06 Julai 2020

0.01 % adalah perancangan Dia.

Pernahkah anda terdengar 99.99% positif? Aku pasti semua orang akan percaya seolah-olah 100% positif. Bezanya hanya 0.01% tiada siapa peduli. Aku juga suatu ketika dahulu percaya seperti kalian. 

Pengalaman aku sendiri, mendapat 0.01% negatif. Jika waktu aku belajar dahulu, anugerah dekan adalah 3.5 cgpa. Kalian tahu aku dapat berapa? Aku dapat 3.49 cgpa. Apa kalian fikir apabila berada di tempatku? Aku pernah dapat markah muet hanya 1% untuk dapat band-3. Ya, aku bukan seorang yang genius. Aku juga bukan orang yang malas. Aku buat apa yang aku mampu. Itulah yang berlaku 13 tahun yang lalu.

Begitu juga hal apabila aku telah kerja. Aku pernah menjadi bidang terjun 'last minit'. Siapa sangka orang seperti aku menjadi ketua bagi satu tugasan sangat penting. Ia melibatkan semua pelajar di semua sekolah tertentu. Tugasan itu berlangsung selama 2 tahun. Tiada jalan aku mengundur ke belakang. Yang aku buat, hanya teruskan tanpa menoleh ke belakang. 

Aku juga pernah mendapat markah skt 98%. Hanya beberapa titik perpuluhan di belakang penerima anugerah. Itulah namanya rezeki. Allah menjaga aku supaya tidak sombong dan percaya dengan 'kun fayakun'. Tawakal kepada Allah tanpa pedulikan kata-kata orang sekeliling. Pujian tiada kesan untukku. Aku hanya buat kerjaku. Allah yang menilai diriku bukan orang lain. Banyak nikmat yang Allah kurniakan kepadaku tanpa disedari. Tak mampu aku senaraikan. Aku masih berserah kepadaMu.

Semua urusan akan datang adalah urusan Allah. Rezeki, jodoh dan ajal. Semua tertulis di loh mahfuz. Aku hanya perlu sabar dan bersyukur dengan anugerahMu. Teruskan kehidupan tanpa rasa keraguan. Teruskan mendidik kerana ini mungkin peluang terakhirku. Tiada siapa tahu masa depanku walaupun diriku sendiri. Teruskan usaha tanpa putus asa. Hanya Allah tahu kemampuan diriku.

Ya Allah, makbulkan kata-kata dan doakan yang membawa kebaikan. Aminnn.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...