04 Disember 2019

Nukilan 2007- Adik.

Adik, 
Dirimu umpama sinar hidup bagiku,
Kaulah gambaran silamku,
Semasa diriku sebaya denganmu,
Meniti hari melihat duniaku.

Adik,
Tidak tergambar kasih sayangku kepadamu,
Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kataku,
Tidak tergambar di mata mu,
Kerana itulah kurniaan Allah kepadaku.

Adik,
Waspadalah dengan permainan duniamu,
Waspadalah terhadap musuhmu,
Andai kau kejar dunia, dunia akan menjauhimu,
Andai kau kejar akhirat, dunia akhirat milikmu.

Adik,
Berusahalah mengejar akhiratmu,
Supaya dunia tidak dikejar olehmu,
Andai kau mencintai Allah, Allah tidak akan mensia-siakanmu,
Tidak bagi cinta manusia, dia pasti akan meninggalkanmu.

Nota: terjumpa dalam diari 2007. Zaman belajar di Mesir. Disunting sedikit mengikut kesesuaian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan Ayyuha al-Walad

 Assalamualaikum wbt... Tahun 2025 telah melabuhkan tirai. Muncul 2026 Masihi yang semakin mencabar seiring dengan peningkatan umur 42 tahun...