28 Jun 2011

Bukan semua orang mampu bercakap.

"sampaikan daripadaku walaupun satu ayat," kata Rasulullah.

Penyampaian tidak semestinya melalui tutur kata. Bahkan penulisan. Sebab itu ada slogan atau kata hikmah yang mengatakan "Mata pena lebih tajam daripada mata pedang!".

Begitu juga susah untuk kita menyebut kebenaran. Memang susah. Tapi melalui penulisan, mungkin bertambah mudah untuk menyampaikannya.

Pada asalnya penulisan blog aku sekadar ingin memperbaiki penulisanku dan diri kehidupanku. Tapi kini aku nak berkongsi apa yang telah aku baca dan faham kepada semua pembaca. Jika pembaca blog aku ni berminat. Jika tidak...dipersilakan melawat blog lain.hehehe...

Kali ini, aku nak kongsi kisah seorang tokoh yang menulis kitab : "Ithar Islam fi fikr Islam" di bawah tajuk "Islam Hadhari wathaqafi La Yakfi". Ia ditulis dan diterbitkan pada tahun 1980. Beliau adalah Syeikh Anuar Jundi. Kemudian ia diterjemah dan diulas oleh Abu Maryam dibawah tajuk "Islam Hadhari Menurut Syeikh Anwar Jundi".

Beliau seorang pemikir agung Islam yang dilahirkan di Bandar Dairut, Daerah Asyut bahagian So'id, Mesir tahun 1917. Beliau berkahwin dengan sepupunya, Nafisah Abdul 'Aal Al-Jundi. Anak perempuan kepada ammu yang berasal daripada kampung yang sama. Beliau dikurniakan seorang anak perempuan, Faezah dan tamat pengajian BA di Fakulti Pengajian Islam, Al-Azhar pada tahun 1969.

Kehidupannya


Beliau sangat berdisiplin dan sangat sederhana. Sangat menghargai waktu dan tidak disia-siakan begitu sahaja. Pada waktu terakhir kehidupan hariannya (selepas waktu isya'). Beliau akan tidur dua hingga tiga jam selepas solat isya'. Kemudian beliau bangun pada waktu malam untuk bertahajut hinggalah masuk waktu subuh. Selepas solat subuh beliau akan tidur selama 2 jam dan seterusnya bangun untuk melaksanakan tuntutan seharian...skemanya ayat aku.ermmm...

Beliau tidak menggunakan khidmat orang lain untuk keperluan sendiri seperti membasuh pinggan (aku: orang sekarang makan di rumah pinggan tinggalkan macam di kedai makan.huhuhu...). Beliau akan turun untuk beli makanan, surat khabar dan keperluan keluarga. Beliau sentiasa berwudu', makan, minum, segala baris yang ditulis...semuanya dalam keadaan berwudu'.

"Beliau sering memenuhi baldi jirannya dengan air ketika bekalan air terputus...dia meninggalkan bekalan air dihadapan pintu rumah jirannya sebelum subuh supaya mereka boleh berwudu' dan solat subuh," cerita seorang kenalannya.

Beliau lebih suka hidup biasa tanpa menonjol diri dikhalayak ramai. Dr Yusuf Al-Qardawi pernah bertanya Syeikh Anwar Jundi tentang hal ini.
"Kerjaku menggunakan pena. Aku tidak mampu untuk berpidato dan berucap dikhalayak ramai. Aku tidak bersedia untuk berhadapan dengan mereka. Kehidupannyaku hanya berhadapan dnegan buku-buku dan perpustakaan. Bukan semua manusia sepertimu. Syeikh Mohammad Ghazali yang termasuk mereka yang diberi anugerah kebolehan menulis dan berpidato. Ia adalah kelebihan yang Allah anugerahkan kepada sesiapa yang dia kehendaki,"
"إن الفضل كله لله ،وإن الهدى هدى الله ،ولا فضلُ اللهِ في التوجهِ إلى هذا الطريق المستقيم لضللنا السبيل" 
 Maksudnya:"Sesungguhnya segala kelebihan hanyalah bagi Allah, petunjuk (yang sebenarnya) adalah petunjuk daripadaNya. Jika tidak kerana anugerah dan pemberian daripada Allah di dalam menyelusuri jalan yang lurus ini, nescaya kita akan tersesat jalan"
Keilmuan Dan Sifat Zuhud

Rumahnya terletak di jalan Othman Muharram di Giza. Rumahnya terdiri daripada bilik-bilik kecil yang merupakan ensiklopedia pelbagai ilmu kerana ruangnya dipenuhi dengan pelbagai buku. Beliau seorang yang tidak asing lagi di Darul Kutub kerana beliau jarang tidak kelihatan di sana. Darul Kutub adalah perpustakaan yang menghimpunkan pelbagai manuskrip lama. Di rumahnya terdapat kotak-kotak tempat kertas catatan ilmiah didimpan yang bilangannya mencecah 180 kotak.

Beliau dianugerahkan kesabaran yang baik dan berpanjangan hingga dapat menumpukan sepenuh masa kehidupannya untuk kerja-kerja pemikiran. Beliau tidak disibukkan oleh anak dan harta kerana Faezah telah berkahwin pada umur yang muda dengan lelaki yang soleh.

'ni Syeikh Yusuf Al-Qardawi'

Antara kata Dr Yusuf Al-Qardawi mengenai beliau.
"Syeikh Anwar Jundi merupakan seorang lelaki yang tidak berusaha menonjolkan diri dikhalayak ramai serta mencari peluang seperti yang dilakukan oleh orang kebanyakan. Bahkan dia hidup sebagai rahid dalam biara ilmu dan maklumat. Dia membaca dan menulis. Dia tidak meminta imbuhan dan balasan daripada seorangpun,"
Perkara ini seolah-olah sama dengan apa yang diperkatakan oleh para Nabi yang dirakam dalam Al-Quran.

 وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۖ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ [٢٦:١٠٩
"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam" (Surah As-Shuara' ayat 109)
 Bukti kezuhudannya:

- Beliau tidak mempunyai akauan bank kerana beliau tidak mempunyai kewangan. Beliau ada peluang untuk mengaut keuntungan dunia dan mempunyai peluang yang luas tetapi kezuhudan menjadi keutamaan beliau.

- Kemasukan kewangan hasil penjualan buku-buku yang ditulis digunakan untuk membeli buku-buku baru yang lain, membantu anak-anak yatim dan orang yang memerlukan.

Pendakwah terkenal, Syeikh Abdul Salam Al-Basyunni ketika beliau pergi ke rumah Syeikh Anwar jundi bersama krew-krew televisyen dari Qatar untuk membuat liputan dan temuramah bersama beberapa orang tokoh ulama' termasuk syeikh Anwar Jundi katanya:
"Kediamannya tiada ruang untuknmembuat liputan dan temuramah. Beliau tinggal di kawasaanmasyarakat kampung yang hingar bingar dan dipenuhi buku di merata tempat. Temuramah dipindahkan ke hotel. Setelah selesai, kami memberi saguhati tapi beliau menolak pemberian itu dengan tegas,"
"Saya bersetuju ditemuramah dan saya tidak berniat untuk menerima ganjaran. Saya tidak berniat mengubah niat saya dan saya tidak memberikan apa-apa yang berhak mendapat ganjaran," kata Syeikh Anwar Jundi. 
Daripada sifat zuhud ini, menyebabkan Syeikh Anwar Jundi lebih selesa untuk menjadi tentera di belakang tabir. Beliau tidak berusaha dan tidak mencari peluang untuk menjadi pemimpin. Cita-citanya adalah untuk menjadi tentera yang tidak dikenali iaitu bekerja tanpa dilihat oleh orang ramai tapi dilihat oleh Allah.

Oleh sebab itu, sentuhan, luahan dan buah fikirannya diyakini tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan berkepentingan. Sifat ini mnejadi pendorong dan penguat kepada kebenaran yang diketengahkan dalam firman Allah dalam surah Yasin ayat 21:
اتَّبِعُوا مَن لَّا يَسْأَلُكُمْ أَجْرًا وَهُم مُّهْتَدُونَ [٣٦:٢١]
"Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk".
Pendidikan dan Kerjaya

Peringkat awal, beliau bekerja dalam pelbagai bidang. Tahun 1940 adalah tahun yang mengubah haluan beliau daripada kerja pelbagai bidang kepada bidang penulisan.

Kenapa beliau berubah?

Ini adalah disebabkan beliau membaca ringkasan buku yang menarik perhatian beliau. Ia bertajuk وجهة الإسلام atau Haluan Islam yang dikarang oleh sekumpulan Orientalis Barat. Beliau mendapati tulisan ini sebagai cabaran kepada Islam dan perancangan membaratkan orang-orang Islam.

Beliau sendiri pernah menceritakan keadaan ini.
"وبدأتُ أقفُ في الصفز هذا قلمي عُدّتي وسلاحي من أجل مقاومة النفوذ الفكري والأجنسي والغز والثقافي"
"Aku mula berdiri di dalam saf (perjuangan). Penaku ini merupakan persiapan dan senjata bagi menghadapi pengaruh pemikiran asing dan perang kebudayaan"
Maksud kebudayaan adalah keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, kelakuan dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan dan kerohanian sesuatu masyarakat , tamadun, peradaban dan kemajuan akal budi.

Ketika ini, beliau berhadapan dengan penulis-penulis dan ahli sastera Mesir seperti Taha Husin, Abbas Aqqad, Lutfi Sayyed, Salamah Musa, Juhi Zaidan, Hakim, Wajib Mahfuz dan lain-lain.

Beliau banyak menerbitkan puluhan buku yang menangkis pemikira-pemikiran Orientalis. Contoh:
اضواء على الأدب العربى المعاصر
المقاومة الأدب العربي الحديث في المعركة
التجمع والحرية
أخطاء المنهج العربي الوافد
إعادة النظر في كتابات العصرين
(sesiapa yang masih berada di Mesir, boleh la beli dan baca kitab ini sementara masih ada masa terluang)

Sejak 1946 penulisannya muncul di akhbar-akbar dan majalah-majalah. Beliau menumpukan perhatian dalam Pengajian Sastera Arab dan berjaya menerbitkan ensiklopedia lengkap berkenaan sastera Arab sebanyak 18 Jilid.

Kemudian beliau beralih kepada pengajian Islam sehinggan jualannya berjaya membina madrasah untuk menentang pembaratan dan serangan kebudayaan barat dan sekular.

Kitab pertama sebelum berlaku revolusi menjatuhkan sistem beraja di Mesir bertajuk "اخرجوا من بلادنا" yang membawa maksud "Keluarlah Dari Bumi Kami!" ditujukan kepada Penjajah Inggeris. Disebabkan buku ini, beliau telah dipenjarakan dan dibebaskan tidak lama selepas itu. (Di penjarakan selama beberapa hari semasa pemerintahan Raja Farouk).

Beliau juga tokoh yang mengislamkan ilmu-ilmu sains di Mesir.

Pada tahun 1960, beliau mendapat Anugerah Penilaian Kebangsaan disamping rakaman-rakaman televisyen di Abu Dhabi, Riyadh dan lain-lain.

Beliau banyak menyertai muktamar-muktamar Islam antarabangsa di ibu negara Islam seperti di Riyadh, Rabat, Algeria, Mekah, Khartoum dan lain-lain.

Beliau mengarang 300 buah buku dalam pelbagai bidang dan kitab terakhir beliau adalah نجم الاسلام لا يزال يصعد " Bintang Islam Sentiasa Mendaki"

Beliau menumpukan sepenuh hidupnya untuk kebudayaan dan pemikiran Islam kerana yakin peperangan sebenar ialah berasaskan kepada pertembungan pemikiran dan kebudayaan.

Ulasan nama - Anwar : terbit & Jundi : tentera.

Tanda-tanda penting kemunculannya (kebenaran).

  1. Menentang pembaratan
  2. menentang serangan pemikiran yang menyiat kulit umat Islam
  3. menentang percubaan mengubah hala tuju umat Islam.
  4. menentang percubaan mengubah personaliti umat Islam
  5. menentang percubaan memadamkan celupan rabbaninya.
  6. beliau berada di pos-pos kawalan bagi mengawasi dakyah barat.
  7. membongkar pembohongan mereka
  8. merosakkan pembohongan dakyah barat
  9. menolak pendapat Taha Husin dll yang terdiri daripada mereka yang berpangkat raja-raja sastera dan pemerintah.
Akhir Hayatnya

Beliau meninggal dunia pada hari Isnin, 13 Zulkaedah 1422 Hijran bersamaan 28 Jan 2002 di Internasional Aplication Hospital di Giza pada umur 85 tahun.

Menurut seorang doktor, sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir beliar berbaring atas lambung kanannya dalam keadaan mengadap kiblat, solat dan berkata dengan suara yang kuat dan jelas bahawa beliau sangat gembira untuk bertemu Allah.

Beliau meninggal dalam keadaan senyap sebagaimana hidupnya dalam keadaan senyap.

Ungkapan terakhir sebelum meninggal dunia:
"يا رسول الله أنا أنوار الجندي، قام إليكَ من أقاصي الصعيد"
"Ya Rasulullah, saya Anwar Jundi. Datang kepadamu daripada daerah So'id yang jauh"

SUMBER: Islam Hadhari Menurut Syeikh Anwar Jundi. Terjemah oleh Abu Maryam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...