16 Julai 2014

Tentera Inkishar atau Tentera Jennisaries.

Nama 'tentera Janisari' pertama kali aku aku tahu ketika membaca buku berkaitan Empayar Uthmaniah. Bukan mudah untuk aku ceritakan semula tentang tentera ini. Tentera Janisari dibubarkan ketika pemerintahan Sultan Mahmud II  (1223H-1255H/ 1808M-1839M)

Janisari berasal dari bahasa Turki Uthmaniah yang membawa maksud 'pasukan baru'. Pasukan ini dibentuk oleh Sultan Murad I dari Khalifah Bani Seljuk abad ke-14. Pasukan ini pada awalnya terdiri daripada tahanan perang (asal dari Balkan) yang diampuni tetapi dengan syarat membela Empayar Turki Uthamaniah. Mereka merupakan pasukan elit yang terkuat di dunia kerana mereka dianggap tentera pertama yang menggunakan senapang. Tentera ini terkenal sebagai tentera elit pengawal sultan. Tentera inilah yang banyak membantu Sultan Muhammad Al-Fatih menawan Byzantin.

'sekadar hiasan dari pak google'

Sikap tentera Janisari semakin buruk dan akhlak mereka berubah. Peranan mereka mula berubah. Mereka mula menjadi punca masalah kepada Empayar Uthmaniah dan rakyat. Mereka sentiasa masuk campur dalam urusan  Empayar dan sentiasa terpedaya dengan kuasa. Mereka tenggelam dalam hiburan dan perkara yang haram. Mereka tidak mahu dikerah ketika musim sejuk. Mereka sentiasa mahukan anugerah daripada Sultan. Mereka sentiasa merampas harta ketika menyerang beberapa negara. Mereka mengabaikan semua matlamat mereka ditubuhkan. Mereka bergelumang dengan arak. Mereka sentiasa beroleh kekalahan kerana menjauhkan diri dari kemenangan yang sebenar. Mereka sentiasa memecat dan membunuh Sultan seperti Sultan Uthman.

Sepanjang 10 tahun ketika zaman Sultan Murad IV, tentera Janisari memimpin dalam kesesatan dan kezaliman mereka. Mereka bertanggungjawab melantik sultan dan berkuasa menentukan segala keputusan. Mereka juga bertanggungjawab membunuh Sultan Ibrahim I kerana mahu menjatuhkan beliau. Mereka juga bertanggungjawab merosakkan Empayar kerana mahu mewujudkan suasana yang tidak stabil apabila mereka membunuh Sultan dan melantik anak-anak yang masih kecil sebagai Sultan seperti Sultan Muhammad IV. Akibatnya tentera asing menjajah wilayah-wilayah sehingga memaksa Perdana Menteri dan para ulama' menjatuhkan beliau.

Pada zaman Sultan Salim II, tentera Janisari memberontak dan menyebabkan tentera musuh menawan beberapa wilayah Empayar. Tentera Janisari juga memecat Sultan Mustafa II, Sultan Ahmad III dan Sultan Mustafa IV. Akhirnya pada tahun 1241H, Allah izinkan Sultan Mahmud II membubarkan mereka.

***************************************************

Pada zaman pemerintahan Urkhan bin Uthman (anak kepada pengasas kerajaan Uthmaniah-Uthman) pasukan baru diwujudkan. Pasukan ini lebih sistematik berbanding pasukan sebelum ini. Tentera ini mendapat didikan kha tentang jihad. Mereka bukan dikalangan penganut kristian seperti dakwaan penulis sejarah barat. Mereka adalah anak-anak yang bapa mereka telah memeluk Islam. Bapa mereka ini telah meninggalkan agama Kristian  dan menerima ajaran Islam. Ayah mereka ini secara sukarela menyerahkan anak-anak kepada Sultan untuk mendapat didikan Pendidikan Islam yang sempurna.

Penulis barat mendakwa anggota tentera Inkishar atau Jannisaries diambil dari kanak-kanak kristian. Anak- anak ini dirampas daripada kaum keluarga. Kemudian dipaksa masuk Islam. Hal ini berpandukan sistem undang-undang yang dikenali sebagai sistem Dafshar.

Tentera janisari ini juga terdiri daripada pengawai atau tentera Rom yang memeluk Islam dan amalkan ajaran Islam dengan baik. Mereka sentiasa bersiap sedia sama ada dalam keadaan perang atau aman. Daripada pasukan ini, Urkhan Uthman menubuhkan pasukan berkuda dan tentera pejalan kaki yang akan segera sambut seruan jihad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...