30 Mac 2019

surah al-baqarah ayat 264

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ كَالَّذِي يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْدًا ۖ لَا يَقْدِرُونَ عَلَىٰ شَيْءٍ مِمَّا كَسَبُوا ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ)
[Surat Al-Baqarah 264]

via @QuranAndroid

Jangan batalkan pemberian (sedekah) dengan mengungkit terhadap orang miskin, fakir miskin dan orang susah.

TIGA golongan yang tidak masuk syurga atau masuk neraka dahulu terima azab atau lambat masuk syurga lambat.

1. Derhaka kepada kedua ibu bapa
2. Ketagih arak
3. Sebut-sebut kebaikan dihadapan orang lain.

Jangan sakiti hati orang miskin yang kita berikan dengan kata-kata yang menyakitkan. Nabi suruh berlembut.

Jangan beri sedekah untuk riak dihadapan manusia lain.

SUMBER:
Kuliah Dhuha Dr. Fauzi Yusof 30 mac2019

21 Mac 2019

Tegarkah Diriku?

Terasa berat. Tetapi hati tetap memberontak. Memberontak tentang apa yang berlaku di depan mata. Allahu...Terasa zalim diri ini. Hakikatnya aku perlu beritahu maklumat sebenar.

Setelah semua berlalu, aku masih tetap terasa ada sesuatu yang belum selesai. Apakah itu?

Maaf. Aku mohon maaf andai aku menyakiti orang lain. Aku adalah orang yang sangat sukar kawal emosi. Entah bagaimana, aku mahu kawal.

Mulut sukar juga dikawal.

Teringat suatu masa dahulu. Ketika itu, aku masih menuntut ilmu di bumi anbiya'. Dua tahun. 'Mua'dalah' dari Kusza. Setelah tamat diploma di Kusza, aku sambung ke bumi anbiya'. Di bumi Musa dan Harun.

Sebelum bertolak ke sana, senior pernah mengatakan Mim, Shod, Raa'. Musibah, Sabar dan Redha. Jaga percakapan. Jaga hati mak ayah. Alhamdulillah! aku dapat laksanakan walaupun banyak cabaran. Di situ lah perangai sebenar terserlah.

Malangnya, aku masih sukar kawal emosi terutama kemarahan apabila dicabar. Benarlah mafhum dari Rasulullah: Seseorang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahan. Aku jarang marah. Marahku pasti akan diiringi hayunan tangan. Lemahnya diriku.

Doaku supaya aku sentiasa ditemani rakan yang baik, sahabat yang baik, jiran yang baik, keluarga yang baik, anak-anak murid yang baik, pasangan yang baik, sentiasa jumpa orang yang baik dan mendapat pengakhiran yag baik. Sebab itu aku berusaha menjadi baik walaupun berat.

Doakan apa-apa yang terbaik untukku.

13 Mac 2019

Demam Ujian dan MTQ

Saban setiap tahun, murid datang berganti-ganti. Diriku semakin tua. Mereka semakin remaja dan dewasa. Pelbagai masalah timbul apabila remaja ini ingin mencuba apa yang dipelajari, apatah lagi apa yang dilihat.

Batasan syariat perlu dijaga bermula dengan mengenal Allah. Itulah ilmu tauhid. Itulah cabang bagi mata pelajaran Usuluddin. Apabila kenal Allah, amalan yang dilaksanakan berdasarkan ilmu Fiqh. Ini salah satu cabang ilmu Syariah.
*******

Alhamdulillah, minggu ujian inilah berlangsungnya MTQ peringkat daerah. Tahniah bagi yang berjaya mendapat tempat.

Teringat adikku. Sekarang persediaan ambil STAM. Sebelum MTQ peringkat zon berlangsung, ayah hantar dia ke kelas tarannum. Ayah bayar RM65 sebulan atau sehari. Maaf aku lupa. Pihak sekolah tidak keluarkan duit untuk kelas ini. Ayah mahir dalam makhraj huruf dan hukum tajwid. Guru ayah ramai. Ada bangsa Melayu. Ada bangsa Arab. Jadi taranum, ayah tiada kemahiran itu.

Apabila adik masuk bertanding mewakili sekolah, dia dapat Johan. Melompat Ustazah dia. Mungkin terkejut. Wallahua'lam. Apabila adik masuk ke peringkat daerah, dia dapat naib johan. Johan dapat kepada rakan segurunya. Itulah pertandingan.

Usaha peserta dan kehendak peserta adalah paling utama. Guru sekolah hanya pengurus dan pemberi sokongan. Sekolah bagi galakkan dan laluan untuk bertanding. Tambahan lain di sekolah adalah sampingan. Didikan di rumah dan sokonga ibu bapa paling utama. Merekalah wira dan adiwira sebenar.

Selamat Hari Lahir untuk adikku yang pernah johan. Adik2 lain hebat-hebat juga. Jangan marah. Kebetulan MTQ hari ini, dapat tempat ketiga.

Tahniah untuk adik tingkatan 1. Tempat ke-3

Tahniah adik tingkatan 2. Naib Johan hafazan Perempuan. Ini pelajar yang berpindah dari sekolah lain.

Tahniah adik tingkatan 3. Tempat ketiga hafazan lelaki. Ini juga pelajar yang baru pindah dari sekolah lain.

Hati

Rawan hati,
Tiada siapa peduli,
Dilambung tinggi.
Tidakku peduli.

Entah apa dicari,
Tiada artinya dipuji,
Diri tetap disini,
Tiada siapa simpati.

Melayan rawan dihati,
Tidak henti-henti,
Berharap tinggi,
Kepada siapa yang simpati.

Di malam hari,
Doa diangkat tinggi,
Moga yang Tertinggi,
Simpati pada diri.

******
Apabila jauh di mata,
Hati meronta-ronta,

Keinginan buat gembira,
Hati ayah, ibu dan keluarga,

Apakan daya,
Pabila di mata,
Diri tetap sama,
Tidak buat apa-apa.

02 Mac 2019

Bakal Imam Besar.

Berada di sebelah MB sukar bagi orang biasa. Tidak bagi seorang remaja 13 tahun ini.

Azan asar berkumandang. MB solat dahulu di masjid. Kelihatan MB solat sunat qabliyyah.

Apa yang menarik tentang remaja 13 tahun tadi. Dia turut sama solat sunat qabliyyah. Semua jemaah masjid menunggu. Muazzin turut menunggu untuk iqamat. Selepas 2 rakaat, remaja ini bangun menambah rakaat. Muazzin tunggu lagi. Apabila dia sambung lagi, muazzin terus iqamat. Habis iqamat, dia habis solat sunat. Terus bangun untuk solat asar secara berjemaah tanpa rasa bersalah. Sebelah MB. Kau ada?!

Aku teringat seorang pelajarku. Semasa perkhemahan, dia jadi imam solat isya' berjamaah. Rakaat pertama, selepas baca fatihah dia baca surah pendek. Hebat. Rakan dia tak hafal. Rakaat kedua selepas baca fatihah, baca surah pendek lagi. Hebat, hebat.

Masuk rakaat ketiga selepas baca fatihah secara jahhar (suara kuat), dia baca surah pendek lagi. Aku dah tepuk kepala. Apahal dia ni? tak pernah solat isya' berjemaah ke? Sambung rakaat ke-4 , dia buat perkara sama. Hai! nak kena budak ni!!

Kesimpulannya, mereka berdua budak baik. Pengalaman mengajar erti kehidupan. Jika tidak biasa solat berjemaah, pasti ada kejanggalan. Solat sah tetapi tidak ikut sunnah. Tidak ikut kebiasaan.

Tegurlah berhikmah supaya menjadi ingatan dan peristiwa ini tidak berulang lagi.

26 Februari 2019

Perlindungan dariNya.

Kegelapan menyelubungi ruangan bilik tidur. Hanya cahaya samar-samar mencapah masuk ke lubang pintu yang sedikit terbuka. Sunyi. Sepi.

Ada bayangan susuk tubuh sasa dengan baju hodie di kepala. Bayangan mengeras. Aku ingin bergerak tetapi tidak mampu. Terasa dihimpit. Tangan diangkat tetapi masih keras. Terus tenangkan diri sambil baca doa:

استودعك الله الذي لا تضيع ودائعه

Bacaan disambung lagi.

اللهم انت ربي لا اله الا انت ،عليك توكلت وانت رب العرش العظيم، ما شاء الله كان وما لم يشاء لم يكن ،لا حول ولا قوة الا بالله.

Sedikit demi sedikit tanganku mampu digerakkan. Bayangan hitam tadi semakin kabur dan hilang.

Alhamdulillah

23 Februari 2019

Pakej 3 hari 2 malam.

àjAlhamdulillah perkhemahan kali ini di luar kawasan melebihi 2 marhalah. Perjalanan lebih 1 jam dan bayaran bas RM1300. Adakah bayaran ini murah.

Sebelum memilih tempat ini, aku dan kaunselor sekolah telah membuat 'site visit' ke tempat. Senang dan mudah. Jauh dari kesibukan hari minggu.

Hari ini bermulalah perkhemahan pimpinan ps, pss dan prs. 4 pengiring, 2 guru lelaki dan 2 guru perempuan. Aku salah seorang dari guru pengiring. 40 pelajar yang menjadi peserta.

Malam tadi bermula jam 11.00 malam, 'night walk' bermula. Tamat 1.30 pagi. Apakah yang telah berlaku? Banyaklah ragam anak manja.

Ada yang cedera langgar bonggol ketika turun jalan berbukit.Ada yang berpatah balik selepas gilirannya. Ada yang menangis, tak nak teruskan. Ada yang pening, nak balik rumah. Ada yang nak tarik diri. Alasan 'lemah semangat' takut pengsan.

******
Hari ke-2

Solat...senaman atau regangan serta bersiar-siar dalam taman ini. Semuanya berjalan lancar.

Muka masing-masing kelat dan muram. Mungkin tidak cukup tidur dan tidak mandi termasuk fasi. Selepas sarapan, slot komunikasi. Yang selalu ke depan adalah orang sama. Apa nak buat lagi? Mulut bagaikan menelan emas. Jika mem'bawang', dialah no. satu.

Jadi pengiring ini cuba jauhkan diri seketika untuk beri ruang kepada fasi dan peserta dapat 'personal incharge'. Istimewa sangat.

Pada jam 11.00 pagi, aktiviti memanah. Walaupun tempat terhad, sebagai permulaan sangat sesuai untuk pelajar ini. Tidak ramai yang dapat tuju sasaran.

Petang diadakan 'jungle tracking'. Seorang tarik diri kerana 'sesungut'. Istilah cikgu 'addmath' pernah berikan. Dalam hutan kecil ini, diperkenalkan pokok akar banir. Boleh jadi tempat perlindungan sementara. Pokok ini juga boleh buat 'ketuk-ketuk ramadhan'. Seperti pukul bedok sebelum masuk azan. Ada dengar bunyi gegaran yang keluar. Peserta ada melalui anak sungai. Jika sesat, carilah arah anak sungai ini mengalir.

Malam diadakan forum. Setiap kumpulan akan ada moderator dan panel. Mereka ada bakat cuma perlu digilap.

Keesokannya, hari terakhir. Aktiviti eksplore race sekitar taman botani ini. Sementara menunggu mereka selesaikan tugasan, kami berdua sebagai guru pengiring berjalan ke trek 'night walk'. Jalan baharu. Laluan tiada halangan kecuali para fasi yang bertugas. Tugasan fasi hanya beri sedikit tekanan jiwa apabila malam tanpa cahaya menjelma. Singgah sekejap di Kampung Buku. Banyak buku menarik ada di sini. Pelbagai genre dimasukkan dalam 'kampung buku'.

11.45 pagi, majlis penutup diadakan. Sijil penghargaan lupa buat. GPK1datang bersama keluarga mewakili pengetua.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.

Imam Malik

 Dalam dunia Islam, aku sangat jahil berkaitan mazhab-mazhab yang ada. Jika melihat latar belakang pengajian aku sehingga pengajian sarjana,...