23 Februari 2019

Pakej 3 hari 2 malam.

àjAlhamdulillah perkhemahan kali ini di luar kawasan melebihi 2 marhalah. Perjalanan lebih 1 jam dan bayaran bas RM1300. Adakah bayaran ini murah.

Sebelum memilih tempat ini, aku dan kaunselor sekolah telah membuat 'site visit' ke tempat. Senang dan mudah. Jauh dari kesibukan hari minggu.

Hari ini bermulalah perkhemahan pimpinan ps, pss dan prs. 4 pengiring, 2 guru lelaki dan 2 guru perempuan. Aku salah seorang dari guru pengiring. 40 pelajar yang menjadi peserta.

Malam tadi bermula jam 11.00 malam, 'night walk' bermula. Tamat 1.30 pagi. Apakah yang telah berlaku? Banyaklah ragam anak manja.

Ada yang cedera langgar bonggol ketika turun jalan berbukit.Ada yang berpatah balik selepas gilirannya. Ada yang menangis, tak nak teruskan. Ada yang pening, nak balik rumah. Ada yang nak tarik diri. Alasan 'lemah semangat' takut pengsan.

******
Hari ke-2

Solat...senaman atau regangan serta bersiar-siar dalam taman ini. Semuanya berjalan lancar.

Muka masing-masing kelat dan muram. Mungkin tidak cukup tidur dan tidak mandi termasuk fasi. Selepas sarapan, slot komunikasi. Yang selalu ke depan adalah orang sama. Apa nak buat lagi? Mulut bagaikan menelan emas. Jika mem'bawang', dialah no. satu.

Jadi pengiring ini cuba jauhkan diri seketika untuk beri ruang kepada fasi dan peserta dapat 'personal incharge'. Istimewa sangat.

Pada jam 11.00 pagi, aktiviti memanah. Walaupun tempat terhad, sebagai permulaan sangat sesuai untuk pelajar ini. Tidak ramai yang dapat tuju sasaran.

Petang diadakan 'jungle tracking'. Seorang tarik diri kerana 'sesungut'. Istilah cikgu 'addmath' pernah berikan. Dalam hutan kecil ini, diperkenalkan pokok akar banir. Boleh jadi tempat perlindungan sementara. Pokok ini juga boleh buat 'ketuk-ketuk ramadhan'. Seperti pukul bedok sebelum masuk azan. Ada dengar bunyi gegaran yang keluar. Peserta ada melalui anak sungai. Jika sesat, carilah arah anak sungai ini mengalir.

Malam diadakan forum. Setiap kumpulan akan ada moderator dan panel. Mereka ada bakat cuma perlu digilap.

Keesokannya, hari terakhir. Aktiviti eksplore race sekitar taman botani ini. Sementara menunggu mereka selesaikan tugasan, kami berdua sebagai guru pengiring berjalan ke trek 'night walk'. Jalan baharu. Laluan tiada halangan kecuali para fasi yang bertugas. Tugasan fasi hanya beri sedikit tekanan jiwa apabila malam tanpa cahaya menjelma. Singgah sekejap di Kampung Buku. Banyak buku menarik ada di sini. Pelbagai genre dimasukkan dalam 'kampung buku'.

11.45 pagi, majlis penutup diadakan. Sijil penghargaan lupa buat. GPK1datang bersama keluarga mewakili pengetua.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...