Aku biasa dengar tentang bacaan Al-Quran mengikut Thariqah Al-Shatibi. Aku tidak pernah ambil kisah siapakah empunya diri ini. Ulama' kah? Ahli Falsafah kah? Guru kah? Perdana Menteri kah? Betapa tidak tahunya aku.
Apabila kembali menjadi seorang pelajar, aku memaksa diriku membaca. Aku dengar kuliah secara online. Rupanya Imam Al-Shatibi, ilmuan pertama yang menulis buku Usul Fiqh secara tersusun. Kitab Al-Muwafaqat membincangkan tentang Usu Fiqh dalam 5 bahagian (qism). Tebal buku ini. Dah la aku ni tak mahir Arab. Dah terkeluar dari ciri Mujtahid. hehehe
Tajuk yang Dr bagi cadangan kepadaku sangat mencabar. Sesuaikah? Kenapa aku jumpa pasal Al-Shatibi cerita tentang pembahagian harta. Adakah aku kena rungkai sendiri? Hah! sudah!
Al-Shatibi berpendapat bahawa maslahah adalah berlandaskan kesempurnaan hidup manusia untuk dapat memperoleh segala keperluan jasmani dan akliyyah secara mutlak sehingga merasakan kenikmatan hidup.
Al-Shathibi membuat dua kriteria agar maslahat dapat diterima sebagai dasar pembentukan hukum Islam.
Maslahat tersebut harus sejalan dengan jenis tindakan syara’, karena itu maslahat yang sejalan dengan jenis tindakan syara’ atau yang berlawanan dengan dalil syara’ (al-Qur’an, as-Sunnah dan ijma’) tidak dapat diterima sebagai dasar dalam menetapkan hukum Islam.
Maslahat seperti kriteria nomor satu di atas tidak ditunjukkan oleh dalil khusus. Jika ada dalil khusus yang menunjukkannya maka itu menurut al-Syathibi termasuk dalam kajian qiyas.
Al-Shatibi menjadikan maslahah sebagai konsep dasar yang menjadi isi kandungan dari segenap pemikiran usul fiqhnya. Ia tidak sekadar memakai istilah mashlahah sebagai teknik rasional dalam menetapkan hukum. Tetapi lebih dari itu, ia memandangnya secara teologi sebagai tujuan Allah swt dalam menciptakan hukum
Semester ini aku hanya ambil 5 matapelajaran. Mencabar juga sebab setiap subjek kena buat 3 tugasan sebab tiada peperiksaan. Kertas kerja, perbentangan guna aplikasi Google Meet dan perbentangan guna video. Kebanyakan, setiap subjek, perlu buat 3 tugasan.
Pasal Imam Al-Shatibi ni aku dah hilang punca. Mungkin sebab aku perlukan buku yang real bukan secara digital. Old School, aku ni. Semalam minta tolong abang di kampung cari kitab sesuai dan pos kan kepada aku. Mengada-gada kan? Negeri aku tinggal sekarang PKPB akibat penularan Covid-19. Ada hikmahnya.
********
update.
Nama, Gelaran dan Keturunan
Nama: Abu Ishaq Ibrahim ibn Musa ibn Muhammad al-Gharnati al-Lakhmi
Nama Panggilan: Al-Shatibi
Keturunan: Bangsa Arab dari suku Lakhm
Tempat kelahiran: Granada dan keluarganya berasal dari kota Shatibah (Sativa)
Tarikh Lahir: tidak diketahui secara tepat dan dianggarkan sebelum tahun 720 H.
Kewafatan: hari Selasa, Syaaban tahun 790H atau 1388 Masihi ketika berumur 70 tahun.
Pendidikan Imam Al-Shatibi
Imam al-Shatibi memulakan pengajian secara tradisional dan formal. Para penulis biografi ulama'-ulama' Islam mengakui akan kehebatan Imam al-Shatibi dalam pelbagai bidang ilmu. Kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu dapat diketahui melalui kepakaran beliau dalam pelbagai disiplin ilmu. Beliau seorang pakar dalam bidang ilmu nahu (bahasa), sastera, atfsir. fiqh, usul al-fiqh, ilmu kalam, falsafah, dan ilmu jidal (debat). Imam al-Shatibi seorang ulama' daripada mazhab Maliki dan seorang Mujaddid pada zamannya.
Imam al-Shatibi memulakan menimba ilmu Bahasa Arab dan antara gurunya ialah Abu Abd Allah Muhammad Fakhkhar al-Biri (754H), Abu Qasim Muhammad ibn Ahmad al-Shatibi (760H) dan Abu Jaafar Ahmad al-Syarqawi. Melalui guru ini beliau mendalami kitab Sibawih dan al-Fiqh ibn Malik di Granada. Di samping itu, beliau mendalami pula ilmu falak, mantiq, debat dan sastera. Gurunya ialah Abu Bakar al-Qarsyi al-Hasymi, salah seorang sasterawan Sepanyol.
Latar belakang Imam Al-Shatibi.
Beliau berasal dari Andalusia (Sepanyol) merupakan seorang tokoh, ulama' dan sarjana yang melalui dan menempuh pelbagai pengalaman hidup yang berbentuk akademik, politik dan pelbagai situasi masyarakat. Beliau merupakan ahli fiqh Islam yang terulung dan pakar dalam bidang hukum dan falsafah hukum Islam serta bermazhab Maliki (rujuk kitab Nazariyyat al-Maqasid Inda al-Imam al-Shatibi oleh al-Raysuni).
Menurut sebahagian ahli sejarah, Al-Shatibi berada di Granada pada masa pemerintahan empat sultan Bani Ahmar iaitu pada masa pemerintahan Ibn Farraj (713H), kemudian anaknya, Muhammad ibn Ismail (725H), selepas itu Granada diperintahkan oleh anaknya yang kedua pula iaitu Abu al-Hajjaj Yusuf ibn Ismail yang memerintah pada tahun 734H.
2) Hasbullah bin Mat Daud. 2011. Teori Maqasid Al-Syari'ah: Kajian Perbandingan Antara Pemikiran Al-Syatibi dan 'Izz Al-Din ibn 'Abd al-Salam. Tesis Sarjana (Secara Berkursus dan Disertasi). Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh Akademi Pengajian Islam Univeristi Malaya Kuala Lumpur.
Bukan mudah mencari maklumat sekarang walaupun dunia serba moden. Tidak tahu sama ada benar atau salah, kita perlu cari lagi maklumat ini. Kali ini, aku cuba tulis apa yang difahami dari sumber pembacaanku yang dahulu, dirungkai oleh Ustaz Auni dan ditambah dengan maklumat dari sumber internet lain. Jangan percaya! Cuba nilai dan lengkapkan lagi maklumat yang aku perolehi berdasarkan kefahamanku sendiri. Jika salah tolong betul berdasarkan hujjah yang kukuh. Ini sahaja kemampuanku.
Yahudi sekarang mungkin berbeza dengan Yahudi ketika zaman Para Nabi. Pada pandangan mata kita, mereka genius. Mereka mengusai pasaran dan ekonomi dunia. Mereka mencipta makan 'fastfood' untuk non-Yahudi. Sedangkan mereka mengamalkan pemakanan sunnah dalam kehidupan keluarga mereka. Mereka makan susu kambing, kismis, kurma, madu dan banyak lagi. Kita disediakan air 'coco cola' yang boleh cuci tandas. Bila kita minum, apa akan jadi kepada usus kita. Pasti sesuci 'jamban' yang dijirus dengan air itu.
Nabi Ibrahim (Abu Anbiya'- Bapa Para Nabi dan Rasul)
Sebelum ini, aku hanya tahu , Nabi Ibrahim mempunyai 2 orang isteri dan anaknya adalah Ishak dan Ismail. Apabila mendengar ceramah dari Ustaz Auni, beliau menyatakan Nabi Ibrahim mempunyai 4 orang isteri.
Isteri pertama adalah Sarah. Isteri kedua adalah Hajar. Apabila Sarah mandul, Nabi Ibrahim berkahwin dengan Hajar atas permintaan Sarah. Hajar muda dan melahirkan seorang anak, iaitu Ismail. Kemudian ditinggalkan di padang pasir yang sekarang dikenali sebgai Mekkah. Dari keturunan Nabi Ismail inilah, lahirnya Nabi Muhammad S.A.W.
Sarah dalam usia 90 tahun mengandung dan melahirkan seorang zuriat yang diberi nama Ishak. Dalam Bahasa Arab dari kalimah "Yadhak" (يضحك) membawa maksud tertawa. Mungkin dalam usia 90 tahun dan mandul mana mungkin beliau ada anak.
Beza usia Ishak dan Ismail adalah 14 tahun.
Isteri ketiga Nabi Ibrahim adalah Qantura (قنطرا بنت يقطن) . Lahir dari rahim Qantura adalah Zimran (زمران), Yukhshan (يقشان) , Madam (مادان) , Madyan (مدين), Nasyik (نشق ) dan Siraj (سرج). Dari Qantura ini lahir Bani Jawi. Dalam kepala aku, adakah orang Melayu ini Bani Jawi? Wallahu a'lam. Mungkin juga Jepun, Korea . Ada juga dikatakan akan lahir dari keturunan ini Al-Mahdi. Bani Jawi yang hilang. Mungkin mereka telah temui. Inilah bangsa yang ditakuti oleh 'Yahudi' sekarang. Ada juga dikatakan bahawa jika ada 'genius' Melayu, mereka akan hancurkan.
Isteri keempat Nabi Ibrahim adalah Haajun (حجون) . Anak dari rahim Haajun adalah Kaison (كيسان), Amim (اميم) , Sawraj (سورج) , Luthon (لوطان) dan Nafis (نافس) .
Ishak
Ishak telah berkahwin dengan Rifqah Bin Batuil. Pasangan ini mendapat kembar. Abang diberi nama Aish dan adik diberi nama Yaakub. Nabi Ishak memberi tumpuan lebih kepada Yaakub menyebabkan Ishu selalu merasa iri hari terhadap Yaakub. Oleh itu, Nabi Ishak telah menghantar Yaakub ke tanah asal moyangnya, Faddam A'ram di Iraq. Di sana terdapat bapa saudaranya iaitu Laban atau Laman (Abang kepada Rifqah). Disebabkan adiknya Yaakub tiada, Aish telah merantau ke Rom. Dia digelar Bapa Rom.
Anak Laban ada 2 orang anak perempuan. Kakak nama Laiah dan adiknya, Rahil. Yaakub suka kepada Rahil kerana Rahil ini cantik. Oleh kerana kakaknya belum kahwin, Laban mengahwinkan Yaakub dengan Laiah. Tetapi pasangan ini kelihatan tidak bahagia. Kemudian Laban mengahwinkan Yakub dengan Rahil. Syariat ketika itu, membenarkan perkahwinan dihimpunkan adik dan kakak. Syariat Muhammad atau syariat sekarang tidak membenarkan kecuali kakak telah meninggal dunia atau telah bercerai.
Nabi Ishak telah memanggil pulang Yaakub ke Kan'an atau Palestin. Dalam perjalanan dari Faddam A'ram ke Palestin, Yaakub diberi pembantu kepada Laiya iaitu Zalfah dan pembantu Rahil adalah Balhah. Yaakub telah berkahwin dengan mereka berdua. Oleh itu, Yaakub telah berkahwin empat.
12 Anak Nabi Yaakub Anak dari rahim Laiya ada 6 orang iaitu, Ruben, Simon, Levi, Yahudza, Isakhar dan Zebulon. Anak dari rahim Rahil adalah Yusuf dan Bunyamin. Anak dari rahim Zalfah adalah Gad dan A'syer. Anak dari rahim Balhah adalah Dan dan Nattali.
Simon atau Syamun ini mempunyai anak lelaki namanya Thalut. Levi, nenek moyang Nabi Isa. Yahudza melahirkan keturunan Nabi Daud, Sulaiman. Bunyamin lahirkan keturunan Nabi Yunus.
Nama mereka seperti dalam filem-filem Inggeris. Nanti kita sama-sama tonton.
Kitab Kitab yang wajib kita umat Islam percaya adalah;
1) Taurat -Nabi Musa
2) Zabur - Nabi Daud
3) Injil - Nbai Isa
4) Al-Quran - Nabi Muhammad S.A.W
'Old Testament' / perjanjian lama adalah kitab taurat yang telah diubahsuai, ditokok tambah dan dikurangkan isi kandungannya. Mazmur dan Sam (Isi kandungan Zabur) telah ada dalam 'Old Testament' pada bab doa dan syair. 'New Testament' adalah kitab Injil yang telah diubahsuai.
Taurat atau Tanakh adalah undang-undang bertulis. Dalam Tanakh atau Shebikhtar terbahagi kepada 3 iaitu Thora(TA), Nabiin(NA) dan Khetubin (KH). Gabungan 3 kitab ini wujud TANAKH. Kitab Tanakh yang dipegang oleh Yahudi ada 46 kitab. Dalam Taurat ada cerita tentang Safar Musa (5), Safar Sejarah atau Legenda(16), Safar Doa dan Syair(6) , dan Safar Nabi-nabi (19).
Safar Musa
gambar hiasan google
1) Book Of Genesis (bab penciptaan dari Adam hingga Nabi Yusuf mati)
2) Book Of Exodus (bab penghijrahan -keluar Mesir menyeberangi Lautan dikejar Fir'aun)
3) Book Of Leviticus ( bab bani levi- kisah Nabi Musa Bin Imran)
4) Book Of Numbers (bab bilangan - N. Musa dan N.Harun kira bilangan Bani Israel yang selamat 603550 orang yang berumur 20 tahun dan ke atas)
5) Book Of Deutronomy (bab perulangan)
*Beza Taurat dan Suhuf Musa.
Allah kurniakan 110 suhuf dan 4 kitab. Pembahagian suhuf ;
1) 10 suhuf kepada Nabi Adam
2) 50 suhuf kepada Nabi Syith
3) 30 suhuf kepada Nabi Idris
4) 10 suhuf kepada Nabi Ibrahim.
5) 10 suhuf kepada Nabi Musa
10 suhuf nabi Musa atau Ten Commandments turun sebelum Taurat;
1) Jangan sembah selain Allah
2) Jangan buat patung dan berhala
3) Jangan permainkan kalimah dan nama Allah
4) Ingatlah 'Hari Sabas'- Hari Sabtu. Black Sabas. Hari ke-7.Hari Ibadat.
5) Hormatilah hak ibu bapa
6) Jangan membunuh
7) Jangan berzina
8) Jangan mencuri
9) Jangan bersaksi palsu atau tuduhan palsu
10) Jangan ambil hak orang lain dengan cara zalim.
Safar Sejarah 1)Safar Yasukh
"Siapa paling alim?" tanya orang ramai.
"Aku paling alim," Jawab Nabi Musa tanpa fikir panjang.
Allah tempelak dan mengatakan ada hambaku dihujung. Nabi Musa kena bawa ikan. Simbol apa?Ikan hidup dalam air. Hati hidup dengan zikir.
Nabi Yushak Bin Nun Bin Afrad Bin Yusuf (cicit Nabi Yusuf) menemani Nabi Musa pergi mencari Nabi Khaidir. Kisahnya berakhir setelah Nabi Musa berjumpa Nabi Khaidir (dalam Al-Quran). Raja Yushak membawa Bani Israel masuk Palestin selepas kewafatan Nabi Musa.
Pemerintahan hakim. 12 orang hakim dilantik dari setiap Bani Israel. Safar Fudah' kata 4 kurun perintah. Yang sebenarnya 1 kurun sahaja. Ada juga hakimnya dikalangan perempuan.
3) Safar Raja-raja I
4) Safar Raja-raja II
5) Safar Raja-raja III
6) Safar Raja-raja IV
7) Safar Hari-hari I
8) Safar Hari-hari II
9) Safar Raus -Nenek Nabi Daud sebelah bapa. Daud Bin Isha Bin Uwaibid (Isterinya, Raus)
10) Safar Izra
11) Safar Hernia
12) Safar Tobia
13) Safar Easter - Permaisuri Raja Parsi. Puterinya kahwin dengan panglima yang selamatkan Bani Israel.
14) Safar Yahudids
15) Safar Raja Mukabi I
16) Safar Raja Mukabi II
Safar Doa dan Syair
1) Safar Ayub
2) Safar Muzamir
3) Safar Pujangga
4) Safar himpun
5) Safar Lagu
6) Safar Kesedihan Ernia (Nabi Ernia sedih)
Safar Nabi-nabi.
1) Nabi Ashaia
2) Nabi Armia
3) Nabi Barukh
4) Nabi Ezzakiel
5) Nabi Daniel
6) Nabi Husya'
7) Nabi Yuail
8) Nabi Amus
9) Nabi Oubdia
10) Nabi Yunan
11) Nabi Mikha
12) Nabi Nahum
13) Nabi Hebekuk
14) Nabi Tsofnia
15) Nabi Hijri
16) Nabi Zakaria
17) Nabi Malakhi
18) Safar Hikmah
19) Safar Yasuk Sirakh
Ada lagi Thorakh Shebik A'thar (Undang-undang Lisan). Sila dengar video ustaz Auni.
Yahudi Asli vs Yahudi Hibrik
Yahudi asli adalah dari kumpulan yang baik. Biasa dari Yahudi Ortodok. Pakai topi panjang;
1) Nature Kartai
2) Agudat Israil
Yahudi Hibrik pula adalah yahudi samar-samar. Mereka inilah Yahudi Zionis. Mereka dipecahkan kepada beberapa kumpulan, iaitu;
1) Ashkenazim - Nazi Jerman
2) Safardi - Portugal/ Spain
3) Mizrahi - Timur Tengah
4) Yow Tai - Kai Feng (keturunan Lee) -China
5) Sassons, Meyer, Cochin - India
6) Black Jews- Afrika
*Siapa 6 juta yahudi dibunuh oleh Hitler dala peristiwa Holocaust?
Mereka adalah yahudi yang beriman kepada taurat yang asli. Mereka tahu tanah Palestin bukan hak mereka kerana kemurkaan Allah. Mereka dibunuh supaya hal sebenar dikuburkan.
Antara nama Yahudi Ashkenazim;
Hitler
Lenin
Karl Mark
Stalin
Theodore Hertzel- Pengasas Yahudi Zionis
Sigmund Frued
Bill Gate
Golda Melr
Anna Frank
1924 Masihi, Yahudi pecahkan negara-negara Islam kepada negara kecil. Mereka tahu orang Arab taksub kepada kumpulan mereka. Apabila pecahkan negara, kekuatan Islam akan berkurangan. Inilah yang menyebabkan Palestin bersendirian walaupun dikelilingi oleh negara Arab. Bagi mereka 'asalkan jangan kacau aku'. Inilah kelebihan Yahudi "Mind Control". Tahun ini juga Turki Uthmaniyyah jatuh dan mereka merancang menubuhkan negara Israel.
1948 Masihi, mereka berjaya masuk Palestin dan menjadikan negara mereka, Israel. Cara mereka adalah menarik simpati negara lain dengan mengatakan orang Israel merempat di beberapa negara di dunia. Cerita peristiwa Holocaust.
Yahudi Mizrahi;
30,000 orang yahudi tinggal di Iran iaitu daerah Isfahan, Tehran dan Hamdan. Akhir zaman 70,000 orang yahudi ini ikut Dajjal. Tehran adalah Pusat Nuklear. Iran merupakan bumi suci Israel selepas Palestin.
Rumusannya, dalam Islam kita boleh ambil kisah Taurat dan Injil ada persamaan dalam Al-Quran diterima. Kisah Taurat dan Injil tidak sama dengan Al-Quran dan Sunnah ditolak. Kisah Taurat dan Injil tiada dalam Al-Quran dan Sunnah tetapi ada nama orang dan tempat boleh dijadikan ilmu sahaja dan tidak boleh dijadikan hujjah. Perlu diingatkan semula hanya kitab Al-Quran sahaja yang kekal terpelihara. Kitab Taurat, Zabur dan Injil bukan asli lagi.
"JANGAN TERIMA SEPENUHNYA, JANGAN TOLAK SEMUANYA'
Entri terdahulu SINI yang tak sempat buat sambungan.
1 April 1492. April Fool. Tarikh inilah menyaksikan pembunuhan umat Islam Andalusia atau Sepanyol beramai-ramai. Mereka ditipu untuk memberi kebebasan pergi ke negara yang mereka inginkan. Sebaliknya mereka dikumpulkan dan dibunuh tanpa belas kasihan. Kapal-kapal dibakar ditengah lautan.
Kejatuhan Islam Andalusia bukan disebabkan kekuatan tentera Ratu Isabella dan Raja Ferdinand, sebaliknya angkara pemimpin-pemimpin yang diberikan amanah sudah jatuh cinta kepada dunia dan takutkan mati.
Perebutan kuasa antara bapa, Raja Abu Al- Hassan dan anaknya Raja Abu Abdullah atau Raja Muhammad XII memburukkan keadaan. Bertambah buruk perjanjian sulit yang termaterai antara Raja Muhammad XII dan Raja Ferdinand. Kerabatnya Putera Cid Hiaya atau gelatan kristian, Don Pedro de Granada murtad dan berkhidmat dengan kerajaan Kristian dan menggunakan muslihat ke atas gabenor2 untuk menyerahkan wilayah tanpa pertumpahan darah.
Kita tidak pernah belajar sejarah kejatuhan Andalusia. Perpecahan pemimpin Islam, memberi peluang kepada musuh untuk menguasai beberapa daerah sehingga dapat menguasai keseluruhan wilayah itu. Bantuan tetapi ada muslihat. Bijak mengambil peluang ke atas kelemahan dan perpecahan sesama Islam. Sejarah pasti berulang jika kita tidak bersatu.
Bacalah 2 buku ini supaya sejarah tidak berulang. Taktik musuh Islam tetap sama dulu, kini dan selamanya. Sekian.
Kerajaan Seljuk merupakan Empayar Turk. Mereka daripada Suku Turk. Kerajaan Seljuk juga merupakan penyokong kuat Khilafah Abbasi di Baghdad.
Khilafah Abbasi berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Khilafah Fatimi di Mesir dan Syam yang berfahaman Syiah.
Kerajaan Buwehi pula di Iran dan Iraq yang berfahaman syiah.
447H : Tugrul Bey atau Sultan Ruknuddin Tugrul Bey atau Sultan Tugrul Bey memerintah kerajaan Seljuk. Ketika ini kerajaan Seljuk menjatuhkan kerajaan Buwehi. Secara tak langsung menghapuskan pengaruh syiah di Buwehi.
Selepas Tugrul Bey meninggal, Sultan Muhammad -anak saudara Tugrul Bey menggantikan beliau dengan gelaran Alp Arslan (Singa Berani)----> macam dalam cerita NANIA. Be;iau melaksanakan DASAR TERTUTUP dalam pentadbirannya.
Antara akhlak Alp Arslan:
Penyayang dan pemurah
berdoa mendapat nikmat Allah
sentiasa bersedekah
derma 15 ribu dinar
tiada kes jenayah dan pelanggaran undang-undang sepanjang pemerintahannya
sentiasa jaga harta rakyat.
Alp Arslan meninggal dan kerajaan Seljuk digantikan oleh anaknya, Malikshah.
Ketika pemerintahan Malikshah;
gagal menyatupadukan empayar.
berlaku perebutan kuasa.
gagal mendapatkan hak khalifah dan sultan kepada cucu beliau.
Kemudian zaman kegemilangan Empayar Seljuk berakhir.
Siapa Nizam Al-Mulk? Anak beliau adalah Imaduddin Zinki.
Menteri yang hebat
minat ilmu
menguasai ilmu hadis
menteri penasihat bagi Sultan Alp Arslan dan Malikshah
hafal al-Quran
bermazhab Syafii
sentiasa berwudu' dan solat sunat
apabila dengar azan, beliau hentikan aktiviti yang dilakukan dan bersedia untuk solat.
Beliau meninggal dunia oleh seorang budak ketika mahu berangkat menunaikan haji. Disangkanya budak itu ingin memeluknya. Ketika dipeluk, beliau ditikam dan meninggal dunia selepas mengucap kalimah syahadah. Sebelum meninggal dunia, beliau telah berpesan dan mengatakan beliau telah memaafkan pembunuh itu.
Zaman kejatuhan kerajaan Seljuk
Sultan Malikshah mempunyai 4 orang anak;
1. Barkiyaruq
2. Muhammad
3. Sarjar
4. Mahmud
Pengganti Sultan Malikshah adalah Mahmud. Sedangkan beliau merupakan anak ke-4 dan masih kecil. Beliau dikenali Nasiruddin Mahmud. Beliau dilantik adalah disebabkan ibunya , Turukan Khatun orang yang berkedudukan tinggi pada zaman Malikshah. Beliau sempat memerintah selama 2 tahun sahaja. Pada tahun 487H /1094M, beliau meninggal dunia bersama ibunya.
Beliau digantikan oleh Barkiyaruq atau Ruknuddin Abu al-Muzafar Barkiyaruq bin Malikshah sehingga pada tahun 498H/ 1105M. Kemudian beliau digantikan oleh Ruknuddin Malikshah II. Dalam tahun yang sama pemerintahan Empayat disandang oleh Ghiyasuddin Abu Sujak Muhammad. Pemerintahan ini berlangsung hingga 511H/ 1128M. Kerajaan ini jatuh pada tahun 522H/ 1128M di tangan Shahnat Khaawarizm.
Kemudiaan Empayar Seljuk mula berpecah dan kuasa mereka mula lemah. Empayar ini berpecah kepada beberapa blok dan puak. Mereka saling berperang sesama sendiri demi merebut takhta. Empayar ini berpecah kepada beberapa negara dan kerajaan kecil. Negara dan kerajaan kecil ini tidak tunduk kepada seorang sultan seperti zaman Sultan Tugrul Bey, Sultan Alp Arslan dan Sultan Malikshah serta beberapa sultan yang terkemudian. Mereka tunduk di bawah pemerintahan berasingan dan tiada hubungan kerjasama antara mereka.
Kesannya
----> muncul kerajaan Khawarizm di wilayah Seberang Sungai. Muncul selepas menghalang serangan Monggol
----> dalam masa yang sama muncul kerajaan kecil Seljuk di utara Iraq dan Sham yang dikenali negara--negara Atabek.
----> dalam pada masa yang sama juga muncul kerajaan Seljuk Rom. Kerajaan ini menghalang serangan tentera Salib. Mereka menyekat serangan ini di sempadan barat laut Asia Minor. Tetapi kerajaan ini dihancurkan oleh beberapa serangan Monggol selepas itu.
SUMBER: Buku Empayar Uthmaniah oleh Dr. Ali Muhammad As-Solabi. Terbitan Pustaka Salam.
Kali ini aku nak cuba kongsi berkaitan siapa polis dunia yang dianggap HERO. Sekarang kezaliman yang dilakukan bersama para zionis mencetuskan kematian kanak-kanak, wanita dan orang tua di Palestin terutama Gaza. Negara Palestin dirampas melalui tangan pengkhianat Islam seperti Mustafa Kamal At-Tartuk di Turki dan Muhammad Ali di Mesir serta ramai lagi.
Tanpa kita sedar, perancangan mereka menjauhi orang Islam dari Al-Quran sudah berjaya. Amerika Syarikat banyak menolong puak Zionis mencapai cita-cita mereka. Boleh rujuk entri sebelum ini.
Surat bertarikh 16 Julai 1763 daripada Jeneral Jeffery Amherst kepada Kolonel Bouquet mengesahkan perang biologi sebagai polisi rasmi Amerika Syarikat (US).
Sebelum US menjadi sebuah negara, golongan berkuasa yang mentadbir dan mengawal tanah melakukan keganasan, penghapusan kaum dan perang biologi. Cara mereka adalah dengan menyebarkan kuman-dan penyakit kepada penduduk yang disasarkan.
Jeneral Amherst menghapuskan puak-puak Red Indian dengan memberi bantuan selimut. Selimut itu sebenarnya telah dijangkiti penyakit cacar.
"Adakah boleh sekiranya diaturkan suatu cara bagi menyebarkan kuman campak kepada suku kaum Red Indian? Dalam hal ini, kita perlu menggunakan apa-apa strategi bagi mengurangkan jumlah mereka," kata Jeneral Amherst kepada Kolonel Henry Bouquet melalui surat.
"Saya akan menyebarkan penyakit itu melalui selimut-selimut yang akan diberikan kepada mereka. Saya akan berusaha semaksimum mungkin supaya tidak turt berjangkit sama," balas Bouquet.
****************
100 tahun kemudian , penggunaan kuman sebagai senjata secara berkala dalam peperangan menjadi polisi US. Abad ke-19 tentera US mengagihkan selimut-selimut dan barangan lain yang sudah dicemari kuman penyakit kepada suku kaum asli Amerika Syarikat. US turut menggunakan kuman jenis variola, taun dan cacar.
Tahun 1900, tentera US menggunakan pelbagai jenis senjata biologi ke atas tahanan perang sama ada warga Amerika atau warga asing. 5 orang tahanan Filipina dijangkiti pelbagai penyakit dan 29 tahanan lain dijangkiti penyakit beri-beri (penyakit disebabkan kekuranganvitamin B1 yang mempengaruhi banyak bahagian tubuh termasuk otot, jantung, saraf...
Tahun 1915, ejen-ejen kerajaan melakukan eksperimen dengan sejenis racun yang dapat menyerang dan merosakkan otak serta sistem saraf pusat manusia. Eksperimen dijalankan kepada 12 orang rakyat US yang ditahan di Penjara Missisippi. Hasilnya, mereka mengalami pellagra (kekurangan Vitamin B3 atau niasin). Semenjak itu, pembangunan dan eksperimen intensif ke atas senjata kimia dan biologi dilakukan secara rutin di US, England dan Jerman.
**************
Perang biologi pertama dimulakn oleh Fritz Haber, seorang ahli kimia terkenal yang menghasilkan gas-gas beracun kepada Jerman ketika Perang Dunia Pertama. Tahun 1919, Frits Haber dianugerahkan Hadiah Nobel dalam bidang kimia.
Mangsa eksperimen senjata biologi adalah rakyat US sendiri termasuk tentera US.
**************
Penggunaan gas mustard menyebabkan kerengsangan kecil pada mata dan tekak. Keadaan bertambah teruk dari semasa ke semasa. Gas mustard adalah agen wap panas menyebabkan pendarahan dan luka pada kulit, paru-paru dan mata. Mangsa akan jadi buta dan kulit badan akan tertanggal.
Sepanjang tahun 1920-an dan 1930-an, tentera US menggunakan gas mustard ke atas lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang menentang penjajahan Amerika Syarikat di Filipina dan Puerto Rico. Cara ini berkesan mengawal orang ramai. Mereka menyembur gas mustard ke arah para demonstrasi dan membunuh mereka. Oleh itu, tiada seorang pun berani membantah.
Protokol 1925 digubal bagi melarang penggunaan gas-gas asfiksia, beracun ataupun kaedah-kaedah bakteriologi yang lain dalam peperangan. Tujuannya adalah demi melindungi kita daripada melindungi kita daripada senjata pemusnah besar-besaran tapi kita semua sebenarnya salah.
Tahun 1931, Dr Cornelius Rhoads seorang ejen kerajaan yang dilantik Rockefeller Institute for Medical Investigations menyebarkan kuman penyakit kepada lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan sel-sel kanser. Sebagai ketua bahagian senjata biologi tentera Amerika Syarikat dan anggota Suruhanjaya Tenaga Atom, Rhoads menjalankan cubaan radikal rahsia ke atas ribuan warganegara Amerika Syarikat. Tindakan ini lansung tidak dicurigai.
Ketika disoal berkenaan penduduk Puerto Rico, Dr Rhoads menulis, "Apa yang diperlukan di kepulauan itu bukanlah pekerjaan untuk kesihatan wam, tetapi sebuah ombak besar yang dapat memusnahkan keseluruhan populasi."
Mangsa pertama Sifilis tahun 1931 adalah seorang warga berkulit hitam dari Tuskegee, Alabama. Tahun 1932, dalam proses mempelajari perkembangan penyakit itu, doktor-doktor dari Perkhidmatan Kesihatan Awam tidak merawat penyakit yang dijangkiti. Para pesakit tidak tahu bahawa mereka adalah bahan eksperimen. Mereka tidak dirawat malah diberi ubat palsu. 10 tahun kemudian iaitu pada tahun 1942, ribuan rakyat US terdedah pelbagai jangkitan penyakit termasuk 400 orang tahanan di penjara Chicago. Mereka dijangkiti virus malaria. US membenarkan Suruhanjaya Tenaga Amerika supaya menyuntik pesakit-pesakit di hospital dengan plutonium secara rahsia bagi mendapat 'profil' kesan jangka panjangnya. Hasilnya, sebahagian daripada mereka mengalami sakit tenat dan kemudian meninggal dunia.
**************
Akhir Perang Dunia ke-2, US mengaji ratusan doktor Nazi dan Jepun yang pernah melakukan eksperimen kejam terhdap tahanan perang. Antaranya adalah Dr Shiro, Pengarah Angkatan Pertahanan Diri Jepun. Dia menjalankan eksperimen melalui penyebaran kuman Sifilis secara senbunyi. Tomato yang dicemari dengan virus demam kepialu, bakteria tetanus (kancing gigi), kutu pembawa penyakit dan bom-bom kuman berpenyakit yang dijatuhkan kepda penduduk awam serta tahanan diikat pada tiang kayu dalam keadaan bertelanjang. Mereka yang mampu bertahan akan dibedah untuk kajian tanpa belas kasihan dan tanpa ubat bius oleh Dr Shiro. Bukan Dr Shiro sahaja yang terlepas dari hukuman jenayah perang malah ramai lagi. Mereka menjadi ejen CIA dan kakitangan kerajaan Amerika Syarikat.
Jun 1944, hampir 10,000 petigas risikan yang dikenali dengan T-Forces, melakukan pendaratan tepat dibelakang batalion pihak bersekutu. Matlamat mereka supaya dapat menangkap dan menawan saintis Jerman dan merampas bahan-bahan penyelidikan mereka, termasuk pakar senjata dan juruteknik mereka. Tahanan-tahanan ini ditempatkan di kem rahsia yang digelar 'Dustbin'. Mereka disoal siasat di situ.
Dalam Bahasa Inggeris yang mudah disebut 'hostile corporate take-over', iaitu perampasa korporat secara kasar. Aset Jerman dalam tanggungan pembayar cukai US, menjadi aset pada syarikat-syarikat perusahaan Amerika berhubung dengan Dulles, Bush, Harriman, Rockefekker dan rakan-rakan mereka.
Anehnya, ramai petugas T-Force ini adalah saintis-saintis dan penjawat tinggi sebuah syarikat yang tidak terikat dengan US tetapi terikat dengan keluarga Rockefeller, Harriman, Bush dan agensi-agensi tempat mereka bekerja.
**************
Banyak lagi pendedahan yang dibuat dalam buku ini. Untuk tahu lebih lanjut boleh baca seperti dalam sumber rujukan dibawah. Sekian.
SUMBER: Deadly Mist: Agenda Amerika Merosakkan Kesihatan Dunia oleh Jerry D.Gray. Penulis buku best seller Art of Deception. Penerbit PTS Islamika. Cetakan ke-5 tahun 2014.
Assalamualaikum dan selamat mempertingkatkan amalan di fasa terakhir Ramadhan 1435H.
Salam takziah untuk keluarga tragedi MH17.
Pray4Gaza.
Penuh dugaan di bulan Ramadhan. Ketika pesta bola bermaharajalela, Gaza diserang bertubi-tubi. Apa yang pasti umat Islam sedunia adalah penonton sahaja termasuk aku. Begitu lemah kita sekarang ketika berhadapan dengan saudara sendiri disembelih dihadapan mata tapi tidak mampu berbuat apa-apa. Ampunilah kami, Ya Allah. Bantuan dan doa menjadi senjata terakhir dari diriku yang hina ini. Allah...
Semalam, aku baru sahaja dapat menghabiskan bacaan berkaitan zaman kejatuhan Empayar Uthmaniah. Tokoh yang tersangat baik dihadapan rakyat, rupanya seorang pengkhianat kepada kerajaan Islam. Tokoh ini diberi nama Muhammad Ali. Muhammad Ali merupakan Islam pada nama tetapi bukan pada amalan. Kenapa aku berkata sedemikian?
Kisahnya bermula dengan perjanjian yang dibuat bersama Perancis sebelum Muhammad Ali menjadi Perdana Menteri di Mesir pada tahun 1805M. Pengaruh Perancis membuatkan Muhammad Ali diangkat menjadi PM. Dalam pentadbirannya, terdapat orang Kristian, Yahudi dan sedikit orang Islam. Tentera Mesir juga bercampur dengan bukan Islam.
Sebelum ini, tentera Islam terdiri daripada orang muslim yang kuat pegangan agama. Jika masuk waktu, terus solat berjemaah. Berjaga malam. Sentiasa membaca Al-Quran. Sebaliknya berlaku pada zaman Muhammad Ali di Mesir. Mereka sentiasa dipenuhi dengan arak, penghibur-penghibur wanita dan penzinaan dianggap perkara biasa.
Muhammad Ali merupakan boneka kepada kerajaan Perancis. Perancis melantik Muhammad Ali supaya dapat meneruskan agenda yang telah dirancang ketika menjajah Mesir. Muhamamd Ali mendapat tunjuk ajar dari Perancis. Gerakan Freemason yang dibawa oleh Perancis mencapai matlamat mereka melalui Muhammad Ali. Pemerintahannya dianggap kejam dan bertentangan dengan Islam. Undang-undang Islam ditukar dengan undang-undang Perancis. Britain yang merupakan sekutu Perancis menggunakan Muhammad Ali dengan meletakkan Armada Laut mereka di Iskandariah.
Ketika golongan Salafi atau dipanggil Wahabi menguasai Tanah Haram (Mekah dan Madinah). Berlaku fitnah yang mengatakan penguasa Tanah Haram, Putera Saud menentang Kerajaan Uthmaniah. Kerajaan Uthmaniah meminta Muhammad Ali menangani masalah ini. Muhammad Ali menghantar anaknya, Ibrahim Basha dan berjaya menawan dua kota ini. Putera Saud ditangkap, diarak sekeliling kota dengan cara pernghinaan dan 3 hari kemudian dibunuh. Kejam!
Ahli Sejarah, Abdul Rahman Al-Jabarati menggambarkan Muhammad Ali
1. Seorang penipu dan pembohong
2. Selalu mengguinakan sumpah palsu.
3. Menggunakan idealogi Mechiavelli (matlamat menghalalkan cara)
4. Kebanyakan penasihat beliau adalah pegawai kanan yang beragama Kristian dan Yahudi.
5. Sifat buruk seperti gila kuasa, kejam, ego dan membelakangkan agama Islam ---> sifat yang diingini oleh gerakan Freemason---> menjadikan Muhammad Ali tokoh yang bakal menghancurkan Islam dan Khilafah Islam dari dalam. Kemudian diikuti tokoh seperti Mustafa Kamal Attartuk.
Apa kaitan Muhammad Ali dan Freemason?
Jika dilihat dari keupayaan Muhammad Ali, amat mustahil bagi diri mencapai kejayaan yang membanggakan menjadi Pemerintah Mesir tanpa bantuan. Muhammad Ali masih muda, tiada pengalaman, tidak tahu sejarah dan budaya Mesir tetapi boleh jadi Pemerintah. Disebalik kejayaannya, ada pihak lain yang membantunya mencapai matlamat. Banyak perkara yang perlu dipersoalkan. Antaranya bagaimana Muhammad Ali dapat membanyar gaji tentera terutama selepas Mamalek di pedalaman menjaya menawan harta penduduk di sana?
1798 gerakan Freemason secara rahsia muncul melalui pegawai-pegawai kempen Perancis dan diberi kebenaran oleh Napoleon. Kleber yang menggantikan Napoleon dan beberapa pegawai Perancis mengasaskan gerakan Freemason di Kaherah menggunakan nama gerakan Isis, Memphis atau cara timur kuno. Tahun 1800 gerakan ini aktif secara rasmi selepas kematian Kleber. Mereka masih bergerak secara rahsia.
Antara Kempen Perancis yang mendokong idealogi Freemason:
"Menyemai budaya tercemar dalam budaya umat Islam Mesir seperti perzinaan, pendedahan aurat, menggalakkan wanita-wanita jalanan melakukan perkara-perkara haram secara terbuka"
Ulama' yang terpengaruh dengan gerakan ini adalan Syeikh Hasan Attar. Pada awalnya, Syeikh Hasan melarikan diri ke pedalaman tetapi kembali ke Kaherah selepas dipelawa oleh Perancis. Syeikh Hasan mengajar Bahasa Arab kepada pihak Perancis. Beliau menguasai ilmu-ilmu pengetahuan mereka. Syair-syair karangan Syeikh Hasan kerapa memuji persahabatan dengan Perancis. Semua ini mendorong beliau mendakwa diriknya sebagai pendokong pembaharuan. Syeikh Hasan semakin akrab dengan Muhammad Ali.
Apakah Freemason?
1. Freemason jambatan yang digunakan oleh Zionis Antarabangsa yang ditubuhkan oleh 9 orang Yahudi. Mereka mahu menubuhkan kerajaan Yahudi antarabangsa yang menguasai dunia. Sekarang sudah wujud iaitu Israel.
2. Mereka menamakan diri mereka sebagai 'kuasa rahsia'. Mereka mengamalkan KERAHSIAAN, PERJANJIAN dan KESETIAAN yang diambil dari anggota yang menyertai mereka. Ahli mereka ini sebagai alat untuk mencapai matlamat mereka.
3. Gerakan Freemason ini berjaya merosakkan masyarakat Barat. Mereka berjaya menarik ramai anggota melelaui slogan ' kebebasan, persaudaraan dan persamaan'. Inilah yang berlaku sekarang.
4. Freemason dalah tangan-tangan Yahudi yang melaksanakan rancangan mereka menindas, menghancur, membunuh dan merampas dengan cara berkesan di seluruh dunia.
5. Freemason adalah senjata pemburu yang berada di tangan Yahudi. Senjata ini digunakan untuk menundukkan pemimpin-pemimpin negara, memperdayakan bangsa yang alpa dan rakyat yang jahil.
6. Freemason adalah bahaya yang tersembunyi di sebalik simbol, istilah dan kerambit yang ditusuk oleh Yahudi ke hati bangsa manusia. Mereka mewujudkan musuh dalam bangsa itu sendiri mewujudkan kepincangan di tengah masyarakat manusia.
7. Freemason adalah kala jengking ynag menyengat bisa kepada seluruh manusia semenjak berkurun lama. Mereka berselindung disebalik slogan 'kebebasan, persaudaraan dan persamaan'
8. Freemason bangsa Yahudi yang mahir dengan komplot dan muslihat sebagaimana yang dijelaskan dalam Al-Quran dalam kisah Bani Israel. Kisah bersama Musa. Bunuh para nabi dan rasul dan banyak lagi. Mereka menyebarkan anti-Tuhan dan menyuburkan budaya perosak dan tidak bermoral.
Demi menjaga kepentingan Freemason, Perancis perlu menyokong Muhammad Ali di Mesir. Pusat-pusat Freemason berkembang pesat di Mesir, Sham dan Turki.
Muhammad Al meneruskan polisi menghantar para pelajar yang masih muda ke Eropah untuk belajar di sana. Tindakan ini amt merbahaya kerana membuka ruang kepada fahaman sekularisme. Fahaman ini masuk dalam bidang pendidikan dan seterusnya masuk dalam kehidupan di Mesir. Anak muda ini menjadi senjata barat apabila kembali ke negara sendiri. Mereka ini alat yang memudahkan Zionis menghancurkan Empayar Uthmaniah tanpa menggunakan kuasa ketenteraan.
Modul pengajaran yang sedia ada dimansuhkan dan digantikan dengan dasar Freemason Napoleon. Ini diakui oleh ahli sejarah Inggeris, Arnold J Toynbee:
"Muhammad Ali adalah seorang diktator yang mampu mengubah ideologi Napoleon menjadi realiti di Mesir"
Nama 'tentera Janisari' pertama kali aku aku tahu ketika membaca buku berkaitan Empayar Uthmaniah. Bukan mudah untuk aku ceritakan semula tentang tentera ini. Tentera Janisari dibubarkan ketika pemerintahan Sultan Mahmud II (1223H-1255H/ 1808M-1839M)
Janisari berasal dari bahasa Turki Uthmaniah yang membawa maksud 'pasukan baru'. Pasukan ini dibentuk oleh Sultan Murad I dari Khalifah Bani Seljuk abad ke-14. Pasukan ini pada awalnya terdiri daripada tahanan perang (asal dari Balkan) yang diampuni tetapi dengan syarat membela Empayar Turki Uthamaniah. Mereka merupakan pasukan elit yang terkuat di dunia kerana mereka dianggap tentera pertama yang menggunakan senapang. Tentera ini terkenal sebagai tentera elit pengawal sultan. Tentera inilah yang banyak membantu Sultan Muhammad Al-Fatih menawan Byzantin.
'sekadar hiasan dari pak google'
Sikap tentera Janisari semakin buruk dan akhlak mereka berubah. Peranan mereka mula berubah. Mereka mula menjadi punca masalah kepada Empayar Uthmaniah dan rakyat. Mereka sentiasa masuk campur dalam urusan Empayar dan sentiasa terpedaya dengan kuasa. Mereka tenggelam dalam hiburan dan perkara yang haram. Mereka tidak mahu dikerah ketika musim sejuk. Mereka sentiasa mahukan anugerah daripada Sultan. Mereka sentiasa merampas harta ketika menyerang beberapa negara. Mereka mengabaikan semua matlamat mereka ditubuhkan. Mereka bergelumang dengan arak. Mereka sentiasa beroleh kekalahan kerana menjauhkan diri dari kemenangan yang sebenar. Mereka sentiasa memecat dan membunuh Sultan seperti Sultan Uthman.
Sepanjang 10 tahun ketika zaman Sultan Murad IV, tentera Janisari memimpin dalam kesesatan dan kezaliman mereka. Mereka bertanggungjawab melantik sultan dan berkuasa menentukan segala keputusan. Mereka juga bertanggungjawab membunuh Sultan Ibrahim I kerana mahu menjatuhkan beliau. Mereka juga bertanggungjawab merosakkan Empayar kerana mahu mewujudkan suasana yang tidak stabil apabila mereka membunuh Sultan dan melantik anak-anak yang masih kecil sebagai Sultan seperti Sultan Muhammad IV. Akibatnya tentera asing menjajah wilayah-wilayah sehingga memaksa Perdana Menteri dan para ulama' menjatuhkan beliau.
Pada zaman Sultan Salim II, tentera Janisari memberontak dan menyebabkan tentera musuh menawan beberapa wilayah Empayar. Tentera Janisari juga memecat Sultan Mustafa II, Sultan Ahmad III dan Sultan Mustafa IV. Akhirnya pada tahun 1241H, Allah izinkan Sultan Mahmud II membubarkan mereka.
Pada zaman pemerintahan Urkhan bin Uthman (anak kepada pengasas kerajaan Uthmaniah-Uthman) pasukan baru diwujudkan. Pasukan ini lebih sistematik berbanding pasukan sebelum ini. Tentera ini mendapat didikan kha tentang jihad. Mereka bukan dikalangan penganut kristian seperti dakwaan penulis sejarah barat. Mereka adalah anak-anak yang bapa mereka telah memeluk Islam. Bapa mereka ini telah meninggalkan agama Kristian dan menerima ajaran Islam. Ayah mereka ini secara sukarela menyerahkan anak-anak kepada Sultan untuk mendapat didikan Pendidikan Islam yang sempurna.
Penulis barat mendakwa anggota tentera Inkishar atau Jannisaries diambil dari kanak-kanak kristian. Anak- anak ini dirampas daripada kaum keluarga. Kemudian dipaksa masuk Islam. Hal ini berpandukan sistem undang-undang yang dikenali sebagai sistem Dafshar.
Tentera janisari ini juga terdiri daripada pengawai atau tentera Rom yang memeluk Islam dan amalkan ajaran Islam dengan baik. Mereka sentiasa bersiap sedia sama ada dalam keadaan perang atau aman. Daripada pasukan ini, Urkhan Uthman menubuhkan pasukan berkuda dan tentera pejalan kaki yang akan segera sambut seruan jihad.
Aspek negatif pemerintahan Empayar Uthmaniyyah yang banyak memberi kesan kepada kelemahan politik.
1. Mengabaikan Bahasa Arab yang merupakan Bahasa Al-Quran dan hadis pada peringkat akhir mepayar ini.
2. Mereka tidak memahami Islam yang sebenar.
3. Penyelewengan daripada syariat Allah
4. Terpengaruh dengan dakyah barat. Peranan ini dimainkan oleh Muhammad Ali dengan tindakan kerasnya terhadap gerakan Islam di Mesir, Jijjaz, dan Sham bagi menjaga kepentingan British dan Perancis. Beliau menerapkan pengaruh Barat yang dianggap usaha meminggirkan prinsip Islam yang sebenar. Lobi Freemason yang wujud disebalik segala dasar Muhammad Ali yang merosakkan Umat Islam.
Muhammad Ali adalah racun yang digunakan oleh musuh bagi melaksanakan agenda mereka. Atas sebab ini, mereka menyokong Muhammad Ali membangunkan kemajuan sains, ekonomi dan ketenteraan.. Hal ini kerana mereka yakin wujud kelemahan dari aspek akidah dan pegangan Islam pada diri Muhammad Ali, pembantu dan tentera beliau.
Faktor kelemahan Muhammad Ali ini, menyedarkan negara Eropah bahawa Empayar Uthmaniah bakal jatuh. Persediaan mereka adalah membahagikan wilayah empayar ini apabila peluang terbuka luas.
****************************
Sultan Mahmud II mengikut telunjuk tamadun barat dalam usaha reformsinya. Kemudian anaknya, Abdul Majid yang memegang tampuk pemerintahan. Abdul Majid tunduk kepada pengaruh menterinya, Rashid Basha yang terpengaruh dengan idealogi Freemason. Menteri ini bersama-sama konco-konconya turut mempercepatkan proses penerapan nilai barat yang bertunjangkan kepada 3 paksi penting.
****************************
Langkah yang dilakukan oleh Zionis untuk menamatkan Khilafah Islamiah. Tindakan tokoh boneka mereka, Mustafa Kamal. Mustafa berusaha menyisihkan Turki daripada akidah Islam, memerangi pegangan agama Islam, menindas para pendakwah Islam dan menggalakkan budaya kuning dan pergaulan bebas.
Faktor kejatuhan Empayar ini berdasarkan perspektif Al-Quran.
1. Penyelewengan yang wujud dalam fahaman Islam tentang agama seperti fahaman al-wala' wa al-barra' (setia dan suci) dan kefahaman tentang ibadat.
2. Tersebarnya budaya syirik dan bidaah.
3. Penyelewengan atau kemunculan tarikat sufi sebagai satu kuasa berpengaruh dalam masyarakat Islam yang membawa akidah, fahaman dan ibadat yang jauh menyimpang daripada Kitab Allah dan Sunnah utusan Allah.
***************************
Ancaman kumpulan-kumpulan sesat yang mampu melemahkan kekuatan umat Islam seperti Kumpulan Syiah Rafidah Imam Dua Belas, Druze, Nasiri, Ismaili, Qadiani, Baha'i dan banyak lagi fahaman yang dikaitkan dengan Islam.
1. Apabila ulama' Islam hanya menjadi mainan pemerintah yang kejam.
2. Para ulama' mengejar jawatan, pangkat dan mengabaikan peranan yang sepatutnya dimainkan.
3. Akhir pemerintahan Uthamaniah, bidang ilmu agama menjadi kaku dan beku.
4. Para ulama' tertumpu dalam menghasilkan rumusan, huraian, nota dan pengesahan buku.
5. Mereka mengenepikan semangat Islam yang sebenar berdasrkan Al-Quran dan Hadis.
6. Para ulama' enggan membuka pintu ijtihad. Orang awam yang taqlik dan jumud menganggap mereka ini kufur.
****************************
Buku ini mendedahkan kezaliman yang berleluasa dalam Empayar ini.
1. Sikap mereka yang tenggelam dalam nafsu, pertikaian dan perpecahan.
2. Akibat penolakan syariat Allah, ia membawa kesan buruk seperti kelemahan politik, ketenteraan, ekonomi, ilmu, akhlak dan sosial.
Jom baca.....
SUMBER: Faktor Kebangkitan & Sebab Kejatuhan EMPAYAR UTHMANIAH oleh Dr Ali Muhammad As-Solabi. Terbitan Pustaka Salam. Diterjemahkan oleh Ustaz Solehan Ayub. Cetakan 2011.
Hari khamis. Malamnya adalah malam jumaat. Selepas membaca surah Al-Kahfi, aku sempat membaca tafsir fi zilalil Quran. Dalam Surah ini diceritakan tentang kisah:
1. Kisah Ashabul Kahfi (pemuda gua)
2. Kisah pemilik dua ladang.
3. Kisah Musa dan hamba Allah yang soleh.
4. Kisah Dzul Qarnain.
Awal dan akhir surah Al-Kahfi berkaitan dengan pembetulan aqidah. 10 ayat pertama dan ayat terakhir surah ini sangat penting. Beberapa orang ustaz meminta semua umat Islam supaya membaca ayat ini. Kita diminta membaca supaya terhindar dari fitnah Dajjal.
Ada riwayat menyebut tentang sebab turunnya ayat dalam surah Al-kahfi ini. Orang-orang Yahudi tenlah menghasut orang-orang Mekah supaya bertanya Rasulullah S.A.W mengenai hakikat roh, kisah Ashabul Kahfi dan kisah Dzul Qarnain.
Kisah ini ditayang tentang keimanan yang unggul dalam jiwa orang mukmin. Mereka mengutamakan iman berbanding harta dunia yang sementara. Harta dunia akan musnah dan tidak akan kekal bersama kita. Mereka adalah anak-anak muda yang kuat tubuh badan, kuat iman dan pendirian. Mereka membantah dan mengecam kepercayaan yang dipegang oleh kaum mereka. Mereka juga adalah pemuda yang mendapat hidayah dalam masyarakat yang zalim dan kafir. Mereka tidak dapat hidup andai mereka mengisytiharkan aqidah mereka secara terang-terangan.
Mereka mengambil keputusan setelah rahsia keimanan mereka terbuka dan melarikan diri mencari perlindungan Allah untuk menyelamatkan aqidah (agama ) mereka. Mereka redha memilih gua dari kesenangan dan kenikmatan hidup yang indah. Di sinilah terdedah ketakjuban mengenai hati pemuda-pemuda ini yang mengasingkan diri dari kaum mereka. Mereka memilih berlindung di gua yang sempit, kasar dan gelap. Mereka begitu senang dengan rahmat Allah yang begitu teduh, selesa dan luas. Batas gua yang sempit, terbuka luas. Dinding yang keras menjadi lembut. Suasan yang sepi menjadi suasana tenang . Semuanya membayangkan kerahmatan, kelembutan, kerehatan dan keselesaan. Itulah iman mereka.
Gambaran lain menyempurnakan pemandangan yang mengkagumkan. Mereka dibalik-balikkan tubuh mereka dari satu lambung ke satu lambung selama mereka berada dalam keadaan tidur yang amat lama. Orang yang melihat keadaan mereka ini, menyangka bahawa mereka sedang berjaga, sedangkan mereka semua tidur. Anjing mereka mengikut kebiasaan seekor anjing, menghulurkan dua kakinya berhadapan pintu. Cara ini seolah-olah sedang menjaga pemuda-pemuda yang berada dalam gua ini. Pemandangan ini menimbulkan perasaan takutdalam hati orang yang melihat mereka. Itulah takdir Allah supaya tidak ada orang akan ganggu mereka sehingga sampai kepada masa yang ditentukan Allah.
Mereka bangun dengan cergas selepas tidur ratusan tahun. Mereka secara mendadak bangkit dari tidur, sedangkan mereka tidak mengetahui berapa lama mereka tidur sejak mereka merasa mengantuk dahulu. Mereka mengosok mata mereka dan memandang antara satu sama lain.
"Berapa lama kamu telah tidur," kata seorang pemuda kepada rakannya.
"Kita telah tidur kira-kira sehari atau setengah hari," kata salah seorang dari mereka.
Kemudian mereka fikir lebih baik mereka ketepikan persoalan itu. Persoalan itu tidak memberi faedah kepada mereka dan meyerahkan urusan itu kepada Allah. Mereka dalam keadaan lapar dan mereka mempunyai duit-duit perak yang dibawa keluar dari bandar.
"Allah sahaja yang mengetahui berapa lama kamu telah tidur. Hantarkan salah seorang daripada kamu ke bandar dengan membawa wang perak ini. Kamu hendaklah mencari apa sahaja makanan yang baik dan bawakan kepada kamu sedikit rezeki darinya." kata pemuda yang lain. Mereka sangat berhati-hati supaya tidak ditangkap oleh penguasa yang zalim pada jangkaan mereka. Mereka bimbing dipaksa meninggalkan agama ynag mereka anuti sekarang. Kebimbangan mereka sangat berasas kerana menyangka penguasa sekarang seperti penguasa sebelum mereka tidur.
Mereka tidak sedar bahawa kisah mereka selaku pemuda-pemuda yang lari menyelamatkan agama mereka di zaman seorang raja yang zalim telah menjadi cerita turun temurun. cerita dari mulut ke mulut bagi setiap generasi. Timbul pelnbagai pendapat mengenai hakikat mereka, mengenai agama mereka dan berapa lama masa telah berlalu sejak mereka menghilangkan diri.
Dalam Al-Quran menyebut bahawa mereka telah tidur selama 300 tahun mengikut tahun shamsiah (putaran matahari) dan ditambah 9 tahun lahun lagi iaitu 309 tahun bagi tahun Qamariah (mengikut putaran bulan). Ini membuktikan Allah sangat berkuasa mematikan dan menghidupkan sesuatu makhluknya.
Penduduk baru sangat menghormati dan memuliakan anak-anak muda yang beriman ini. Kisah mereka terbongkar setelah salah seorang dari mereka pergi ke bandar mencari makanan. Dia telah dikenali orang ramai sebagai salah seorang anak muda yang melarikan diri menyelamatkan agama mereka di zaman dahulu.
Kita dapat membayangkan betapa terkejutnya pemuda-pemuda ini. Sekeliling mereka telah berubah. Pemerintahan di depan mata mereka adalah pemerintah yang beriman kepada Allah. Segala-galanya berubah. Mereka kini merupakan kumpulan manusia yang aneh pada pandangan dan perasaan orang ramai. Oleh itu, Allah mewafatkan (mematikan) mereka kembali kerana kasihan kepada mereka menghadapi semua realiti yang pahit ini.
Kemudian berlaku perdebatan dikalangan penduduk sekitar.
"Dirikan satu bangunan di atas mereka," kata seorang penduduk memberi pendapat.
"kami akan bina sebuah masjid di atas mereka," keputusan ini dibuat oleh pemerintah zaman itu.
Masjid di sini membawa maksud tempat ibadat mengikut adat orang Yahudi dan Nasrani. Mereka mendirikan rumah ibadat atas kubur para nabi dan para wali. Hal ini ditegah oleh Rasulullah berdasarkan hadis.
"Allah telah melaknat orang-orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) yang tekah membangunkan masjid-masjid di atas kubur para nabi dan orang-orang mereka yang soleh" (hadis dalam tafsir Ibnu Kathir)
Setelah kematian pemuda-pemuda yang beriman ini, berlaku perdebatan tentang bilangan mereka. Ada yang mengatakan 3 orang dan seekor anjing. Ada yang mengatakan 5 orang dan yang ke-6 adalah anjing. Ada yang mengatakan 7 orang dan yang ke-8 adalah anjing. Dalam Al-Quran menegaskan bahawa hanya sedikit daripada penduduk di situ yang mengetahuinya. Ini menunjukkan Allah melarang kita berdebat tentang perkara ghaib. Ia adalah sia-sia. Serahkan bilangan mereka ini kepada ilmu Allah.