08 November 2014

Larangan ke atas dua jualbeli dalam satu jual beli (copypaste)

Ibnu Masud RA berkata,Nabi SAW melarang dua kesepakatan dalam satu kesepakatan (shafqatain fi shafqatin) (HR Ahmad, Al-Musnad, I/398). 

Menurut Imam Taqiyuddin an-Nabhani hadits ini melarang adanya dua akad dalam satu akad, misalnya menggabungkan dua akad jual beli menjadi satu akad, atau akad jual beli digabung dengan akad ijarah. (al-Syakhshiyah al-Islamiyah, II/308).

Larangan menggabungkan akad secara mutlak, tanpa melihat akad-akad yang digabungkan bertentangan atau tidak. Kaidah ushul fikihnya : Al-Muthlaq yajri ala ithlaqihi maa lam yarid dalil yadullu ala at-taqyid (dalil mutlak tetap dalam kemutlakannya, selama tidak ada dalil yang membatasinya) (Wahbah Zuhaili, Ushul al-Fiqh al-Islami, I/208).

Hadits tersebut adalah dari Abu Hurairah,

أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- نَهَى عَنْ بَيْعَتَيْنِ فِى بَيْعَةٍ
“Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang jual beli dua harga dalam satu jual beli.” (HR. Malik, At Tirmidzi dan An Nasa’i.

Imam Malik meriwayatkan didalam Al Muwatta bahawa beliau mendengar Rasullulah saw melarang dua jualbeli dalam satu jualbeli …. Imam Az Zurqani dalam Sharah Al Muwatta menyebut bahawa hadis ini juga diriwayat oleh Imam Ar Tarmizi dan An Nasai . (Hadis Hassan sahih).

Cth: Imam Malik mengatakan dalam Al Muwatta’ bahawa beliau mendengar seorang lelaki berkata kepada seorang lain “ Belilah untuk aku unta ini secara tunai, supaya aku dapat membeli unta tersebut dari engkau dengan tangguh “. Maka ditanya Abdullah Ibn Umar akan aqad ini, beliau tidak menyukainya dan melarangnya.

Al Qasim ibn Muhammad seorang ulamak tabiin di Madinah , ditanya bagaimana dengan seorang yang menjual dengan tunai 10 dinar atau dengan hutang 15 dinar. Beliau tidak menyukainya dan melarangnya.

Ada sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, ia berkata:” Rasulullah s.a.w melarang dua jual beli dalam satu penjualan (bai’ataini fi bai’ah)” ( HR. Ahmad, Turmudzi . Subulussalam : 3 / 28 . No: 752 Abu Dawud: IX/323 no: 3002).

 Imam Syafi’i mengatakan, model transaksi yang dilarang Rasulullah dengan istilah “dua jual beli dalam satu penjualan (bai’aini fi bai’ah)”ada dua macam. Pertama, bila penjual mengatakan :” Aku jual barang ini dengan tunai harga A dan bila hutang harga B lalu pembeli mengambil tanpa kejelasan cara dan harga mana yang dia pilih. Dengan kata lain menjual dengan dua harga tawaran, kemudian pembeli mengambil tanpa kejelasan pilihan harga dan cara pembayaran. Kedua, aku jual ini kepada anda dengan syarat anda jual barang anda yang itu kepada saya.
Jual beli adalah halal. Memberi hutang dengan adanya penambahan adalah riba. Berselindung disebalik bai’ al ajil (jual beli tangguh/pembayaran kemudian.)
Jual beli dengan aqad tangguh adalah halal.

CtH : Aku jual himar ini dengan harga 20 dinar dengan tempoh sebulan. Pembeli berkata “ Aku terima “.
Imam Ibnu Rusyd dalam Bidayatul Mujtahid menyebut akan jualbeli yang menjurus kepada riba. Apabila berlaku satu aqad jualbeli disyaratkan berkait dengan aqad kedua. Ini berlaku apabila jual beli tunai dikait dengan jualbeli tangguh.
Ibnu Rusyd menyebut akan contoh hutang yang berselindung atas jual beli tangguh dan tunai sekaligus. Dua dalam satu.
Matlamatnya : Hutang
“ Hutangkan aku sepuluh dinar hingga sebulan, maka aku akan kembalikan dengan dua puluh dinar “. Jelas ini riba.
Orang yang memberi hutang pulak berkata “ Ini tidak boleh tetapi, aku jual himar kepadamu dengan harga dua puluh dinar dalam tempoh sebulan, kemudian himar ini aku beli dari kamu dengan dengan sepuluh dinar tunai “.
Kesimpulannya : Yang berhutang akan dapat 10 dinar tunai dan dia mesti membayar dengan 20 dinar sebulan kemudian. Himar hanya jadi alat dalam transaksi ini.
Imam Malik dan ulamak Madinah mengatakan ini adalah jualbeli yang menjurus kepada riba.
***************
ustaz: Ada 2 isu disini,1. isu dua harga berbeza antara tunai dan hutang dan isu mendap.  2. Isu mendapat hutang atau pinjaman dengan bayar lebih (riba) tetapi berselindung disebalik jualbeli.

komen: saya tertanya2: riba nyata-saya faham..haram. 'menjurus kpd riba' plk camna. haram jgk? syubhah?

ustaz: Jika sengaja merancang memang haram. Jika berlaku dgn tidak sengaja harus.

komen: Pinjaman dngn bank utk bl umah tu cmne ustaz??kire salah jgk ke??

ustaz: Itulah yg Islamic finance buat

Nasihat ustaz :

"Pandangan sekupang saya - Otai - otai emas kena pastikan aqad jual emas tidak ada syarat beli balik untuk mengelak dua aqad dalam satu. Pastikan qabad emas berlaku. Terpulang pada pemilik emas untuk jual semula atau simpan dengan aqad yg lain.. Hikmahnya nak elak emas dijadikan alat untuk dapatkan pinjaman cash dengan janji bayar secara ansuran lebih dari pinjaman asal. 
Sebaiknya pakai dinar dan otai otai emas disamping buka kedai emas, buka kedai runcit atau lain yang terima dinar dan dirham , pelanggan ada tempat nak guna dinar. 
Tujuan kita ialah galakkan umat Islam simpan dinar, guna dinar seterusnya keluar zakat dinar, juga dirham. Wallahu alam. Ana akhukum fillah wahai otai otai emas.

SUMBER: fb

07 November 2014

Tamat atau bebas?

Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan. Peperiksaan akhir tahun 2015 bagi pelajar tingkatan 1 dan 2. Bagi pelajar tingkatan 3, mereka masih perlu selesaikan urusan pbs. Minggu depan adalah minggu terakhir peluang mereka untuk mendapat band lebih tinggi. Usaha gigih sangat diperlukan untuk melaksanakan tugasan yang diberikan.

Sejak kebelakangan ini juga,  banyak isu berkaitan pelajar sekolah. Buli. Dadah. Rompak. Curi. Zina. Buang anak. Soalan bocor. Bangunan runtuh. Semua berpunca dari pelajar. Mereka pernah digelar seorang pelajar pada zaman remaja dan kanak-kanak. Adakah ini semua salah guru? Bagi aku ini adalah salah semua pihak. Tak perlu tunding jari kepada guru semata-mata.

Mana peranan ibu bapa dalam institusi keluarga?

Mana peranan penerbit filem atau drama?

Mana peranan pentadbir dalam sistem pendidikan negara?

Dimana peranan pemimpin???!

03 November 2014

Salah Faham Sistem Dafshar.

Ahli sejarah asing dan orientalis seperti Karl Brugman, Gibbons dan Gibbs. Mereka membuat dakwaan palsu berkaitan dengan Sistem Dafshar pada zaman Urkhan bin Uthman, pemerintah Empayar Uthmaniyyah.

Fakta Salah.

Anggota tentera Inkishar atau Jannisaries diambil dari kanak-kanak kristian. Anak- anak ini dirampas daripada kaum keluarga. Kemudian dipaksa masuk Islam. Hal ini berpandukan sistem undang-undang yang dikenali sebagai sistem Dafshar.

Menurut mereka lagi, Sistem Dafshar ini bersandarkan kepada sistem cukai Islam atau dengan nama 'Cukai Kanak-kanak' atau 'cukai anak-anak'. Undang-undang ini membenarkan umat Islam Empayar Uthmaniah merampas 1/5 jumlah anak-anak dari setiap kota atau kampung Kristian. Mereka menganggap 1/5 itu adalah hasil perang dan menjadi milik Baitul Mal.

Semua dakwaan ini salah dan fitnah untuk mencemarkan nama baik Urkhan Bin Uthman, Murad Bin Urkhan dan seluruh Dinasti Empayar Uthmaniah selepas itu.

Fakta Sebenar.
Sistem Dafshar ini dilaksanakan sebagai tanda prihatin kepada nasib kanak-kanak Kristian yang terbiar disebabkan peperangan yang berterusan. Mereka menjadi yatim piatu. Ketika itu jumlah kanak-kanak hilang ibu bapa akibat perang semakin meningkat. Empayar Uthmaniah membela nasib mereka. Jika tidak, mereka akan terbiar dan merempat di jalan-jalan kota yang takluk. Apabila Empayar Uthmaniah membela mereka, masa depat mereka lebih terjamin.

Oleh itu, orang Islam berusaha  supaya kanak-kanak memeluk Islam tanpa paksaan. Akhirnya wujudlah fitnah seperti dakwaan di atas. Dakwaan ini juga mendapat sokongan dari ahli sejarah Islam yang mengajar si sekolah-sekolah dan iniversiti-universiti sehingga dianggap perkara itu benar.

Ada juga ahli sejarah Islam yang memperjuangkan Islam terpengaruh dengan tulisan ahli sejarah asing. Kemudian mereka menyebarkan pembohongan ini dalam karya-karya penulisan mereka. Contoh ahli sejarah Islam itu ialah;
  • Muhammad Fareed Bek al-Muhami. Buku penulisannya 'Al-Daulah al-Aliyah al-Uthmaniyah'
  • Dr. Ali Hasuun dan bukunya ' Tarikh al-Daulah al-Uthmaniyah'
  • Muhammad Kurd dalam bukunya 'Khutat al-Sham'
  • Dr. Umar Abdul Aziz dalam bukunya 'Muhadarat Fi Tarikh al-Shu'ub al-Islamiyah'
  • Dr. Abdul Halim Gharibuh dalam bukunya 'Al-Arab wa al-Atrak'
Fakta ini diambil daripada tulisan orientalis seperti Gibbs, ahli sejarah kristian Sommerfeld dan Brugman

Siapa Tentera Inkishar atau Jannisaries. Entri lama (SINI)

SUMBER: Buku Faktor Kebangkitan & Sebab Kejatuhan Empayar Uthmaniah.

p/s: Selamat menjawab peperiksaan SPM untuk adikku dan semua pelajar-pelajarku serta semua calon SPM secara keseluruhannya. Jawablah dengan tenang diiringi doa. Bertawakallah setelah berusaha selama ini.

19 Oktober 2014

Masuk Program Emas.

Jual beli emas yg diciptakan khas untuk anda mencapai “Financial Freedom”

Meh saya terangkan dahulu bagaimana Jual beli ini berlaku :

=====================================



BELI

Anda beli 100g pamp dengan company pada harga ETA 14

RM12,000 per 100g

(ETA = Estimated Time Arrival, bayar dulu, dpt brg lepas 14 hari.

Linearly translate mmg xshariah compliance, moh kita jadikan ia

shariah compliance. Kita buat macam ne, pinjamkn dulu RM12,000

itu kepada company, lepas 14 hari company akan pulangkan semula

RM12,000 itu dan dlm masa yg sama company offer dekat anda utk

beli 100g pamp dgn harga RM12,000. Then anda beli 100g pamp tersebut

denga harga RM12,000. Setel)



JUAL

Setelah dapat barang, terus jual kepada company. Company

offer beli dengan harga RM28,000. Anda akan dapat bayaran 1st (cashback)

sebanyak RM11,000 dan baki RM17,000 secara ansuran RM3,400 x 5 bulan.

Tarikh pembayaran boleh rujuk kat bawah.



Dalam jual beli ini, anda akan akad wakilkn saya utk wakilkn anda dlm

urusan jual beli ini

Jual beli ini di bawah kelolaan ********* dan *****************

=====================================


Cara2 utk join **************, RM12,000 per 100g :

1. Bank in ke :

Maybank - *********

************

Selepas bank in attach resit di sini

2. Kemudian sila bg email anda utk sy sendkan agreement

4. Tggu saya masukkn dalam group fb khas, “ *********** ” dan tunggu payment bulanan

5. Last payment mengikut batch. Tarikh terakhir setiap batch perlu di bank in sebelum pkl 2 petang

6. Tunggu payment cashback dan monthly payment

=====================================

CASHBACK RM11,000 per 100g

B*** 1 -submit 15hb 9, cashback akan dpt pada 6-8/10/2014
B*** 2 - submit 16-20hb 9, cashback akan dpt pada 12-14/10/2014

B*** 3 - submit 21-25hb, cashback akan dpt pada 16-18/10/2014

B*** 4 - submit 26-30hb, cashback akan dpt pada 22-24/10/2014

Bayaran RM3400/bln utk bulan berikutnya selama 5bulan selepas tarikh terima CASHBACK.

B*** 1, payment monthly 9-14 hb

B*** 2, payment monthly 15-20hb

B*** 3, payment monthly 19-24hb

B*** 4, payment monthly 25-30hb

Payment monthly akan start Nov 2014 - Mac 2015

1-7 hari tempoh bertenang diperlukan semasa payment berlaku

=====================================

Sila reply , ,

Cth 1 : B***1, 100g ,15 sept

Cth 2 : B***2, 500g, 19 sept

Jika anda nak 2 B***

Cth : B***1, 100g, 15 sept dan B***2, 500g, 19hb

(means anda nak 600g, 100g pada B***1, 500g pd B***2)

Seterusnya sila ikut langkah2 pembayaran yg saya bg di atas tadi

-TAMAT-

*************************************************
Saya hampir masuk program ini. Program ini juga telah tamat.

Saya juga pernah bertanya seorang ustaz tentang program di atas. Jawapan yang diberikan sangat ringkas.
"Boleh, wakil tu tak boleh orang yg sama, pastikan emas diterima dulu"
fb ustaz: Bg customer jualbeli - Berhati hati nak join program jualbeli emas, jika aqad tak betul kita akan jadi serupa Along atau bank window selam atau tak selam.

comment: Boleh bg akad yg sah ustaz ?

ustaz: Jgn gabung aqad

comment: apa maksud jgn gabung akad tu

ustaz: Bagaimana dia rolling emas atau duit tu ?

ustaz: Jualbeli bersyarat atau bai al inah

komen: bleh x ust bg contoh akad yg x sah tu, sy x brape fhm

comment (bantu ustaz): Kna akad syarat duit ke emas ke. Saya bli emas dgn harga skian. Kalau emas ke duit blh x. Sya bli fiat skian dengan emas skian scara htang or x.

ustaz: Jual beli tangguh kena tentu dari awal harga, barang dan tempoh. Barang kena ada. Nanti jadi skim cepat kaya.

ustaz: Janji ada emas

komen pembantu ustaz: Tpi kn kalau kita gna emas sbgai wang n fiat sbgai barangan sperti emas dgn blian kmbing. Barangan kita dpt pda ktka tu kn. Cma bayaran n tmpoh yang dbyar dgn emas je scra htng kn.. Xblh jgak ke.. Msti fiat n kmbng ktgri sama kan sbb emas jd wang. Or kta kna ikut khilaf gak wlaupun kita blh pusingkan sperti yg nabi ajar ustaz? Bnyk tnya lak

ustaz: Kena tahu illat dan jenis.  Brg ribawi ialah nuqud , emas perak dan makanan. Emas tukar emas , satu illat satu jenis. Tak boleh tangguh dan mesti sama . Emas dan perak satu illat lain jenis , tak boleh tangguh , boleh lebih kurang. Beras dgn emas, lain illat lain jenis , boleh tangguh boleh berlebih kurang. 

komen:  Jadi wang fiat dgn emas lg la blh brtangguh kn ust? Fiat bkn brg ribawi..

ustaz: Masalah wang selain emas atau perak disebut sebagai fulus adalah khilaf, mazhab shafie kata bukan ribawi, mazhab maliki kata tak boleh tangguh. Adakah wang fiat tu fulus ? Mazhab Shafie jelas boleh tangguh.

ustaz: Mazhab Maliki pula jika kita pegang pendapat bahawa wang fiat adalah fulus , wang fiat tak boleh bayar zakat kerana tak ada zakat pada fulus.

ustaz: Mudharabah modal dalam nuqud dnd untung pun dalam dnd, fulus tak boleh

ustaz: Beli coklat hacks dgn fulus, beras dgn dirham dan kereta dgn dinar.

ustaz: Fulus ialah duit pecah. Fulus tak boleh berdiri sendiri tanpa dinar dirham, jika tidak rosak habis hukum muamalat. 

komen: Mazhab dollar kata tak boleh tangguh?betul ka

ustaz: Dia hukum sekerat kerat dari Imam Malik nak bg dollar halal. Dollar pula yg bagi hukum riba, zakat dan sbgnys.

komen (soalan): ustad saya nak tau pasal buat jual beli emas order n beli emas 999.9 contoh harga Rm9500 Ustad saya dapat brg dalam masa 30 hr....macam mana akad yg sah dr segi syariah....minta tolong ustad

ustaz: Aku beli secara salam atau tangguh emas 999 ini selama 30 hari.


Program ****, Loaded 7 & 8 diarik balik mengikut nasihat penasihat syariah. 
Mengikut bos, ada unsur riba. Sekarang masih menunggu keputusan. 
Pilihan terakhir adalah pulangkan modal. Tunggu update dari wakalah.

Kenapa Program loaded 7 & 8 ditarik semula? (Ini berdasarkan pemahaman aku)

Urus niaga loaded 7 & 8 ini menggunakan gold bar atau jongkong emas. Emas tulen ini tidak boleh dibayar secara bertangguh dan tiada khilaf ulama' berkaitan jongkong emas ini. Urus niaga barang kemas (emas yang telah dibentuk) ini ada khilaf. Termasuk Dr Yusuf al-Qardawi mengharuskannya. Boleh rujuk parameter SINI

Masih proses kumpul maklumat. Harap maklum.

15 Oktober 2014

Belajar Bahasa Inggeris.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Anda ingin belajar Bahasa Inggeris???!

Saya ingin cadangkan kepada semua pelajar dan semua guru, anda boleh layari blog yang sangat menarik pada mataku blog teachernuha. Klik di SINI. Anda boleh juga cari di bahagian Blog Best! saya.



Jangan lupa doakan teacher nuha. Semoga dipermudahkan segala urusan dan mendapat keberkatan dunia dan akhirat. Amin ^^'

Untuk teacher nuha, "saya nak jadi anak murid teacher boleh?," hihi

08 Oktober 2014

Cabaran PT3 dan KBD

Assalamualaikum. Semoga Allah sentiasa menetap hati kita dalam agama Islam. 

Cabaran tetap ada walau di mana sahaja. Semua orang ada cabaran dan cabaran setiap insan itu berbeza. Sebab itu kita mampu bercerita berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan sebagainya.

Sebelum penulisan ini lebih panjang, aku nak ucapkan selamat menyambut perayaan Aid Al-Adha. Semoga Allah menerima segala pengorbanan yang telah kita persembahkan. Cuti terlalu pendek dan sibuk dengan persediaan peperiksaan SPM, PT3, STAM dan STPM. 

Aku hanya berhadapan dengan pelajar tingkatan 3. Mereka bakal menghadapi Penilaian Pentaksiran Tingkatan 3 yang menggantikan PMR. Jika dahulu PMR, mereka hanya dapat satu slip keputusan peperiksaan. Pada slip tersebut terdapat 9 subjek atau 8 subjek sama ada mereka mendapat 9A atau 4A. Di sinilah keputusan yang mendebarkan. Berbanding sekarang, mereka mempunyai 4 sijil. PT3, PAJSK, psikometrik dan PPPM (pengganti PBS). Pernah dikatan nama PPMR. Rupanya PT3.

Semuanya terasa sangat baharu.Setiap tahun caranya berubah. Aku hanya sebagai pelaksana juga pening. Apa yang perlu dibuat? Tahun ini, baru didedahkan bagaimana pelaksanaan dilaksanakan. Bulan Julai. PPPM juga perlu dilaksanakan secara offline.Ramai rakan-rakan seguru tidak tahu. Apa semua ini???!

Subjek aku mengajar BA. Tersangat mencabar. Bukan bidang aku. Aku cuba sedaya upaya untuk mengajar sebaik mungkin. Daripada percubaan PT3, separuh dari calon PT3 tidak lulus. Apa lagi yang harus aku buat? Kelas tambahan aku cuba adakan. Ganti guru yang tidak ada. Usaha untuk mahirkan pelajar buat ayat mudah. Bengkel demi bengkel dilaksanakan tetapi mereka masih tiada usaha sendiri. Terasa aku terlalu lemah untuk mengajar mereka. Aku ajar semampu yang boleh. Kerja semakin mencabar. 

Selepas mereka menjawab soalan PT3, aku juga akan menanda sendiri kertas itu. Pentaksir kawasan akan memantau sama ada cara penandaan aku betul atau salah. Adakah aku bakal menangis sambil menanda kertas? Ya Allah, kuatkan diriku untuk menghadapi semua cabaran ini. 

Tahun depan. Cabaran lebih besar. Semua sekolah SABK bakal melaksana Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT). Tempat aku mengajar ini bakal melaksanakan KBD. Jika dulu ada pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Bila pelaksanaan KBD, Pendidikan Islam akan dipecahkan kepada Usuluddin dan Syariah. Kedua-dua matapelajaran ini diajar dalam Bahasa Arab. Buku teks juga dalam Bahasa Arab. Bahasa Arab daripada 6 waktu berubah kepada 15 waktu. Matapelajaran teras tetap ada seperti BM, BI, Math, Sains, KHB, Geografi, Sejarah, PJK dan PSK ditukar kepada Pend Seni. 

Kebanyakan guru Bahasa Arab boleh mengajar pendidikan Islam tetapi guru pendidikan Islam tidak semua mampu menguasai Bahasa Arab. Itu menjadi cabaran kepada guru pendidikan Islam. Hampir 5 tahun aku bergelumang dengan BA, tahun depan bakal mengajar bidang syariah dalam Bahasa Arab. Latihan BA selama 5 tahun ini, memabantu aku mengajar syariah dalam bahasa arab. Bagaimana penerimaan pelajar tingkatan 1 tahun depan? Tak mampu aku bayangkan keadaan mereka. Jika tahun ini, ada pelajar tak kenal huruf hijaiyyah masuk ke sekolah ini, apatah lagi tahun depan? Aku harus menghadapi mereka. Terserah kepada pihak yang bertanggungjawab membuat tapisan atau tidak.

Aku bagi sedikit gambaran bagi bakal pelajarku ^^'

'Perbezaan'

'Bidang KBD dari tingkatan 1-5'

'KBD secara terperinci'


'KBD Tingkatan 6'

'Laluan kerjaya'


Ini sahaja gambaran awal yang boleh aku kongsi. Semoga kalian boleh memilih sekolah mana yang sesuai.

21 Ogos 2014

Pengganti Khilafah Abbasi

Kerajaan Seljuk merupakan Empayar Turk. Mereka daripada Suku Turk. Kerajaan Seljuk juga merupakan penyokong kuat Khilafah Abbasi di Baghdad.

Khilafah Abbasi berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Khilafah Fatimi di Mesir dan Syam yang berfahaman Syiah.

Kerajaan Buwehi pula di Iran dan Iraq yang berfahaman syiah.

447H : Tugrul Bey atau Sultan Ruknuddin Tugrul Bey atau Sultan Tugrul Bey memerintah kerajaan Seljuk. Ketika ini kerajaan Seljuk menjatuhkan kerajaan Buwehi. Secara tak langsung menghapuskan pengaruh syiah di Buwehi.

Selepas Tugrul Bey meninggal, Sultan Muhammad -anak saudara Tugrul Bey menggantikan beliau dengan gelaran Alp Arslan (Singa Berani)----> macam dalam cerita NANIA. Be;iau melaksanakan DASAR TERTUTUP dalam pentadbirannya.
Antara akhlak Alp Arslan:

  • Penyayang dan pemurah
  • berdoa mendapat nikmat Allah
  • sentiasa bersedekah
  • derma 15 ribu dinar
  • tiada kes jenayah dan pelanggaran undang-undang sepanjang pemerintahannya
  • sentiasa jaga harta rakyat.

Alp Arslan meninggal dan kerajaan Seljuk digantikan oleh anaknya, Malikshah.

Ketika pemerintahan Malikshah;

  • gagal menyatupadukan empayar. 
  • berlaku perebutan kuasa.
  • gagal mendapatkan hak khalifah dan sultan kepada cucu beliau.
Kemudian zaman kegemilangan Empayar Seljuk berakhir.

Siapa Nizam Al-Mulk? Anak beliau adalah Imaduddin Zinki.

  • Menteri yang hebat
  • minat ilmu
  • menguasai ilmu hadis
  • menteri penasihat bagi Sultan Alp Arslan dan Malikshah
  • hafal al-Quran 
  • bermazhab Syafii
  • sentiasa berwudu' dan solat sunat
  • apabila dengar azan, beliau hentikan aktiviti yang dilakukan dan bersedia untuk solat.
  • Beliau meninggal dunia oleh seorang budak ketika mahu berangkat menunaikan haji. Disangkanya budak itu ingin memeluknya. Ketika dipeluk, beliau ditikam dan meninggal dunia selepas mengucap kalimah syahadah. Sebelum meninggal dunia, beliau telah berpesan dan mengatakan beliau telah memaafkan pembunuh itu.
Zaman kejatuhan kerajaan Seljuk


Sultan Malikshah mempunyai 4 orang anak;

1. Barkiyaruq
2. Muhammad
3. Sarjar
4. Mahmud

Pengganti Sultan Malikshah adalah Mahmud. Sedangkan beliau merupakan anak ke-4 dan masih kecil. Beliau dikenali Nasiruddin Mahmud. Beliau dilantik adalah disebabkan ibunya , Turukan Khatun orang yang berkedudukan tinggi pada zaman Malikshah. Beliau sempat memerintah selama 2 tahun sahaja. Pada tahun 487H /1094M, beliau meninggal dunia bersama ibunya.

Beliau digantikan oleh Barkiyaruq atau Ruknuddin Abu al-Muzafar Barkiyaruq bin Malikshah sehingga pada tahun 498H/ 1105M. Kemudian beliau digantikan oleh Ruknuddin Malikshah II. Dalam tahun yang sama pemerintahan Empayat disandang oleh Ghiyasuddin Abu Sujak Muhammad. Pemerintahan ini berlangsung hingga 511H/ 1128M. Kerajaan ini jatuh pada tahun 522H/ 1128M di tangan Shahnat Khaawarizm.

Kemudiaan Empayar Seljuk mula berpecah dan kuasa mereka mula lemah. Empayar ini berpecah kepada beberapa blok dan puak. Mereka saling berperang sesama sendiri demi merebut takhta. Empayar ini berpecah kepada beberapa negara dan kerajaan kecil. Negara dan kerajaan kecil ini tidak tunduk kepada seorang sultan seperti zaman Sultan Tugrul Bey, Sultan Alp Arslan dan Sultan Malikshah serta beberapa sultan yang terkemudian. Mereka tunduk di bawah pemerintahan berasingan dan tiada hubungan kerjasama antara mereka.

Kesannya
----> muncul  kerajaan Khawarizm di wilayah Seberang Sungai. Muncul selepas menghalang serangan Monggol
----> dalam masa yang sama muncul kerajaan kecil Seljuk di utara Iraq dan Sham yang dikenali negara--negara Atabek.
----> dalam pada masa yang sama juga muncul kerajaan Seljuk Rom. Kerajaan ini menghalang serangan tentera Salib. Mereka menyekat serangan ini di sempadan barat laut Asia Minor. Tetapi kerajaan ini dihancurkan oleh beberapa serangan Monggol selepas itu.

SUMBER: Buku Empayar Uthmaniah oleh Dr. Ali Muhammad As-Solabi. Terbitan Pustaka Salam.

Imam Malik

 Dalam dunia Islam, aku sangat jahil berkaitan mazhab-mazhab yang ada. Jika melihat latar belakang pengajian aku sehingga pengajian sarjana,...