Memaparkan catatan dengan label tafsir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tafsir. Papar semua catatan

20 Ogos 2017

Surah Al-Fajr


KEBINASAAN KAUM 'AD

  • Menurut satu pendapat, Kaum 'Ad adalah bangsa Arab yang tulen atau bangsa Arab di padang gurun.
  • Kediaman mereka di Al-Ahqaf, iaitu bukit pasir di selatan Semenanjung Tanah Arab. Bukit Pasir ini terletak di antara Hadramaut dan negara Yaman.
Image result for peta antara hadramaut
Sumber: google image
  • Mereka adalah kaum Badwi yang tinggal di khemah-khemah. Khemah-khemah ini ditegakkan di atas tiang-tiang yang tinggi.
Image result for khemah kaum badwi
Sumber: google image
  • Mereka digambarkan dalam Al-Quran kaum yang gagah dan ganas. Mereka juga terkenal dengan kuat dan terkenal.

KAUM THAMUD

  • Kaum Thamud tinggal di al-Hijr di utara Semenanjung Arab. Al-Hijr ini terletak di antara Madinah dan  Syam (Merujuk wikipedia: Lubnan, Palestin, Syria dan Jordan). 
Image result for kaum thamud
Sumber: google image


  • Kaum Thamud telah memotong batu-batu bukit untuk membuat istana-istana. 
  • Kaum Thamud juga memahat bukit-bukit batu untuk dijadikan rumah-rumah kediaman dan gua-gua.
Image result for kaum thamud
Sumber: google image

Image result for kaum thamud
Sumber: google image

Image result for kaum thamud
Sumber: google image



FIR'AUN

  •  Menurut pendapat ynag kuat, yang dimaksudkan dengan binaan-binaan besar yang teguh itu ialah binaan-binaan Ahram (Piramid). Piramid ini berbentuk seperti pasak yang teguh dan kukuh di bumi. Piramid ini terletak di Giza, Mesir atau Egypt.
Image result for piramid
Sumber: google image

Image result for piramid
Sumber: google image
  • Raja Fir'aun yang dimaksudkan di sini adalah Raja Mesir (Fir'aun) yang zalim pada zaman Nabi Musa Alaihissalam (a.s)


SUMBER: TAFSIR FI ZILALIL QURAN oleh Sayyid Qutb. Terjemahan oleh Dato' Yusoff Zaky Hj. Yaacob.

04 April 2014

Pemuda Gua.

Hari khamis. Malamnya adalah malam jumaat. Selepas membaca surah Al-Kahfi, aku sempat membaca tafsir fi zilalil Quran. Dalam Surah ini diceritakan tentang kisah:

1. Kisah Ashabul Kahfi (pemuda gua)

2. Kisah pemilik dua ladang.

3. Kisah Musa dan hamba Allah yang soleh.

4. Kisah Dzul Qarnain.

Awal dan akhir surah Al-Kahfi berkaitan dengan pembetulan aqidah. 10 ayat pertama dan ayat terakhir surah ini sangat penting. Beberapa orang ustaz meminta semua umat Islam supaya membaca ayat ini. Kita diminta membaca supaya terhindar dari fitnah Dajjal.

Ada riwayat menyebut tentang sebab turunnya ayat dalam surah Al-kahfi ini. Orang-orang Yahudi tenlah menghasut orang-orang Mekah supaya bertanya Rasulullah S.A.W mengenai hakikat roh, kisah Ashabul Kahfi dan kisah Dzul Qarnain.

Kisah ini ditayang tentang keimanan yang unggul dalam jiwa orang mukmin. Mereka mengutamakan iman berbanding harta dunia yang sementara. Harta dunia akan musnah dan tidak akan kekal bersama kita. Mereka adalah anak-anak muda yang kuat tubuh badan, kuat iman dan pendirian. Mereka membantah dan mengecam kepercayaan yang dipegang oleh kaum mereka. Mereka juga adalah pemuda yang mendapat hidayah dalam masyarakat yang zalim dan kafir. Mereka tidak dapat hidup andai mereka mengisytiharkan aqidah mereka secara terang-terangan.


Mereka mengambil keputusan setelah rahsia keimanan mereka  terbuka dan melarikan diri mencari perlindungan Allah untuk menyelamatkan aqidah (agama ) mereka. Mereka redha memilih gua dari kesenangan dan kenikmatan hidup yang indah. Di sinilah terdedah ketakjuban mengenai hati pemuda-pemuda ini yang mengasingkan diri dari kaum mereka. Mereka memilih berlindung di gua yang sempit, kasar dan gelap. Mereka begitu senang dengan rahmat Allah yang begitu teduh, selesa dan luas. Batas gua yang sempit, terbuka luas. Dinding yang keras menjadi lembut. Suasan yang sepi menjadi suasana tenang . Semuanya membayangkan kerahmatan, kelembutan, kerehatan dan keselesaan. Itulah iman mereka.

Gambaran lain menyempurnakan pemandangan yang mengkagumkan. Mereka dibalik-balikkan tubuh mereka dari satu lambung ke satu lambung selama mereka berada dalam keadaan tidur yang amat lama. Orang yang melihat keadaan mereka ini, menyangka bahawa mereka sedang berjaga, sedangkan mereka semua tidur. Anjing mereka mengikut kebiasaan seekor anjing, menghulurkan dua kakinya berhadapan pintu. Cara ini seolah-olah sedang menjaga pemuda-pemuda yang berada dalam gua ini. Pemandangan ini menimbulkan perasaan takutdalam hati orang yang melihat mereka. Itulah takdir Allah supaya tidak ada orang akan ganggu mereka sehingga sampai kepada masa yang ditentukan Allah.

Mereka bangun dengan cergas selepas tidur ratusan tahun. Mereka secara mendadak bangkit dari tidur, sedangkan mereka tidak mengetahui berapa lama mereka tidur sejak mereka merasa mengantuk dahulu. Mereka mengosok mata mereka dan memandang antara satu sama lain.

"Berapa lama kamu telah tidur," kata seorang pemuda kepada rakannya.

"Kita telah tidur kira-kira sehari atau setengah hari," kata salah seorang dari mereka.

Kemudian mereka fikir lebih baik mereka ketepikan persoalan itu. Persoalan itu tidak memberi faedah kepada mereka dan meyerahkan urusan itu kepada Allah. Mereka dalam keadaan lapar dan mereka mempunyai duit-duit perak yang dibawa keluar dari bandar.

"Allah sahaja yang mengetahui berapa lama kamu telah tidur. Hantarkan salah seorang daripada kamu ke bandar dengan membawa wang perak ini. Kamu hendaklah mencari apa sahaja makanan yang baik dan bawakan kepada kamu sedikit rezeki darinya." kata pemuda yang lain. Mereka sangat berhati-hati supaya tidak ditangkap oleh penguasa yang zalim pada jangkaan mereka. Mereka bimbing dipaksa meninggalkan agama ynag mereka anuti sekarang. Kebimbangan mereka sangat berasas kerana menyangka penguasa sekarang seperti penguasa sebelum mereka tidur.

Mereka tidak sedar bahawa kisah mereka selaku pemuda-pemuda yang lari menyelamatkan agama mereka di zaman seorang raja yang zalim telah menjadi cerita turun temurun. cerita dari mulut ke mulut bagi setiap generasi. Timbul pelnbagai pendapat mengenai hakikat mereka, mengenai agama mereka dan berapa lama masa telah berlalu sejak mereka menghilangkan diri.

Dalam Al-Quran menyebut bahawa mereka telah tidur selama 300 tahun mengikut tahun shamsiah (putaran matahari) dan ditambah 9 tahun lahun lagi iaitu 309 tahun bagi tahun Qamariah (mengikut putaran bulan). Ini membuktikan Allah sangat berkuasa mematikan dan menghidupkan sesuatu makhluknya.

Penduduk baru sangat menghormati dan memuliakan anak-anak muda yang beriman ini. Kisah mereka terbongkar setelah salah seorang dari mereka pergi ke bandar mencari makanan. Dia telah dikenali orang ramai sebagai salah seorang anak muda yang melarikan diri menyelamatkan agama mereka di zaman dahulu.

Kita dapat membayangkan betapa terkejutnya pemuda-pemuda ini. Sekeliling mereka telah berubah. Pemerintahan di depan mata mereka adalah pemerintah yang beriman kepada Allah. Segala-galanya berubah. Mereka kini merupakan kumpulan manusia yang aneh pada pandangan dan perasaan orang ramai. Oleh itu, Allah mewafatkan (mematikan) mereka kembali kerana kasihan kepada mereka menghadapi semua realiti yang pahit ini.

Kemudian berlaku perdebatan dikalangan penduduk sekitar.

"Dirikan satu bangunan di atas mereka," kata seorang penduduk memberi pendapat.

"kami akan bina sebuah masjid di atas mereka," keputusan ini dibuat oleh pemerintah zaman itu.

Masjid di sini membawa maksud tempat ibadat mengikut adat orang Yahudi dan Nasrani. Mereka mendirikan rumah ibadat atas kubur para nabi dan para wali. Hal ini ditegah oleh Rasulullah berdasarkan hadis.
"Allah telah melaknat orang-orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) yang tekah membangunkan masjid-masjid di atas kubur para nabi dan orang-orang mereka yang soleh" (hadis dalam tafsir Ibnu Kathir)
Setelah kematian pemuda-pemuda yang beriman ini, berlaku perdebatan tentang bilangan mereka. Ada yang mengatakan 3 orang dan seekor anjing. Ada yang mengatakan 5 orang dan yang ke-6 adalah anjing. Ada yang mengatakan 7 orang dan yang ke-8 adalah anjing. Dalam Al-Quran menegaskan bahawa hanya sedikit daripada penduduk di situ yang mengetahuinya. Ini menunjukkan Allah melarang kita berdebat tentang perkara ghaib. Ia adalah sia-sia. Serahkan bilangan mereka ini kepada ilmu Allah.
  
 'gambar dari pak google. wallahu a'lam'

09 Mei 2013

Lidah dan Hati

Khadam di rumah orang kaya diminta untuk menyembelih seekor kambing. Orang kaya itu meminta Luqman mengambil bahagian daging yang paling berkhasiat. Daging ini untuk hidangan keluarganya. Lalu Luqman memotong lidah dan hati. Luqman memasak dan dihidangkan kepada keluarga kaya itu.

Pada keesokannya, orang kaya itu meminta Luqman menyembelih seekor kambing lagi. Si kaya meminta Luqman mengambil bahagian daging yang paling menjijikkan.

Luqman melaksanakan perintah itu dengan senang hati. Lalu dipotong lidah dan hati buat kali kedua. Luqman masakkan dan hidangkan seperti biasa.

"Bagaimana kamu Luqman! Kemarin saya minta bawa daging yang paling berkhasiat, kamu bawa lidah dan hati. Sekarang saya minta daging paling menjijikkan, kamu bawa lidah dan hati juga. Apa maksud kamu?" tanya majikannya dengan penuh hairan.

Sambil tersenyum, Luqman jawab,"Memang hati dan lidah itulah bahagian daging dalam tubuh manusia yang paling besar khasiatnya jika seseorang itu pandai menjaganya".

"Lidah dan hati ini juga akan mencelakakan manusia apabila seseorang itu tidak dapat mengendalikannya".
"Hati dapat menimbulkan niat yang ikhlas dan dapat melalaikannya. Lidah dapat menuturkan kata-kata yang penuh budi bahasa sesama manusia. Disebabkan lidah juga manusia akan berperang", terang Luqman kepada majikannya yang kaya itu.

Luqman pernah memberi wasiat kepada anaknya berkaitan dengan lidah.

Gambar: dalam masjid negeri 

"Wahai anakku! Kata-kata yang mempunyai hikmah menjadikan orang miskin dimuliakan seperti raja," kemudian Luqman menyambung wasiatnya lagi.

"Hai anakku! Jika masuk ke suatu majlis, panahkanlah panah Islam. Iaitu salam, kemudian duduklah agak tepi dan jangan bercakap sebelum orang lain bercakap. Kalau orang yang bercakap itu tentang mengingati Allah, duduklah di majlis itu agak lama. Tetapi jika berkaitan dunia, tinggalkan majlis itu dan pergi ke tempat lain".

Ada hadis yang mengatakan tiga orang Sudan yang merupakan ahli syurga iaitu Luqman Al-Hakim, Najasyi dan Bilal al-Muazzin.

SUMBER: Tafsir Al-Azhar oleh Prof HAMKA. Surah Luqman.

Harold's

Assalamualaikum wbt. Entah kenapa murid-murid f5 memberi air minuman ni dan kek. Bukan kesukaanku dan bukan kegemara...