17 Oktober 2019

Remaja Cerminan Masa depan.

Mutaakhirin, remaja terdedah dengan dunia luar. Walaupun mereka berada di rumah, malah dalam bilik, mereka masih boleh melayari dunia luar menggunakan telefon pintar. Pintarkah mereka?

Tiada siapa peduli, remaja mencari kekosongan hidup dengan cara tersendiri. Apatah lagi, pekerjaan baru yang popular menggunakan gajet tertentu seperti Youtuber, Influencer dan banyak lagi yang aku sendiri tidak tahu kewujudannya. Pencetus pekerjaan ini adalah golongan muda dan masih remaja.

Keperluan rohani ditolak tepi. Nasihat orang tua tidak dipeduli. Mereka mengikut haluan sendiri tanpa bimbingan. Apakah keperluan rohani? Apakah panduan agama? Apa yang Allah dan Rasul larang? Semua dianggap kolot dan ketinggalan zaman.

Dari sini, mereka akan jadi orang yang mementingkan diri sendiri. Apabila akan kemalangan, mereka rakam video dan buat rumusan. Sedangkan mereka boleh bantu mangsa kemalangan. Ini juga menyebabkan mangsa yang boleh selamat, meninggal dunia. Ambulans lambat sampai kerana masing-masing halang laluan dengan cara menggunakan lorong kecemasan dan sebagainya.

Kerosakkan akhlak menjadi-jadi sehingga sanggup jual diri untuk dapat habuan wang ringgit. Rasuah. Jual tender kepada orang tidak layak. Sanggup bocorkan soalan semata-mata habuan dunia. Semua dihujung jari. Palsu semata-mata.

Bagaimana kita sebagai netizen, ibu bapa, guru, kakak, abang, pemimpin yang boleh membentuk sahsiah remaja ini?

Aku sendiri buntu untuk mencari jalan. Takut kena 'kecam'. Takut itu. Takut ini. Bila buat syarahan atau pidato, pelbagai hujjah dikeluarkan. Realitinya, telah dilaksanakan. Di mana kesan positifnya? Laporan cantik. Dokumentasi kemas dan lengkap. Gambar bukti pelaksanaan program cantik. Kajian demi kajian dibukukan. Dimana silap kita?

Punca yang boleh disenarai banyak terutama media massa. Penyelesaian, tiada yang berjaya.

M. Luther King : apa-apa yang bertentangan dengan akal, tentu bertentangan pula  dengan Allah

Gustav Le Bon : Manusia tidak dipimpin oleh akalnya melainkan oleh perwatakan dan peribadinya.

Goethe : Tingkahlaku dan sahsiah seseorang adalah cerminan  yang memperlihatkan watak yang bersangkutan dengan diri seseorang.

Sumber: Dewan Siswa Bil. 6 Tahun 2018.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...