27 Januari 2016
15 Januari 2016
Tahun 2016 Menjelma.
Rezeki, ajal maut dan jodoh tiada siapa yang tahu. Ada yang jodoh panjang. Ada jodoh pendek. Ada yang masih mencari walaupun telah dikurnia anak-anak dan seorang isteri. Masing-masing punya citarasa.
32 tahun. Alhamdulillah aku masih dikurniakan nikmat Islam dan bbernafas di atas muka bumi ini. Walaupun aku insan yang sentiasa membuat kesilapan, aku masih menghadapkan pengampunan dari Allah dari dosa yang telah aku lakukan sama ada sedar atau tanpa sedar.
Setiap tahun cabaran tetap ada. Sebagai manusia, cabaran itu perlu ditempuhi untuk meneruskan kehidupan yang mungkin pendek atau panjang. Aku masih mencari sahabat di dunia dan di akhirat. Menjadi peneman hingga akhir hayat. Membimbing hingga sama-sama mencapai syurga Allah yang begitu mahal.
Aku maafkan sesiapa sahaja yang bertanya soalan cepu mas ini. Hati ini hanya Allah yang tahu bagaimana perasaannya. Ayah sentiasa ingatkan diri ini. Jika perjalanan kita tanpa mahram, ia tetap berdosa. Jadi sentiasalah minta keampunan dariNya. Aku akui hal ini. Aku sedar ramai yang mengambil berat terhadap diri ini. terima kasih dan doakan diri ini sentiasa dibawah jagaan Allah.
31 Disember 2015
Empangan Ma'rib Bagi Kaum Saba'
Empangan terbesar pada zaman sekarang di Mesir adalah Empangan Aswan. Pada zaman dahulu, empangan terbesar adalah Empangan Ma'rib. Empangan Ma'rib terletak di Yaman. Empangan initelah dimusnahkan oleh Allah ke atas penduduk di kawasan ini. Ini kerana penduduk kawasan ini kufur terhadap nikmat Allah.
Terbinanya Empangan ini menunjukkan kawasan ini dikelilingi okeh tanah yang subur dan baik untuk pertanian, pengairan dan sumber air kepada penduduk di sini.
Kaum Saba' merupakan penduduk di kawasan Empangan Ma'rib. Komuniti kaum Saba' adalah salah satu daripada empat peradaban besar yang pernah tinggal di Selatan Tanah Arab. Masyarakat ini pernah wujud sekitar 1000-750 sebelum masihi (SM). Masyarakat ini menemui kehancuran sekitar 500 TM.
Dalam sejarah orang-orang Saba' memang terkenal sebagai masyarakat yang bertamadun. Dalam catatan raja Saba' perkataan-perkataan seperti "dipulihkan" , "ditujukan" , dan "pembinaan" kerap disebut.
Empangan Ma'rib adalah mercu utamamasyarakat ini yang membuktikan mereka telah mencapai ketinggian dalam teknologi. Ini tidak bermakna kaum Saba' lemah dari segi ketenteraan. Sebaliknya faktor ketenteraan Saba' penyumbang utama kepada berdirinya budaya mereka untuk tempoh yang panjang tanpa ditumbangkan. Kehebatan tentera Saba' diceritakan dalam Al-Quran:
mereka menyeru Ratu mereka ,"kita adalah orang-orang yang kuat, gagah, dan amat berani mempuh peperangan dan perkara itu walaubagaimanapun terserah kepadamu. Oleh itu fikirlah apa yang yang engkau hendak perintahkan."
(Surah An-Naml ayat 33)
Coretan lama ketika belajar 10 tahun lalu. Lupa letak sumber. kalau tak silap dari buku tulisan Harun Yahya.
27 November 2015
Belajar Ingat dan Fikir
"Dalam kelas semalam, saya masih ingat. Hari ini saya dah lupa".
"Semalam saya dah faham, hari ini saya dah konfius."
Aras pertama adalah ingat. Ingat kembali. Jika pada aras ini, pelajar tidak dapat ingat, bagaimana mereka nak melangkah ke aras yang lebih tinggi iaitu faham. Bahagian kognitif mengingat, pelajar masih gagal.
Apa perlu dilakukan oleh seorang guru?
Apa pula yang perlu dilaksanakan oleh pelajar?
Nota? Nota bagaimana? Bentuk peta minda? Peta I-think? Buntu.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) memerlukan adaptasi yang berkesan supaya pelajar dapat fikir dan fikir. Kaji dan terus mengkaji.
Aku pernah menghadiri beberapa kursus berkaitan i-think. Mula diperkenalkan, aku fikir adalah peta i-think ini kbat? Kemudian dalam kursus yang lain, aku fikir bagaimana i-think ini jadi kbat? Dalam kursus yang lain pula, panel mengatakan peta i-think perlu dilukiskan pada papan putih sambil memberi penerangan kepada pelajar. Daripada peta i-think pelajar dapat fikir perkaitan yang mereka belajar. Dalam kursus lain, i-think itu salah satu tool kbat. Jadi ada cara lain lagi asalkan pelajar mencapai Dimensi Proses Kognitif yang bermula dengan INGAT. Aku jadi pening. Lalu biarkan ia berlalu. Waktu cuti ini, ingatan kembali menerjah ruang fikiran untuk pelajar tahun 2016.
Perancangan, pelaksanaan, penerimaan dan hasil. Masing-masing ada cabaran. Paling teruk pelaksana. Perancang inginkan hasil. Hasil yang positif.Setiap daripada kita mempunyai pendekatan yang berbeza. Ikut kemampuan pelajar iaitu penerima. Paksaan menyeksa kedua-dua pihak iaitu pelaksana dan penerima. Jadi aku tidak akan memaksa diri, tetapi akan cuba semampu yang boleh. Insya Allah.
Sekarang aku minat cara Ustaz Hasrizal dalam Saifulislam.com, Khalifah Model School (Secondary) KMSS. Aku sangat setuju dengan entri Sistem Pendidikan Mendepani Fitnah Dajjal. Entri ini membuatkan aku berfikir, adakah sistem pendidikan sekarang mampu menjadi kebal dari fitnah Dajjal? Teringat seorang panel dalam satu kursus mengatakan 'sekolah menghasilkan orang bodoh', 'sekolah menghasilkan orang yang 'taat' kepada sistem' dan ' sekolah menghasilkan pekerja kilang'. Ini berdasarkan kata seorang bekas guru dalam beberapa buah bukunya. Aku dah lupa nama buku dan penulisnya. Mungkin aku perlu semak nota kembali.
Masih dalam proses sambungan ...maaf perlu publish terlebih dahulu supaya entri ini dapat mengingatkan apa pernah dicoret caritkan...
21 November 2015
Penangan Sakti

Kisah cinta Sunan dengan Sang Ratu. Cinta adalah fitrah. Jika cinta Allah melebihi cinta manusia pasti manusia tidak akan bertuhankan nafsu. Cinta tetapi dihalang oleh Wali Sufi kerana sebab tertentu menyebabkan Sunan dan Sang Ratu berpisah. Angkara syaitan berwajah manusia, Sang Ratu kembali menjadi kejam dan musuh kepada Sunan. Pertemuan demi pertemuan. Semuanya berlandaskan nafsu sang pemerintah.
Saifuddin seorang yang taat kepada ajaran Wali Sufi. Saifuddin mengamalkan segala ilmu dan nasihat gurunya, Wali Sufi. Ilmu Saifuddin bertambah kukuh dibawah bimbingan guru yang hebat. Bibir Saifuddin sentiasa menyebut kalimah Allah menyebabkan semua perancangan jahat sang pemerintah gagal.
MARAH. Sifat yang menyebabkan seseorang tunduk kepada syaitan. Itulah yang berlaku kepada Jaka. Watak menginsafkan. Angkara cinta, Jaka sanggup mengucap kalimah kufur. Jaka kembali ke pangkal jalan dan akibat dendam dia dimusuhi hingga mati.
Selanjutnya...boleh dapatkan SUNAN Cinta Nan Sakti di pasaran.




Ketika di Karangkraf, aku dapat info, ada expo buku islam Antarabangsa di Putrajaya. Aku singgah di sana. Paling mengejutkan, aku lihat tiada sambutan. Tak seramai di Karangkraf. Mungkin hujan. Banyak buku dapat potongan 30%, 40%, 50% dan diberi hadiah cabutan. Hadiah saguhati yang dimenangi tidak menjadi milikku kerana aku telah pulang ke rumah. Itu rezeki orang lain. Mungkin rezeki aku di tempat lain.
Sempat juga aku tinjau Putrajaya International Islamic Art And Culture Festival. Wah! Sungguh cantik khat yang dipamerkan. Harga boleh tahan. Paling kecil RM50. Simple. Hanya kalimah Allah dan Muhammad. Ada juga harga RM 7,000. Tak mampu beli, sekadar kagum dengan hasil seni yang dipamerkan. Ketika ini terfikir juga, andai pelajar Jepun datang tengok seni kaligrafi Islam seperti ini. Berangan! Khat aku sekadar asas. Kurang berseni. Teringin buat persatuan/ kelab Khat di sekolah. Adakah aku mampu mengajar khat? Seni ini semakin pupus. Bukan semua ustaz atau ustazah mampu menulis khat mengikut kaedah yang betul. Hanya yang betul-betul berminat mampu melakukannya. Moga seni khat bertahan di persada dunia Islam.
Pelajar Jepun datang! Kerana sekolahku ada KHAT? Tahun ini, aku kurang mengajar khat walaupun tahun 2014 seorang pelajarku menjadi Johan Khat peringkat Daerah. Tahun ini tumpuan banyak kepada pengajaran akademik. Menghabis silibus untuk pelajar PT3. Pada hari yang sama, kpw datang untuk tujuan moderasi kertas PT3. Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Cabaran perlu dijadikan peluang. Ya peluang perlu direbut sebaik mungkin. Aku hanya insan yang lemah. Kadangkala aku lemah berhadapan dengan karenah manusia di sekeliling. Apakan daya aku terpaksa mengikut rentak mereka. Di sana aku dapat belajar sesuatu yang baharu.
3 Nov 2015, mak dan ayah datang ke rumah. Tinggal bersamaku selama seminggu. 4 Nov aku bawa ibu dan ayah ke Darul Syifa' Bangi untuk taklimat Umrah bersama ZAHAFIZ Travel. Akibat kejatuhan nilai matawang MYR, pakej 4 orang sebilik perlu tambah RM150. Jika pakej 2 orang sebilik, tambahan semakin banyak. Duit Riyal dinasihatkan tukar di Malaysia. Tindakan berjaga-jaga. Ada kebaikannya. Kali ini, mak, ayah dan ibu saudaraku akan menunaikan umrah. Menjadi Dhuyuffur Rahman. Doakan mereka semua terutama ibuku mampu menunaikan umrah dengan sempurna. Sembuhkan sakit lutut ibuku. Hanya 10 hari. Tidak lama. 3 hari di Madinah dan 7 hari di Mekah.
Ya Allah, Engkau permudahkan perjalanan ibuku. Hilangkan dan sembuhkan sakit lutut ibuku. Pertemukanlah mereka dengan orang yang baik dan mudah memberi pertolongan. Permudahkan urusan mak, ayah dan che ngah dan urusan ibadah mereka berjalan lancar. Selamatkan perjalan pergi dan pulang ke tanah air. Hanya Engkau Maha Penyembuh. Engkaulah Maha Pengampun. Engkaulah Maha Mengasihani. Engkaulah Maha Mengetahui niat hamba-hambaMu. Amin.
p/s: Untuk pelajar F3, maaf kerana tidak hadir ke Majlis Jamuan Akhir tahun. Ada sesuatu yang berlaku menghalang saya melangkah masuk ke kelas kalian. Harap kalian tahu apa yang telah berlaku pada hari akhir persekolahan itu.
19 Oktober 2015
Konspirasi Aneh Tapi Ada Kebenarannya.

" Teknologi zikir yang duduk di atas tikar terbang sambil bawa dua biji kelapa sebagai pengimbang, dan teropong ajaib sebagai alat gps?
" Seperti bangsa Arab yang terlena dengan kemewahan,bangsa Melayu pula terlena dengan hiburan. Kejayaan kita menundukkan mereka semakin dekat ".
"Kita mulakan rancangan penaklukan sejak zaman penjajahan British dan Belanda ke atas Tanah Melayu. Semasa penjajahan, Konsortium kita dah racuni bangsa Melayu dengan ideologi demokrasi, sodialisme, komunisme, dan sekularisme. Perlahan-lahan, mereka terpisah daripada agama mereka. Perlahan-lahan, mereka ikut cara kita. Konsortium sengaja biarkan mereka dijajah oleh Jepun supaya mereka dapat bandingkan betapa 'baik'nya penjajah dari British dan Belanda dan betapa kejamnya penjajah dari Jepun. Penjajahan kali kedua oleh British dan Belanda daripada cengkaman Jepun buat mereka rasa terhutang budi. Dengan mudah, kits racuni pemikiran mereka supaya ikut ideologi kita"
"Kemudian, kita berlagak baik lagi. Kita berikan mereka kemerdekaan tanpa keganasan. Awak tahu kenapa?"
"Kita berikan mereka kemerdekaan hanya setelah kita pasti minda mereka dah berjaya diracuni oleh ideologi kita. Walaupin negara mereka merdeka, tapi minda mereka masih dijajah hingga sekarang?"
"Macam mana kita tahu minda mereka masih dijajah hingga sekarang?"
"Kerana mereka masih memandang tinggi kepada tamadun Barat. Mereka memperakui orang Barat adalah orang yang bijak. Bagi mereka, semua dari Barat adalah tanda orang yang terpelajar. Cara berpakaian mestilah ikut cara Barat, barulah berprestij. Berbahasa Inggeris menunjukkan seseorang itu terpelajar. Makan makanan Barat menunjukkan seseorang itu ada kelas tersendiri, "
"Dan apabila ada antara mereka makan ulam-ulaman, mereka sendiri kata orang itu kekampungan sebab makan makanan kampung. Kemudian mereka menyumbat perut mereka dengan makanan Barat dan makanan yang diproses. Mereka lupa tentang sunnah Nabi Muhammad tentang makanan. Padahal, Yahudi amat tegas dalam mengamalkan cara pemakanan yang sama dengan cara pemakanan yang disarankan oleh Nabi Muhammad."
"Dahlah kita racun minda mereka, tubuh mereka juga kita racun. Kita masukkan bahan-bahan haram ke dalam makanan mereka. Kita masukkan bahan kimia beracun ke dalam makanan mereka. Dan kita galakkan mereka makan dengan cara tidak sihat. Sehingga mereka menjadi bangsa gemuk dan obes yang pemalas dan lemah fikiran."
"Akhirnya, bangsa Melayu yang lemah tu jadi semakin lemah."
"Dan bangsa yang lemah tu pula dijangkiti wabak penyakit".
"Kita yang cipta virus tu dan sebarkan ke negara-negara itu."
"Tapi kenapa kita cipta vaksin untuk penyakit-penyakit tu? Biarkan saja mereka mati."
"Bukan ke Sang Perancang pernah kata, kita cipta masalah dan kemudian kita tawarkan penyelesaian. Penyelesaian yang menguntungkan kita. Mereka beli vaksin kita, kita dapat duit."
"Dan awak tahu apa yang ada dalam vaksin itu?"
"Ubat?!"
"Tidak! kita letakkan nanorobot dalam vaksin. Kita sedang buat penyelidikan agar kita dapat kawal nanorobot tu dari jarak jauh. Agar suatu hari nanti, kita dapat kawal mereka melalui nanorobot yang dah tertanam dalam otak mereka".
"Tengok, kita tak perlu susah payah berperang dengan mereka secara fizikal. Kita hanya tunggu merrka musnah dengan sendirinya."
Sang Perancang tersenyum.
"Kita juga dah mengawal minda manusia sejak kecil. Tengok saja cerita dongeng yang diterbitkan oleh orang kita, iaitu Walt Disney."
"Cerita dongeng pun kita buat?" Daren mencari kepastian.
Sang perancang menekan butang. Filem dogeng Walt Disney terpancar pada skrin. Warna-warna yang menarik minat kanak-kanak. Watak-watak yang comel impian kanak-kanak. Dan lagu-lagu yang menarik.
"Apa mesej dalam dongeng Snow White?" tanya Sang Perancang.
"Kejahatan melawan kebaikan, " jawa Daren sambil memandang skrin yang menayangkan filem Snow White.
"Kurang tepat. Mesej yang nak disampaikan adalah seorang gadis boleh bersekedudukan dengan tujuh orang lelaki asing, " jawab Sang Perancang.
"Ajaran yang tidak bermoral! " Daren bersuara. Dia mula melihat tujuh watak orang kerdil dari sudut negatif.
"Itu yang kita mahu. Biar manusia jadi tidak bermoral. Apa mesej dalam dongeng Rapunzel?" Sang Perancang bertanya.
"Seseorang ada hak untuk bebas, " Daren menjaesb sambil menonton watak Rapunzel yang berambut panjang sehingga dapat dijadikan tali untuk hero memanjat masuk ke biliknya.
"Salah. Seorang gadis boleh gunakan anggota tubuhnya untuk dapatkan lelaki yang diidamnya. Dia juga boleh membawa masuk lelaki ke dalam biliknya pada bila-bila mass, " jawab Sang Perancang.
"Perniagaan tubuh? Pelacuran?" Daren bertanya.
"Tepat sekali. Bukankah melacur diri adalah haram bagi umat Islam? Tapi, itu yang kita sogokkan kepada anak-anak mereka. Separa sedar, anak-anak ini akan menerima perbuatan tidak bermoral itu sebagai sesuatu yang comel, " kata Sang Perancang.
Daren mengangguk, " Cinderella?"
"Supaya wanita berparti dan berpesta sehingga tak ingat mahu pulang ke rumah melewati tengah malam", jawab Sang Perancang bersahaja.
"Macam mana dengan dongeng Sleeping Beauty pula? Dia tak buat apa-apa kesalahan kerana tidur sahaja," kata Daren melihat aksi Sleeping Beauty yang tidur sehingga tidak sedar hutan belantara sudah mengelilinginya.
Sang Perancang menjawab, " Itu yang kita mahukan. Tidur, tidur, dan tidur. Kita mahu umat Islam menjadi Puteri Beradu yang tidak bangun-bangun. Menjadi umat Islam yang pemalas."
"Walt Disney kaya-raya hanya dengan dongeng kanak-kanak sahaja, "kata Daren.
26 September 2015
Cuti Penggal Raya Haji 2015
Harold's
Assalamualaikum wbt. Entah kenapa murid-murid f5 memberi air minuman ni dan kek. Bukan kesukaanku dan bukan kegemara...
-
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : " Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa ya...
-
Sakineh dakwa dianiayai 2010/08/08 AKTIVIS membawa gambar Sakineh ketika membantah hukuman terhadapnya di Trafalgar Square, London. Pihak be...
-
Assalamualaikum semua, Dah lama aku nak tahu pasal IV dan DV dalam penulisan tesis. Sebagai rujukan untuk diri sendiri, aku masukkan apa ya...