30 Mei 2020

Sorotan Kajian Lepas tentang Kurikulum Bersepadu Dini

Assalamualaikum. Alhamdulillah, aku masih boleh membuat catatan lagi. Syukur atas kurnian Allah. Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lama aku berada di kampung. Banyak juga bacaan yang boleh didapati di rumah berdasarkan buku-buku kuliah adik-adikku.

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) telah aku mohon dan masih belum mendapat jawapan adakah aku berjaya mendapat tempat temuduga atau tidak. Jadi proposal yang ditulis masih belum berakhir. Tajuk juga masih bertukar-tukar. Sukarnya mendapat tajuk yang sesuai dengan jiwaku. Sukarnya mendapat tajuk yang boleh menjadi perhatian penemuduga. Entah kena tolak atau sebaliknya. Jadi, aku masukkan kajian-kajian lepas untuk rujukanku. Hakikatnya, perkara yang sama yang cuba aku suarakan.

Isnin, 1 Jun 2020 adalah penentuan samada aku dapat panggilan temuduga atau tidak. Bersediakah aku? Aku yakin ramai guru mencuba. Semoga Berjaya ke peringkat seterusya. Kerdilnya diri ini. Hatiku masih berbolak balik.

Dibawah ini, aku lampirkan link kajian yang telah dilakukan. Jika ada cadangan untuk tajuk kajian yang sesuai untuk kurikulum bersepadu dini di SABK, boleh letakkan di ruangan komen atau di ruangan chatting. Itu pun jika aku terbaca.

Selamat Hari Raya
Stay at Home
Kita jaga kita

SUMBER:

1. http://conference.kuis.edu.my/irsyad/images/eproceeding/2018/1035-irsyad-2018.pdf

2. http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02_049_kamarul.pdf

3. http://www.ijepc.com/PDF/IJEPC-2019-32-09-25.pdf

02 April 2020

Keputusan Covid-19

Aku telah buat saringan Covid-19 pada 22 mac 2020. Keputusan untuk buat saringan ini begitu berat. Apa yang membimbangkan aku adalah mak. Beliau ada diabetis, darah tinggi jantung. Mengikut kata adik HO, sistem imuniti mak paling lemah dalam keluarga. Jaga jarak!

21 mac 2020 aku telah pergi ke KK di kampungku. Hari sabtu. Tutup. 22 mac 2020 aku pergi sebelum pukul 8.00 pagi. Aku lihat pihak KK masih belum sedia terima tetamu atau pesakit. Aku tunggu. Ada doktor baru sampai dalam keadaan tergesa-gesa. Mungkin selesaikan tugasan lain sebelum sampai ke KK. Cik Puan misi pun ada baru sampai. Ada pengunjung yang datang. Kemudian bertanya kepada pengawal keselamatan dan kemudian mereka pulang. Itu kemungkinan sahaja. 

Keadaan pengunjung sama ada nak buat saringan seperti aku atau ada sakit lain, mereka memakai topeng muka dan sarung tangan a.k.a glove. Aku tertanya-tanya adakah pemakaian glove itu selamat? Aku masih berada dalam kereta. Meninjau keadaan. Kemudian aku buat keputusan untuk pulang ke rumah. 10.00 pagi aku akan datang semula.

Ya. Aku datang ke KK semula. Aku pakaikan topeng muka setelah keluar dari kereta. Terus ke kaunter bahagian luar KK. Dalam khemah biru ada petugas yang memakai PPE telah bersedia. Sebelum aku sampai, telah ada seorang pengunjung. Lelaki. 

Seorang misi datang kepada aku bertanyakan urusanku. 

"Saya datang nak buat saringan," kataku.

"Kenapa nak buat. Awak ada kaitan dengan orang +ve ke?" terus Cik Misi tembak aku. 

Bila aku cakap Ya, terus Cik Misi menjaga jarak denganku. 

Katanya lagi, jika tiada simpton tak perlu buat. 

" Tapi saya batuk," kataku. Cuak nampak muka 2 Cik Misi dan seorang doktor perempuan. 

Terus Doktor ini buat panggilan. Lama juga. Aku tak dapat nak dengar isi perbualan itu. Doktor minta Cik Misi ambil suhu badanku, 36.5. Normal.

Doktor minta aku tunggu sebab dia perlu pakai PPE. 15 minit. Kesian pula aku tengok. Takkan aku nak berpatah balik. Doktor ambil tekanan darah. Bila dah pakai PPE, dia isi namaku dalam borang. Aku lihat ejaannya salah. Aku offer diri untuk tulis.

" Tak apa. Ini kerja saya," jawab doktor.

" Bila pakai PPE ni, mata jadi kabur. Tak jelas sangat," terang doktor ini. Gigih dia menulis persis seorang guru kelas. Sambil itu, doktor bertanya sejarah penyakit. Pernah masuk wad. Ya. Aku pernah masuk wad kerana apendiks sahaja. Jadi jawab sahaja pertanyaannya. Ada seorang doktor lagi buaa kiraan denyutan jantung

Dipendekkan cerita, aku perlu buat saringan dengan cara swap air liur pada hujung lidah atau senang kena jolok hingga terasa nak termuntah.

31 mac 2020, aku cuba telefon KK untuk dapatkan keputusan Covid-19. Pada awalnya keputusanku masih 'pending'. Kemudian aku dapat panggilan lagi. Keputusanku adalah -ve. Alhamdulillah.

25 Mac 2020

Pemimpin Yang Teruji Covid-19

Ketika drama politik sedang berlangsung, namanya tidak pernah dijulang. Namanya tidak disebut. Drama kali ketiga aku melihat walaupun bukan didepan mataku sendiri.

Kali pertama, ketika TM meletak jawatan sebelum TA ambil alih. Kemudian ditukarkan kepada N. 

Ketika Pru14, aku menyaksikan drama kali kedua. Video merayu supaya jatuhkan N. TM jadi PM semula. 

Belum sampai 22 bulan memerintah, drama ketiga menjelma. Letak jawatan! Agung lantik jadi PM sementara. Kononnya disangka Agung akan lantik beliau semula. Malangnya, TMY yang dilantik. 

TMY dilantik dalam keadaan mengejut. Kemudian negara dilanda Covid-19. Padahal Covid-19 telah wujud ketika pemerintahan TM dalam PH. Apabila dinasihatkan sekat kemasukan pelancong China, konon masih boleh dikawal. Pemerintahan TMY lah yang cuba baiki kelemahan dan ketelanjuran kerajaan terdahulu.

Langkah yang baik dibuat TMY pada kaca mata diriku:

1. Lantik menteri yang berkelayakan bagi bidangnya. Walaupun ada beberapa orang yang aku tidak setuju kerana ada kontroversi sebelum ini. Namanya belum bersih bagiku. Kelemahan tetap ada kerana tiada manusia yang sempurna dan tiada dosa kecuali Nabi Muhammad.

2. Mengawal atau menyekat kemasukan pelancong dari China. Ini aku kurang pasti. Aku perlukan sumber yang kuat.

3. Perkenalkan  PKP bermula 18/3/2020- 31/3/2020. Sekarang ditambah lagi 2 minggu. Ia akan berakhir hingga 14/4/2020. Ia terakluk kepada perubahan. 

STAY AT HOME!

Ikutlah arahan pemimpin supaya penularan covid-19 dapat diputuskan rangkaiannya.

23 Mac 2020

Covid-19 Satu Ujian

13/3/2020 - hari terakhir persekolahan & kelas tambahan Al-Syariah Ting 3.

14/3/2020 -  masuk kelas di USIM. Ambil adik di KLIA 2. Pulang ke kampung melalui jalan Muadzam Shah. Mula masuk LPT melalui tol Gambang. Singgah R & R Kuantan. Singgah di Shell lupa R & R mana tapi aku tak keluar dari kereta kecuali pegang handle pam minyak. 

15/3/2020 - ke Kedai Mesin Jahit, Kedai Baiki printer. Mandi laut.

16/3/2020 - pergi perpustakaan negeri beli barang dapur di Saba*** dan Mydin Mall.

17 /3/2020 - Beli bahan basah dengan penjual van.

18/3/2020 - Mula arahan Kawalan Pergerakan PKP.

 18- 20/3/2020 - stay at home.

20/3/2020 - aku dah ada batuk2 dan sakit tekak ringan.

21/3/ - dapat tahu guru satu sekolah +ve covid-19. Bukan jemaah tabligh tapi 7/3 pernah hadir satu mesyuarat pibg dan berada di sebelah guru yang hadir Ijtimak Tabligh. Buat saringan setelah dapati cikgu berkenaan +ve covid-19

23/3/2020 - buat saringan di KK berhampiran kampung. Mula kuarantin di rumah sewa mak sendirian. 

Cukuplah setakat ini dahulu.

19 Mac 2020

Walid bin Mus'ab

Kisah Firaun yang asalnya nama Walid bin Mus'ab.

Lahir dari bapanya yang pernah membunuh lembu kerana menyangka lembu sengaja menunjukkan dia (lembu usia 3 tahun) boleh beranak. Sedangkan dia telah berkahwin slama 170 tahun tetapi gagal dapat zuriat.

Sebelum nyawa lembu habis, lembu itu sempat berkata-kata

" Hai Mus'ab, kamu akan dapat seorang putera. Namun, kerana ketidaksabaran dan sifat hasad dirimu kepada diriku maka aku yakin puteramu nanti menjadi tiang neraka jahannam."

Asal Walid bin Mus'ab seorang pemuda yang miskin dan malas bekerja. Dia juga membunuh Fir'aun sebenar dan mengikhtiraf dirinya sebagai Fir'aun baharu. Walid bin Mus'ab merupakan Fir'aun yang lemas dan memerangi Nabi Musa serta mengaku diri sebagai Tuhan.

Buku ini adalah fiksyen. Kisah dalam buku ini tidak boleh dijadikan sandaran. Bagiku, buku ini sesuai untuk seseorang yang ingin mengetahui jalan cerita. Ada juga kisah dalam buku ini mengikut jalan cerita dalam Al-Quran.

Buku ini adalah pinjaman perpustakaan negeri ketika menemani adik mencari bahan untuk kuliahnya di masjid. Kebetulan 2 hari lepas itu pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin.

Sumber: Firaun Tenggelam dalam Laut Merah. Oleh Abdul Latip Talib. Terbitan HR Publishing 2019.

11 Mac 2020

Peluang Tidak Berulang.

Golongan muda adalah pelapis untuk generasi akan datang. Jika mereka tidak menjadikan pengalaman sebagai peluang untuk menimba ilmu, maka tunggulah. ZERO!

Aku sangat terkesan jika golongan agamawan yang menjadikan alasan untuk mengelakkan tugas. Apatah lagi tugasan sedia ada tidak dapat dijalankan dengan sebaiknya. Aku kecewa!

Adik-adik graduan baharu tidak perlu mendabik dada kononnya ...

Akulah yang sempurna!
Aku tahu semuanya!
Aku paling handal!
Aku...aku..aku...segala-galanya aku.

Memang aku bukan dilahirkan pandai. Aku tidak dilahirkan terus menjadi pemimpin. Aku sedar diri ini kurang pengalaman. Aku kurang motivasi diri. Aku kurang ilmu.

Apa yang aku buat?

Aku hidup dengan berani mencuba perkara baharu. Aku terima jawatan walaupun 'bidan terjun'. Aku terima amanah walaupun terasa berat untuk dipikul. Aku cuba laksanakan walaupun bukan terbaik. Aku cuba walaupun aku bukan terpilih. Aku sedar, aku hanyalah cebisan kain buruk yang melukut ditepi dinding.

Graduan baharu. Graduan agama. Graduan yang mengecewakan walaupun bukan semua. Kenapa aku? aku nak lepaskan jawatan? Apakah anda tahu, jawatan yang diberikan adalah amanah. Jika tidak tahu, tolonglah rajinkan diri bertanya. Banyak lagi pengalaman yang perlu dikutip. Panjang lagi perkhidmatan anda.

Aku terkesan dengan kata-kata bos baharu. 

"Kita diberi gaji yang banyak. Malangnya kita gagal membentuk 'customer' kita menjadi oeang yang berilmu, berakhla mulia. Ya. Dimana keberkatan hidup kita?"

Sentap!

Deep!

Bos yang baik akan melahirkan staff yang baik. Jalannya penuh liku. Jalannya penuh onak dan duri. Kesabaran menjadi penguat untuk terus istiqamah.

Bukan agamawan sangat komited dengan kerja. Tiada duit 'overtime' diberikan. Tiada reward tertentu dipinta. Tiada pujian yang dipinta. Hanya Allah menjadi saksi keikhlasannya.

Aku malu. Aku malu dengan diri sendiri. Aku malu dengan Allah. Aku gagal membentuk generasi pelapis baharu. Aku terlalu 'beri muka'. Aku tak layak menjadi pemimpin. Maafkan aku.

21 Februari 2020

Adab semakin hilang ditelan waktu.

Alhamdulillah. Kem telah selesai walaupun ada beberapa orang masih bercuti kerana dikesan terkena influenza A dan influenza B. Aku sendiri tak tahu apa jenis penyakit ini. Musim 'Novel Corona Virus' melanda, ada pelajar yang tidak pergi kem masih demam dan ada kes denggi. Moga mereka semua cepat sembuh.

Tahun 2020 menjadikan seseorang bertambah moden. Diriku semakin tua, tidak dapat nak adaptasi pemikiran generasi 2020 inginkan. Canggih. Semakin canggih. Tetapi akhlak dan adab semakin meninggalkan kita. Lihatlah pelajar tingkatan 1 tahun ini. Semakin biadap. Semakin kurang ajar. Mereka tidak dapat bezakan antara kawan dan guru. Mereka ridak dapat bezakan orang tua atau muda. Semuanya sama bagi mereka. 

Masih ada yang beradap. Masih ada yang berakhlak. Masih ada yang menghormati antara satu sama lain. Malangnya, kurang adab ini akan menjadi virus kepada pelajar yang beradab. Jika tidak dibendung, pelajar 'nakal' akan mempengaruhi pelajar yang 'baik'. Hal ini sangat mencabar. 

"Sukarnya mendidik anak zaman 2020"

Aku tak nafikan. Akhlak mereka bermula di RUMAH. Akhlak mereka berdasarkan bagaiman ibu bapa mereka mendidik. Ada seorang ustazah, malangnya anak menjadikannya hamba. Ada seorang teacher, untungnya dia sebab anaknya sangat sopan dan mendengar kata. Tak semua orang ada ilmu parenting. Tak semua akhlak diwarisi. Yang pasti, anak akan terbentuk berdasarkan cara didikan ibu bapa di rumah. 

Aku bukan orang yang layak bercakap berkaitan pendidikan anak-anak. Tetapi aku sedang menjadi pendidik bagi pelajar sekolah menengah. Semakin lama berkhidmat, semakin sukar mendapat perhatian pelajar. Guru bercakap, dia nak bercakap. Bila waktu guru nak keluar, baru nak mula bertanya. Bila guru nak uji kefahaman berdasarkan apa yang diajar, baru tahu rupanya dia tidak faham apa-apa. Bagaimana nak tolong mereka ini?


Imam Malik

 Dalam dunia Islam, aku sangat jahil berkaitan mazhab-mazhab yang ada. Jika melihat latar belakang pengajian aku sehingga pengajian sarjana,...