10 Disember 2014
BMT- Bahasa Melayu Tinggi.
26 November 2014
Graduasi Imtiaz 2014
Aku melihat hati seorang ibu. Hati meronta-ronta untuk memenuhi hajat seorang anak. Sejujurnya aku belum melihat keadaan ini. Sekarang aku melihat dengan mata hati. Seiring umur yang semakin meningkat.
"Cepat bersiap. Nanti boleh sampai awal", kata ibu kepada anak-anak. Anak yang belajar di Imtiaz sedang menunggu ketibaan ibu tercinta. Sambil menanti debaran berada di pentas.
Aku hanya mampu jadi 'driver'. Tempat 'parking ' yang tidak mencukupi membataskan kehadiranku ke wisma ini. Hanya mampu melihat bangunan wisma. Ia terletak bersebelahan sekolah kebangsaan. Berhadapan dengan kolej komuniti. Hari ini juga keputusan upsr keluar. Ibu bapa memenuhi 'parking' yang sedia ada.
Tadi aku sempat singgah di L****. Sempat menadah telinga mendengar celoteh pegawai ini. Kebas. Tapi apakan daya, memang kena batang hidung sendiri. Cukai. Bukankah lebih baik bayar zakat?
Tunggu adalah perkara yang menyeksakan. Apatah perut meminta di isi. Dugaannnnn!
23 November 2014
Taman-Taman Syurga.
Raudhah. Tajuk buku yang ditulis oleh penulis triller no.1 Malaysia. Cetakan Nov 2014. Penuh suspen dan debaran. Cabaran demi cabaran dihadapi oleh watak utama dalam novel ini. Akhirnya menoktahkan kembali kepada asal. Bertaubat. Memperhambakan diri kepada Allah. Menjadi orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.
Hijrah. Masa 3 minit merubah seseorang daripada jahat kepada baik. Itulah keajaiban yang tak mustahil berlaku jika Allah kehendaki. 3 minit terdapat cerita dalam cerita penuh tragedi sehingga hampir dihukum pancung mengikut hukum hudud. Cantik jalan cerita.
******************
Cadangan aku untuk yang mencari kebenaran. Persoalan bagaimana pelaksanaan hukum hudud. Yang disentuh oleh RAM adalah hukuman Qisas. Bunuh balas. Atau digantikan dengan diat (pampasan). Atau dimaafkan. Cantik hukuman ini. Memaafkan adalah yang terbaik.
Jom beli dan baca!
15 November 2014
Jauh Perjalanan Luas Pemandangan.
السفر ميزان السفر
Teringat kisah dua sahabat dan dubb (beruang). Dua sahabat ini masuk hutan. Terdengar jeritan suara dubb meraung. Salah seorang daripada mereka naik atas pokok. Seorang lagi yang berbadan gempal. Jadi dia tidak dapat panjat pokok.
"Jika terjumpa dubb, kamu perlu berpura-pura mati", si gempal teringat kata-kata atuknya. Tanpa berlengah lagi, dia terus baring seolah-olah telah mati.
Dubb menghampiri si gempal. Menyondol tubuh si gempal seperti berbisik. Apabila dubb tinhgalkan tempat itu, kawan dari atas pokok dan tanya apa yang dibisikkan "Dubb suruh cari kawan lain. Kamu tidak sesuai jadi kawan".
Disebabkan banyak pengalaman susah senang bersama atau tidak, kita akan dapat menilai seseorang. Adakah dia sesuai jadi kawan?
p/s: asal nk post berkaitan perjalanan ibnu batutta. Beliau lebih jauh berjalan daripada Marco Polo
08 November 2014
Larangan ke atas dua jualbeli dalam satu jual beli (copypaste)
Hadits tersebut adalah dari Abu Hurairah,
أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- نَهَى عَنْ بَيْعَتَيْنِ فِى بَيْعَةٍ
Imam Malik meriwayatkan didalam Al Muwatta bahawa beliau mendengar Rasullulah saw melarang dua jualbeli dalam satu jualbeli …. Imam Az Zurqani dalam Sharah Al Muwatta menyebut bahawa hadis ini juga diriwayat oleh Imam Ar Tarmizi dan An Nasai . (Hadis Hassan sahih).
Cth: Imam Malik mengatakan dalam Al Muwatta’ bahawa beliau mendengar seorang lelaki berkata kepada seorang lain “ Belilah untuk aku unta ini secara tunai, supaya aku dapat membeli unta tersebut dari engkau dengan tangguh “. Maka ditanya Abdullah Ibn Umar akan aqad ini, beliau tidak menyukainya dan melarangnya.
Al Qasim ibn Muhammad seorang ulamak tabiin di Madinah , ditanya bagaimana dengan seorang yang menjual dengan tunai 10 dinar atau dengan hutang 15 dinar. Beliau tidak menyukainya dan melarangnya.
Ada sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, ia berkata:” Rasulullah s.a.w melarang dua jual beli dalam satu penjualan (bai’ataini fi bai’ah)” ( HR. Ahmad, Turmudzi . Subulussalam : 3 / 28 . No: 752 Abu Dawud: IX/323 no: 3002).
Jual beli dengan aqad tangguh adalah halal.
CtH : Aku jual himar ini dengan harga 20 dinar dengan tempoh sebulan. Pembeli berkata “ Aku terima “.
“ Hutangkan aku sepuluh dinar hingga sebulan, maka aku akan kembalikan dengan dua puluh dinar “. Jelas ini riba.
***************
ustaz: Ada 2 isu disini,1. isu dua harga berbeza antara tunai dan hutang dan isu mendap. 2. Isu mendapat hutang atau pinjaman dengan bayar lebih (riba) tetapi berselindung disebalik jualbeli.
komen: saya tertanya2: riba nyata-saya faham..haram. 'menjurus kpd riba' plk camna. haram jgk? syubhah?
ustaz: Jika sengaja merancang memang haram. Jika berlaku dgn tidak sengaja harus.
komen: Pinjaman dngn bank utk bl umah tu cmne ustaz??kire salah jgk ke??
ustaz: Itulah yg Islamic finance buat
Nasihat ustaz :
"Pandangan sekupang saya - Otai - otai emas kena pastikan aqad jual emas tidak ada syarat beli balik untuk mengelak dua aqad dalam satu. Pastikan qabad emas berlaku. Terpulang pada pemilik emas untuk jual semula atau simpan dengan aqad yg lain.. Hikmahnya nak elak emas dijadikan alat untuk dapatkan pinjaman cash dengan janji bayar secara ansuran lebih dari pinjaman asal.
Tujuan kita ialah galakkan umat Islam simpan dinar, guna dinar seterusnya keluar zakat dinar, juga dirham. Wallahu alam. Ana akhukum fillah wahai otai otai emas.
07 November 2014
Tamat atau bebas?
Sejak kebelakangan ini juga, banyak isu berkaitan pelajar sekolah. Buli. Dadah. Rompak. Curi. Zina. Buang anak. Soalan bocor. Bangunan runtuh. Semua berpunca dari pelajar. Mereka pernah digelar seorang pelajar pada zaman remaja dan kanak-kanak. Adakah ini semua salah guru? Bagi aku ini adalah salah semua pihak. Tak perlu tunding jari kepada guru semata-mata.
Mana peranan ibu bapa dalam institusi keluarga?
Mana peranan penerbit filem atau drama?
Mana peranan pentadbir dalam sistem pendidikan negara?
Dimana peranan pemimpin???!
03 November 2014
Salah Faham Sistem Dafshar.
Fakta Salah.
Anggota tentera Inkishar atau Jannisaries diambil dari kanak-kanak kristian. Anak- anak ini dirampas daripada kaum keluarga. Kemudian dipaksa masuk Islam. Hal ini berpandukan sistem undang-undang yang dikenali sebagai sistem Dafshar.
Menurut mereka lagi, Sistem Dafshar ini bersandarkan kepada sistem cukai Islam atau dengan nama 'Cukai Kanak-kanak' atau 'cukai anak-anak'. Undang-undang ini membenarkan umat Islam Empayar Uthmaniah merampas 1/5 jumlah anak-anak dari setiap kota atau kampung Kristian. Mereka menganggap 1/5 itu adalah hasil perang dan menjadi milik Baitul Mal.
Semua dakwaan ini salah dan fitnah untuk mencemarkan nama baik Urkhan Bin Uthman, Murad Bin Urkhan dan seluruh Dinasti Empayar Uthmaniah selepas itu.
Fakta Sebenar.
Oleh itu, orang Islam berusaha supaya kanak-kanak memeluk Islam tanpa paksaan. Akhirnya wujudlah fitnah seperti dakwaan di atas. Dakwaan ini juga mendapat sokongan dari ahli sejarah Islam yang mengajar si sekolah-sekolah dan iniversiti-universiti sehingga dianggap perkara itu benar.
Ada juga ahli sejarah Islam yang memperjuangkan Islam terpengaruh dengan tulisan ahli sejarah asing. Kemudian mereka menyebarkan pembohongan ini dalam karya-karya penulisan mereka. Contoh ahli sejarah Islam itu ialah;
- Muhammad Fareed Bek al-Muhami. Buku penulisannya 'Al-Daulah al-Aliyah al-Uthmaniyah'
- Dr. Ali Hasuun dan bukunya ' Tarikh al-Daulah al-Uthmaniyah'
- Muhammad Kurd dalam bukunya 'Khutat al-Sham'
- Dr. Umar Abdul Aziz dalam bukunya 'Muhadarat Fi Tarikh al-Shu'ub al-Islamiyah'
- Dr. Abdul Halim Gharibuh dalam bukunya 'Al-Arab wa al-Atrak'
Siapa Tentera Inkishar atau Jannisaries. Entri lama (SINI)
SUMBER: Buku Faktor Kebangkitan & Sebab Kejatuhan Empayar Uthmaniah.
p/s: Selamat menjawab peperiksaan SPM untuk adikku dan semua pelajar-pelajarku serta semua calon SPM secara keseluruhannya. Jawablah dengan tenang diiringi doa. Bertawakallah setelah berusaha selama ini.
Imam Malik
Dalam dunia Islam, aku sangat jahil berkaitan mazhab-mazhab yang ada. Jika melihat latar belakang pengajian aku sehingga pengajian sarjana,...
-
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : " Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa ya...
-
Sakineh dakwa dianiayai 2010/08/08 AKTIVIS membawa gambar Sakineh ketika membantah hukuman terhadapnya di Trafalgar Square, London. Pihak be...
-
Novel atau dipanggil fiksyen kadang-kadang membuatkan aku terfikir. Adakah kisah yang diceritakan itu benar? Adakah ia sekadar rekaan sebaga...
