15 Mac 2015
Ingatan Dari Allah.
Kereta Myvi tercium belakang lori. Kemek bahagian atas sahaja. Tidak melibatkan lampu, bumper, no. plat. Alhamdulillah tiada nyawa yang terlibat. Slow dan smooth sahaja perjalanan. Hanya leka memerhati sesuatu, mata terlambat melihat lampu brek di hadapan. Terus meluncur ke depan. Terkena besi bahagian belakang lori. Pemandu lori mungkin tidak perasan. Hanya keretaku perlu repair. Bonet oh bonet. Apa pun aku tetap bersalah. Minor excident.
14 Mac 2015
Bahan Terlarang.
3. CHANTIQUE WHITENING NIGHT CREAM
4. DE PUTIH NIGHT CREAM
5. DERMACEUTIC SPOT CREAM
6. DERMACEUTIC SPOT PEEL CREAM
7. ERIESYA SPA BEAUTY CREAM
8. HANS BEAUTY TREATMENT TONER
9. KRIM MALAM MISHA
10. NATASYA KRIM HERBA
11. NATASYA KRIM HERBA
12. NURIZ DAY & NIGHT CREAM
13. R&Z WHITENING NIGHT CREAM
14. RZAC WHITE PEARL CREAM
15. TEMULAWAK WHITENING PEARL CREAM PAPAYA
16. TIA AMELIA KRIM JERAGAT
17. YELLOW CREAM (KRIM KU-NENG)
18. ZARA REJUVENATION CREAM
19. PIGMENTATION RECOVERY COMPLEX
20. RATNA SARI WHITENING NIGHT CREAM
05 Mac 2015
22 Februari 2015
Sujud Syukur.
Persoalan tentang sujud syukur menjadi tanda tanya. Termasuk diri ini sendiri.
Untuk menjawab tentang sujud syukur dan sebagai ingatan diri ini juga, aku merujuk kepada Kitab Fiqh 4 Mazhab oleh Syaikh Abdul Rahman Al-Jazairi yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Penterjemah yang disenaraikan ialah;
1. H.M Yusuf Sinaga Lc. MA
2. H.M Abdurrahman Saleh Siregar Lc. MA
3. H. Muhammad Zuhirsyan Lc. MA
Kitab ini diterbitkan oleh Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru. Cetakan Ketiga: 2011
******************************
"Kalau permintaan kita dah tertunai, kena sujud syukur kan? Tetapi masalahnya dia tidak tahu bagaimana buat sujud syukur itu. Adakah kita berdosa jika tidak buat? Apa pendapat Ustazah?"
Soalan dari pelajarku.
Kitab adik masih berada dirumah. Selongkar punya selongkar, jumpa kitab ini. Apa lagi cari dalam isi kandungan tajuk sujud syukur. Alhamdulillah jumpa. Jadi ini jawapan aku yang seterusnya.
"Sujud syukur adalah sunat" jawabku.
"Owh...Kalau tak buat pun tak apa..." kata pelajar ini.
Baca penerangan dibawah;
******************************
Jawapan kitab Fiqh 4 Mazhab:
Sujud syukur iaitu sujud sekali, seperti sujud tilawah. Sujud ini dilakukan ketika mendapat nikmat atau terlepas dari musibah, dan tidak dilakukan kecuali diluar solat. Apabila dilakukan dalam waktu solat , maka solat itu terbatal meskipun hal itu diniat mencakup dalam rukuk dan sujud solat, hal itu tetap tidak diharuskan.
Sujud syukur hukumnya SUNAT, menurut kesepakatan ulama' syafi'eyah dan ulama' Hanabilah, adapun ulama' Malikiyyah dan Hanafiyah mengatkan bahwa sujud syukur makruh hukumnya. Adapun yang disunatkan ketika mendapat nikmat atau terlepasa dari musibah itu dengan melakukan solat dua rakaat.
Jawapan Tambahan dari Kitab Fiqh Sunnah karangan Sayyid Sabiq:
Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sesuai dengan pensyaratan Bukhari, bahawa ketika Ali mengirim surat kepada Nabi SAW untuk memberitahu bahawa Hamdan telah memeluk agama Islam, beliau menyungkur sujud. Beliau kemudian bangkit dari sujudnya, lalu bersabda, "Semoga keselamatan selalu tercurahkan kepada Hamdan. Semoga keselamatan selalu tercurahkan kepada Hamdan".
Abdurrahman bin Auf meriwayatkan, "Nabi SAW berangkat, lalu aku mengikutinya. Beliau masuk ke dalam kebun kurma, lalu sujud sangat lama sampai aku khuwatir Allah telah mewafatkannya. Aku segera melihatnya. Beliau mengangkat kepalanya seraya berkata, 'Ada apa denganmu wahai Abdurrahman'.
Aku menyuarakan kekhuwatiranku itu, lalu beliau bersabda,
Jibril a.s. berkata kepadaku, "Mahukah engkau, aku beritahu suatu khabar gembira? Allah berfirman kepadamu, 'apabila seseorang berselawat kepadamu, maka Aku berselawat (mencurahkan rahmat) kepadanya'. Maka aku bersujud kepada Allah sebagai ungkapan rasa syukur (kepadaNya)
Jawapanku:
Oleh kerana masyarakat Malaysia menggunakan mazhab Syafie, kita ambil hukum sunat melaksanakan sujud syukur. Sujud ini bukan dilakukan dalam solat. Di mana-mana sahaja asalkan tempat suci dan mengadap kiblat. Jika ada wudu' lagi baik.
Apa maksud sunat?
Sunat adalah perintah jika dilaksanakan dapat pahala dan jika tidak laksanakan tidak berdosa.
Bacaan adalah seperti sujud tilawah.

SUMBER:
1. Fiqh 4 Mazhab Jilid 1, 2 dan 3 oleh Syaikh Abdul Rahman Al-Jazairi.Kitab ini diterbitkan oleh Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru. Cetakan Ketiga: 2011
2. Fiqih Sunnah Jilid 1 oleh Sayyid Sabiq. Ditahqiq oleh ahli waris, Muhammad Sayyid Sabiq. Terbitan Pena Pundi Aksara, Jakarta, Indonesia.
Angin Syurga Sebuah Komentar.
Kali pertama aku melihat tajuk ini pada iklan tv2. Teruja sangat nak tonton. Setiap kali nak mengadap tv, asyik terlupa. Kali ini aku dapat tonton drama ini dari episod 1 hingga 12.
Cantik sangat Jue Aziz pakai tudung labuh. Bentuk tudung juga cantik. Kemas. Lipatan pada bahagian muka 'menjadi'. Kita doakan semoga suatu hari ini, kakak ini akan menjadi muslimah solehah. Menutup aurat dengan sempurna. Aminnn.
Cuma aku ada beberapa kemusykilan berkaitan drama ini. Ada DUA perkara aku dapat simpulkan sebagai penonton.
PERTAMA
Perut Kak Long membesar sehingga menimbulkan fitnah bahawa dia sedang mengandung. Oleh sebab mengandung anak haram, dia pakai tudung labuh dan jubah. Justeru itu, penonton akan mengandaikan orang bertudung labuh dan berjubah adalah untuk menyembunyikan perut dari pandangan orang ramai.
KEDUA
Keluarga ini ada jurang yang sangat jauh. Adik perempuan, Amiera tidak mengenakan tudung kecuali dalam beberapa hal sahaja.
Amiera cakap, "Kak Long tak perlu pakai baju longgar-longgar lagi selepas ini". Perbualan ini berlaku selepas Kak Long membuat pembedahan membuang fibroid dalam perutnya. Apakah maksud perbualan ini?
14 Februari 2015
Pergi Tiada Ganti Bersama Ilmunya.
Malam jumaat 12 Feb 2015. Ulama' yang disegani kawan dan musuh bertemu Arrahman. Pencipta kita semua. Kita semua akan kembali ke sana. Tiada siapa yang tahu bila masanya akan tiba. Sungguh mulia akhir kehidupan Tok Guru Nik Aziz. Nama yang ayah pernah sebut sejak aku masih kanak-kanak. Pernah dibawa ke Pulau Melaka untuk mendengar mutiara kata dari beliau.
Kehadiran selautan manusia membanjiri perkarangan masjid dan rumah beliau. Ada yang mengatakan mereka semua berjalan kaki untuk menziarahi hamba Allah yang mulia ini. Ada juga video yang menunjukkan awan berkumpul melindungi dan membentuk kalimah ALLAH. Petanda apakah ini? Mulianya hamba Allah ini.
Kehilangan beliau amat dirasai terutama dalam era fitnah. Tiada siapa yang berani pertahankan Islam seperti beliau. Walau dihina, difitnah, beliau tetap memaafkan kesalahan mereka.
Kepimpinan yang adil dan saksama menjadikan beliau tokoh paling berpengaruh di dunia. Di Masjidil Haran juga diumumkan kematian beliau. Bayangkan seramai mana umat manusia solat ghaib atau solat jenazah untuk beliau serta memohon keampunan atas segala kesilapannya.
Bagaimana kita nanti?
Cara hidup kita akan menunjukkan cara kematian kita.
10 Februari 2015
Rumah
Keberanian yang ada ini, aku buat pinjaman untuk buat rumah. Bajet rumah semi-D 200k dengan keluasan 20 x 50. Sekarang tambah 22x50. Sangat menakutkan apabila hanya 30% proses, duit mengalir hampir 25k. Proses ini bermula bulan Disember 2014. Walaupun hujan, proses ini tetap diteruskan.
10 Feb 2015-Selasa.
Sekarang tinggal 55k tinggal untuk proses seterusnya. wayering Elektrik 10k. Air 10k. Syiling dan mozek tidak termasuk lagi. Aku sudah tidak nampak ikhtiar lain lagi. Duit kutu aku dapat paling awal RM1200. Duit itu akan habis bila buat pembayaran kepada Pak Din.
Aku sangat berharap semua ini akan berakhir. Sekarang aku dikatakan sangat berjimat cermat. Teringin beli sesuatu, tangguh dulu. Kesabaran sangat diperlukan. Aku nak pinjam duit siapa untuk buat pembayaran. Hanya seorang yang aku nampak. Tetapi hatiku menghalang kerana anaknya sakit dan memerlukan perbelanjaan yang banyak.
Imam Malik
Dalam dunia Islam, aku sangat jahil berkaitan mazhab-mazhab yang ada. Jika melihat latar belakang pengajian aku sehingga pengajian sarjana,...
-
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : " Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa ya...
-
Sakineh dakwa dianiayai 2010/08/08 AKTIVIS membawa gambar Sakineh ketika membantah hukuman terhadapnya di Trafalgar Square, London. Pihak be...
-
Novel atau dipanggil fiksyen kadang-kadang membuatkan aku terfikir. Adakah kisah yang diceritakan itu benar? Adakah ia sekadar rekaan sebaga...