05 April 2012

2 Sen

Nama yang tidak asing lagi dalam dunia Islam. Mujahidah agung alaf - 21. Gelaran yang sesuai untuk aku. Beliau sanggup menerima siksaan daripada mengkhianati ahli jemaah sendiri yang terdiri daripada ilmuan Islam. Golongan yang memusuhi terus menyiksa fizikal dan mental umpama kesalahan berat bagi penjenayah. Beliau diseksa seperti lelaki. Disebat. Digantung.Direndam dalam air busuk bersama luka. Berjalan dan melompat dengan kaki yang penuh luka dan nanah. Koyak kulitnya. Kuatnya iman mujahidah ini. Adakah aku mampu sepertinya???!

Untuk tahu siapa orangnya klik SINI


**********

Selepas status FBku tentang hutang pinjaman MARA yang berbaki 2 Sen, aku dihujani beberapa komen termasuk dari penulis novel. Betul-betul nak bagi 2 sen untukku. Ada juga cikgu di sekolah nak bagi 2 sen tu tapi aku anggap dia main-main sahaja.hehehe...Harap niat baik mereka semua mendapat balasan syurga dengan RahmatNya.

"dari pak google"

"2 sen tetap hutang...," kata seorang teman DPLIku juga seorang ustaz.

"Tapi tak pernah aku hutang 2 sen tu," balasku.

"2 sen ni kira laku lagi zaman sekarang," tambahku. Ya lah. Walaupun aku kerja tapi duit 1 sen 2 keping pun aku tidak ada. Miskin aku dengan nilai sekecil itu. Allah!

Kesokannya aku pergi ke pejabat Mara. Jam menunjukkan 4.30 petang. Aku berkejar ke pejabat itu. Hampir jam menunjukkan 5.00 petang, pegawai Mara minta aku tunggu diruangan dalam pejabatnya sementara dia menjawab panggilan telefon. Kira berhemah la.

Selesai urusannya, aku minta tolong pegawai ini semak baki sebenar pinjaman MARA.

Alhamdulillah...Aku bebas dari hutang pinjaman MARA. Baki 2 sen adalah bayaran pembukaan. Selepas pelarasan dibuat...2 sen ditolak oleh sistem. Jika di mana-mana supermarket, mereka akan genapkan ke angka terdekat. Semua persoalan terjawab. Cuma tiada surat mengatakan aku telah selesai pembayaran pinjaman ini. Pegawai yang baik hati ini print status pembayaran aku sebagai bukti.

**********
Selepas urusanku selesai, aku diberitahu ibu kak Nareza, kerani sekolahku masuk ICU (dikira wad biasa jika di hospital besar) di hospital daerahku. Terus aku pandu kereta bersama kawanku ke Hospital **. Hanya 2 pelawat sahaja dibenarkan masuk. Waktu kami sampai tiada pelawat didalam. Kawanku masuk bersama kak Nareza. Tidak lama kemudian kawanku keluar.

"Kau jangan duduk lama-lama, nanti kak Nareza nangis. Jangan layan sangat kalau dia nak bersembang...bla..bla...bla...," pesan kawanku.

Kini giliranku masuk. Ku cari wajah kak Nareza dan wajah nenek/ ibu kak nareza. Mata kak Nareza telah menitiskan mutiara jernihnya.

"Dik, macam ni la mak akak," pandanganku jatuh ke arah nenek. Dia masih kenal aku. Dia nak bersembang tapi tiup di mulut menyebabkan suaranya tidak jelas.

"Mak akak solat tak sejak masuk sini?" iru persoalanku.

Nenek bukan koma. Dia masih sedar. Dia wajar untuk diberi panduan untuk solat. Mungkin dengan cara tayammum atau disapu air pada anggota wudu'. Kemudian dia boleh solat sekadar termampu. Jika tak mampu berdiri, boleh duduk. Jika tidak boleh duduk, dia boleh mengiring/ baring. Pergerakannya sekadar kerlipan mata jika anggota tidak boleh digerakkan. Boleh dibuat solat jama'.

Terfikir juga dikepalaku...tidak adakah jururawat atau doktor yang memberi panduan solat ketika sakit? Berapa ramai pesakit mengabaikan solat dalam kehidupan seharian sedangkan ketika perangpun ada cara solatnya. Jangan tinggalkan solat walau apa keadaan pun.

Aku teringat buku 'Hari-hari dalam hidupku' yang ditulis sendiri oleh Al-Marhamah Zainab Al-Ghazali.

Semasa beliau diseksa dan dimasukkan ke penjara. Beliau bertayammum pada dinding penjara kemudian dilaksanakan solat sedangkan ketika itu, Beliau dikelilingi oleh anjing-anjing lapar. Sepanjang berada didalam penjara, beliau tidak pernah tinggalkan solat. Ketika solat itulah, dia bersama Allah, tempat pengaduannya.

Beliau disebat pada tapak kaki sehingga koyak tapak kaki dan menanah...dia tetap dengan imannya. Disebat 500 kali setiap kali dia menolak permintaan pegawai penjara itu. Dia disebat hingga pengsan. Kemudian di masukkan ke hospital. Beliau tidak dibiarkan mati kerana perlu hadir ke mahkamah untuk mendakwa orang-orang ikhwanul muslimin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...