Semangat menulis datang kembali. Kembali seperti semangat Ammar. Aku tak kenal siapa Ammar. Ada video tetapi internet sangat perlahan. Jadi dibiarkan dahulu video itu. Semakin banyak kisah di fb dan blog tentang Ammar. Keterujaan ingin tahu semakin melonjak. Siapa dia ni???!
Sementara video tak dapat ditonton, aku cuba baca entri dari Ustaz Hasrizal tapi server down. Mungkin ramai sangat masuk ke laman web ustaz. Aku semakin sibuk dan terlupa tentang Ammar. Pulang ke kampung, line streamyx ok dari android. Terperasan lama tak update guna laptop.
Aku mula ingin tahu tentang remaja ini adalah 'berjiran dengan Maqam Abu Ayub Al-Ansori'. Hatiku terus terdetik, "Apa kehebatan remaja ini sehingga mendapat kebenaran dikuburkan bersebelahan dengan dengan sahabat Rasulullah?". Video di atas telah menjawab persoalanku ini.
"Andai aku syahid, kebumikan aku di pinggir Constantinople. Agar pada suatu hari nanti, apabila aku mendengar tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku, tahulah aku bahawa janji Nabi, telah tertunai!” – Abu Ayyub al-Ansari r.a. 44H
Beliau juga mempunyai semangat Sultan Muhammad Al-Fateh yang membebaskan Kota Konstantinople. Kisah Sultan Muhammad AL-Fateh dileh di baca pada entri yang lalu. Tahun 2010 (SINI). Tahun 2011 (SINI). Tahun 2012 (SINI). Adakah ini ada kaitan dengan Ammar? Wallahua'lam.
Beliau meninggal dunia berjumpa dengan Allah dalam keadaan Husnul Khatimah (pengakhiran yang baik) walaupun dalam usia 20 tahun. Wajahnya masih berpeluh selepas dimandikan dan dikafankan. Wajahnya seperti orang sedang tidur. Wajahku bagaimana? Ya Allah, matilah aku dalam 'husnul khatimah'. Aminn.
Jasa beliau terlalu banyak jika dibandingkan dengan remaja seusianya. Perkara ini juga banyak dikongsi oleh rakan beliau sendiri dalam fan page ini (https://www.facebook.com/letsfollowammar?ref=profile) serta ahli keluarga. Perkongsian oleh Ustaz Hasrizal di SINI
'kisah yang dikongsi oleh Ustaz Hasrizal bersama Ammar'
Banyak perkara yang dilalui oleh Ammar. Kebanyakannya disebalik tabir. Kebaikannya disebut-sebut selepas syahid. Ada yang menganggap beliau seorang syahid yang tertangguh kerana keinginannya syahid di Syiria. 4 November 2013 ini adalah tarikh kesyahidan beliau setelah kemalangan jalan raya akibat dilanggar oleh sebuah ambulan.
'dari fb'
Visi dan misi beliau:
“1) Akan menziarah serta mengkaji ketamadunan & kekayaan Sejarah Bangsa, Negara Turki & kerajaan-kerajaan yang pernah diasaskan oleh mereka."...ingin menjadi SEJARAWAN PERANTAU.
2) Meskipun tumpuan 100% kpd penguasaan akademik, tumpuan kpd ilmu rohani & agama tidak boleh diabaikan. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan ketenangan jiwa, hubungan dengan Sang Pencipta dikekalkan, Risalah An-Nur tulisan Ustaz Badiuzzaman Said Nursi adalah penawar terbaik untuk semua ini.
Maka, jika aku berjaya memahami dan menguasai kitab RISALAH AN-NUR, aku akan cuba menyebarkannya ke setiap negara yg akan aku pergi di samping melakukan kajian sejarah.”
“Ya, sesungguhnya untuk mencapai kedua-dua matlamat ini, aku sudah tiada masa utk berlengah-lengah & berehat, sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh dengan mengaplikasikan gerak-kerja harian aku kepada tindakan tanpa gagal.”
Jauh sangat kerja aku dibandingkan dengan beliau. Terasa kerdil diri ini walaupun hidup lebih lama dari Ammar. Semoga perkongsian di blog ini menjadi sahamku di sana. Aminn.

Perkongsian daripada Sdr. Abu Akhyar Al-Qudsi
Jauh sangat kerja aku dibandingkan dengan beliau. Terasa kerdil diri ini walaupun hidup lebih lama dari Ammar. Semoga perkongsian di blog ini menjadi sahamku di sana. Aminn.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan