12 Januari 2012

Iman Nipis.

Orang bukan Islam boleh tolong Islam. Kenapa orang Islam sendiri susah nak tolong sesama Islam? Aku tidak menyebut pun pasal kafir atau yang seumpamanya. Susah sangat ke nak luangkan masa dengan aktiviti di masjid. Memegang syariat Islam seolah-olah mengenggam bara.

Kalau rasa susah, kita lepaskan. Semua perlukan ganjaran dunia. Pujian. Wang. Hadiah. Kadang-kadang rasa kuat bila dalam ceramah agama. Bila keluar dari tempat agama ni terus rasa tak bermaya. Tak bersemangat. Adakah ini yang dimaksudkan dengan iman senipis bawang pada akhir zaman?

"Saya bukan Ustaz,"

"Saya bukan Ustazah,"

Bukankah hadis ada berbunyi...

"Sesiapa yang mengucapkan kalimah syahadat la ilaha illallah, dia adalah pendakwah/ daei" (tak sempat nak rujuk hadis dari mana).

Kalau semua orang tak nak 'islah diri' atau perbaiki diri...bagaimana pelajar nak jadi seorang yang berakhlak atau mencari model. 

Kenapa orang baru masuk Islam lebih baik daripada kita yang Islam sejak lahir?

Mereka pergi belajar kemudian mengajar orang yang memang dah islam secara keturunan ni.

Adakah hati mereka dah tertutup untuk menerima taklifan sebagai fasilitator? Bukan kami nak hina. Cuba la belajar. Ya, kalau nak minta aku ajar BI, tiada masalah. Aku akan cuba dan kalau tidak tahu...boleh minta pelajar rujuk dengan guru BI sendiri. Objektif tercapai atau tidak...itu terpulang. Cuba dulu tak boleh ke? 

Banyak persoalan aku timbulkan. Macam lepas geram kat blog. Jika di FB aku tak boleh membebel panjang. hehehe...

'dulu biasa beli bawang besar atas kereta keldai'

Biar la Allah yang memberi petunjuk dan hidayah. Jika tidak, berilah peringatan kepadanya supaya sedar akan nikmat Allah yang dia pinjam. Doa orang zalim jangan diperlekehkan sebab ia adalah doa yang mustajab. Tiada hijab. Ingatlah...Jika kita buat 'sesuatu' kepada orang lain, ada orang lain yang akan buat lebih teruk atau sama ke atas kita. Allah Maha Adil.

11 Januari 2012

Minyak hitam.

"7000km you baru tukor minyak hitam oo...bla bla..,"aku dah khayal. Entah2 aku kena tipu kali ni.huhuhu...

"ni fisrt time sy dengar...biasanya 5000km baru tukar minyak hitam...," aku fikir semula.

"ok la sy cuba kali ni...kalau tak elok kereta ni, memang sy cari bengkel lain la," aku setuju dengan cadangannya.

Terkilan. Kalau ikutkan next change engine oil lebih kurang 8000km. Aku takut bengkel sebelum ni tersilap tanda. Dalam 6000km, aku dah pergi servis. Ada juga terfikir...

"Kenapa aku tak tanya orang lain dulu? dah rugi 2000km. Lain kali kena banyak bertanya,"

Aku guna havoline caltex...RM 104. Dulu memang aku pergi ke perodua servis. Mahal tapi minyak hitam semi syn dlm RM 75. Bila bayar..jumlah semua hampir RM 200 juga. Tunggu lama pula.

Apa pun aku belajar juga pasal minyak hitam ni. Kebanyakan lelaki je cakna dengan minyak hitam ni. jadi banyakkan bertanya. hehehe


'sekadar hiasan'

06 Januari 2012

Alhamdulillah...

"Adakah anda sebut 'Bismillah' setiap kali angkat telefon...sebelum sebut 'assalamualaikum/ hello'?"

Mungkin tak pernah buat. Jadi selepas mendengar kata-kata itu...rasa nak buat la.hehehe...perubahan 2012...

Tadi dah selesai urusan kertas kerja untuk pogram untuk panitiaku. Untuk satu mata pelajaran ni...aku seorang sahaja yang mengajar dari tingkatan 1 hingga 3. Aku lah pembuat soalan. Aku lah perancang P & P. Aku lah yang sediakan Rancangan Pelajaran Tahunan. Itu lah rutin yang tak pernah habis...

Nak minta sponsor...rasa segan. Tapi untuk pelajar-pelajar, aku terpaksa tebalkan muka yang nipis ni.huhuhu...

Walaupun berat tanggungjawab di sekolah tahun ni, ramai yang sudi menolong termasuk pelajar-pelajar. Hanya Allah yang membalas jasa kalian. Mood mengajar masih tiada kerana pendaftaran & bayaran yuran persekolahan. Jadual pula asyik bertukar-tukar. Ada juga jadualku bertembung. Pening juga pembuat last minit ni kan. Jika pelajar buat last minit mesti kena membebel hingga habis waktu. Jangan terasa kalau ada guru2 yang buat perangai macam tu yea.

Kenapa la aku jumpa ramai orang yang ramah hari ini? Aku tak kenal tapi bila bercakap. Orang tu seolah-olah kenal aku lama. Siap tanya berapa orang anak? aku senyum & bagitau je perkara sebenar. Alhamdulillah...

Tadi aku berjaya telefon orang yang ingin aku jemput ke program panitiaku. Segan juga. Guru cemerlang katakan. Aku jadi segan dengan orang hebat ni. Tapi bila aku call...ok je. Hilang rasa segan aku ni.hehehe...Cuma sekarang ni aku perlu bincang dengan pihak sekolah. Alhamdulillah...Allah permudahkan segala urusanku.


Allah uji kesusahan tapi aku tak rasa tertekan pun kali ni. Mungkin pengalaman dahulu mematangkan aku untuk berhadapan dengan situasi ini. Hanya Allah tempat aku bergantung walau apa pun terjadi.

Ya Allah, Jadikanlah aku orang yang sabar. Ya Allah, jadikan aku orang yang bersyukur....

01 Januari 2012

Ahlan Wasahlan 2012 Masihi.

Entri pertamaku bagi tahun 2012. Semalam aku tidur lambat sikit daripada biasa. Aku scan laptop dari segala virus2 sambil baca kisah terbaru menjelang tahun baru masihi ni. Kisah yang menarik minatku untuk menatap dan membaca serta cuba memahami mangsa.

Detuman bunga api membingitkan telingaku. Aku melihat kebangkitan mahasiswa. Mereka dipukul dan ditumbuk. Tragedi berdarah dibelasah FRU. Arahan siapa? Tiada dalam berita perdana atau berita utama.

Pengerusi BEBAS, saudara Safwan Anang. Ada yang mengatakan dia nazak. Tulang rusuk patah dibelasah pihak polis. Kini berada di Hospital Slim River.

Saudara Adam Adli ditahan dalam lokap.
Mereka inginkan kebebasan dari cengkaman AUKU.

Sambutan tahun baru 2012...
Adakah selepas 9 bulan akan hadir anak yang tak sah taraf dari anak-anak muda kita ini?
Percampuran antara halal dan haram menghasilkan sesuatu yang haram. Syaitan ketawa terbahak-bahak dengan telatah manusia yang lupa Allah.

Kerosakan akhlak bermula dengan tiada rasa malu (klik). Kemudian akan berterusan dengan perkara-perkara haram dan sebagainya.

Sambutan tahun baru secara Islamik.


Malam persembahan  1000 Jiwa 1 Hati. Oleh Raudatus Sakinah.
Qiamullail yang dipimpin oleh Imam Muda Hassan.

Ya Allah, kembalikanlah islam dihati saudara kami. Moga hidayahMu masuk ke hati kami semua. Moga Islam kembali bersinar di bumi bertuah ini. Aminnn =)

SUMBER: milosuam

30 Disember 2011

Belajar dari kesilapan.

Aku banyak belajar daripada kesilapan. Jika aku sentiasa betul...aku tidak akan belajar tapi akan jadi sombong. Layan video ni yea...


Penutup Tirai 2011.

Suka duka 2011 biarlah berlalu. Semua itu akan dijadikan pengalaman yang berguna dalam melayari kehidupan di dunia. Semua kejahatan yang dibuat tidak akan terlepas di akhirat sana.

"Berhati-hati dengan dunia sekarang...ramai pemimpin tidak adil. Jangan kamu jadi sebahagian daripada mereka," kata seorang sahabat.

"Jangan bergantung harapan kepada manusia. Bergantunglah kepada Raja segala-galanya (Allah)," kata seorang guru agama di salah sebuah sekolah SBP di Terengganu semasa aku buat Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) di sekolahnya.

"Berpuak-puak, dengki mendengki, kaki mengampu, kaki tidur dan segala-galanya ada di setiap sudut kehidupan. Kita tidak akan terlepas daripadanya," kata seorang pakar motivasi.

Doa yang ibuku ajar :
 " اللهم اجعلني صبورا، اللهم اجعلني شكورا ، اللهم اجعل في عيني صغيرا وفي اعين الناس كبيرا"
"Ya Allah, Jadikan aku orang yang sabar. Ya Allah, jadikan aku orang yang bersyukur. Ya Allah, jadikan sesuatu perkara itu kecil (mudah) di mataku yang mana di mata manusia lain perkara itu besar (sukar)"
Moga doa ini akan membasahi lidahku setiap kali solat. Ini juga mengingatkan aku akan kekuasaan Allah. Moga Allah kuatkan imanku berhadapan dengan manusia 'tak berperi kemanusiaan'...

Aku nak kongsi pembacaanku bersama kalian...

alt

Sepanjang hidup kita, tidak terkira insan-insan yang hadir dan yang pergi. Ada yang hadirnya hanya seketika seperti bayu. Dia datang dan pergi begitu sahaja tanpa terkesan apa-apa dan mungkin kita tidak perasan pun akan kehadirannya, begitu juga dengan dia.
Ada pula yang datang dan begitu setia dengan kita tetapi kita tidak rasa pun kepentingan dirinya untuk terus bersama kita. Malah kadangkala mungkin kita rasa lebih baik dia tidak wujud daripada dia tidak memberi apa-apa manfaat untuk kita sehinggalah dia pergi buat selama-lamanya.
Ketika itulah baru kita rasa betapa dia sangat penting untuk kita. Pada masa itu, baru kita perasan kebaikan yang dia pernah buat untuk kita atau untuk insan-lain lain di sekeliling kita.
Pada masa itu juga, sudah tidak guna kita menangis kekesalan kerana tidak menghargai kewujudannya. Hanya doa dapat kita hadiahkan agar dirinya dirahmati di alam sana.
Ada pula yang sentiasa di sisi kita. Di saat kita susah dan juga senang. Dia sanggup buat apa sahaja untuk kita. Namun bagi kita, dia tidak lebih daripada tempat untuk meluahkan perasaan, tempat yang kita cari apabila menghadapi masalah tetapi di saat kita bahagia atau berjaya, kita seakan-akan terlupa akan kewujudannya.
Namun dia masih setia. Bila-bila masa sahaja kita cari dia, dia pasti ada untuk kita tetapi kita perlu tahu, dia juga manusia. Mungkin dia pernah makan hati dengan sikap kita. Cuma di hadapan kita, dia mungkin cuba sembunyikan perasaan itu sebaik mungkin.
Seandainya kita masih dungu, tidak mustahil suatu hari nanti dia akan membawa diri meninggalkan kita. Oleh itu, hargailah kewujudannya selagi mana dia masih di sisi kita.
Ada pula yang hadirnya berbeza dengan apa yang kita duga. Mungkin kita rasa dekat sangat dengannya membuatkan kita rasa mahu sahaja selalu bersama dengannya tetapi kita tidak tahu dalam hati dia mungkin dia rimas dengan kita. Kadangkala kita dapat capai dan genggam tangannya, tetapi belum tentu hati dia, kita dapat selami.
Mungkin kadangkala kita dapat melihat dia ketawa, tetapi kita tidak tahu apa makna disebalik senyumannya. Mungkin dia memang tidak suka berkongsi duka dengan sesiapa atau dia sememangya dia tidak percayakan kita.
Apabila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya, walhal kehadiran kita langsung tidak disenangi dan mungkin juga secara tidak sedar kitalah sebenarnya yang membuatkan dia menangis. Dalam keadaan seperti ini, kita perlu sedar, sebenarnya kehadiran kita banyak menyusahkan hidupnya. Kita perlu faham dia mungkin tidak sampai hati untuk memberitahu kita supaya meninggalkannya dan jangan menyusahkan hidupnya.
Ada juga yang hadirnya memberikan sinar dalam hidup kita. Apabila berada bersamanya kita rasa begitu tenang dan kita rasa tidak mahu berpisah dengannya. Kita sanggup lakukan apa sahaja agar dapat bersamanya. Kita jaga hati dia agar dia tidak terluka. Kita sanggup jadi tempat dia meluahkan segala masalah dia.
Kadangkala kita sendiri tidak sedar yang kita telah menjadi seorang yang sangat baik apabila bersama dengannya tetapi akhirnya, tanpa sebarang sebab, tiba-tiba kita ditinggalkan. Kadangkala kita langsung tidak faham dan tertanya-tanya, kenapa kita ditinggalkan?
Kita rasa kita sudah lakukan yang terbaik untuknya tetapi masih ditinggalkan. Kesannya mungkin sangat mendalam kerana kehadirannya benar-benar bermakna dalam hidup kita. Dalam keadaan ini, kita mungkin akan berubah sepenuhnya. Hati kita cukup terluka sehingga tidak sanggup untuk membuka hati kita untuk kehadiran insan lain.  Kita juga tidak akan mendengar apa sahaja nasihat daripada insan-insan lain di sekeliling kita, hanya masa yang dapat menyembuhkannya.
Ada pula yang hadirnya menyembuhkan luka kita. Hadirnya banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kita agar meneruskan kehidupan. Dia umpama pakar kaunseling untuk kita. Dia banyak mengingatkan kita, menyedarkan kekurangan kita dan mengubah tabiat buruk kita yang mungkin menjadi penyebab kenapa kita ditinggalkan.
Secara tidak sedar, kita sudah pulih daripada luka lama di atas nasihat dan sokongan darinya. Pada pandangannya, mungkin dia ingat kita sudah boleh berdiri sendiri dan mungkin dia rasa kita dah betul-betul pulih. Lalu dia meninggalkan kita.
Bagi kita pula, selama ini kita harapkannya akan terus bersama dengan kita. Kita hanya kuat apabila dia ada bersama kita, sedangkan dia tidak tahu sebenarnya segala kekuatan dan ketabahan itu ada bersamanya. Apabila dia pergi, maka hilanglah kekuatan itu dan kita terus mencari diri. Terasa sudah tidak percaya lagi kepada sesiapa pun, terasa ingin hidup sendiri, berdikari dan tidak mahu bergantung hidup pada sesiapa pun.
Tanpa kita duga atau tanpa kita harapkan ada pula insan yang sebelum ini pernah meninggalkan kita kembali semula ke pangkuan kita. Namun hati kita sukar kita fahami. Mungkin dengan senang hati kita dapat terima dia semula atau mungkin juga kita tidak dapat terima dia kerana sememangnya kita tidak pernah maafkannya kerana meninggalkan kita.
Dalam hati kita meraung dan bertanya, kenapa baru sekarang, bukan tiga atau empat tahun dahulu?
Mungkin juga hati kita dah tersangat keras atau sudah mati. Hati kita sudah tidak dapat terima dia lagi walaupun kita sudah memaafkannya lama duhulu. Mungkin juga dengan kehadirannya semula membuatkan hati kita yang masih berparut kembali terluka kerana dengan kehadirannya menjadikan kita ingat semula kedukaan lalu yang sebelum ini sudah terpadam dalam memori hidup kita.
Begitulah rencah dunia, kita tidak akan tahu siapa kawan dan siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita jatuh. Adakah tangan itu akan menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkannya.
Kita tidak perlu risau memikirkan tangan mana yang akan menghulurkan bantuan dan tangan mana yang akan berpeluk tubuh dan seterusnya meninggalkan kita di saat kita sangat-sangat memerlukannya kerana apabila kita ikhlas menghulurkan tangan tidak kira kepada sesiapa pun, pasti akan ada tangan lain yang akan menghulur di saat kita memerlukan biarpun tangan tersebut bukanlah tangan yang pernah kita bantu dahulu.
Oleh itu, lebih baik kita bersifat ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia. Berharaplah hanya untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Kita juga perlu sentiasa ingat, hidup kita sentiasa berputar. Jika kita pernah meninggalkan seseorang atau melukakan hati seseorang, tidak mustahil kita juga akan dilukai dan ditinggalkan suatu hari nanti dan mungkin kita akan dapat yang lebih teruk daripada apa yang pernah kita lakukan pada orang lain.
SUMBER:Iluvislam

23 Disember 2011

Tempat Bertugas.

Alhamdulillah...kali ni aku drive dari kampung ke tempat bertugas. Rami jugak yang terkejut. Tak percaya. Tapi percayalah. Apa pun jika terdesak boleh drive sendiri sampai ke destinasi. Terima kasih mak dan adik-adik. jadi peneman aku semasa memandu.

Cuti kali ni, aku jadi malas nak update blog. B.band kat rumah jalan macam siput...baru seminggu sebelum datang sini, aku sambung semula streamyx selepas di block beberapa bulan. Lepas tu beli modem baru. Belajar setting kat kedai komputer pulok. Tak abis aku explore mende alah ni. Kalau minat tak siapa boleh halang.hehehe..

Semalam keputusan PMR 2011 keluar. 

Tahniah buat Nur Ikmaliah Atilah bt Rohaidi atas kejayaan anda mendapat 9A. Itu adalah usahanya dan Allah  membalas dengan kejayaan. Rebutlah ilmu di mana sahaja anda berada. TAHNIAH!

Subjek BA aku macam mana? Kecewa?

Sejujurnya...memang aku kecewa. Kecewa dengan harapan mereka yang tinggi. Overconfident bagi aku menjerat diri sesiapa sahaja. Ini pengalaman aku semasa menjadi seorang pelajar. Jangan cakap besar. 

A = 1 org , B = 2 orang, C = 7 orang, D = 9 orang dan selebihnya gagal. Calon hanya 32 orang tapi aku gagal lagi.

Tidak perlu meminta maaf dariku. Itu adalah usaha kamu semua. Aku hanya bertawakal kepada Allah selepas aku berusaha membimbing dan mengajar kalian.

Ada peningkatan berbanding natijah tahun-tahun lepas. Alhamdulillah...

Pujian tidak bermakna bagi aku. Selepas pujian, aku diberi lebih banyak tugas yang terpaksa aku tanggung. PSS aku tidak berjaya aku selesaikan...tahun 2012 aku ditambah tugas yang sudah tersedia banyak. Aku sahut cabaran  untuk aku perbaiki diri dan menambah pengalaman. Think positif!!

Tadi aku telah menandatangani borang opsyen SBPA. Hatiku tidak bersetuju tetapi tanganku tetap tanda tangan juga. Siapalah aku ni...

Doakan aku tahan dengan cabaran 2012. 

Imam Malik

 Dalam dunia Islam, aku sangat jahil berkaitan mazhab-mazhab yang ada. Jika melihat latar belakang pengajian aku sehingga pengajian sarjana,...