!

~ كل عام وأنتم بخير ~

18 Oktober 2012

Doa tanpa Solat.

Dalam Tafsir HAMKA, pernah diceritakan kisah semasa beliau menjadi tahanan.

Seorang polis datang meminta doa dari beliau. Beliau menulis doa dalam huruf rumi kerana polis itu tidak tahu tulisan jawi atau arab. "Allahumma Aslamtu Nafsi ilaika".

Kemudian beliau menyerahkan kertas doa itu. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Sebelum sempat dia keluar dari bilik tahanan, beliau memegang tangan polis itu.

"Apakah sudara mengerjakan  solat lima waktu?" tanya Hamka.

"Selama ini belum," katanya berterus terang.

"Doa ini ajaran Nabi Muhammad dan bacaan Nabi Muhammad sendiri. Padahal baginda tetap solat. Dia tidak membawa kesan kalau saudara tidak solat terlebih dahulu," kata Hamka.

*****************
'Doa seorang ulama'. Moga dipelihara Allah'

Adakah umat akhir zaman ini mampu menyempurnakan solat 5 waktu yang menyamai 50 waktu solat sebagimana diperintahkan Allah dalam kisah Isra' Mikraj. Ketika inilah disyariatkan solat. Benarlah kata Nabi Musa kepada Nabi Muhammad SAW: "Umatmu tidak mampu mengerjakan 50 kali solat fardu,".

Rasulullah naik berjumpa Allah dan minta diskaun. Selepas beberapa kali, akhirnya dapat kurang 5 waktu sehari semalam. Tapi Nabi Musa mengatakan lagi," Umatmu tidak mampu,".

Benarlah telahan Nabi Musa kerana beliau melihat umatnya (Bani Israel) tidak mampu melaksanakan perintah Allah.

Ya Allah, Peliharalah ibadat kami iaitu umat akhir zaman yang berusaha menyempurnakan solat yang Engkau fardukan ke atas kami. Jauhilah kami dari memandang remeh urusan solat ini. Bantulah kami walaupun banyak godaan yang berada disekeliling kami. Aminnn Ya Rabba Aaalamin.

08 Oktober 2012

Semangat Tidak Cukup Kecuali Redha Allah.

Menjelang peperiksaan PMR esok, aku terasa debarannya. Seolah-olah aku yang menghadapi peperiksaan ini. Walaupun lebih 10 tahun yang lalu aku pernah laluinya, kali ini aku tetap terasa bahangnya. 

Aku pernah membaca menggunakan lampu kalimantan yang berada di koridor asrama. Ya. Ketika itu aku berada di asrama. Masih aku ingat katilku menghadap pintu masuk ke bilikku. Melalui celah-celah jaring itu, aku cuba membaca. Semua ahlibait(ahli bilik) tidur. Inilah peluang aku untuk membaca dan menghadam fakta dari buku sejarah. Hakikatnya aku tidak minat sejarah.

Aku susun jadual pembelajaran. Subjek paling aku lemah adalah subjek yang paling kerap aku ulangkaji kecuali Bahasa Inggeris. Entah kenapa aku tidak dapat cari jalan cara untuk belajar Bahasa Inggeris. Ditambah dengan cara pengajaran guru yang cukup menghampakan. Tidak perlu aku jelaskan sesuatu negatif tentang guru ini. Dia tetap guruku.

Sekarang aku mengajar. Dalam masa yang sama aku turut belajar berdasarkan tingkah laku pelajar aku sendiri. Tidak terlepas pada pemerhatianku berkaitan dengan pengajaran rakan sejawatan. Cara mereka mengajar dan sebagainya. Pelbagai karenah mereka setiap tahun. Mereka tetap berbeza. Aku cuba belajar dari mereka.

Tahun ini ada kelainan dalam diri pelajar tingkatan tiga. Aku tidak melihat semangat mereka terutama lelaki. Merekalah bakal mentadbir negara dan generasi pelapis untuk generasi masa kini. Adakah aku tidak nampak semangat mereka? Adakah aku terlalu marah kepada mereka sehingga aku tidak nampak kegigihan mereka?


Yang masih gigih bertanya soalan adalah pelajar perempuan. Terutama matematik. Subjek aku? Mungkin bagai mereka Bahasa Arab tidak penting. Tidak penting untuk masa depan mereka. Apa kerjaya masa depan untuk subjek aku. Semuanya materialistik. Semua nampak duit. Semua nampak dunia. Ya! Dunia penuh dengan syurga. Di mana akhirat mereka? Terutama bacaan dalam solat. Semuanya dalam Bahasa Arab. Jika bacaan tidak betul, maksud lain..adakah doa mereka diterima? jika solat tidak cuba disempurnakan sampai bila mereka akan ikut sebutan yang salah? Mungkin anggapan aku salah. Mungkin anggapan mereka betul.

Bagi aku Bahasa Syurga ini telah di anak tirikan. Sebab tiada MBA. Sedangkan MBI & MBM diperkenalkan. Sebut sahaja sekolah agama. Tapi apa yang mereka pentingkan? Guru agama berapa orang di sekolah itu? Seorang guru mengajar satu subjek untuk semua tingkatan. Guru agama wajib terlibat dalam semua program. Tetapi guru biasa tidak boleh terlibat dalam subjek Pendidikan Islam atau Bahasa Arab. Perlu tauliah? Cuba fikir dengan fikiran yang waras. Di mana kedudukan agamawan sekarang? Aku tidak tahu di mana puncanya. Adakah dasar pendidikan kita tidak berlandaskan Al-Quran dan Sunnah? Adakah kita masih menggunakan sistem pengajaran penjajah?

Aku hanya perlu meninggalkan persoalan di sini tanpa huraian. Semoga Calon PMR akan terus berusaha dengan doa sebagai senjata terakhir. Buatlah semuanya kerana Allah. Jika kerana manusia, kita akan rugi. Mulakan sebarang pekerjaan dengan Basmalah ( Bismillahirahmanirrahim)

~SELAMAT BERJUANG CALON PMR 2012~

20 September 2012

Resipi Ibadah Melahirkan Pelajar Cemerlang


PMR hampir tiba. Kepanasan global telah berlaku dalam diri setiap pelajar yang inginkan kejayaan dalam peperiksaan. Harus diingatkan jika tiada niat belajar kerana Allah, maka kita sama dengan orang bukan Islam. Dalam Islam, setiap umat Islam perlu memulai sesuatu perbuatan bermula daripada niat.

Dikesempatan yang ada ini, aku ingin kongsi kejayaan rakan-rakan atau adik-adik yang telah mencapai kejayaan cemerlang. Bahkan mereka kuat beribadat menjelang hari peperiksaan. Peperiksaan ini tidak mengira UPSR, PMR, SPM atau peperiksaan di Universiti. Kita kongsi resipi kejayaan mereka.
Seorang pelajar lelaki yang pernah menyertai program motivasi anjuran Dr Tengku Hasmadi di Kuantan yang mendapat 10A1 dalam SPM berkongsi cerita.

Dia merupakan pelajar yang  malas dan leka. Baginya berada di tingkatan 4 adalah masa untuk bersuka ria. Semasa berada di tingkatan 5, dia merasakan dirinya sudah terlambat dan tidak mempunyai peluang kerana terlalu banyak ketinggalan dalam pelajaran.

Dalam tempoh 3 bulan sebelum menjelang peperiksaan SPM, baru dia terfikir akan kepentingan peperiksaan ini. Dalam tempoh itu, dia sentiasa berjaga malam jam 3 pagi. Dia bangun solat tahajut dan solat hajat serta berdoa memhon kejayaan daripada Allah. Kemudian dia mula menelaah pelajaran. Malangnya, apa yang di baca, tidak faham. Namun dia memaksa diri untuk membaca. Begitulah rutinnya selama sebulan.

Pada bulan kedua, keajaiban berlaku. Otaknya selama ini susah nak faham dan sentiasa lupa, terus  jadi mudah dan ingatannya bertambah kuat. Apa yang dibacanya terus difahami dan terus ingat apa yang dibaca. Hatinya tenang, yakin dan terus bersemangat untuk terus belajar. Dia terus istiqamah mengerjakan solat malam dan mengulangkaji pelajaran.

Masuk bulan ketiga, keajaiban terus berlaku. Setiap kali dia membuka buku, hatinya terdetik sendiri. "Bab ini keluar dalam peperiksaan. Kau hafal formula ini, formula ini masuk peperiksaan. Kau ingat rajah ini, rajah ini masuk peperiksaan,"


Dia terus ikut gerak hatinya terhadap fakta-fakta yang dirasakan penting. Apa yang berlaku, sebahagian besar jangkaannya keluar dalam peperiksaan SPM. Hal ini memudahkan dia menjawab peperiksaan. Dia berjaya mendapat keputusan yang memeranjatkan iaitu 10A1.

Ia bermula dengan kesedaran 3 bulan terakhir sebelum menjelang peperiksaan. Qiamullail di isi dengan solat tahajut, solat hajat dan doa. Tidak dilupakan juga mengulangkaji pelajaran selepas berdoa.
Apa yang menyedihkan, hampir 80% pelajar tidak cukup solat  lima waktu sehari semalam. Jika kita tidak ikut suruhan Allah, bagaimana Allah akan menolong kita. Fikir2kanlah.

SUMBER: Majalah Anis edisi Julai 2012 oleh Dr Tengku Hasmadi Tengku Mohamad.

26 Ogos 2012

Penunggang Baik.

Kereta bergerak secara merangkak. Adik aku bagi ayat lagi best "Kereta bergerak macam meniarap". Memang ayat dia 'power'. hahaha...bila diberitahu kepada abangku dia hanya balas "sabooo". Sejuk sikit hati. Padahal dia juga dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Sabar untuk dirinya juga. Alhamdulillah. Saling ingat mengingat. Itu azimat daripada ayah dan mak di kampung.

Aku dapat duduk 'seat' belakang. Dah ada pemandu berhemat. Kira boleh berehat lebih dibelakang. Yang pasti kami semua letih. Letih dengan jalan di Terengganu yang sesak dengan kenderaan. Jalan perlahan. Ada juga berhenti-henti.

"Berhenti atas jalan berbukit aku takut sikit. Takut kereta berundur ke belakang," kata si pemandu berhemat yang tak sampai setahun dapat lesen. Ini sebab ramai takut guna kereta gear manual.

Percubaan si pemandu memotong kereta didepan tidak berjaya, kami dikejutkan dengan motor berkuasa besar dan penunggangnya berbaju putih bergerak seiring dan sejalan. Aku juga tergamam. Tiada pengalaman dalam situasi yang berlaku. Kami senyap. Dalam kepalaku 'mesti disuruh ke tepi'. Jangkaanku meleset. Penunggang beruniform putih hanya mengurut dada. Si pemandu hanya mengangguk. Terus dia blah. Rupanya dia saman kereta depan. Alhamdulillah...Ops selamat..Sabar...

Kadang-kadang memandu menyebabkan kita kurang sabar. Termasuk aku sendiri. Aku memandu seorang diri lagi aku cepatkan 'speed' . Nak cepat sampai. Kena ada orang yang 'ingatkan aku'. Nyanyi lagu Ana Rafali dulu. hehehe

Bertolak pukul 3.30 petang dan sampai pukul 2 pagi. Lama tak perjalanan kami? Inilah perjalanan balik kampung dan pulang semula ke tempat mencari rezeki. Moga Allah menilai niat kami. Keselamatan hanya milik Allah. Jadi sentiasalah ingat kepada Allah. Jangan lalai.

Sekarang aku dah pandai guna TNG. Dulu memang susah hati bila sampai di plaza tol. Terima kasih cik-cik guruku. hehehe...Walaupun dikatakan ada diskaun tol...yang pasti kami tak dapat diskaun yang diwar-warkan dalam tv. Adakah ini 'janji ditepati'? Hanya Allah yang menepati janji. Bukan manusia yang terbatas kekuasaannya. Susah nak kotakan janjikan. Ya...Sebab itu Allah meminta kita menyebut 'insya Allah' selepas berjanji. INSYA ALLAH bermaksud 'jika Allah izinkan'.

Harap kita tidak mempermainkan perkataan agung ini. nauzubillahi min zalik ^_^






23 Ogos 2012

Pesanan Imam Malik.

1. Ilmu agama adalah ilmu agama. Oleh itu, hendaklah kamu perhatikan dari siapa kamu pelajarinya.

2. Tidak ada kebaikan bagi sesiapa yang melihat kelebihan dirinya di dalam suatu hal, tetapi manusia lain tidak melihat perkara itu dalam dirinya.

3. Ilmu itu cahaya. Ia tidak akan lembut melainkan kepada hati yang bertakwa dan khusyuk.

4. Apabila seseorang yang zuhud (tidak mementingkan keduniaan), Allah akan memberi hikmah kepa danya.

5. Sebaik-baik perkara ialah yang terang dan nyata. Jika engkau syak antara kedua-duanya, ambillah yang dipercayai.

6. Sesiapa yang ingin menyelesaikan sesuatu masalah, terlebih dahulu hendaklah membentangkan dirinya kepada syurga dan neraka dan bagaimana dia akan terlepas di akhirat kelak.

7. Perumpamaan orang munafik ketika mereka berada dalam masjid seumpama burung-burung berada dalam sangkar. Apanila pintu sangkar itu terbuka, mereka terus terbang keluar.

8. Mengikut apa yang diketahui ulama' akan ditanyadi hari kiamat seperti para anbiya'.

9. Apabila seseorang memuji diri sendiri, hilanglah kebijaksanaannya.

10. Ilmu itu tidak mengikut riwayatnya, tetapi merupakan cahaya yang dimasukkan ke dalam hatinya.

11. Menuntut ilmu adalah perkara baik, tetapi hendaklah kamu perhatikan apa yang pasti kamu lakukan mulai dari pagi hingga petang dan lakukanlah perkara itu.

12. Orang yang menuntut ilmu akan menjadi seorang yang warak, tenang dan takut kepada Allah.

13. Tidak sepatutnya orang yang alim bercakap sesuatu ilmu yang tidak layak  dan berkuasa kerana ia akan membawa kepada kehinaan dan kekjian kepada ilmu itu.

14. Dinasihatkan Qadi, jangan meninggalkan ulama' ketika adanya masalah sebaliknya hendaklah berbincang bersama-sama.

15. Apabila engkau ditanya tentang sesuatu perkara, hendaklah engkau kaji dan fahami pendapat engkau dengan orang lain kerana pertimbangan yang waras menghilangkan kekosongan fikiran seperti api menhilangkan kotoran emas.

16. Allah tidak kasih kepada hamba-hambanya yang diberikan nikmat melainkan setelah hamba itu menunjukkan kesan nikmat yang diberi kepadanya. Leboh-lebih lagi orang yang berilmu.


17. Tawadduk adalah pada taqwa dan agama. Bukan pada pakaian. Sesungguhnya kami tawadduk didalam taqwa dan agama bukan pakaian.

18. Sesiapa yang mengetahui percakapannya mengikat kadar perbuatan, kurangkan percakapannya.

19. Apabila manusia tidak baik pada dirinya, disisi manusia lain pun, ia tidak baik.

20. Seseorang itu tidak akan menjadi baik kecuali dia menunggalkan sesuatu yang tida kaitan dengannya dan bekerja dengan apa yang dia dipertanggungjawabkan.

SUMBER: Siri Tokoh Islam 2/ IMAM MALIK Pengasas Mazhab Malik. Oleh: Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri. Diterbitkan oleh MAIDAM.

05 Ogos 2012

Kisah Thaha

"Thaha!" kata seorang pelajar.

"Thaha tu kelab Thaha yea," kata pelajar lain. Alangkah jahilnya mereka ini. Adakah surah ini tidak pernah dibaca oleh mereka? Sedangkan mereka mengatakan mereka telah khatam Al-Quran. Allahurabbi!

Inilah hakikat yang berlaku dihadapan mataku sendiri. Moga dengan catatan ku yang sedikit ini membuka minda mereka. Moga bermanfaat.


Surah Thaha. Surah ini dikatakan sebagai pelembut hati seseorang. Bagi seorang ibubapa yang mempunyai anak yang nakal, mereka digalakkan membacakan ayat 1-5 surah Thaha. Kemudian dihembuskan ke ubun-ubun anak ketika mereka tidur.

Hal ini juga berlaku kepada Saidina Umar Al-Khattab. Umar dalam perjalanan berjumpa Rasulullah dengan tujuan untuk membunuh baginda SAW. Dalam perjalanan itu, Umar berjumpa Na'im bin Abdullah. Na'im menasihatkan Umar menyelesaikan hal keluarganya dahulu.

"Adik iparmu, Sa'id bin Zaid dan adik perempuanmu, Fatimah binti Al-Khattab telah menjadi pengikut Muhammad," kata Na'im.

Umar menuju ke rumah adiknya. Dia terdengar suara seorang lelaki sedang mengalunkan bacaan Al-Quran. Surah yang dibacakan adalah surah Thaha. Orang yang membacanya adalah Khabbab bin Al-Aratti.

Umar menyerbu masuk ke rumah adiknya tanpa salam. Dengan serta merta Khabbab mencari tempat persenbunyian. Dia terlalu takut dengan Umar yang terkenal dengan sikap bengisnya.

"Apa bacaan yang aku dengar dari luar tadi?' tanya Umar sambil melihat ada helaian yang berkemungkinan itulah yang dibaca tadi.

"Serahkan kepadaku," minta Umar.

"Tiada apa-apa bacaan yang kami baca," kata suami isteri itu serentak.

"Aku dengar kamu berdua telah menjadi pengikut Muhammad," kata Umar dengan tegas. Lalu Umar memukul Said bin Said. Melihat suaminya dipukul, Fatimah terus menjadi benteng mempertahankan suaminya dari dipukul untuk kali kedua. Fatimah dipukul sehingga tersungkur.

"Memang kami telah menjadi pengikut Muhammad. Kami beriman kepada Allah dan RasulNya. Buatlah sesuka hati kamu terhadap kami," kata Fatimah sambil menyapu darah yang keluar dari bibir dan hidungnya.

Umar melihat darah yang mengalir pada wajah Fatimah, timbul perasaan menyesal terhadap perbuatannya tadi. Lalu dipegangnya muka adiknya dan meminta secara lembut," Serahkan catatan itu. Aku ingin mengetahui isi kandungan yang diajar oleh Muhammad,"

"Kami takut kamu apa-apakan catatan itu," kata Fatimah Al-Khattab.

"Janganlah kamu takut. Aku bersumpah dengan Tuhan Al-Latta dan Uzza, selepas aku baca catatan ini akan aku segera menyerahkan kepada kamu smeula," kata Umar.

Mendengar kata-kata itu, timbul harapan Fatimah bahawa Umar Al-Kattab akan masuk Islam. Lalu dia berkata," Wahai saudara kandungku, Engkau ini masih najis kerana masih musyrik. Sedangkan catatan ini tidak boleh disentuh kecuali oleh orang yang suci."

Mendengar kata adiknya, umar segera mandi. Selesai mandi, catatan itu diserahkan kepadanya. lalu dibaca ayat pertama yang dimulai dengan THAHA. Setelah Umar membaca beberapa ayat, terkeluar kata-kata dari mulutnya secara spontan," Alangkah bagusnya perkataan ini dan alangkah mulianya!"

Mendengar kata-kata Umar Al-Khattab itu, Khabbab meluru keluar dari tempat persembunyiannya lalu berkata," Wahai Umar! Demi Allah, sesungguhnya besarlah harapanku bahawa Allah telah memilih engkau masuk Islam. Sesungguhnya aku mendengar Muhammad telah berdoa. Ya Allah, kukuhkan Islam dengan Abil Hakam Ibnu Hisyam (gelaran Abu Jahal) atau dengan Umar Al-Khattab,"

"Tunjukkan tempat Muhammad Wahai Khabbab. Aku ingin mendatanginya dan mengucap syahadah dihadapannya," kata Umar Al-Khattab.

Hati Umar yang keras dapat dilembutkan dengan ayat dari surah Thaha ini. Inilah Mukjizat Al-Quran yang tidak sama dengan bacaan lain.

p/s: aku pernah terdengar seorang berkata bahawa ustaz di sekolahku membacakan surah yang berkaitan kewajipan puasa kepada pelajar yang ponteng puasa. Surah ini ustaz baca kemudian diikuti oleh pelajar ini. Ia dibaca secara berulang-ulang. Permulaan surahnya seperti dibawah iaitu Surah Al-Baqarah ayat 183:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. 

Surah ini dibacakan secara berulang-ulang sehingga pelajar ini menangis. Aku masih tidak tahu bagaimana perasaan pelajar ini sehingga mereka boleh menangis.

"Apa perasaan kamu selepas jumpa ustaz?" tanyaku.

"Saya dah insaf dan tidak akan ponteng puasa lagi," kata salah seorang daripada mereka.

"Saya rasa rugi tak puasa," kata pelajar lain yang turut sama bersama ustaz.

Aku teringin sangat mengetahui apa yang dilakukan oleh ustaz selain dari membaca ayat di atas. Ada pelajar-pelajar yang boleh tolongku? Harap  boleh bagitau dalam ruangan komen yea. terima kasih ^_^

Imam Malik

 Dalam dunia Islam, aku sangat jahil berkaitan mazhab-mazhab yang ada. Jika melihat latar belakang pengajian aku sehingga pengajian sarjana,...