26 November 2017

Pengenalan Siapa Yahudi

Bukan mudah mencari maklumat sekarang walaupun dunia serba moden. Tidak tahu sama ada benar atau salah, kita perlu cari lagi maklumat ini. Kali ini, aku cuba tulis apa yang difahami dari sumber pembacaanku yang dahulu, dirungkai oleh Ustaz Auni dan ditambah dengan maklumat dari sumber internet lain. Jangan percaya! Cuba nilai dan lengkapkan lagi maklumat yang aku perolehi berdasarkan kefahamanku sendiri. Jika salah tolong betul berdasarkan hujjah yang kukuh. Ini sahaja kemampuanku.



Yahudi sekarang mungkin berbeza dengan Yahudi ketika zaman Para Nabi. Pada pandangan mata kita, mereka genius. Mereka mengusai pasaran dan ekonomi dunia. Mereka mencipta makan 'fastfood' untuk non-Yahudi. Sedangkan mereka mengamalkan pemakanan sunnah dalam kehidupan keluarga mereka. Mereka makan susu kambing, kismis, kurma, madu dan banyak lagi. Kita disediakan air 'coco cola' yang boleh cuci tandas. Bila kita minum, apa akan jadi kepada usus kita. Pasti sesuci 'jamban' yang dijirus dengan air itu.

Nabi Ibrahim (Abu Anbiya'- Bapa Para Nabi dan Rasul)

Sebelum ini, aku hanya tahu , Nabi Ibrahim mempunyai 2 orang isteri dan anaknya adalah Ishak dan Ismail. Apabila mendengar ceramah dari Ustaz Auni, beliau menyatakan Nabi Ibrahim mempunyai 4 orang isteri.

Isteri pertama adalah Sarah. Isteri kedua adalah Hajar. Apabila Sarah mandul, Nabi Ibrahim berkahwin dengan Hajar atas permintaan Sarah. Hajar muda dan melahirkan seorang anak, iaitu Ismail. Kemudian ditinggalkan di padang pasir yang sekarang dikenali sebgai Mekkah. Dari keturunan Nabi Ismail inilah, lahirnya Nabi Muhammad S.A.W.

Sarah dalam usia 90 tahun mengandung dan melahirkan seorang zuriat yang diberi nama Ishak. Dalam Bahasa Arab dari kalimah "Yadhak" (يضحك) membawa maksud tertawa. Mungkin dalam usia 90 tahun dan mandul mana mungkin beliau ada anak.

Beza usia Ishak dan Ismail adalah 14 tahun.

Isteri ketiga Nabi Ibrahim adalah Qantura (قنطرا بنت يقطن) . Lahir dari rahim Qantura adalah Zimran (زمران), Yukhshan (يقشان) , Madam (مادان) , Madyan (مدين), Nasyik (نشق ) dan Siraj (سرج). Dari Qantura ini lahir Bani Jawi. Dalam kepala aku, adakah orang Melayu ini Bani Jawi? Wallahu a'lam. Mungkin juga Jepun, Korea . Ada juga dikatakan akan lahir dari keturunan ini Al-Mahdi. Bani Jawi yang hilang. Mungkin mereka telah temui. Inilah bangsa yang ditakuti oleh 'Yahudi' sekarang. Ada juga dikatakan bahawa jika ada 'genius' Melayu, mereka akan hancurkan.

Isteri keempat Nabi Ibrahim adalah Haajun (حجون) . Anak dari rahim Haajun adalah Kaison (كيسان), Amim (اميم) , Sawraj (سورج) , Luthon (لوطان)  dan Nafis (نافس) .

Ishak 

Ishak telah berkahwin dengan Rifqah Bin Batuil. Pasangan ini mendapat kembar. Abang diberi nama Aish dan adik diberi nama Yaakub. Nabi Ishak memberi tumpuan lebih kepada Yaakub menyebabkan Ishu selalu merasa iri hari terhadap Yaakub. Oleh itu, Nabi Ishak telah menghantar Yaakub ke tanah asal moyangnya, Faddam A'ram di Iraq. Di sana terdapat bapa saudaranya iaitu Laban atau Laman (Abang kepada Rifqah). Disebabkan adiknya Yaakub tiada, Aish telah merantau ke Rom. Dia digelar Bapa Rom.

Anak Laban ada 2 orang anak perempuan. Kakak nama Laiah dan adiknya, Rahil. Yaakub suka kepada Rahil kerana Rahil ini cantik. Oleh kerana kakaknya belum kahwin, Laban mengahwinkan Yaakub dengan Laiah. Tetapi pasangan ini kelihatan tidak bahagia. Kemudian Laban mengahwinkan Yakub dengan Rahil. Syariat ketika itu, membenarkan perkahwinan dihimpunkan adik dan kakak. Syariat Muhammad atau syariat sekarang tidak membenarkan kecuali kakak telah meninggal dunia atau telah bercerai.

Nabi Ishak telah memanggil pulang Yaakub ke Kan'an atau Palestin. Dalam perjalanan dari Faddam A'ram ke Palestin, Yaakub diberi pembantu kepada Laiya iaitu Zalfah dan pembantu Rahil adalah Balhah. Yaakub telah berkahwin dengan mereka berdua. Oleh itu, Yaakub telah berkahwin empat.

12 Anak Nabi Yaakub

Anak dari rahim Laiya ada 6 orang iaitu, Ruben, Simon, Levi, Yahudza, Isakhar dan Zebulon. Anak dari rahim Rahil adalah Yusuf dan Bunyamin. Anak dari rahim Zalfah adalah Gad dan A'syer. Anak dari rahim Balhah adalah Dan dan Nattali.

Simon atau Syamun ini mempunyai anak lelaki namanya Thalut. Levi, nenek moyang Nabi Isa. Yahudza melahirkan keturunan Nabi Daud, Sulaiman. Bunyamin lahirkan keturunan Nabi Yunus.

Nama mereka seperti dalam filem-filem Inggeris. Nanti kita sama-sama tonton.

Kitab

Kitab yang wajib kita umat Islam percaya adalah;

1) Taurat -Nabi Musa
2) Zabur - Nabi Daud
3) Injil - Nbai Isa
4) Al-Quran - Nabi Muhammad S.A.W

'Old Testament' / perjanjian lama adalah kitab taurat yang telah diubahsuai, ditokok tambah dan dikurangkan isi kandungannya. Mazmur dan Sam (Isi kandungan Zabur) telah ada dalam 'Old Testament' pada bab doa dan syair. 'New Testament' adalah kitab Injil yang telah diubahsuai.

Taurat atau Tanakh adalah undang-undang bertulis. Dalam Tanakh atau Shebikhtar terbahagi kepada 3 iaitu Thora(TA), Nabiin(NA) dan Khetubin (KH). Gabungan 3 kitab ini wujud TANAKH. Kitab Tanakh yang dipegang oleh Yahudi ada 46 kitab. Dalam Taurat ada cerita tentang Safar Musa (5), Safar Sejarah atau Legenda(16), Safar Doa dan Syair(6) , dan Safar Nabi-nabi (19).

Safar Musa
Image result for kitab
gambar hiasan google

1) Book Of Genesis (bab penciptaan dari Adam hingga Nabi Yusuf mati)

2) Book Of Exodus (bab penghijrahan -keluar Mesir menyeberangi Lautan dikejar Fir'aun)

3) Book Of Leviticus ( bab bani levi- kisah Nabi Musa Bin Imran)

4) Book Of Numbers (bab bilangan - N. Musa dan N.Harun kira bilangan Bani Israel yang selamat 603550 orang yang berumur 20 tahun dan ke atas)

5) Book Of Deutronomy (bab perulangan)

*Beza Taurat dan Suhuf Musa.

Allah kurniakan 110 suhuf dan 4 kitab. Pembahagian suhuf ;

1) 10 suhuf kepada Nabi Adam
2) 50 suhuf kepada Nabi Syith
3) 30 suhuf kepada Nabi Idris
4) 10 suhuf kepada Nabi Ibrahim.
5) 10 suhuf kepada Nabi Musa

10 suhuf nabi Musa atau Ten Commandments turun sebelum Taurat;

1) Jangan sembah selain Allah
2) Jangan buat patung dan berhala
3) Jangan permainkan kalimah dan nama Allah
4) Ingatlah 'Hari Sabas'- Hari Sabtu. Black Sabas. Hari ke-7.Hari Ibadat.
5) Hormatilah hak ibu bapa
6) Jangan membunuh
7) Jangan berzina
8) Jangan mencuri
9) Jangan bersaksi palsu atau tuduhan palsu
10) Jangan ambil hak orang lain dengan cara zalim.

Safar Sejarah

1)Safar Yasukh

"Siapa paling alim?" tanya orang ramai.

"Aku paling alim," Jawab Nabi Musa tanpa fikir panjang.

Allah tempelak dan mengatakan ada hambaku dihujung. Nabi Musa kena bawa ikan. Simbol apa?Ikan hidup dalam air. Hati hidup dengan zikir.

Nabi Yushak Bin Nun Bin Afrad Bin Yusuf (cicit Nabi Yusuf) menemani Nabi Musa pergi mencari Nabi Khaidir. Kisahnya berakhir setelah Nabi Musa berjumpa Nabi Khaidir (dalam Al-Quran). Raja Yushak membawa Bani Israel masuk Palestin selepas kewafatan Nabi Musa.

Ceritanya di SINI

2) Safar Hakim.

Pemerintahan hakim. 12 orang hakim dilantik dari setiap Bani Israel. Safar Fudah' kata 4 kurun perintah. Yang sebenarnya 1 kurun sahaja. Ada juga hakimnya dikalangan perempuan.

3) Safar Raja-raja I
4) Safar Raja-raja II
5) Safar Raja-raja III
6) Safar Raja-raja IV
7) Safar Hari-hari I
8) Safar Hari-hari II
9) Safar Raus -Nenek Nabi Daud sebelah bapa. Daud Bin Isha Bin Uwaibid (Isterinya, Raus)
10) Safar Izra
11) Safar Hernia
12) Safar Tobia
13) Safar Easter - Permaisuri Raja Parsi. Puterinya kahwin dengan panglima yang selamatkan Bani Israel.
14) Safar Yahudids
15) Safar Raja Mukabi I
16) Safar Raja Mukabi II

Safar Doa dan Syair

1) Safar Ayub
2) Safar Muzamir
3) Safar Pujangga
4) Safar himpun
5) Safar Lagu
6) Safar Kesedihan Ernia (Nabi Ernia sedih)

Safar Nabi-nabi.

1) Nabi Ashaia
2) Nabi Armia
3) Nabi Barukh
4) Nabi Ezzakiel
5) Nabi Daniel
6) Nabi Husya'
7) Nabi Yuail
8) Nabi Amus
9) Nabi Oubdia
10) Nabi Yunan
11) Nabi Mikha
12) Nabi Nahum
13) Nabi Hebekuk
14) Nabi Tsofnia
15) Nabi Hijri
16) Nabi Zakaria
17) Nabi Malakhi
18) Safar Hikmah
19) Safar Yasuk Sirakh

Ada lagi Thorakh Shebik A'thar (Undang-undang Lisan). Sila dengar video ustaz Auni.

Yahudi Asli vs Yahudi Hibrik 

Yahudi asli adalah dari kumpulan yang baik. Biasa dari Yahudi Ortodok. Pakai topi panjang;

1) Nature Kartai
2) Agudat Israil

Yahudi Hibrik pula adalah yahudi samar-samar. Mereka inilah Yahudi Zionis. Mereka dipecahkan kepada beberapa kumpulan, iaitu;

1) Ashkenazim - Nazi Jerman
2) Safardi  - Portugal/ Spain
3) Mizrahi  - Timur Tengah
4) Yow Tai - Kai Feng (keturunan Lee) -China
5) Sassons, Meyer, Cochin - India
6) Black Jews- Afrika

*Siapa 6 juta yahudi dibunuh oleh Hitler dala peristiwa Holocaust?

Mereka adalah yahudi yang beriman kepada taurat yang asli. Mereka tahu tanah Palestin bukan hak mereka kerana kemurkaan Allah. Mereka dibunuh supaya hal sebenar dikuburkan.

Antara nama Yahudi Ashkenazim;

  • Hitler
  • Lenin
  • Karl Mark
  • Stalin
  • Theodore Hertzel- Pengasas Yahudi Zionis
  • Sigmund Frued
  • Bill Gate
  • Golda Melr
  • Anna Frank
1924 Masihi, Yahudi pecahkan negara-negara Islam kepada negara kecil. Mereka tahu orang Arab taksub kepada kumpulan mereka. Apabila pecahkan negara, kekuatan Islam akan berkurangan. Inilah yang menyebabkan Palestin bersendirian walaupun dikelilingi oleh negara Arab. Bagi mereka 'asalkan jangan kacau aku'. Inilah kelebihan Yahudi "Mind Control". Tahun ini juga Turki Uthmaniyyah jatuh dan mereka merancang menubuhkan negara Israel.

1948 Masihi, mereka berjaya masuk Palestin dan menjadikan negara mereka, Israel. Cara mereka adalah menarik simpati negara lain dengan mengatakan orang Israel merempat di beberapa negara di dunia. Cerita peristiwa Holocaust.

Yahudi Mizrahi;
30,000 orang yahudi tinggal di Iran iaitu daerah Isfahan, Tehran dan Hamdan. Akhir zaman 70,000 orang yahudi ini ikut Dajjal. Tehran adalah Pusat Nuklear. Iran merupakan bumi suci Israel selepas Palestin. 

Rumusannya, dalam Islam kita boleh ambil kisah Taurat dan Injil ada persamaan dalam Al-Quran diterima. Kisah Taurat dan Injil tidak sama dengan Al-Quran dan Sunnah ditolak. Kisah Taurat dan Injil tiada dalam Al-Quran dan Sunnah tetapi ada nama orang dan tempat boleh dijadikan ilmu sahaja dan tidak boleh dijadikan hujjah. Perlu diingatkan semula hanya kitab Al-Quran sahaja yang kekal terpelihara. Kitab Taurat, Zabur dan Injil bukan asli lagi.

"JANGAN TERIMA SEPENUHNYA, JANGAN TOLAK SEMUANYA'

Entri terdahulu SINI yang tak sempat buat sambungan.

SUMBER: abidfana, youtube : Ustaz Auni Muhamed, keturunanketurah, wikipedia-yaakub, wikipediataurat, ilmufromquran, wikisuhuf, Kitab Al-Bidayah Wan Nihayah oleh Al-Hafidz Ibnu Kathir dan ditahqiq semula oleh Ahmad Jadd cetakan Darul Hadith, Qaherah, Mesir.

11 November 2017

Allah Sebaik-baik Penjaga

Sejak bulan April, aku telah drive kereta myviku balik kampung. 500 km sehala. Bayangkan 3 kali aku balik.

Awal bulan Nov, aku buat major service di pusat servis perodua. Kali pertama selepas kemalangan bulan 4.

Apa yang mengejutkan, tangki radiator untuk sejukkan enjin tiada. Aku tidak tahu fungsi tangki itu. Selepas dijelaskan oleh pihak perodua, inilah kefahamanku. Jika tiada tangki ini, enjin kereta akan panas melampau.

Terus aku telefon tempat baiki kereta sebelum ini. Tempatnya tidak jauh dari pusat servis perodua. Dia datang tengok. Dia juga hairan. Tak mungkin you tak balik kampung. Takkan you ini kali pertama you servis sejak bulan 4. Itulah kata-kata yang sempat terakam dalam minda terkejutku.

Bila fikir semula secara logik aku akan hadapi masalah dalam perjalanan jauh ini. Allah masih peluang kepadaku untuk terus hidup.

Sejak kemalangan itu, aku selalu ikut pesanan ayah. Baca selawat. Baca doa pelindung ayah bagi.

بسم الله الشي لا يضر مع اسمه شئ في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم 7x

اللهم انت ربي لا اله الا انت عليك توكلتُ وانت رب العرش العظيم،
ما شاء الله كان وَمَا لَم يَكُنْ ،لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم،
بسم الله ذِي الشَّأْنِ ،عظيمِ البُرْهان، شديد السلطان، ما شاء الله، كان اعوذ بالله من الشيطان،
حسبي الله لا اله الا هو عليك توكلتُ، وهو رب العرش العظيم، لا حول ولا قوة الا بالله.

Baca ma'thurat sambil memandu.

Pagi kemalangan berlaku, ayat kursi sangkut. Tak dapat habiskan. Aku buka radio untuk hilangkan perasaan 'tak sedap hati'. Terus kena langgar dari belakang.

Jadi, hati-hati memandu. Allah sebaik-baik pelindung. Allah tahu apa yang kita perlukan.

25 Oktober 2017

Pengiring

Kenapa aku terpilih? sedangkan pelajarku tiada. Ramai lagi guru lain, kenapa aku dipilih? Siapa pilih aku? 'pilih' itu kerja Allah.

Guru pengiring sebahagian kerja yang perlu dilaksanakan. Aku pernah jadi guru pengiring di peringkat sekolah, peringkat daerah dan peringkat negeri.

Suatu ketika, aku baru balik dari perjalanan musafir yang jauh. Hampir 500km. Pada pagi keesokan perlu hadir ke suatu tempat menjadi guru pengiring. Badan panas. Kepala berdenyut. Demam. Boleh sahaja aku ke klinik ambil mc. Tetapi aku tidak suka ke klinik. Ada sebabnya. Paling tidak suka bila kena 'warded'.

Aku teruskan tugas itu bersama pengiring lain. Kata bos "dah sampai di sini, teruskan....".Yang pasti kami berdua sahaja guru pengiring perempuan. Semuanya ada hikmah walaupun dalam keadaan tidak sihat.

Di sana, aku banyak habiskan masa  mandi dan nikmati air sungai. Sejuk, nyaman dan tenang. Kepalaku pasti merasai kenikmatan itu. Aku tidak berseorangan tetapi bersama guru pengiring lain dan juga jabatan lain. Aku 'join' sesiapa yang turun sungai. Berkenalan dalam air. Mereka sangat 'sporting'.  Rupa-rupanya mereka senior kusza. Rasa kerdil diri ini.

Hampir seminggu juga aku berada di sini. Seolah-olah Allah menghantar diriku untuk berehat. Nak pergi sorang2 memang mustahil. Jumpa juga personaliti tv tetapi aku tidak berminat bersembang lama kerana demam dan suara hilang.

Pengalaman di sana sangat  berharga dan tidak boleh digambarkan dengan mata pena. Inilah pengalaman 2 tahun lepas tetapi rasa baharu sahaja berlaku. Moga perkenalan ketika di sana masih terjalin kukuh. Insya Allah.

23 Oktober 2017

Kem Ulu Yam

Sekolah. Selesaikan pemantauan skpmg2 dan semak soalan. 10.50 pagi bertolak ke spi. 12.45 tengahari bertolak dari spi ke Ulu Yam, Sungai Tua. Lalu Batu Caves dan Selayang. Sampai Kem lebih kurang pukul 3 petang.

Demam. Membataskan pergerakan. Moga peristiwa 2010 tidak berulang lagi.

Jumpa rakan-rakan seguru dari pelbagai negeri. Berkongsi cerita. Mandi manda di Sungai Tua. Sejuk. Hilang rasa panas badan.

Kisah suka duka rakan seguru. Apa yang aku boleh simpulkan,iman seseorang bukan pada penampilannya, panggilan ustaz atau ustazah, haji atau hajjahnya. Iman akhir zaman luar biasa. Luar jangkaan. Menakutkan. Jagalah Allah, pasti Allah menjaga kita.

Peserta di sini kelihatan bagus. Anak yang baik. Anak yang mendengar kata. Kerjasama sepenuhnya. Aku fikir, mereka baru sahaja menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

14 Oktober 2017

Catatan Kuliah: Amalan Ibadat Sunat

uHadis 257 Syamail Muhammadiah

Kelebihan solat sunat.

1. dekat dengan Allah. Allah kasih. Bila kasih, Allah jaga kita.

2. Tampung cacat cela ibadat fardu

3. Tanda syukur.

Qiamullail. Mulakan dengan solat ringkas dahulu. Warm up. Dua rakaat ringan.

Mulakan dengan solat duduk pada umur 60 - an sebelum wafat.

Last dengan solat witir 13 rakaat.

Solat Tahajut Nabi jadikan amalan besar dalam hidup.

Sebagai permulaan, mulakan dengan solat witir 1 rakaat.

Abdul Rahman Bin Auf, semua anaknya periwayat hadis. Banyak sedekah, itulah berkat amalannya.

Saidina Omar, 23 rakaat terawih.

Solat malam مثنى مثنى dua rakaat, dua rakaat. Nabi buat.

1 rakaat nabi baca satu surah al-Baqarah.

Khususiyyat nabi, nabi tidur tapi hatinya tetap jaga.

Saidina Abu Bakar, sebelum tidur laksanakan witir, bimbang tak bangun malam. Kemudian bangun malam pula.

10 Oktober 2017

Batch Terakhir

Kali ini cabaran terakhir buat batch kbsm. Semua pengetahuan dan ilmu dicurahkan. Itulah kemampuan diriku yang dhaif. Merekalah harapan terakhirku untuk batch kbsm.

Melihat mereka yang berhadapan pt3 seolah-olah berhadapan dengan calon SPM.

Siapa cakap guru telah melihat soalan dan disebarkan kepada calon? Siapa cakap mereka jawab tiada keberkatan kerana soalan bocor?

Ya. Aku guru mereka. Aku penanda skrip jawapan mereka. Semua ini telah mengikut etika yang telah ditetapkan sebagaimana SOP.

PT3 adalah penentu mereka ke tingkatan 4. Aliran sains.Aliran Sastera. Sains Agama. Sastera agama. Vokasional. Sekolah biasa. Banyak lagi pilihan. Aku lebih suka mereka ke sekolah agama. Ada suasana agama. Bi'ah agama.

Hari ini, rabu. Hari ketiga mereka menjawab soalan PT3. Pagi, hujan telah mendinginkan suasana. Sejuk. Aku harapkan mereka sihat sejahtera. Esok hari terakhir dan juga kertas mata pelajaranku.

Ada yang mula batuk. Ada yang selsema. Ketabahan mereka teruji. Inilah waktunya jika belajar untuk peperiksaan. Belajar perlu diteruskan. Tiada had. Tiada tempoh.

Semoga mereka tenang dan dipermudahkan urusan menjawab soalan pt3.

03 Oktober 2017

Awak suka saya tak?

Isu remaja diluar jangkaan. Mereka kelihatan matang, tetapi hakikatnya masih kanak-kanak. Media massa seperti FB, IG, Tweet, Wechat, What'Up dan banyak lagi mengundang gejala sosial yang lebih serius. Tahniah buat mereka yang tidak mempunyai akaun tersebut!

Mudahnya mereka berkomunikasi.
Mudahnya mereka menabur fitnah.
Mudahnya mereka dapat maklumat.
Mudahnya mereka mendapat cerita.
Mudahnya mereka mendapat kawan.
Mudahnya mereka sindir menyindir.

Segalanya bertambah mudah. Hanya mempunyai telefon dan talian internet. Semuanya dihujung jari. Benarlah! jari sedang berkata-kata.

Ujian semakin banyak. Belum selesai ujian pertama, masuk ujian kedua. Itulah rutin hidup. Hidup sendiri ada masalah, masih cuba selesaikan masalah orang lain.

Tiada manusia yang sempurna. Tiada manusia impikan neraka. Tiada manusia cita-cita hidup susah. Tiada manusia mahu pegang 'api'.

الدين النصيحة
'Agama itu adalah nasihat'

Jika ada perselisihan faham, cubalah berhadapan 'face to face'. Bercakap. Luahkan. Menangislah. Pastikan ada orang tengah yang dihormati oleh kedua-dua pihak. Jika tidak, akan berlaku tumbuk menumbuk. Lebih parah jika ada 'pengadu domba'.

Maaf atas kekurangan diri ini. Bagai tiada masa untuk kalian.

Harold's

Assalamualaikum wbt. Entah kenapa murid-murid f5 memberi air minuman ni dan kek. Bukan kesukaanku dan bukan kegemara...