Memaparkan catatan dengan label ilmiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ilmiah. Papar semua catatan

22 Februari 2015

Sujud Syukur.

Assalamualaikum wbt,

Persoalan tentang sujud syukur menjadi tanda tanya. Termasuk diri ini sendiri.
 Untuk menjawab tentang sujud syukur dan sebagai ingatan diri ini juga, aku merujuk kepada Kitab Fiqh 4 Mazhab oleh Syaikh Abdul Rahman Al-Jazairi yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Penterjemah yang disenaraikan ialah;

1. H.M Yusuf Sinaga Lc. MA
2. H.M Abdurrahman Saleh Siregar Lc. MA
3. H. Muhammad Zuhirsyan Lc. MA

Kitab ini diterbitkan oleh Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru. Cetakan Ketiga: 2011

******************************

"Kalau permintaan kita dah tertunai, kena sujud syukur kan? Tetapi masalahnya dia tidak tahu bagaimana buat sujud syukur itu. Adakah kita berdosa jika tidak buat? Apa pendapat Ustazah?"
Soalan dari pelajarku.

Kitab adik masih berada dirumah. Selongkar punya selongkar, jumpa kitab ini. Apa lagi cari dalam isi kandungan tajuk sujud syukur. Alhamdulillah jumpa. Jadi ini jawapan aku yang seterusnya.

"Sujud syukur adalah sunat" jawabku.

"Owh...Kalau tak buat pun tak apa..." kata pelajar ini.

Baca penerangan dibawah;

******************************

Jawapan kitab Fiqh 4 Mazhab:

Sujud syukur iaitu sujud sekali, seperti sujud tilawah. Sujud ini dilakukan ketika mendapat nikmat atau terlepas dari musibah, dan tidak dilakukan kecuali diluar solat. Apabila dilakukan dalam waktu solat , maka solat itu terbatal meskipun hal itu diniat mencakup dalam rukuk dan sujud solat, hal itu tetap tidak diharuskan.

Sujud syukur hukumnya SUNAT, menurut kesepakatan ulama' syafi'eyah dan ulama' Hanabilah, adapun ulama' Malikiyyah dan Hanafiyah mengatkan bahwa sujud syukur makruh hukumnya. Adapun yang disunatkan ketika mendapat nikmat atau terlepasa dari musibah itu dengan melakukan solat dua rakaat.

Jawapan Tambahan dari Kitab Fiqh Sunnah karangan Sayyid Sabiq:

Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sesuai dengan pensyaratan Bukhari, bahawa ketika Ali mengirim surat kepada Nabi SAW untuk memberitahu bahawa Hamdan telah memeluk agama Islam, beliau menyungkur sujud. Beliau kemudian bangkit dari sujudnya, lalu bersabda, "Semoga keselamatan selalu tercurahkan kepada Hamdan. Semoga keselamatan selalu tercurahkan kepada Hamdan".

Abdurrahman bin Auf meriwayatkan, "Nabi SAW berangkat, lalu aku mengikutinya. Beliau masuk ke dalam kebun kurma, lalu sujud sangat lama sampai aku khuwatir Allah telah mewafatkannya. Aku segera melihatnya. Beliau mengangkat kepalanya seraya berkata, 'Ada apa denganmu wahai Abdurrahman'.

Aku menyuarakan kekhuwatiranku itu, lalu beliau bersabda,

إنَّ جبريلَ -عليه السلام- قالَ لي : ألاَ أُبَشِّرُكَ؟ إنَّ الله -عزوجلَّ- يَقُولُ لَكَ : مَنْ صَلَّى عَلَيْكَ صَلَّيْتُ عَلَيهِ ،ومنْ سَلَّمَ عليكَ ،سَلَّمْتُ عليهِ. فَسَجَدْتُ للهِ -عزوجل- شُكْرًا.
Maksunya:
Jibril a.s. berkata kepadaku, "Mahukah engkau, aku beritahu suatu khabar gembira? Allah berfirman kepadamu, 'apabila seseorang berselawat kepadamu, maka Aku berselawat (mencurahkan rahmat) kepadanya'. Maka aku bersujud kepada Allah sebagai ungkapan rasa syukur (kepadaNya)

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim berkata, "Ini adalah hadis sahih sesuai dengan pensyaratan Bukhari dan Muslim. Aku tidak mengetahui hadis lain yang menjelaskan tentang sujud syukur lebih sahih dari hadis ini". 

Bukhari meriwayatkan bahawa Ka'ab bin Malik melakukan sujud syukur ketika mendapat khabar gembira bahawa Allah telah menerima taubatnya. 

Ahmad menyebut bahawa Ali r.a. melakukan sujud syukur ketika menemukan Dzu Tsudyah (seseorang dari golongan Khawarij) terbunuh bersama kaum khawarij. Sa'id bin Manshur meriwayatkan bahawa Abu Bakar melakukan sujud syukur ketika berita terbunuhnya Musailamah sampai kepadanya.

Sujud syukur dilakukan dengan beberapa syarat seperti syarat-syarat sujud di dalam solat. Ada ulama' yang berpendapat bahawa syarat-syarat sujud dalam solat tidak disyaratkan didalam sujud syukur. Hal ini kerana sujud syukur bukan solat.

Pengarang kitab Fath Al-A'llam berkata, "Pendapat ini lebih dekat kepada kebenaran". Syaukani berkata, "Hadis-hadis tentang syukur tidak menjelaskan disyaratkan wudu', suci pakaian dan suci tempat untuk melakukan sujud syukur". Imam Yahya dan Abu Thalib mengungkapkan pendapat yang sama dengan Syaukani. Hadis tentang sujud syukur juga tidak menjelaskan dianjurkannya bertakbir ketika melakukan sujud syukur.

Dalam Al-Bahr disebutkan bahawa hendaklah seseorang bertakbir ketika melakukan sujud syukur. Imam Yahya berkata, "Sujud syukur tidak dilakukan di dalam solat - ini pendapat yang disepakati - kerana sujud syukur bukan sebahagian dari solat".


Jawapanku:

Oleh kerana masyarakat Malaysia menggunakan mazhab Syafie, kita ambil hukum sunat melaksanakan sujud syukur. Sujud ini bukan dilakukan dalam solat. Di mana-mana sahaja asalkan tempat suci dan mengadap kiblat. Jika ada wudu' lagi baik.

 Apa maksud sunat?

Sunat adalah perintah jika dilaksanakan dapat pahala dan jika tidak laksanakan tidak berdosa.

Bacaan adalah seperti sujud tilawah.


Bacaan lain, aku masih tidak dapat sumbernya. Ini sahaja yang mampu aku coretkan. Harap bermanfaat. Jika tersilap, sila buat teguran. Terima kasih.

SUMBER:

1. Fiqh 4 Mazhab Jilid 1, 2 dan 3 oleh Syaikh Abdul Rahman Al-Jazairi.Kitab ini diterbitkan oleh Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru. Cetakan Ketiga: 2011

2. Fiqih Sunnah Jilid 1 oleh Sayyid Sabiq. Ditahqiq oleh ahli waris, Muhammad Sayyid Sabiq. Terbitan Pena Pundi Aksara, Jakarta, Indonesia.

10 April 2014

Adab dengan guru.

Keberkatan tiada andai tidak beradab dengan guru. Bijak dan pangkat besar tiada jaminan bahagia andai tiada adab.



'syair Bahasa Arab tingkatan 1'

Rujuk entri  lama

1. Kisah Murid vs Guru SINI 

2. Kisah Musa Berguru SINI

3. Kisah Sultan Muhammad Al-Fateh dirotan SINI

04 April 2014

Pemuda Gua.

Hari khamis. Malamnya adalah malam jumaat. Selepas membaca surah Al-Kahfi, aku sempat membaca tafsir fi zilalil Quran. Dalam Surah ini diceritakan tentang kisah:

1. Kisah Ashabul Kahfi (pemuda gua)

2. Kisah pemilik dua ladang.

3. Kisah Musa dan hamba Allah yang soleh.

4. Kisah Dzul Qarnain.

Awal dan akhir surah Al-Kahfi berkaitan dengan pembetulan aqidah. 10 ayat pertama dan ayat terakhir surah ini sangat penting. Beberapa orang ustaz meminta semua umat Islam supaya membaca ayat ini. Kita diminta membaca supaya terhindar dari fitnah Dajjal.

Ada riwayat menyebut tentang sebab turunnya ayat dalam surah Al-kahfi ini. Orang-orang Yahudi tenlah menghasut orang-orang Mekah supaya bertanya Rasulullah S.A.W mengenai hakikat roh, kisah Ashabul Kahfi dan kisah Dzul Qarnain.

Kisah ini ditayang tentang keimanan yang unggul dalam jiwa orang mukmin. Mereka mengutamakan iman berbanding harta dunia yang sementara. Harta dunia akan musnah dan tidak akan kekal bersama kita. Mereka adalah anak-anak muda yang kuat tubuh badan, kuat iman dan pendirian. Mereka membantah dan mengecam kepercayaan yang dipegang oleh kaum mereka. Mereka juga adalah pemuda yang mendapat hidayah dalam masyarakat yang zalim dan kafir. Mereka tidak dapat hidup andai mereka mengisytiharkan aqidah mereka secara terang-terangan.


Mereka mengambil keputusan setelah rahsia keimanan mereka  terbuka dan melarikan diri mencari perlindungan Allah untuk menyelamatkan aqidah (agama ) mereka. Mereka redha memilih gua dari kesenangan dan kenikmatan hidup yang indah. Di sinilah terdedah ketakjuban mengenai hati pemuda-pemuda ini yang mengasingkan diri dari kaum mereka. Mereka memilih berlindung di gua yang sempit, kasar dan gelap. Mereka begitu senang dengan rahmat Allah yang begitu teduh, selesa dan luas. Batas gua yang sempit, terbuka luas. Dinding yang keras menjadi lembut. Suasan yang sepi menjadi suasana tenang . Semuanya membayangkan kerahmatan, kelembutan, kerehatan dan keselesaan. Itulah iman mereka.

Gambaran lain menyempurnakan pemandangan yang mengkagumkan. Mereka dibalik-balikkan tubuh mereka dari satu lambung ke satu lambung selama mereka berada dalam keadaan tidur yang amat lama. Orang yang melihat keadaan mereka ini, menyangka bahawa mereka sedang berjaga, sedangkan mereka semua tidur. Anjing mereka mengikut kebiasaan seekor anjing, menghulurkan dua kakinya berhadapan pintu. Cara ini seolah-olah sedang menjaga pemuda-pemuda yang berada dalam gua ini. Pemandangan ini menimbulkan perasaan takutdalam hati orang yang melihat mereka. Itulah takdir Allah supaya tidak ada orang akan ganggu mereka sehingga sampai kepada masa yang ditentukan Allah.

Mereka bangun dengan cergas selepas tidur ratusan tahun. Mereka secara mendadak bangkit dari tidur, sedangkan mereka tidak mengetahui berapa lama mereka tidur sejak mereka merasa mengantuk dahulu. Mereka mengosok mata mereka dan memandang antara satu sama lain.

"Berapa lama kamu telah tidur," kata seorang pemuda kepada rakannya.

"Kita telah tidur kira-kira sehari atau setengah hari," kata salah seorang dari mereka.

Kemudian mereka fikir lebih baik mereka ketepikan persoalan itu. Persoalan itu tidak memberi faedah kepada mereka dan meyerahkan urusan itu kepada Allah. Mereka dalam keadaan lapar dan mereka mempunyai duit-duit perak yang dibawa keluar dari bandar.

"Allah sahaja yang mengetahui berapa lama kamu telah tidur. Hantarkan salah seorang daripada kamu ke bandar dengan membawa wang perak ini. Kamu hendaklah mencari apa sahaja makanan yang baik dan bawakan kepada kamu sedikit rezeki darinya." kata pemuda yang lain. Mereka sangat berhati-hati supaya tidak ditangkap oleh penguasa yang zalim pada jangkaan mereka. Mereka bimbing dipaksa meninggalkan agama ynag mereka anuti sekarang. Kebimbangan mereka sangat berasas kerana menyangka penguasa sekarang seperti penguasa sebelum mereka tidur.

Mereka tidak sedar bahawa kisah mereka selaku pemuda-pemuda yang lari menyelamatkan agama mereka di zaman seorang raja yang zalim telah menjadi cerita turun temurun. cerita dari mulut ke mulut bagi setiap generasi. Timbul pelnbagai pendapat mengenai hakikat mereka, mengenai agama mereka dan berapa lama masa telah berlalu sejak mereka menghilangkan diri.

Dalam Al-Quran menyebut bahawa mereka telah tidur selama 300 tahun mengikut tahun shamsiah (putaran matahari) dan ditambah 9 tahun lahun lagi iaitu 309 tahun bagi tahun Qamariah (mengikut putaran bulan). Ini membuktikan Allah sangat berkuasa mematikan dan menghidupkan sesuatu makhluknya.

Penduduk baru sangat menghormati dan memuliakan anak-anak muda yang beriman ini. Kisah mereka terbongkar setelah salah seorang dari mereka pergi ke bandar mencari makanan. Dia telah dikenali orang ramai sebagai salah seorang anak muda yang melarikan diri menyelamatkan agama mereka di zaman dahulu.

Kita dapat membayangkan betapa terkejutnya pemuda-pemuda ini. Sekeliling mereka telah berubah. Pemerintahan di depan mata mereka adalah pemerintah yang beriman kepada Allah. Segala-galanya berubah. Mereka kini merupakan kumpulan manusia yang aneh pada pandangan dan perasaan orang ramai. Oleh itu, Allah mewafatkan (mematikan) mereka kembali kerana kasihan kepada mereka menghadapi semua realiti yang pahit ini.

Kemudian berlaku perdebatan dikalangan penduduk sekitar.

"Dirikan satu bangunan di atas mereka," kata seorang penduduk memberi pendapat.

"kami akan bina sebuah masjid di atas mereka," keputusan ini dibuat oleh pemerintah zaman itu.

Masjid di sini membawa maksud tempat ibadat mengikut adat orang Yahudi dan Nasrani. Mereka mendirikan rumah ibadat atas kubur para nabi dan para wali. Hal ini ditegah oleh Rasulullah berdasarkan hadis.
"Allah telah melaknat orang-orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) yang tekah membangunkan masjid-masjid di atas kubur para nabi dan orang-orang mereka yang soleh" (hadis dalam tafsir Ibnu Kathir)
Setelah kematian pemuda-pemuda yang beriman ini, berlaku perdebatan tentang bilangan mereka. Ada yang mengatakan 3 orang dan seekor anjing. Ada yang mengatakan 5 orang dan yang ke-6 adalah anjing. Ada yang mengatakan 7 orang dan yang ke-8 adalah anjing. Dalam Al-Quran menegaskan bahawa hanya sedikit daripada penduduk di situ yang mengetahuinya. Ini menunjukkan Allah melarang kita berdebat tentang perkara ghaib. Ia adalah sia-sia. Serahkan bilangan mereka ini kepada ilmu Allah.
  
 'gambar dari pak google. wallahu a'lam'

28 Mei 2013

Niat Umrah & wajib Umrah.

Sebelum menunaikan umrah, para jemaah disunatkan menyempurnakan perkara-perkara berikut:

1. Mengerat kuku.

2. Mengandam/ merapikan janggut, menggunting rambut dan mengemas misai.

3. Menanggalkan bulu-bulu ketiak, ari-ari dan sebagainya.

4. Mandi sunat Ihram.

5. Selesai mandi, sebaik-baiknya ambil wudu'

6. Mamakai wangi-wangian pada badan

7. Memakai kain ihram warna putih.

8. Mendirikan solat sunat ihram.

Lafaz niat mandi sunat ihram: 

نَوَيْتُ غُسْلَ سُنَّةِ الْإِحْرَامِ لِلَّهِ تَعَالَى
"Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Taala"

Selepas mandi, pakailah pakaian ihram dan dirikanlah solat sunat ihram 2 rakaat. Lafaz niatnya adalah :

أُصَلِّي سُنَّةَ الْإِحْرَامِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
"Sahaja aku solat sunat ihram 2 rakaat kerana Allah Taala"

Pada rakaat pertama selepas baca fatihah, baca surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas baca fatihah, baca surah al-ikhlas.

Selepas solat sunat ihram, para jemaah boleh niat ihram umrah. Ketika ini para jemaah mesti mengadap kiblat dan mempunyai wudu'. Selepas itu, para jemaah boleh talbiah, doa serta zikir.

Ada beberapa tempat bagi jemaah boleh niat ihram umrah ini. Biasanya di Bir Ali.

Lafaz Niat Ihram Umrah:

نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمتُ بِهَا لِلَّهِ تَعَالَى
"Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah taala"

Niat Bersyarat

Niat ihram bersyarat adalah diharuskan bagi seseorang yang bimbang berlaku perkara yang menghalang dirinya daripada menyelesaikan pekerjaaan umrahnya. Contohnya kedatangan haid, ditimpa penyakit yang kritikaldan sebagainya. Niat ini mestilah dilakukan secara berterusan antara niat ihramnya dengan niat bersyarat.

Lafaz niat ihram bersyarat:

نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلَّهِ تَعَالَى فَإِنْ حَبَسَنِي حَبِسٌ فَتَحَلَلْتُ
"Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah taala, sekirannya aku terhalang oleh sesuatu, ketika itu aku menjadi halal"

Sekiranya jemaah yang melakukan niat bersyarat ini terhalang daripada menyelesaikan umrah, maka dengan sendirinya ia menjadi halal iaitu terlepas daripada ihramnya.

Jika tidak, jemaah akan dikenakan dam seperti yang berlaku ke atas adikku sendiri. Dam seekor kambing. Teori dan praktikal adalah dua perkara yang berbeza.

**************
Terdapat wajib umrah yang wajib bagi para jemaah lakukan ketika mengerjakan umrah. Jika tidak dikerjakan salah satu darinya, umrah tersebut tetap sah, tapi dikenakan dam menurut syara-syaratnya. Dia juga akan menanggung dosa jika meninggalkan perkara tersebut dengan sengaja. Wajib umrah adalah berniat ihram di miqat dan meninggalkan larangan ihram.

**Berniat ihram mestilah di miqat tertentu. 

Miqat bermaksud ketentuan tempat atau masa untuk berniat ihram umrah. Miqat terbahagi kepada 2 iaitu 

1. Miqat Zamani  : 

Miqat Zamani bagi umrah adalah sepanjang masa bagi seseorang untuk berniat ihram umrah selain daripada masa ia sedang ihram haji menurut syarat-syaratnya.

2. Miqat Makani : 

Miqat Makani umrah ialah ketentuan  tempat untuk seseorang berniat ihram umrah.

Miqat Makani Umrah bagi penduduk luar Makkah

Tempat Niat Ihram Umrah Bagi Penduduk Luar Makkah Dan Orang Yang Datang Dari Arahnya


1. Yalamlam (al-Sa'diyyah)

Ini adalah Miqat bagi penduduk Yaman atau orang yang datang dari arah Yaman. Yalamlam adalah nama sebuah bukit yang terletak berhampiran Laut Merah di Seneanjung Tanah Arab. Jaraknya lebih kurang 89 km dari Makkah.

2. Zulhulaifah ( Abyar  Ali/ Bir Ali):

Ini adalah Miqat bagi penduduk Madinah dan orang yang datang dari arah Madinah. Jaraknya lebih kurang 425km dari Makkah dan lebih kurang 10 km dari Masjid Nabawi.

3. Al-Juhfah:

Ini adalah Miqat bagi penduduk  Syam ( Jordan, Lubnan, Palestin dan Syria) dan orang yang datang dari arah Syam. Jaraknya lebih kurang 187 km dari Makkah. Pada masa sekarang, tempat berihram bagi miqat ini ialah di al-Rabigh.

4. Qarn Al-Manazil ( Al-Sayl):

Miqat bagi penduduk Najd dan orang yang datang dari arahnya. Jaraknya lebih kurang 94km dari Makkah.

5. Zatu Irqin (al- Dharibah):

Miqat bagi penduduk Iraq dan orang yang datang dari arahnya. Jaraknya lebih kurang 94 km dari Makkah.

Tempat Niat Ihram Bagi Penduduk Mekah dan Orang Yang Berada di Mekah

'Sempadan Tanah Halal di Makkah'

Biasanya akan dilakukan bagi para jemaah Malaysia yang ingin mengulangi umrah. Mereka mesti berada Tanah Halal dan perlu mengikut turutan tempat tertentu iaitu:

1. Ji'ranah : terletak lebih kurang 22km dari Masjidil Haram.

2. Tan'im : terletak lebih kurang 5 km dari Masjidil Haram.

3. Hudaibiyyah (Shumaishiy) : Terletak lebih kurang 29 km dari Masjidil Haram.

************
Wajib Umrah yang kedua adalah meninggalkan larangan ihram dalam umrah.

1. Pakaian

2. Wangian.

3. Kecantikan

4. Alam Sekitar

5. Hubungan Kelamin.


07 Januari 2013

Nota Prinsip Akaun SPM

Nota ni adik aku nak buang. Aku sempat rebut balik. Sayang sangat nota-nota ni. Macam nyawa aku. Biar nota ini masuk dalam blog aku ni. Boleh juga kongsi maklumat. Ini nota Prinsip Akaun. Dulu masa SPM aku ambil 11 mata pelajaran. Selain subjek teras, aku ambil subjek addmath, prinsip akaun dan perdagangan.

Nota ini untuk calon SPM. Kalau sesuai dengan PA sekarang, silakan. Kalau tak, biarlah jadi nota aku sahaja. Rindu zaman sekolah. ~huhuhu~







27 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433H

Sudah bertambah umur kita semua. Adakah amal kita bertambah atau berkurangan? Muhasabah diri sendiri sebab kita yang mengetahui keadaan diri kita. Moga kita berhijrah ke arah kebaikan. Hijrah kerana Allah.


27 Nov 1984 adalah hari kelahiranku mengikut bulan Masihi atau ikut putaran matahari, aku tetap mengingati bahawa aku lahir ikut bulan Hijri iaitu 4 Rabiul Awal 1405H.

Aku nak kongsi sikit cara pengiraan untuk mengetahui bulan hijri. Kita kan orang Islam. Takkan tak tau kelahiran bulan Islam kita. Ilmu ni dah lama aku tak praktik. Jika ada kesilapan, tolong bagitau yea. Ini juga dari guruku. Cikgu Bahar atau En Bahar atau Dr Bahar sekarang.

Aku lahir 27 Nov 1984.

(a) Tahun lompat ..tiada baki.

(b) PH = 13 hari

     1.1. (a) Jumlah Hari  Masihi (JHM) = INT(no. bulat) [(thn-1) x 365.25] + bulan + hb - PH
                                                           =[(1984-1) x 365.25] + 305 +27 - 13
                                                           = 724290.75 + 319
                                                           = 724609.75
                                                           = 724610#

             (b) Hari (ᵡ) = RND FRAC  [(JHM /7) x 7]

                               = RND FRAC (724610/7) x 7
                               = RND (103515.7143) x7
                               = RND (0.7143) (ambil perpuluhan sahaja)x 7
                               = RND 5.0001
                               = RND 5
                               = 5 (hari rabu)#


             (c) Thn (y) = (JHM - 227016) / 354.3666
                              = 724610 - 227016) / 354.3666
                              = 497594 / 354.3666
                              = 1404.178611
                              = INT ( y + 1)
                              = 1404.178611 + 1
                              = 1405.178611
                              = 1405#


            (d) Jum Hari (JH) = RND [FRAC (y) x 354.3666]
                                        = RND (0.178611 x 354.3666)
                                        = RND ( 63.29377279)
                                        = 63 - 59 (Rabiulawal)
                                        = 4 Rabiulawal# 


Oleh itu aku lahir pada hari rabu bersamaan 4 Rabiulawal 1405H. Selamat mencuba. Kat bawah ni aku bagi petunjuk. Jika ada penambahan tolong komen yea. Kongsi2 ilmu. Moga berkat dengan sambutan Maal Hijrah 1433 ni. Rindu nak mengira! hehehe....


*RND*
1 = Sabtu
2 = Ahad
3 = Isnin
4 = Selasa
5 = Rabu
6 = Khamis
7 = Jumaat


*Nama bulan = Bil Hari


Muharram     = 00
Safar             = 30
Rabiulawal     =59
Rabiulakhir    = 89
Jamadilawal   = 118
Jamadilakhir  = 148
Rejab            = 177
Syaaban        = 207
Ramadhan     = 236
Syawal          = 266
Zulkaedah     = 295
Zulhijjah        = 325



Sela abad Miladi berbanding jumlah hari yang digugurkan (PH)
Sela Abad Miladi
Jumlah PH
1 Mac 1800 hingga 28 Feb 1900
12 hari
1 Mac 1900 hingga 28 Feb 2100
13 hari
1 Mac 2100 hingga 28 Feb 2200
14 hari

Bilangan hari dari awal tahun bagi bulan Miladi
Nama Bulan
Bilangan Hari
Tahun Biasa
Tahun Lompat
Januari
00
00
Februari
31
31
Mac
59
60
April
90
91
Mei
120
121
Jun
151
152
Julai
181
182
Ogos
212
213
September
243
244
Oktober
273
274
November
304
305
Disember
334
335

SUMBER: Ilmu Falak Teori, Praktikal dan Hitungan. Baharrudin Zainal 2003. m/s 58

23 September 2009

sms...



Punya laaa susah belanja kahwin, last2 cerai guna sms je...
Ni laa yang terjadi pada kawan aku. Muda-muda dah jd janda n duda.
"Bila dah habis manis, sepah dibuang" (betul ke tidak ni)
Bukan tak belajar tinggi bahkan mereka berdua dah belajar kat bumi anbiya'
Mungkin diorg ada masalah lain. Wallahua'lammm...

Kalau nak tau lebih lanjut klik je kat link ni
http://peguamsyarie.blogspot.com/2007/12/cerai-sms.html

Ni aku ambil petikan sedikit dari link kat atas ni.
"Di sinilah datangnya jawapan kepada kedudukan bercerai menggunakan kaedah tulisan SMS. Jumhur fuqaha berpandangan talak melalui tulisan dianggap sah jika ketika suami menulisnya ada disertai niat untuk bercerai."

masalah semasa...

Harta Sepencarian.

Dah lama aku dengar pasal harta sepencarian.
Tapi  hari ini terdetik nak cari maklumat dalam i'net.
Pernah mak tanya, apa maksud harta sepencarian.

Setahu aku, dalam kitab2 yang aku balajar xpernah jumpe pasal masalah ini.
Lagipun aku memang kne mengajar bab ini bg pelajar tingkatan 5 jika dibangkitkan atau disoal.
Takkan aku nak tipu hidup2 pasal hukum hakam ini.Nauzubillah!
Moga aku dijauhkan daripada memberi ilmu yang sesat.

Cari punya cari, aku jumpe laa blog PGSM http://peguamsyarie.blogspot.com/2007/12/apakah-harta-sepencarian.html

Aku copy paste yang ni je (utk ingatan aku)



"Harta sepencarian mengikut syarak ditafsirkan sebagai pemerolehan harta sepanjang tempoh perkahwinan sama ada membabitkan harta alih atau tak alih dan pihak yang memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung.




Tuntutan biasanya ditimbulkan oleh isteri atau bekas isteri apabila membabitkan sumbangan mereka sepanjang tempoh perkahwinan sama ada secara tak langsung misalnya urusan menguruskan rumah tangga. Sumbangan secara langsung misalnya isteri mengeluarkan modal terutama dalam bentuk kewangan untuk mendapatkan harta dalam tempoh perkahwinan. Begitu juga jika satu pihak itu meninggal dunia, pasangan akan meminta harta itu dibahagikan dulu sebagai harta sepencarian sebelum diisytihar sebagai harta pusaka."


Ini aku dapat dari
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/calculator/sifarbi.nsf/602233a70762c39948256eda003beb31/$FILE/sistem%20pesaka%20islam%20portal.pdf



"Seterusnya, jika ada antara waris-waris yang ingin menuntut harta
sepencarian bersama si mati, ia hendaklah mengemukakan tuntutannya ke
Mahkamah Syariah sebelum harta itu difaraidkan. Harta Sepencarian ialah
harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan
berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak".



Boleh juga tengok dalam wordpress ini 
http://syafiqe.wordpress.com/2008/03/04/harta-sepencarian-konsep-dan-amalan/



Hukum Syarak

Persoalannya kini, adakah harta sepencarian itu diktiraf oleh hukum syarak? Sepertimana disebut sebelum ini, meskipun harta sepencarian tidak dijelaskan oleh apa-apa dalil nas, namun ulama’ masih lagi memperakuinya berdasarkan konsep uruf (adat) dan maslahah setempat. Ini mengambilkira soal keadilan kedua-dua pihak selaras firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nur Ayat 32 menyatakan “orang –orang lelaki beroleh bahagian daripada usahanya dan orang-orang perempuan beroleh bahagian daripada usahanya juga”. Maka apabila sesuatu uruf itu diperakui baik dan sesuai oleh undang-undang kedudukannya, maka ia akan menjadi peraturan yang perlu dipatuhi. Malah ia selaras dengan kaedah fiqh antaranya ialah ”adat yang diakui sebagai hukum” dan juga ”uruf itu diiktibarkan oleh syarak






Harold's

Assalamualaikum wbt. Entah kenapa murid-murid f5 memberi air minuman ni dan kek. Bukan kesukaanku dan bukan kegemara...