22 Julai 2020

Pasca Covid-19 dan Pengalaman berharga.

Assalamualaikum. Aku terpanggil untuk menulis lagi dan lagi. Bergantung kepada mood dan internet yang aku dapat. Alhamdulillah.

Aku nak review sedikit pengalamanku. Tidak banyak tetapi tetap ada. Bosan tapi tetap coretan hidupku.

Hari ini 1 Zulhijjah 1441H. Hari yang penuh pengajaran dan bermakna bagiku. Mungkin ini kali pertama dan kali terakhir. Tiada siapa tahu masa depanku. Aku diberi tugasan yang agak menakutkan kerana mereka menyangka aku boleh buat dan laksanakan tugasan ini. Tugasan ini aku perlu rahsiakan kerana berkaitan tugasan penting.

Berjumpa dengan orang berpengalaman sangat sukar bagiku. Hari ini aku jumpa seorang guru yang pernah mengajar di IPG dan kebanyakan rakan sejawat yang datang adalah anak muridnya. Ya. Bagiku, beliau sangat faham tentang tugasan ini sedangkan aku masih tidak tahu dan apa perlu dilaksanakan.

Rupa-rupanya, soalan-soalan yang dibuat diperingkat atasan bukan sekadar soalan biasa. Ia perlu kepada wajaran dan unjuran masa mengajar dalam setahun mengikut bahagian. Jika soalan 'cikai' adalah tidak adil bagi murid menjawab soalan ini. Banyak perkara yang perlu diambil kira buka sekadar hentam dan syok sendiri. Kebanyakkan soalan mengikut aras 5:3:2. Begitu juga peratus bahagian yang mereka pelajari. Jika 32 jam setahun masa yang diperuntukan, 25% soalan bahagian itu perlu dikeluarkan. Semua ini boleh rujuk DSK atau DSKP masing-masing. Jika tidak faham, jangan soal aku sebab aku tidak akan jawab. Titik!

Bantulah Malaysia : Putuskan Rantaian COVID-19
ihsan pak google

Aku nak bebel sikit berkaitan Pasca Covid-19. Pelajar sekolahku telah masuk ke sekolah lebih kurang 3 minggu bagi tingkatan 5 dan minggu ke-2 bagi tingkatan 1,2,3 dan 4.

Hari pertama masuk, mereka sangat berdisiplin dam patuh kepada arahan. Guru sentiasa jaga penjarakan sosial malah ada yang tunggu di pagar bersedia buat tembakan suhu badan. Guru juga bersemangat menyambut anak murid masuk ke kelas.

Masuk minggu ke-2, perangai dan feel masing mula berubah. Mungkin bosan.Sukar dilaksanakan. Guru sudah letih. Semua telah lalai dan leka. Betul kata Dr Nor Hisyam.

Jumlah positif semakin meningkat. Dari angka 1 digit kepada 2 digit. Ada pegawai sendiri yang bersalaman. Ya. Aku faham. Lama tak jumpa kawan lama. Sembang bukan main lebat. Cerita itu, cerita ini. Dari satu isu ke satu isu. Dari jauh bercakap, semakin dekat. Dari ada pelitup muka, semakin hilang pelitup muka. Syok. Lama bercuti. Lama tak jumpa. Kalau jumpa pun, secara online. Bukan main cakap, jaga SOP. Malangnya SOP ke laut. Kita semua sama. Kita semua bakal dapat positif covid jika tidak berjaga. Awas! Kita belum selamat.

Salam 1 Zulhijjah 1441H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...