06 November 2020

Nota: Harta Pusaka Kecil

Selama ini aku sendiri tidak tahu bagaimana nak uruskan harta pusaka. Jika aku sebagai waris, aku sendiri tidak tahu ke mana aku perlu rujuk untuk selesaikan. Adakah di Mahkamah Tinggi? Atau di Pejabat Pusaka Kecil atau Amanah Raya Berhad? Atau di Mahkamah Syariah? Oleh itu urusannya terasa sukar dan kebanyakan harta tanah pusaka terbiar tanpa ditukar nama. Pada geran tanah masih mempunyai banyak nama. Terutama nama orang yang telah mati. Ia bertambah sukar.

Kali ini , aku akan kongsikan tentang urusan Harta Pusaka di Malaysia untuk kajian aku sendiri. Rujukan akan diletakkan dibahagian atas artikel.

https://www.jkptg.gov.my/index.php/my/permohonan-pusaka

Harta Pusaka Kecil

Harta pusaka kecil adalah harta yang ditinggalkan oleh si mati. Antara ciri-ciri si mati adalah tidak meninggalkan wasiat (bagi si mati bukan Islam). Harta itu mesti terdiri daripda harta tak alih seperti tanah dan rumah sahaja atau harta tak alih bersama dengan harta alih seperti wang tunai, saham, kenderaan, caruman KWSP/ Insuran (tanpa penama), ASN/ ASB dan sebagainya. Jumlah nilai keseluruhan harta itu hendaklah melebihi RM 2 juta mulai 1 September 2009 pada tarikh permohonan dibuat.

Permohonan pembahagian Pusaka Kecil (seksyen 8)- Akta Hartanah Pusaka Kecil (Pembahagian ) 1955 boleh dibuat dalam Borang A. (aku tak pasti di mana nak cari borang ini). Permohonan ini mesti disertakan dengan bukti kematian iaitu Sijil kematian/ permit menguburkan atau Surat Akuan Sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan jenazah dikebumikan. Contohnya bagi kematian pendudukan Jepun atau sebelumnya. Atau Perintah Anggapan Kematian yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi dalam keadaan seperti kematian tanpa kubur, hilang semasa pendudukan Jepun, tragedi 13 Mei 1969, tragedi Muassem dan perintah ini hanya boleh didapati selepas 7 tahun dari tarikh berlakunya kejadian. 

Pemohon juga perlu sertakan Dokumen Harta Tak Alih. Dokumen inidalam bentul salinan hak milik yang diakui sah oleh Pelajabat Tanah atau Perakuan Carian Rasmi yang menunjukkan pegangan harta tak alih si mati atau surat perjanjian jula beli bagi rumah yang belum ada hakmilik yang berasingan. Salinan resit cukai pintu abgi kediaman/ bangunan Hak Milik Strata yang belum dikeluaran dan resit cukai tanah jika ada. 

Pemohonan perlu disertai salinan dokumen harta iaitu harta alih seperti salinan sijil saham, salinan buku akaun simpanan, salinan hak milik kenderaan, salinan penyata KWSP dan sebagainya yang terkini.

Timbul pula persoalan. Siapakah yang berhak memohon? Antara mereka yang berhak memohon adalah waris-waris si mati seperti balu lelaki atau perempuan, anak lelaki atau perempuan, ibu atau bapa, Majlis Agama Islam (Baitulmal) dan sebagainya. Pemiutang dan pengkaveat (eh boleh jugak ke? konfius pulak). Pembeli di bawaha surat perjanjian jual beli yang sah. Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah si mati. Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh pentadbir Tanah. Amanah Raya Berhad juga berhak memohon.

Dimanakah permohonan dikemukakan? Permohonan ini boleh dikemukakan di Unit Pembahgaian Pusaka / Pejabat Tanah di mana harta tak alih simati terletak. Sekianya si mati mempunyai harta tak alih seperti tanah di banyak tempat sama ada di dalam negeri yang sama atau negeri yang berlainan, permohonan pembahgaian kesemua harta tak alih itu hendaklah dikemukakan di salah satu daerah sahaja iaitu di mana harta tak alih itu terletak. 

Menghadiri perbicaraan. Semua dokumen asal seperti bukti kematian, hak milik tanah, kad pengenalan, surat beranak, surat nikah, bukti-bukti harta alih dan lan dokumen yang difikirkan perlu hendaklah dibawa semasa perbicaraan. Semua pihak yang diminta hadir adalah dikehendaki hadir secara bersumpah/ berikrar. Mana-mana waris yang tidak dapat hadir bolehlah mengemukakan Surat Akuan Persetujuan yang ditandatangani di hadapan Pentadbir Tanah, Majistret, Pesuruhjaya Sumpah atau Notaris Awam Sila nyatakan cara pembahagian yang dikehendaki dengan jelas. Surat Akuan Persetujuan boleh didapati di semua Unit Pembahagian Pusaka, Pejabat Tanah atau di muatturun melalui laman web jabatan iaitu www.jkptg.gov.my 

Cara Harta Pusaka Kecil dibahagikan. Pembahagian ini adalah mengikut Hukum Syarak bagi orang Islam. Bagi bukan Islam pula, Pembahagian adalah mengikut Akta Pemabhagian 1958 (Akta 300). Pembahagian secara muafakat (bagi aku: kaedah takharuj) boleh dilaksanakan jika semua waris yang berhak mewarisi harta pusaka si mati bersetuju. Pembahagian bagi pegangan desa di bawah Akta Tanah (Kawasan-kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 tidak boleh dibuat lebih dari dua orang. (aku: ini kes felda ni). Jika lebih dari dua orang yang berhak dan mereka tidak setuju secara muafakat memberi kepada dua orang sahaja daripada mereka, Pentadbir Tanah boleh menjual pegangan itu dan hasil jualannya dibahagikan di kalangan orang yang berhak. Jika si mati meninggalkan tanah di Daerah Jelebu, Kuala Pilah, rembau, Tampin dan Jempol dan ianya adalah ahli sesuatu suku di Negeri Sembilan, pembahgaian pusakanya adaah mengikut Bahagian III Akta. perintah jualan secara tender dalam keadaan tertentu mengikut peruntukan 15(4)(d) Akta.

Jangkamasa memproses sesuatu tuntutan. Jangkamasa minima memproses sesuatu tuntutan kes biasa adalah dalam tempoh 5 1/2 bulan bagi Permohonan Baru -Borang A Seksyen 8. Bagi kes yang melibatkan kematian berlapis dan harta berada di dalam daerah yang berlainan, jangkamasa proses mungkin melebihi dari tempoh di atas.

Rayuan terhadap perintah. Mana-mana pihak yang tidak puashati dengan perintah pembahagian yang telah dibuat, hendaklah membuat rayuan melalui Pentadbir Tanah ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah itu dibuat. (Seksyen 29 Akta & Peraturan 10, Peraturan Harta Pusaka Kecil 1955)

Pendaftaran perintah pembahagian. Setelah perintah pembahagian dikeluarkan, pihak waris hendaklah mengemukakan hakmilik tanah (Geran) di Pejabat Tanah berkaitan untuk tujuan pendaftaran pembahagian tersebut. Bagi maksud pembahagian harta alih, pihak waris hendaklah mengemukakan perintah pembahagian ke agensi/ institusi yang bertanggungjawab terhadap harta alih tersebut.

Permohonan berikutnya (Seksyen 17 Akta). Ianya adalah satu permohonan yang dibuat selepas permohonan awal (Borang A-Seksyen 8 AKta) telah diselesaikan. Permohonan berikutnya boleh dibuta dalam keadaan seperti ada harta yang tertinggal dalam permohonan awal. Atau apabila perlu melantik seorang pemegang amanah yang baru. Atau apabila perlu melantik seorang pentadbir yang baru. Atau untuk membatalkan suratkuasa tadbir dan pembahagan dibuat secara terus kepada waris simati. Atau untuk menarik balik sesuatu Kaveta Pendaftar. Setiap permohonan berikutnya hendaklah dengan menggunakan Borang P.

Apa maksud Kaveat ye? Nanti kena cari ni. Aku teruskan dulu dengan perkara lain.

Mengapa permohonan pusaka perlu dibuat segera? Semua orang nak tau kan. Jika susah dengan sistem birokrasi, ramai orang surender. Kita perlu buat permohonan pusaka supaya dapat mengelakkan bilangan yang ramai akibat daripada kematian berlapis. Sterusnya memudahkan proses pembahagian pusaka. Ia membolehkan harta pusaka dimanfaatkan dengan segera bagi faedah semua waris. Ia juga bagi mengelakkan berlakunya tanah terbiar. Akhir sekali bagi mengelakkan wang simpanan simati dalam mana-mana institusi kewangan , atau koperasi, saham-saham,bon daripada dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut.

Bayaran pendaftaran adalah percuma bagi permohonan baru (Borang A- Seksyen 8-Akta) dan bagi permohonan berikutnya iaitu Borang P - Seksyen 17 Akta. Selepas perbicaraan, bayaran perintaha dalah berdasarkan nilaian terkini harta simati ( seperti senarai harta smati di Borang Permohonan - Borang A Seksyen 8 Akta). Jika nilaian keseluruhan simati RM1.00 hingga RM 1,000, bayaran perintah adalah RM 10. Jika RM1,001 hingga RM 50,000 bayaran perintah adalah RM30.00. Manakala jika nilaian adalah RM50,001 dan ke atas, bayaran perintah dalah 0.2% dari nilaian harta simati. 

Bagi permohonan berikutnya (Seksyen 17) adalah RM30. Permohonan ini melibatkan permohonan seperti Pemegang Aanah, Kaveat Pendaftar ataupun pembatalan Pentadbir. Jika melibatkan ketinggalan harta, bayaran perintah hendaklah mengikut nilaian harta terkini yang diselesaikan di bawah Seksyen 17 Akta (Permohonan Berikutnya) sahaja. jumlah bayaran bagi mendaftarkan perintah pembahgaian dalam hakmilik tanah (geran) adalah mengikut peraturan-peraturan tanah negeri. Duti Harta Pusaka - (jika ada) akan ditentukan di akhir perbiacraan mengikut nilai harta pada tarikh mati. Jumlah yang dikenakan tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Duti Harta Pusaka 1941. Salinan perintah pembahagian dibekalkan secara percuma bagi salinan pertama dan bayaran RM5.00 dikenakan bagi salinan kedua dan seterusnya. Salinan perintah pembahagian yang diperlukan oleh mana-mana orang selain daripada pentadbir/ waris dikehendaki menbayar RM30 bagi salinan pertama dan RM10 bagi salinan kedua dan seterusnya.

Sekiranya ada rayuan ke Mahkamah Tinggi, bayaran yang akan dikenakan adalah RM 50 bagi bayaran fee rayuan. RM 1,500 bagi bayaran deposit rayuan. Bayran menyediakan salinan dokumen yang dikehendaki bagi salinan pertama adaah RM30. Bagi salinan kedua dan seterusnya adalah RM10. Bayaran untuk mendapatkan salinan pertama Nota Pembicaraan RM30 bagis etiap Folio 100 patah perkataan atau sebahagian daripadanya dan RM10 bagi salinan kedua/ seterusnya setiap 100 petah perkataan atau sebahagian daripadanya.

Di antara ciri-ciri istimewa dalam pembahagian pusakan adalah borang permohonan (Borang A) boleh didaati di Unit Pembahagian Pusaka Kecil atau Pejabat Tanah Daerah. Pembicaraan boleh diadakan di Balai Raya/ Balai Penghulu Dewan Orang Ramai yang berhampiran dengan tanah peninggalan simati. Peguam tidak diperlukan. Penyerahan / penerimaan hak/ bahagian sesama wars boleh dibuat semasa pembicaraan dan tidak dikenakan apa-apa bayaran. Pembahagian boleh dibuat secara terus kepada waris simati dan suratkuas tadbir hanya diberi dalam keadaan tertentu.

http://www.ukm.my/e-mirath/harta-pusaka-kecil/

Pindaan Akta Pusaka Kecil (Pembahagian ) 1955 adalah pada seksyen 3 (2) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta 98), nilaian bidangkuasa Pentadbiran Tanah telah dipinda daripada  RM600,000 kepada RM 2,000,000 selaras dengan peningkatan nilaian pasaran hartanah masa kini. Jika si mati eninggalkan harta tak alih sahaja atau bersama-sama dengan harta alih dan nilaian harta tersebut tidak melebihi RM2,000,000 dan tidak meninggalkan wasiat bagi bukan Islam, maka waris si mati boleh menfailkan permohonan pembahgain harta pusaka di Bahagian Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian atau Pejabat Tanah tanpa perlu kemukakan permohonan ke Mahkamah Tinggi.

Yang kedua adalah Pindaan Seksyen 4 (2) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 9Akta 98) yang memperuntukkan bidang kuasa Pentadbir Tanah berkenaan dengan harta pusaka kecil. Melalui pindaan ini, Oentadbir Tanah di daerah di aman satu petisyen telah dibuat atau jika terdapat lebih daripada satu petisyen, di mana petisyen pertam adibuat, hendaklah mempunyai bidang kuasa eksklusif mengendalikan permohonan, perbicaraan dan seterusnya  mengeluarkan perintah pembahagian. Pindaan ini membolehkan waris-waris si mati mengemukakan permohonan di mana-mana Bahagian Pembahagian Pusaka atau di Pejabat Tanah di daerah atau negeri yang si mati ada meninggalkan hartanah tanpa mengira nilainya di daerah atau negeri yang mana lebih tinggi. Ini juga bermakna Pentadbir Tanah di mana permohonan yang paling awal difailkan akan memunyai bidangkuasa eksklusif walaupun nilaian hartanah yang tertinggal (permohonan berikutnya) tinggi di daerah lain.

Yang ketiga, Pindaan Seksyen 4(5) Akta Hartanah Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta 98) adalah bertujuan untuk membenarkan Pegawai Penilaiuan selain daripda Pentadbir Tanah menentukan nilai hartanah yang ditinggalkan oleh si mati. Ini akan mempercepatkan proses penilaian. Maka melalui tambahan kepada Seksyen 8(8), Pentadbir Tanah dibenarkan untuk menguruskan sesuatu petisyen bagi pembahagian tanah pusaka kecil di adapnnya tetap juga dibenarkan untuk memindahkan petisyen itu kepada Pentadbir Tanah yang lain jika didapati adalah lebih sesuai dan bermanfaat bagi petisyen itu didengar oleh Pentadbir Tanah yang lain.

https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kaveat+&d=175768&

Definisi : (kavéat) (Udg) notis rasmi kpd mahka­mah bahawa sesuatu tindakan tertentu tidak sepatutnya diambil tanpa memberitahu orang yg memberikan notis ini; pengkaveat orang yg memfailkan (mendaf­tarkan) kaveat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


22 Oktober 2020

Nota: Sumber Undang-undang di Malaysia 1

 Alhamdulillah. Hari ini aku berpeluang mengikuti kuliah kali kedua. Kulaih kali pertama aku telah terlepas sebab tiada panduan ketika itu. Rupanya, dalam smpweb ada diberitahu tentang kuliah ini. Orang senior baru nak mula kuliah selepas 11 tahun bekerja, inilah kejadian yang berlaku. Musim Pandemik C19, membuatkan semua menjadi online termasuk kuliah. Jika kuliah zaman aku, kena hadir kuliah secara bersemuka tetapi sekarang semua kena guna teknologi. 

Sebagai nota, aku nak tulis apa yang aku dah ikuti sebab nota aku dah huru hara dan nota kuliah pun tidak print. Entri kali ini sebagai nota sahaja. 

Sumber dalam Bahasa Arab adalah Adillah bukan masdar. Sumber juga membawa maksud faktor yang mempengaruhi undang-undang. Ia juga boleh membawa maksud asal-usul undang-undang ynag diakui undang-undang ini oleh semua pihak. Tiada pertikaian. Tiada bantahan. 

Adillah dalam Islam mempunyai DUA iaitu Ittifakiyyah(yang disepakati oleh semua ulama' dalam mazhab) dan juga tidak disepakati.

Adillah Ittifakiyyah ini dibahagikan kepada DUA

1) Qat'i. Contohnya sumber dari Al-Quran, Hadis, Ijma; dan Qias.

2) Ijtihadi. Contohnya sumber  dari Istihsan (mazhab Hanafi), Istishab, masalih mursalah, sadd zara'iah, Qaul sahabiy, adat dan banyak lagi.

Definisi undang-undang mempunyai TIGA sudut pandang.

1) Sumber sejarah perkembangan undang-undang

2) Sumber sah seperti dari Parlimen atau mahkamah

3) Sumber bertulis. Sumber ini terbahagi kepada DUA iaitu undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan dan perundangan. Satu lagi adalah undang-undang bertulis di Malaysia seperti undang-undang negeri dan undang-undang persekutuan

****kita boleh lihat undang-undang Islam di negeri-negeri bersekutu( Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak) dan negeri-negeri tidak bersekutu (Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu ) berlainan dalam bab nikah kahwin. Contohnya negeri bersekutu ini menggunakan mahar misil RM 200, RM 250. Dia ada hantaran hangus yang digunakan untuk kenduri dan tidak diserahkan kepada pengantin perempuan. Manakala negeri-negeri tidak bersekutu ini menggunakan mahal musamma. Maskahwin ditentukan oleh pihak keluarga dan menjadi hak pengantin perempuan. Yang ini aku baru tahu sebenarnya. hahaha

***Selepas kemerdekaan, undang-undang yang diputuskan di peringkat Parlimen di namakan AKTA dan undang-undang yang diputuskan di peringkat negeri -DUN dinamakan ENAKMEN (betul tak ejaan ini?). Di Sarawak masih menggunakan Ordinan. Sebelum merdeka Tanah Melayu menggunakan Ordinan juga. Tetapi berubah selepas merdeka. 

***Satu lagi tentang nama Malaysia. Nama Malaysia digunakan selepas Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963 ditubuhkan. Sebelum itu dinamakan Tanah Melayu. Kenapa bertukar nama? Ini kerana Tanah Melayu telah bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1965, Singapura keluar dari Malaysia dibawah pemerintahan Lee Kuang Yue (nanti aku semak semula nama). Masa 1963 itu ada konflik berlaku antara negara asean. Seperti Indonesia, Presiden Sukarno nak gabung dengan Indonesia. Aku dah lupa namanya. Filipina marah juga sebab dia mengatakan Sabah adalah dibawah Kesultanan Sulu dan dibaah pemerintahan mereka. Nak tahu lebih lanjut, kena la google sikit.

Undang-undang tidak bertulis membawa maksud undang-undang ini tidak digubal oleh mana-mana negeri atau persekutuan. Undang-undang ini tidak bersumber kepada Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Contohnya Common Law and Equity, Keputusan kehakiman, undang-undang adat dan undang-undang Islam. Yang ini aku tak faham sangat, jadi aku tak boleh tulis detail. Sekadar apa yang ada dalam notaku sendiri. Tetiba rasa confius. Abaikan dulu. 

Secara ringkasnya, sumber undang-undang terbahagi kepada undang-undang bertulis seperti persekutuan-persekutuan, perlembagaan negeri, statut-statut (asal aku ingat ejaan salah- ini term utk orang law) dan undang-undang kecil seperti akta kesalahan jalanraya. Undang-undangtidak bertulis pula terbahagi kepada Common Law and Equity, keputusan kehakiman, undnag-undang adat dan undang-undang Islam (eh...tak bertulis ke? 😓)

Perlembagaan Persekutuan.

Di Malaysia, Perlembagaan Persekutuan ini adalah undang-undang induk. Di dalam nya terdapat prinsip-prinsip utama pemerintahan negara. Bukan main-main macam tu je. hehehe 

Contohnya situasi sekarang, kuasa melantik Perdana Menteri adalah dibawah kuasa Agong. Selepas Perdana Menteri dilantik, kuasanya melebihi Agong. Sebelum PM dilantik, kuasanya adalah Agong. Faham tak??? Eh, aku baru perasan la dalam bab ini.

Apakah definisi perlembagaan?

Perlembagaan ini mempunyai prinsip-prinsip asas  yang mengasaskan sesebuah negara. Ia termaktud sama ada dalam undang-undang, adat atau Majlis Piagam Perjanjian (pelik pula notaku). Perlembagaan ini adalah penentu peraturan sesebuah negara seperti menjelaskan hak-hak dan tanggungjawab kerajaan terhadap warganegara dan warganegara terhadap kerajaan. Nanti cari rujukan semula.

Tujuan perlembagaan diadakan supaya negara mencapai taraf yang dikehendaki oleh rakyat. Selesai masalah rakyat. Kekalkan keamanan walaupun pemimpin bertukar ganti. Menjamin kerajaan kuat dan berpanjangan. Apa-apa kerajaan buat diketahui oleh rakyat (bukan sembunyikan). Jamin kestabilan negara seperti Turki. Walaupun ada perubahan sistem kepada sistem monarki, negara tetap stabil. Betul ke? Dari pembacaan aku, ada banyak konflik berlaku secara dalaman tetapi tidak didokumentasikan.

Jenis-jenis perlembagaan ada DUA iaitu perlembagaan bertulis dan perlembagaan tidak bertulis (Jangan konfius dengan undang-undang bertulis dan tidak bertulis ye). Perlembagaan bertulis ini kebanyakan negara akan buat dalam bentuk dokumen, ikut kebiasaan yang dibuat, sukar dipinda dan diamalkan oleh semua negara kecuali Britain. Britain masih menggunakan undang-undang tidak bertulis. Ia berdasarkan amalan dan mudah dibuat pindaan. Jika bertulis, susah nak pinda kecuali persetujuan DUA PERTIGA ahli parlimen. Malaysia ada 222 ahli parlimen. Jadilah 222 orang bahagi 3. Masalahnya Malaysia ini tiada parti yang kuasai 2/3 parlimen. Bertambah susah nak pinda. Alahai...sebab itu susah nak tunaikan janji...

Sifat perlembagaan bertulis adalah kukuh dan sukar dipinda, kuasa parlimen dan tugas mahkamah adalah tafsirkan perlembagaan jika timbul isi salah faham. 

Cukup setakat ini dulu. Nanti kita masuk ke Sejarah Ringkas Perlembagaan Malaysia.

17 Oktober 2020

Pentingkah SPM?

Baru-baru ini, seorang influencer telah memuat naikkan keputusan SPMnya yang hanya lulus BM dan sejarah. Dia dapat sijil asbab 2 mata pelajaran itu. Kemudian dia mendapat kecaman dari beberapa pihak termasuk netizen Malaysia. 

Tidak lama selepas itu, aku terbaca bahawa setiap tahun dia kongsi keputusan SPM tetapi kenapa viral sekarang? 

Dia menjelaskan bahawa ibu bapanya kecewa dengan keputusan itu. Dia cuba mengembirakan mak ayahnya dengan daftarkan diri di Kolej Komuniti dalam bidang akaun. Jika aku tak silap. Keputusannya memang gempak! hebat! Hampir semua keputusan peperiksaan adalah A. Alhamdulillah, dia dapat membuatkan mak ayahnya gembira. Itulah hadiah berharga setelah dia gagal dalam SPM. 

Ramai salah faham termasuk aku. Jadi gambar sahaja tidak cukup untuk sampaikan maksud kecuali dengan tulisan sebagai penjelasan.

Nasihatku kepada calon SPM, buatlah yang terbaik dalam SPM. Jika kita dah berusaha, tetap gagal, jangan putus asa. Mungkin anda cemerlang dalam kemahiran tetapi tidak dalam akademik. Teruskan belajar. Teruskan minat untuk menceburi apa jua bidang. Yang pasti, jangan susahkan mak ayah untuk menanggung makan minum kita pada masa akan datang. Jaga akhlak, jaga perkataan. Tidak cemerlang akademik, akhlak tetap terjaga.

Jika anda cemerlang SPM, anda banyak peluang untuk mencari ilmu secara formal daa mendapat tajaan dari pelbagai pihak. Teruskan kecemerlangan anda seiring akhlak yang baik. Tanpa akhlak, kecemerlangan anda adalah sia-sia.

Sekian.

10 Oktober 2020

5 Budak 3 Ibnu Khaldun


Pelajar kelas ini terdiri daripada 2 pelajar perempuan dan 12 pelajar lelaki. Ini dikira kelas 'malas belajar.

Bagi kerja rumah, tidak siap.
Kita mengajar, dia tidur.
Kita suruh buat latihan sekarang, dia bersembang dengan kita.
Bila tidak hadir, alasannya tertidur.

Ramai juga guru merungut, kenapa kelas ni teruk sangat?

Memang teruk pun, jika

1. Guru nilai akademik mereka. 
2. Guru lihat kesungguhan mereka ketika belajar kelas.
3. Guru ajar lain, dia tanya lain.
4. Guru mengajar semalam, hari ini lupa.

Aku dah malas nak tulis banyak sangat tentang negatif.

Aku lihat dari sudut positif.

1. Pelajar ini nakkan perhatian. Di rumah tiada siapa peduli.Layan cerita dia.
2. Pelajar ini apabila minta bantuan, terus dibuat. 
3. Pelajar ini apabila puji kebaikannya, dia nak buat lagi dan lagi.
4. Mereka baik, cuma guru2 kena tau cara nak gilap. Aku sendiri gagal😂
5. Kelas mereka ini antara kelas yang tak bosan. Ada sahaja perkara yang kelakar. Budak pun jenis hyper aktif. Kalau mood 'swing' , mereka pasti kena marah. Marah2 sayang😘

Tadi apabila mereka nak 'lambaian kasih' muka mereka tahan sedih tapi aku dah nangis. Ada sorang tu pakai mask, air mata laju turun. Hai! lembutnya hati dia ini🧐.

04 Oktober 2020

Anak menjadi tuan?

Semalam aku menyaksikan satu situasi antara ibu dan anak. Walaupun ibu ini hanya ibu angkat kerana tiada zuriat setelah lama berkahwin.

Ibu ini pergi 'shopping' dengan tujuan membeli barangan seperti cadar untuk kegunaan homestay beliau. Dibawa bersama anak kecil lebih kurang usia 7 tahun dan jantina lelaki. 

Disebabkan 2 Oktober tarikh lahirnya, dia menuntut ibunya hadiah. Bagi anak ini, setiap 2 oktober dia perlukan hadiah. Nampak kedai permainan, minta ibunya belikan. Merengek. Marah-marah. Hentak kaki. Buat-ba nangis. Aku yang jadi penonton ini rasa nak angkat tangan. Ish, anak orang. Sedarkan diri sendiri.

Adakah cara ini menghasilkan ibu melahirkan tuan? Wallahu a'lam. 

Anak ini akan sentiasa sebut sehingga dibelikan hadiah. Besar. Mahal. RM140 untuk 2 lori truck yang besar dan ada alat kawalan bersama bateri. Bagi aku, ini membazir.

Alhamdulillah, keluarga aku tidak mengamalkannya. Atau kerana keluarga kami, keluarga besar dan tiada kemampuan untuk memberi kepada 13 orang anak. Bagi aku budaya beri hadiah sempena hari lahir, bukan budaya Islam.

Aku teringat mak pernah cakap, hari lahir kita adalah hari kematian kita. Apabila ada ramai yang mati setelah menyambut hari lahir, aku teringat cerita mak. Hampir betul. Jika lahir hari jumaat, kita akan mati hari jumaat. Aku lahir hari selasa malam, adakah aku tiada peluang mati hari jumaat?

Kembali kepada cerita anak dan ibu ini. Aku berbual dengan si anak yang aku panggil 'abang'.

"Ummi sayang abang sebab itu ummi belikan abang hadiah," kataku.

"Ala, semalam kan birthday abang, ummi kena la belikan abang hadiah," kata si 'abang'.

"Sepatutnya abang yang kena beri ummi hadiah sebab ummi yang jaga abang hingga abang jadi besar dan sihat macam ni," si 'abang' tunjuk 💪😅.

"Abang besar nanti, abang beli la. Untuk kakak sekali," kata Si 'abang'. Aku baru nak bahasakan diri acik🤗😂.

"Ummi dah beli tu. Lepas ini abang kena dengar cakap ummi. Ummi suruh kena buat. Ummi marah, jangan buat," kataku lagi. Macam berceramah.

"Baiklah," katanya ringkas sambil sentuh barang mainan lain. 

Nampak gaya,semua mainan dia suka.Nak yang besar. Kecil tak main. Kesian ummi dia.Ikut sahaja telunjuk anak supaya diam.

Entah apa yang akan aku buat, jika si 'abang' adalah anakku. Jangan bayangkan kerana perkara itu belum berlaku.

Yang pasti setiap ibu bapa perlu ada ilmu 'parenting' untuk mendidik anak-anak zaman sekarang. Zaman dahulu pasti berbeza kerana anak-anak sekarang lebih banyak dengan teknologi daripada bergelumang dengan sungai, selut dan segala permainan luar rumah.

Moga aku dan keluarga dijauhkan daripada 'anak menjadi tuan'. Aminn

03 Oktober 2020

Fasa Covid-19 Mac 2020

 1 Mac 2020: KKM sahkan 4 kes positif. Jumlah kes adalah 29 kes. 

Kes ke-26 berusia 52 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai, Cjina pada pertengahan Januari.

Kes ke-27 adalah jururawat pelatih wanitan berusia 20 tahun yang menjalani latihan sangkutan jangka pendek di hospital swasta yang merawat kes ke-24.

Kes ke-28 adalah lelaki berusia 45 tahun, rakan sekerja kes ke-25.

Kes ke-29 pula membabitkan wanita berusia 35 tahun yang dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 21 Februari 2020.

***********

3 Mac  2020: KKM sahkan 7 kes positif membabitkan warga tempatan menjadikan jumlah keseluruhan ialah 36 kes. Semua kes adalah kontak rapat kes ke-26 pada 29 Februari 2020.

***********

4 Mac 2020: 14 kes baharu dilaporkan dan menjadikan jumlah kes positif di Malaysia meningkat kepada 50 kes.

Kes ke-31 hingga 50 adalah kontak rapat bagi kes ke-26.

***********

5 Mac 2020: 5 kes disahkan positif Covid-1. Ia dikenal pasti sebagai kontak rapat kes ke-26, menjadikan jumlah kes adalah 55 kes.

***********

6 Mac 2020: 28 kes disahkan positif Covid-19 dan menajdikan jumlah adalah 83 kes.

***********

7 Mac 2020: 10 kes baharu dilaporakan dan menjadikan jumlah kes positf adalah 93 kes.

***********

8 Mac 2020: 6 kes baharu dilaporkan dan jumlah positif adalah 99 kes. Semua kes adalah kontak rapat kuster kes ke-26.

***********

9 Mac 2020: 18 kes positif baharu. Jumlah kes adalah 117 kes. Satu kes baharu iaitu kes ke-101 membabitkan seorang lelaki yang pulang dari Iran.

***********

10 Mac 2020: 12 kes baharu dilaporkan dan jumlah kes adalah 129 kes. Kes positif membabitkan pesakit dalam siasatan (PUI) jangkitan Covid-19, kontak rapat dan anggota Misi Bantuan Kemanusiaan.

**********

11 Mac 2020: 20 kes baharu positif dilaporkan dan menajdikan jumlah kes adalah 149 kes. Kes ke-131 adalah antara peserta perhimpunan tabligh d Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac.

*********

12 Mac 2020: 9 kes baharu positif dilaporkan dan jumlahnya adalah 158 kes.

*********

13 Mac 2020: 39 kes positif dan jumlahs semua adalah 197 kes. Daripada kes ini sebnayak 38 kes dikesan dalam kalangan PUI jangkitan Covid-19. 1 kes adalah kontak rapat dan 4 kes memerlukan bantuan oenafasan di ICU dan diberi rawatan anti-viral.

Ini adalah hari terakhir persekolahan dan aku bercuti balik kampung untuk Cuti Pertengahan Penggal 1. Hari jumaat ini adalah kelas tambahan bagi kelas tingkatan 3. Malangnya PT3 dibatalkan. Jadi tumpuan lebih kepada calon SPM. Maaf.

*********

14 Mac 2020: 41 kes baharu positif dilaporkan dan jumlah meningkat kepada 238 kes. Semua kes baharu membabitkan 37 kes PUI dan 4 kes adalah kontak rapat.

*********

15 Mac 2020: 190 kes baharu dilaporkan dan menjadikan jumlah keseluruhan 428 kes. Kebanyakan kes baharu ini adalah berkiatan kluster perhimpunan tabligh Masjid Sri Petaling.

*********

16 Mac 2020: 125 kes baharu dilaporkan positif dan jumlah terkumpul adalah 553 kes. 

95 kes berkaitan kluster tabligh di Masjid Sri Petaling.

Kemudian PM baharu , Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari berula 18 Mac hingga 31 Mac.

gambar: Telegram MKN

**********

17 Mac 2020: 120 kes baharau dilaporkan dan menjadikan jumlah keseluruhan 673 kes. 95 kes adalah dari kluster perhimpunan.

7 kes telah sembuh dan menjadikan 49 kes sembuh.

Muncul 2 kematian akibat Covid-19.

1. Kes ke-178 lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun yang pernah hadir perhimpunan tabligh. Beliau bergejala pada 5 Mac dan dirawat di Hospital Permai.Pada 12 Mac, beliau disahkan positif dan kesihatannya semakin merosot. Beliau dimasukkan ke ICU dan meninggal pada hari ini.

2. Kes ke-358 lelaki warga tempatan berusia 60 tahun dan mempunyai sejarah kronik. Beliau mula bergejala pada 7 Mac  dan dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac. Kesihatan beliau semakin merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal pada 17 Mac.

**********

18 Mac 2020: 117 kes baharu dicatatkan dan menjadikan 790 kes keseluruhannya.

11 kes telah pulih menjadikan 60 pesakit telah discaj.

80 daripda kes baharu adalah dari kluster perhimpunan.

728 kes sedang dirawat di hospital.

***********
19 Mac 2020: 110 kes dilaporkan positif. Jumlah keseluruhan 900. 

63 kes adalah berkaitan kluster perhimpunan.

Kes sembuh adalah 15 orang dan jumlah yang sembuh adalah 75 orang.

Jumlah kes di ICU adalah 20 orang.

Kes yang masih menerima rawata di hospital adalah 821 kes.


***********

20 Mac 2020: 130 kes baharu dilaporkan dan menjadikan 1,030 kes keseluruhannya.

48 kes berkaitan kluster perhimpunan.

12 kes telah sembuh dan menjadikan 87 kes telah sembuh

26 pesakit dalam ICU

2 kematian dicatatkan;

Kes kematian ke-3 :Pesakit ke ke-152 lelaki tempatan 58 tahun dari kluster tablight meninggal di Hospital Tawau jam 6.27 petang. Jumlah kematian adalah 3 orang.

Kes kematian ke-4: Pesakit kes ke-238 lelaki warga Malaysia berumur 50 tahun. Beliau adalah kluster jemaah tabligh. Beliau dimasukkan di Hospital Melaka pada 12 Mac. Beliau diberi bantuan penafasan pada hari ke-5. Kesihatan beliau merosot dan disahkan meninggal pada 21 Mac pada 10.30 pagi.

#Masa ini, aku dah mula batuk-batuk dan sakit tekak biasa. Yang luar biasa apabila ia berlaku ketika musim Covid-19.

***********

21 Mac 2020: Kes baharu yang positif adalah 153 kes. Jumlah kesluruhan adalah 1183 kes. 90 kes adalah dari kluster tabligh.

27 kes sembuh dan menjadikan jumlah kes telah sembuh adalah114 kes dan discaj.

37 kes sedang dirawat di ICU dan 23 kes daripadanya diberi bantuan penafasan.

pertambahan 4 kes kematian dan menjadikan 8 kes kematian.

Kes kematian ke-5 adalah melibatkan seorang wanita berusia 79 tahun warganegara Malaysia yang telah dimasukkan ke Borneo Medical centre pada 16 Mac 2020 setelah mengalami demam dan batuk selama 5 hari. Pada hari ke-2 belia mengalami kesukaran bernafas, namun keluarga tidak setuju beliau diberi alat bantuan penafasan. Beliau dibwa pulang oleh keluarga pada 17 Mac dan disahkan meninggal pada 18 Mac 2020. Beliau mempunyai kontak rapat dengan 2 orang yang disahkan positif iaitu anak lelaki dan anak perempuan beliau.

Kes kematian ke-6 melibatkan anak perempuan kes ke-5. Kes ini melibatkan seorang wanita warganegara berumur 40 tahun yang dimasukkan ke Hospitak umum Sarawak pada 18 Mac setelah mengalami demam dan batuk sejak 7 mac. Beliau disahkan positif pada 19 Mac dan diberi bantuan penafasan pada hari yang sama setelah didapati kesihatannya merosot. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 1.2o petang pada 21 Mac 2020.

kes kematian ke-7 melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam serta kontak rapat kes positif kluster tabligh. Beliau dimasukkan ke Jospital Kuala Lumpur pada 18 Mac setelah mengalamai gejala demam, batuk, sakit tekak selama seminggu. Keadaan kesihatan beliau semakin merosot sehingga memerlukan bantuan penafasan pada keesokan harinya. Beliau disahkan meninggal pada jam 3.22 petang pada 21 Mac.

Kes kematian ke-8 adalah melibatkan warganegara Malaysia berusia 69 tahun daripada kluster tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac setelah mengalami demam sejak 12 Mac. Beliau telah dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 18 Mac setelah didapati kesiahatan beliau merosot dan diberi bantuan penafasan pada keesokan harinya. Beliau disahkan meninggal pada jam 4.00 petang 21 Mac.

#Rakan sekolahku didapati positif Covid-19. Dia dihantar ke Hospital Sungai Buluh. Aku dah cuak masa ini. Beliau merupakan kontak rapat kluster Tabligh yang merupakan gurunya. Kesian ustaz ini dipanggil Ustaz Covid.

************

22 Mac 2020: 123 kes baharu yang positif dicatatkan dan menjadikan jumlah positif adalah 1,306 kes.

25 kes telah pulih terus discaj dan jumlah sembuh adaah 139 kes.



Kes kematian ke-9 adalah kes kematian pertama dikalangan kakitangan kesihatan. Beliau adalah seorang lelaki warganegara Malaysia dan merupakan kes ke-890. Beliua berusia 48 tahuan yang merupakan doktor perubatan. Beliau mepunyai sejarah perjalanan ke negara Turki dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac setelah mengalmai simpton Severe Acute Respiratory Infection. Beliau disahkan positif pada 18 Mac dan diberi bantuan penafasan sejak 19 mac setelah sesihatan belia merudum. Beliau disahkan meninggal duna pada jam 10.33 pagi pada 22 Mac. Kes ini bukan dikalngan barisan hadapan (frontliners) mahupun dikalangan rakan kerja yang berhadapan dengan pesakit Covid-19. Ia dipercayai berkkait dengan perjalanan ke luar negara.

Kes kematian ke-10 adalah seorang lealki berumur 74 tahun dari kluster tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 13 Mac dan diberikan bantuan penafasan sebelum meninggal dunia pada jam 4.05 petang.

***********

23 Mac 2020: 212 kes baharu positif dicatatkan. Jumlah keseluruhan adalah 1,518 kes.

123 kes dari kluster tabligh dan selebihnya dalah kontak rapat, PUI dan masih dalan siasatan.

57 kes dalam ICU termasuk 27 memerukan bantuan penafasan.

20 pesakt telah sembuh da jumlah sembuh dan discaj adalah 159 kes.

Kes kematian ke-11 adalah kes ke-1070 merupakan seorang warganegara berusia 70 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada bulan Febuari. Beliau merupakan pengerusi Surau kawasan seteapt beliau. Beliau mula menunjukka gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Cancelor Tuanku Mukhriz UKM pada 18 Mac. Beliau disahkan positif pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan penafasan di ICU. Kesihatan beliau semakin merosot dan disahkan meninggal dunia jam 9.05 malam pada 22 Mac.

Kes kematian ke-12 merupakan kes ke-1114 nerumur 70 tahun. Beliau adalh lelaki warganegara Malaysia dan merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek dan dirawat di Hospital Keluang. Beliau disahkan meninggal pada 23 Mac 2020.

Kes kematian ke-13 merupaka kes ke-1,006 berumur 49 tahun lelaki. Beliau merupakan anak kepada kes ke-1,031 yang dirawat di Hospital Umum Sarawak. Beliau disahkan meninggal pada 23 Mac 2020.

Kes kematian ke-14 merupakan kes ke-595 berumur 51 tahun. Beliau seorang perempuan warganegara Malaysia dan merupakan kontak rapat dengan kes positif dri kluster tabligh dan dirawta di Hospital Miri. Beliau disahkan meninggal apda 23 Mac 2020.



Aku mula buat saringan di KK yang berdekatan rumah. Itu pun atas nasihat adik HO kerana di rumahku ada mak yang ada diabetis dan ayah merupakan warga emas berumur 60 tahun ke atas. 

Pada awalnya KK minta aku kuarantin di pusatnya selama 5 hari sebab aku dah berada di rumah selama 8 hari. Tetapi aku yakinkan mereka bahawa aku akan ikut SOP dan tinggal di rumah sewa ibuku di sebelah rumah. Ketika ini, paling kesian adalah adik perempuanku. Segala-segalanya dia buat termasuk hantar makanan kepadaku. Cukup sekali. Aku bahagikan kepada makan tengahari dan malam. Kalau lapar juga, aku makan magie atau biskut atau kurma yang dibekalkan.

***********

24 Mac 2020: 106 kes baharu positif Covid-19 dan menjadikan jumlah 1,624 kes keseluruhannya. 43 kes daripadanya adalah dari kluster tabligh.

64 pesakit di ICU termasuk 24 memerlukan bantuan penafasan.

24 lagi pesakit telah sembuh dan jumlah sebuh adalah 183 pesakit.

1 kes kematian dilaporkan.

Kes kematian ke-15 adalah kes ke-1,519 adalah lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun yang berasal dari melaka. Beliau disyaki mempunyai ontak rapat dengan kes positif ke-703 yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Sri Petaling. Beliau mempunyai sejarah penyakit kkronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac. Beliau disahkan meninggal pada jam 5.35 pagi 24 Mac.

**********

25 Mac 2020: 172 kes positif dilaporkan. dan menjadikan 1,796 kes secara keseluruhannya.

72 kes dari kluster perhimpunan

16 lagi telah sembuh dan keseluruhan sembuh adalah 299 yang telah sembuh dan discaj.

45 pesakit dirawat di ICU termasuk 34 menggunakan alat bantuan penafasan.

Jumlah kematian adalah 19 orang.

73 anggota kesihatan KKM positif. Punca jangkitan bukan disebabkan pengendalian pesakit di fasiliti kesihatan KKM.

47 kes berkaitan majlis perkahwinan yang turut dihadiri peserta perhimpunan tabligh.

Lain-lain adalah sejarah ke luar negara.





 kematian ke-16 kes ke-1334. Beliau merupakan seorangan warganegar Malaysia berusia 75 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik. Beliau menunjukkan gejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Angkatan tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac. Kesihatan beliau semakin merosot lalu dimasukkan ke ICU untuk bantuan penafasan dan disahkan postif pad 21 Mac. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 7.40 malam pada 24 Mac. punca jangkitan dalam siasatan.

Kes kematian ke-17 adalah kes ke-1,251. Beliau merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 66 tahun dengan latar belakang beberapa penyakit kronik. Beliau telah menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 20 Mac. Keadaan beliau kritikal semasa tiba di Jabatan Kecemasan dan seterusnya memerlukan bantuan penafasan. Beliau disahkan positif pada 21 Mac. Kesihatan beliau semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 25 Mac jam 4.10 pagi.Punca jangkita masih dalam siasatan.

kes kematian ke-18 dan ke-19 tiada maklumat diberikan.

PM umumkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan hingga 14 April 2020.

************

26 Mac 2020: 235 kes baharu Covid-19 menjadikan 2,031 kes keseluruhannya.

60 kes dri kluster perhimpunan

45 pesakit di ICU dan 32 darpadanya memerlukan bantuan penafasan.

215 pesakit tealah sembuh termasuk 16 telah sembuh dan discaj.

Jumlah kematian 23 orang.

.Seramai 80 anggota kesihatan KKM dijangkiti #COVID2019 iaitu: 

1. Hosp. Teluk Intan (39)

2. Hosp. Selayang (5)

3. HRPZ ll, Kota Bahru (4)

4. Hosp. Seri Manjung (3)

5. HTJ Seremban (3)

6. Hosp Shah Alam (2)

Manakala 24 fasiliti kesihatan lain dengan masing-masing 1 kes.

Kes kematian ke-20 adalah kes ke-780, lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun. Beliau menghadiri perhimpunan tabligh. Beliau telah dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan mulai 18 Mac. Beliau disahkan meninggal jam 4.35 petang pada 25 Mac 2020.

Kes kematian ke-21 adalah kes ke-1588 merupakan seorang warganegara Malaysia berumur 63 tahun dengan latar belakang penyakit kronik. Beliau merupakan perserta perhimpunan tabligh. Beliau mula bergejala dan hadir saringan pada 22 Mac. Hasil ujian pengesanan Covid-19 mendapati beliua positif dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pad 23 Mac. Beliau disahkan meninggal oada jam 4 pagi 26 Mac 2020.

Kes kematian ke-22 merupakan kes ke-1797, lelaki warganegara Malaysia berusia 48 tahun. Meliau mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliua menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling.

Kes kematian ke-23 adalah kes ke-1840, lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kronik. Kes jangkitan masih dalam siasatan.

*********

27 Mac 2020: 130 kes baharu dan menjadikan 2,161 kes direkodkan.

88 kes positif dari Kampung Dato' ibrahim Masjid dan Bandaru Dato' Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Keluang Johor.

54 pesakit di ICU termasuk 34 pesakit bergantung kepada alat bantuan penafasan.

44 pesakit telah sembuh dan discaj menjadikan jumlah sembuh adalah 259.



Kes kematian ke-24 adalah kes ke-1056 merupakan seorang warganegara Malasyia berusia 35 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal bulan Mac. Beliau mula bergejaa 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac. Hasil Ujian Pengesanan Covd-19 telah didapati positif pada 20 Mac. Kesihatan beliau merosot dan meniggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 9.30 malam.

Kes kematian ke-25 adalah kes ke-2,032 iailah lelaki tempatan berumur 83 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik. Neliau dirawat di Hospital Raja ermaisuri Bainun pada 25 Mac dan disahkan meniggal dunia pada 26 Mac ja 6.55 petang.

Kes kematian ke-26 adalah kes ke-1,321 lelaki tempatan berusia 53 tahun. Beliau adalah kontak rapat kepada kes positif ke 1,309. Beliau dirawt di Hospital Sungai Buluh pada 22 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 27 Mac jam 10.30 pagi.

************

28 Mac 2020: 159 kes baru positif dan menajdikan 2,320 kes.

73 pesakit di ICU termasuk 54 orang menggunakan bantuan penafasan. 



1 kematian dicatatkan

Kematian Ke-27 adalah kes ke-2162 merupakan seorang lelaki earganegara Malaysia berumur 61 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau dirawat di Hospital Tangkak pada 24 Mac dan kemudian dipindahkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar pada 25 Mac. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac jam 10.50 pagi.

************

29 Mac 2020: 150 kes baharu dilaporkan dan menjadikan jumlah positif Covid-19 adalah 2,470 kes.

73 kes di ICU termasuk 52 kes memerlukan bantuan penafasan.

7 kes kematian dilaporkan.



Kes kematian ke-35 (kes ke-1952) merupakan seorang perempuan warganegara Malaysia berusia 57 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.Beliau telah mula bergejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 17 Mac 2020 dan kemudiannya ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh. Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif pada 18 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari, dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2020 jam 4.00 petang.

***********

30 Mac 2020: 156 kes baharu dan jumlah keseluruhan adalah 2,626 kes.

94 kes di ICU termasuk 62 pesakit memerlukan bantuan penafasan.

91 pesakittelah sembuh dan keseluruhan adalah 479 orang telah sembuh.

3 kematian telah dilaporkan dan keseluruhan 37 kematian.

SUMBER:

telegram MKN

fb KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

02 Oktober 2020

Fasa Covid-19 Februari 2020

Aku sambung lagi dari entri yang lepas.

1 Februari 2020: Semua warga China dan warga asing yang mengunjungi China dalam tempoh 14 hari disekat masuk Sarawak.

Kedutaan Besar Malaysia di Beijing menhantar pasukan peninjau ke Wuhan bagi menyelaras dan membantu proses membawa pulang 120 orang rakyat Malaysia di wilayah Hubei.

Pesawat AirAsia AK8264 membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan, China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2).

**********

4 Februari 2020: Malaysia bawa pulang 107 orang rakyat Malaysia yang terkandas di bandar Wuhan. Ketika ini, kerajaan China membuat sekatan keluar masuk ke negara itu.

2 Kes baru dilaporkan. Seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 41 tahun dari Selangor. Satu lagi lelaki warga China berumur 63 tahun yang tiba di KLIA pada 18 Jan 2020. Jumlah bertambah kepada 10 kes.

**********

5 Februari 2020: 74 orang dikenal pasti melalui pengesanan kontak rapat susulan kes pertama rakyat Malaysia dijangkiti Civid-19. Daripad jumlah itu, 35 kontak rapat dikesan dan sampel diambil dariapda mereka serta diletak di bawah Printah Pengawasan dan Pemantauan.

2 daripada 107 individu yang tiba di tanah air menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) disahkan positif. Jumlah kluster koronavirus di Malaysia ialah 12.

***********

6 Februari 2020: Seorang rakyat wanita Malaysia menjadi kes pertama jangkitan tempatan dan warga Chian dari Wuhan menjadi 2 individu terbaru disahkan postif. Ia menjadikan jumlah kes positif adalah 14 kes. Ia membabitkan 10 warga China dan 4 warga tempatan.

***********

7 Februari 2020: Satu kes positif dikenal pasti dan menjadikan jumlah kes positif meningkat menjadi 15 kes baharu membabitkan pelancong wanita berumur 59 tahun dari Wuhan, China yang masuk ke Malaysia pada 21 Jan 2020.

************

8 Februari 2020: Seorang wanita warga Chian dari Wuhan menjadi individu terbaharu positif kluster Covid-19, menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara berjumlah 16 kes.

************

9 Februari 2020: Seorang wanita tempatan berusia 65 tahun disahkan positif Covid-19 menjadikan angka keseluruan jangkitan dalam negara 17 kes. Wanita ini adalah ibu mertua ke srakyat Malaysia yang dilaorkan pada 4 februari, iaitu kes ke-9.

***********

10 Februari 2020: Kes terbaharu adalah 1 kes yang membabitkan seorang lelaki rakat Malaysia berumur 31 tahun yang bekerja di Macau dan kembali ke Malaysia pada 1 Februari 2020. ketika ini Malaysia mencatat 18 kes positif dan 3 kes telah pulih.

***********

11 Februari 2020: Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan sati Jawatankuasa Kerja Bersama berikutan penularan jangkitan Covid-19 yang diterajui Timbalan Menteri Kesihatan bagi kedua-dua negara.

************

12 Februari 2020: KKM terima pertambahan 26 pengimbas suhu badan yang ditempatkan di pintu masuk negara. Sementara itu, WHO umukan nama COVID-19 secara rasmi.

************

13 Februari 2020: Satu lagi kes positif dicatatkan dan menjadikan jumlah keseluruhan 19 kes. Ia membabitkan seorang wanita warga China berumur 39 tahun, rakan kes ke-14 dan anak kes ke-16.

************

14 Februari 2020: 3 lagi kes positif dan menjadikan jumlah keseluruhan 22 kes. 3 kes baharu membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita warga Chian serta seorang wanita warga Amerika Syarikat berumur 83 tahun, ya g merupakan antara penumpang kapal persiaran yang singgah di Kemboja pada 13 Februari 2020.

************

28 Februari 2020: 3 kes bahari dicatatkan dan menjadikan 25 kes positif dalam negara. 22 orang sembuh dan dibenrakan keluar hospital.

Kes positif ke-23 adalah wanita rakyat Malaysia yang kembali ke tanah air dari Jepun.

Kes ke-24 adalah wanita Jepun berusia 41 tahun dan bekerja di Malaysia.

Kes ke-25 adalah lelaki Itali berusia 54 tahun yang berkahwin dengan rakyat Malaysia dan tinggal di negara ini.


Rujukan:

1. BeritaHarian SINI

Imam Malik

 Dalam dunia Islam, aku sangat jahil berkaitan mazhab-mazhab yang ada. Jika melihat latar belakang pengajian aku sehingga pengajian sarjana,...