20 November 2023
Kembali menduga ibuku
06 November 2023
Beruntungnya Penduduk Palestin.
Dunia akhir zaman penuh dengan ujian buat mukminin yang cinta Allah dan Rasulullah. Bumi para Anbiya' berlumuran dengan darah tetapi negara-negara Islam tidak mengambil tindakan segera bagi menjaga kebajikan penduduk Palestin.
Aku sendiri mengakui, orang Islam termasuk diri ini umpama buih-buih di lautan. Ramai tetapi tidak memberi apa-apa kesan kepada orang sekeliling. Semua mengambil tindakan neutral walaupun penduduk Palestin di bantai dengan bom Israel buatan US bertali arus.
Di mana pemimpin-pemimpin negara Islam? Adakah cukup sekadar mesyuarat dan membuat desakan sekian-sekian?
Lemahnya kita kerana cintakan dunia. Kita hanya mampu lakukan solidariti untuk menzahirkan semangat untuk mereka. Kita hanya mampu berdoa. Tiada apa kekuatan yang ada kecuali senjata doa dna perasaan marah. Di mana kekuatan fizikal dan rohani kita? semuanya menjadi debu dan sia-sia. Apa boleh buat sebagai orang awam?
Pengeboman yang dilakukan oleh Israel menunjukkan mereka cuba menghapuskan penduduk Palestin sepenuhnya dan menjadikan Palestin sebagai negara Israel. Peta dunia telah menunjukkan nama baru Palestin iaitu Israel.
Saudaraku di Palestin,
Kalian adalah manusia terpilih
Syahid di sisi Allah.
Beruntunglah kalian.
Rugilah kami,
Masih tidur nyenyak,
Makanan melimpah ruah,
Saudaraku di Palestin,
Kalian sedang lapar dan haus,
Makanan kalian adalah zikir mengingati Allah
Benarlah janji Allah,
Makanan orang mukmin di akhir zaman ini adalah zikrullah
Saudaraku di Palestin,
Maafkan daku yang pengecut ini,
Maafkan saudaramu di sini,
Masih menyokong keberadaan Israel Laknatullah.
Saudaraku di Palestin,
Kalian masuk syurga tanpa dihisap,
Terus ke syurga dan wangian semerbak kasturi menyelubungi bumi Palestin.
Ya Allah,
Bantulah hambaMu di Palestin dengan bantuan
Sebagaimana burung Ababil melawan tentera Abrahah,
Umpama daun dimakan ulat.
Sungguh mulia kalian di sisi Allah,
Moga Allah campakkan hati kami semua.
Menjaga agama Allah dan mati dalam Islam
SUMBER:
1. Astro Awani (SINI)
21 Oktober 2023
Budaya Kerja Toksik
01 Ogos 2023
Kedatangan Nazir kali pertama
29 Januari 2023
Air Mata Kekecewaan
10 Januari 2023
Cerita warden 1
Selepas jaga kelas peperiksaan pukul 12.00 tengahri, aku ke bilik cetakan untuk susun soalan ting 3 bagi Bahasa Arab. Jenuh juga nak habiskan sebab jumlah mereka 86 orang. Kawan aku sorang lagi 120 orang yang berada di ting 2. Siap bahagian aku, aku tolong dia sekejap.
Asalnya aku nak makan di kantin sahaja. last2 atas desakan rakan warden, aku ke dema untuk makan tengahari. Udang, sayur, tauhu goreng n nasi. punya mewah makanan asrama ni.
Habis makan, ada budak bagitau kawan dia seliuh. ingat nak pergi solat, terlencong ke surau. selepas suruh kawan dia beli makanan di kantin, aku balik ke asrama utk tengok budak di sickbay n solat. Sickbay dah bertambah seorang. Seorang itu sahaja yang nampak sakit. Yang lain sihat wal afiat. Sial bersembang sambil makan makanan yang dibungkus dari Dema. Kalau ikut penyelia asrama, mereka perlu pergi sendiri ke Dema untuk makan.
Dah solat, aku dapat panggilan 2 kelas belum mula kertas UASA. Aku maklum kpd penyelia asrama utk kunci pintu dan terus berkejar ke kelas. Aku silap jadual lagi sekali.
Ada rakan sejawat dah tlog ambilkan kertas dan aku sempat jumpa mereka di pertengahan jalan. lebih kurang 20 minit juga 2 kelas ni lambat mula pekse.
Bertabahlah wahai hati. Serupa oncall.😜
17 Disember 2022
Warden Baru
Alhamdulillah. Allah telah makbulkan doaku dan orang sekelilingku untuk berpindah tugas ke negeri sendiri. Tahun ini dikira tahun ke-13 tugasku sebagai seorang guru. Bukan mudah, namun perjalanannya penuh pengalaman baharu. Yang pasti Allah tangguhkan aku kembali ke negeri sendiri setelah melalui pelbagai pengalaman yang sangat berharga. Dari tugasan guru biasa, guru perpustakaan media, guru disiplin merangkap guru pengawas, ketua bidang, jurulatih utama dan ketua pentaksir. Pengalaman yang bukan mudah, bahkan sangat mencabar.
Aku reposting semula pada 1 Ogos 2022. Hari pertama, aku lapor diri di Cyberjaya. Ramai rakan seguru yang bakal diposting semula. Bukan aku seorang. Bahkan semua orang tertunggu-tunggu penuh debaran. Pada hari itu, surat akan diberikan. Surat yang akan ditulis nama sekolah yang bakal ditugaskan. Ya penuh debaran. Semua orang disekelilingku adalah orang yang pertama kali bersua muka walaupun dalam group selalu bertanya pelbagai soalan. Mereka sangat ramah dan ceria. Aku adalah salah seorang yang memilih tiga negeri.
Apabila namaku dipanggil untuk menerima surat reposting, terasa bimbang kerana aku banyak fikir. Adakah aku akan berada jauh lagi? Adakah aku bakal mencari rumah sewa baharu di tempat baru? Aku berjalan ke depan, penuh debaran. Aku sambut surat yang bersampul dan pegawai berkenaan kata, "Tahniah cikgu. Selamat bertugas di tempat baru". Aku belum tengok lagi nama sekolah yang bakal aku pergi bertugas. Aku duduk dahulu. Orang sekeliling dah tunggu. Aku buka surat. Mata aku dah pedih, mengalir laju air mata. Aku tak mampu jawab pertanyaan mereka, hanya tanganku hulurkan surat berkenaan. Semua orang terkejut. Aku antara yang boleh masuk negeri kebal. Alhamdulillah. Aku hanya dengar suara, Ilmu apa awak pakai ni?. Apa amalan awak? Semua aku tak mampu jawab. Aku senyum sahaja sebab masih terkejut dan tak mampu bersembang. Aku ambil telefon dan snap. Aku hantar gambar itu dalam group keluarga.
Setelah urusan di Cyberjaya selesai, aku berkejar ke tempat aku belajar untuk jumpa penyelia sebab penyelia mesej minta aku ke officenya. Walaupun aku sedikit kecewa kerana disertasi aku masih belum disemak. Ya. Aku seboleh mungkin untuk siapkan semua tugasanku sebelum reposting ke sekolah baharu, namun sebaliknya berlaku. Aku masih bersabar kerana aku dimudahkan pada bahagian lain dan diuji pada bahagian lain. Tak mudah menjaga emosi terutama apabila usahaku seolah-olah sia-sia.
Sebenarnya barang-barang di bilik sewaku telah aku masukkan dalam kereta. Penuh. Aku rancang balik pada keesokan hari. Setelah solat subuh, aku serahkan kunci bilik sewa kepada menantu tuan rumah. Aku pulang ke kampung dalam keadaan hujan yang sangat lebat. Aku dapat keluar dari KL pada pukul 9.00 pagi sebab aku sesat jalan dan tersilap masuk exit. Aku seorang diri dengan bantuan google maps.
Sebelum itu aku telah telefon ke sekolah baharu untuk aku lapor diri pada 2hb tetapi perjalananku terasa lambat. Pukul 5 petang aku masih di lebuh raya. Aku minta penangguhan lapor diri ke 3hb.
Secara ringkasnya, 3 bulan pertama tiada tugasan berat. Hanya tugasan hantar pelajar yang dah biasa aku buat di sekolah lama. Jadual kelas apada asalnya mengajar tingkatan 5. Setelah pertukaran jadual baru, aku diberi kelas tingkatan 3 sahaja. Masuk bulan ke-4, aku dilantik menjadi warden baharu bersama guru-guru 'one off' dan guru reposting sepertiku.
1hb Nov 2022, walaupun tiada surat hitam putih, aku mula tinggal di bilik warden. Kejutan demi kejutan aku terima termasuk pelajar-pelajar menerima kejutan daripada kami. Ya. Mereka tidak suka warden baru dan minta warden lama dikekalkan. Mereka tidak sedar warden lama, hantar surat letak jawatan. Mana mungkin mereka ingin kembali menjadi warden. Sebaik sahaja ada guru baharu masuk, cepat-cepat mereka hantar surat letak jawatan. Mungkin aura guru disiplin di sekolah lama masih ada, ketegasan dalam melaksanakan tugas masih tersisa walaupun merasakan diri ini baru posting.
Insya Allah 2023, mereka bakal menerima perubahan baharu secara berperingkat. Setakat ini dahulu coretanku.
Imam Malik
Dalam dunia Islam, aku sangat jahil berkaitan mazhab-mazhab yang ada. Jika melihat latar belakang pengajian aku sehingga pengajian sarjana,...
-
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : " Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa ya...
-
Sakineh dakwa dianiayai 2010/08/08 AKTIVIS membawa gambar Sakineh ketika membantah hukuman terhadapnya di Trafalgar Square, London. Pihak be...
-
Novel atau dipanggil fiksyen kadang-kadang membuatkan aku terfikir. Adakah kisah yang diceritakan itu benar? Adakah ia sekadar rekaan sebaga...