21 Februari 2021

Prinsip Keadilan Global

 Prof Muhamad Abu Zahrah (1994: 38)dalam bukunya 'Membangun Masyarakat Islam' atau 'Tanzim al-Islam li al-Mujtama' , prinsip kasih sayang merupakan prinsip utama dalam hubungan orang Islam dan non-muslim sebagaimana firman Allah dalam surah al-Mumtahanah ayat 8-9. Mawaddah merupakan asas hubungan kemanusiaan yang kekal dan berterusan. Namun sebaliknya berlaku apabilan berlaku peperangan, pelanggaran kontrak, maka keadilan ini adakan diputuskan. Walau bagaimanapun orang Islam wajib berlaku adil walaupun mempunyai kebencian kepada mereka berdasarkan firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 8.

Begitu juga bagi menjaga kemaslahatan dan mencegah kerosakan dan kemudharatan. Beliau menyatakan bahawa tujuan utama syariah yang tertinggi adalah mencapai kebahagian dunia dan akhirat. Kemaslahatan ini dapat memberi manfaat yang lebih besar kepada orang ramai dalam masyarakat yang terdiri daripada  pelbagai bangsa dan agama.

SUMBER:

Muhamad Abu Zahrah.1994. Membangun Masyarakat Islam. terj Shodiq Noor Rahmat. Jakarta: PT Pustaka Firdaus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...