18 Julai 2010

Sultan Muhammad al-Fateh

Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rejab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 Masihi. Beliau wafat pada 3 Mei 1431 selepas terminum minuman beracun dalam usia 49 tahun.

Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahandanya, Sultan Murad. Dan ketika berumur 21 tahun Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 Jamadil Awal 857 Hijrah.

******************
Selepas kelahirannya

Sultan Muhammad al-Fateh sejak dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsudin al-Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayahanada Sultan Muhammad al-Fateh)," Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota Konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu," sambil menunjuk kepada Muhammad al-Fateh yang masih dalam buaian.

" Dia diutus oleh Allah bagi menjadi pemimpin yang baik dengan pasukan tentera yang baik dan dibantu oleh rakyat yang baik" tambah Syeikh Syamsudin al-Wali.

Mendengar kata-kata ulama' itu, Sultan Murad berasa amat terharu sehingga mengalirkan air mata.

" Saya serahakan anak ini kepada tuan supaya dididik dengan ilmu agama dan disiplin tarekat," kata Sultan Murad.

" Saya terima tanggungjawab itu kerana Allah. Selain ilmu agama, anak itu juga mesti dididik dengan ilmu kepahlawanan dan peperangan," kata Syeikh Syamsudin al-Wali pula.

" Tugas itu saya serahkan kepada adik saya, Panglima Tharhan. Dia mempunyai banyak pengalaman terutama dalam ilmu peperangan," balas Sultan Murad.

" Saya juga terima tanggungjawab itu kerana Allah," kata Panglima Tharhan pula.

Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Baginda membesar sebagai pemuda yang tampan. Bentuk badan yang tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.

Masa Kecilnya

Sejak kecil Sultan Muhammad al-Fateh dididik supaya hidup sederhana. Dia dibiarkan berkawan dengan rakan-rakan yang sebaya dengannya. Apabila dia berada dalam kumpulan ramai, orang tidak akan menyangka dia anak seorang sultan.

Oleh kerana Sultan Muhammas ini degil dan keras hati, ramai ulama' tidak berjaya mengajar ilmu agama kepadanya kerana dia suka bermain. Segala arahan guru agamanya tidak dihiraukan.

Akhirnya Sultan meminta Syeikh al-Kurani yang terkenal sebagai seorang guru yang tegas dan garang ini untuk mengajar Sultan Muhammad. Apabila pujukan Syeikh al-Kurani tidak di endah oleh Muhammad al-Fateh, Syeikh al-Kurani mengeluarkan rotan yang disimpan dalam jubahnya lalu memukul kaki Sulta Muhammad. Sebatan demi sebatan hinggap di kaki anak Sultan Murad itu. Apabila diadukan kepada ayahanda dan bondanya, aduannya tidak diendahkan. Akhirnya beliau menangis hingga tertidur.

Seumur hidupnya belum pernah dipukul oleh sesiapa. Esoknya, dia kelihatan termenung. Peristiwa dia dirotan oleh Syeikh al-Kurani di depan orang ramai terkesan di hatinya. Dia mula insaf dan tidak mahu dipikul lagi. Lalu tertanam dalam hatinya mahu menurut kata ayah dan ibunya. Apabila didatangi oleh Syeikh Bayram, Sultan Muhammad terus meminta supaya diajar ilmu agama.

" Hari ini saya mengajar tuanku menghafal surah al-Fatihah," kata Syeikh Bayram.

Dengan senang hati Sulta Muhamad bersetuju. Dan pada ahari itu juga dia berjaya menghafal surah al-Fatihah dan beberapa surah pendek.

Latihan Ketenteraan

Petang itu selepas latihan ketenteraan, Sultan Muhammad dan Panglima Tharhan duduk berehat di baawah pohon delima. Di hadapan mereka kelihatan Selat Bosphorus yang airnya berkilau-kilauan disinari cahaya matahari petang. Angin yang bertiup lembut teras nyaman, menyejukkan tubuh mereka yang tadinya berpeluh.

" Pak Cik sudah tua. Entah esok atau lusa pakcik dipanggil mengahadap Yang Maha Esa. Sekiranya pakcik sudah tiada, amalkanlah segala ilmu yang sudah tuanku pelajari," Panglima Tharhan seperti berwasiat.

" Pakcik mengajar saya ilmu peperangan. Saya mahir menunggang kuda dan menggunakan senjata juga dari tunjuk ajar pakcik. Bagi saya pakcik tetap berada dalam hati saya selamanya," kata Sultan Mahmud pula.

" Syeikh Bayram dan Syeikh Syamsudin al-Wali mengajar tuanku ilmu agama. Pakcik mengajar ilmu peperangan. Kedua-dua ilmu ini penting kepada tuanku yang bakal menjadi Sultan Usmaniah, Pemerintah Turki. Tetapi yang penting, tuanku bakal penakluk kota Konstantinopel,"

" Saya masih muda dan mentah dalam kehidupan. Tetapi saya mahu bertanya. Mengapa kota Konstantinopel mesti ditakluk? Tidak bolehkah kita berbaik dengan mereka?"

" Konstantinopel adalah ibu kota Byzantium. Orang-orang Rom memusuhi Islam semenjak zaman Nabi Muhammad SAW sehingga sekarang. Kerana itu baginda memberi isyarata kota itu mesti ditakluki. Tetapi bukannya mudah. Kota Konstantinopel hanya dapat ditakluk oleh pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik."

" Saya mahu menjadi pemimpin yang baik. Mempunyai tentera dan rakyat yang baik. Saya pasti tawan Kota Konstantinopel suatu hari nanti,"

" Tuanku penuhi dahulu dada tuaku dengan ilmu. Selain mempelajari ilmu agama dan peperangan, tuanku juga mesti mempelajari ilmu sejarah. mengingati sejarah membuatkan kita lebih mencintai tanah air kita. Sejarah juga mengajar kita supaya tidak mengulangio kesilapan yang lalu," kata Panglima Tharhan.

" Boleh Pakcik ceritakan mengenai sejarah kerajaan Usmaniah?" tanya Sultan Muhammad.

Panglima Tharhan tersenyum. Dia tidak keberatan menceritakannya. Selain ilmu agama dan ilmu peperangan, Sultan Muhammad yang bakal mewarisi takhta kerajaan Usmaniah itu juga mesti mengetahui sejarah tanah airnya. Sejarah perjuangan nenek moyangnya.

Bagi Sultan Muhammad pula, walaupun sudah berkali-kali mendengar kisah sejarah itu, namun baginda masih tidak puas mendengarnya. setiap kali baginda mendengar kisah nenek moyangnya, semangat berkobar=kobar mahu mencontohi perjuangan mereka. Baginya mendengar kisah sejarah itu, bukan sebagai hiburan tetapi penguat semangatnya.

" Tuanku beruntung kerana menjadi pewaris takhta sebuah kerajaaan yang berada di kemuncak kegemilangannya. Sebanyak 20 buah negeri berada di bawah pemerintahan kerajaan Turki Usmaniah. Tuanku bakal memerintah sebuah negara yang besar dan luas tanah jajahannya," kata Panglima Tharhan.

" Saya luaskan lagi kawasan pemerintahan kita. Sebelum menakluk kota Konstantinopel, kawasan-kawaaasan sekitarnya mesti ditakluki terlebih dahulu," kata Sultan Muhammad.

Panglima Tharhan kagum dengan kebijaksanaan Sultan Muhammad. Walaupun umur masih muda tetapi baginda seorang yang cerdas akal fikirannya.

" Kerajaan Usmaniah ini asalnya sebuah kabilah yang kecil sahaja tetapi dipimpin oleh seorang yang berjiwa besar, namanya Ertoghul. Apabila berlaku peperangan antara Rom dengan Dinasti Seljuk, Ertoghul menyebelahi Sultan Alauddin. Mereka berjaya mengalahkan tentera Romawi. Sebagai balasannya, Ertoghul dan kabilahnya diberikan sebuah kawasan bagi diperintah sendiri.

" Selepas Ertoghul meninggal dunia, puteranya bernama Usman yang menggantikannya. Baginda seorang pemimpin yang berani dan bercita-cita tinggi. Sultan Usman menawan negeri-negeri yang berhampiran lalu memerintah kawasan yang ditakluknya. Dengan ini kawasan pemerintahannya menjadi semakin luas."

" Kemudian terjadi saat yang paling getir apabila orang-orang Monggol menyerang lalu menjatuhkan kesultanan Seljuk. Sultan Alauddin mangkat dan tanah jajahan serta rakyatnya bercerai berai. Sultan Usman berusaha menyatukan semula kawasan itu supaya berada di bawah pemerintahannya. Dari situ bermula kerajaan Usmaniah yang mengambil nama Sultan Usman."

Sultan Muhammad begitu tertarik hati mendengarnya. Kemudian Panglima Tharhan menyambung ceritanya," Selepas Sultan Usman mangkat, tempatnya digantikan oleh puteranya yang bernama Ourkhan. Baginda berjaya menawan Bursa daripada tentera Romawi lalu menjadikannya ibu kota negaranya. Bermula dari situlah usaha dilakukan bagi menawan Konstantinopel, inu kota Byzantium.

Selama 20 tahun Ourkhan berkuasa, baginda berjaya menjadikann kerajaan Usmaniah kuat. Baginda memperbaiki urusan dalam negara dan membentuk angkatan bersenjata yang dipanggil Yennisari. Selepas Ourkhan mangkat, baginda digantikan oleh Sultan Murad I. Baginda meluaskan lagi pemerintahan Usmaniah dengan menawan Adranah, Sofia, Kosovo, dan Serbia. Apabila Sultan Beyazid berkuasa baginda menakluk Bulgaria, perancis dan Jerman. Kemudian baginda merancang hendak menawan Kota Konstantinopel.

" Pada suatu hari, Sultan Bayazid menghantar itusan kepada pemerintah Rom di bandar Konya," kata Panglima Tharhan menyambung ceritanya.

" Apa tujuannya," tanya Sultan Muhammad. baginda tertarik hati mendengarnya.

" Mengajak mereka berdamai dan mengadakan persepakatan," jawab Panglima Tharhan.

" Bukankah Rom itu musuh kita? Mengapa diajak berdamai?" Sultan Muhammad meluahkan kehairanannya

" Orang-orang Rom di bandar Konya keturunan Saljuk. Mereka ada darah campuran dengan bangsa kita. Kerana itu mereka tidak sefahaman dengan orang-orang Romawi di kota Konstantinopel. Mereka memerintah sendiri bandar Konya. Kerana itu Sultan Beyazid mengajak mereka berdamai."

" Apa persepakatannya?" tanya Sultan Muhammad lagi.

" Kerajaan Usmaniah tidak campur tangan dalam masalah di bandar Konya dan mereka juga tidak campur tangan dalam hal ehwal kerajaan Sultan Beyazid," jawab Panglima Tharhan.

" Mereka setuju?"

" Orang-orang Rom Saljuk di bandar Konya bimbang diserang oleh orang-orang Rom dari Konstantinopel. Kerana itu mereka bersetuju berdamai dengan kerajaan Islam Usmaniah dengan harapan tidak diserang oleh musuh mereka. Kerana itu mereka bersetuju berdamai dan mengadakan persepakatan."

" Adakah berdamai dengan mereka yang memushi Islam itu dibolehkan?" tanya Sultan Muhammad lagi.

" Islam adalah agama perdamaian. Peperangan hanya boleh dilakukan apabila pintu perdamaian ditutup. Malah sebelum kita menyerang musuh, kita ajak mereka berdamai dahulu. Sekiranya mereka enggan barulah perangi,"

"Mengapa kita tidak berdamai dengan orang-orang Rom di Konstantinopel?"

" Mereka tidak mahu berdamai dengan kita. Malah sejak dari dahulu mereka sentiasa menunjukkan sikap permusuhan pada kita. Sebab itu, pintu perdamaian dengan mereka tertutup. Kita mesti memerangi mereka. Tambahan pula mereka sentiasa berusaha untuk menjatuhkan kita. Kerana itu peperangan antara kita dan mereka tidak dapat dielakkan."

" Baiklah. Apa terjadi selepas adanya perdamaian dan persepakatan antara Sultan Beyazid dengan orang-orang Rom di bandar Konya?"

" Sultan Beyazid ada rancangan sendiri. Baginda membuat persiapan bagi menyerang kota Konstantinopel. Orang-orang Saljuk Rom di bandar Konya suka sekiranya kota itu ditawan oleh tentera Islam. Malah mereka memberi bantuan senjata kepada Sultan Beyazid."

" Maka berangkatlah kira-kira 100,000 tentera yang dipimpin sendiri oleh Sultan Beyazid. Mereka Mengepung kota Konstantinopel menyebabkan penduduk kota itu menjadi cemas kerana terputus hubungan dengan dunia luar. Walaupun hampir menemui kejayaan namun takdir menentukan bahawa kota Konstantinopel tidak dapat dibuka oleh Sultan Beyazid," kata Panglima Tharhan.

Sultan Muhammad mendengar cerita dengan penuh khusyuk. Setiap kata-kata yang diucapkan oleh bapa saudaranya itu didengarnya dengan penuh tumpuan. Kata-kata itu meresap ke dalam jiwanya.

" Ketika itu Sultan Beyazid diambang kejayaan. Walaupun tentera Islam boleh menyerbu masuk ke kota Konstantinopel tetapi Sultan Beyazid lebih suka tentera Rom itu menyerah diri tanpa pertumpahan darah. Baginda mengutus surat meminta maharaja Konstantinopel menyerah kalah. Tiba-tiba...inilah yang dinamakan takdir. Tentera Monggol tyang diketuai oleh Timurlime menyerang Turki. Sultan Betyazid terpaksa mengerahkan tenteranya pulang ke Turki bagi mempertahankan negara mereka daripada serangan tentera Monggol. Kerana itu Kota Konstantiniopel terselamat.

" Usaha menakluk kota Konstantinopel diteruskan oleh Sultan Sulaiman, putera Sultan Beyazid tetapi gagal. Kemudian Sultan Murad ayahanda tuanku juga mencubanya namun gagal juga. Tuanku juga mesti meneruskan usaha itu sehingga berjaya."

" Dengan izin Tuhan, saya pasti menawannya," Begitu tekad Sultan Muhammad.

Semasa memangku takhta pemerintah Turki

Dalam umur 16 tahun, Sultan Muhammad diberi tugas memerintah Turki kerana Sultan Murad mahu berehat buat sementara waktu dan melatih puteranya dalam hal ehwal kerajaannya. Orang yang paling gembira adalah Maharaja Kota Konstantinopel kerana menyangka Sultan Murad sakit.

Untuk menghuru-harakan kerajaan Turki, maharaja itu menghantar ketua paderi Zaqhanus yang terkenal dengan kebijaksanaannya. Akhirnya Zaqhanus memeluk Islam apabila salah seorang ulama' dapat menjawab soalan Zaqhanus serta melaksanakan cabarannya dengan izin Allah. Akhirnya Zaqhanus dilantik menjadi ketua tentera laut kerana kepakarannya (dilantik selepas kemangkatan Sultan Murad)

Dalam tempoh pemerintahan sementara ini, banyak helah yang telah dibuat oleh Sultan Muhammad dalam menghadapi ancaman Maharaja Konstantinopel. Hal ini kerana persiapan yang rapi perlu dibuat sebelum menawan kota Konstantinopel terutama memastikan tenteranya menunaikan semua amalan kefarduan, solat berjemaah dan sebagainya. Begitu juga rakyatnya menjadi hamba yang taat kepada Allah supaya tiada yang akan menyebelahi musuh Islam.

Selepas menjadi pemerintah Turki

Sultan Muhammad Al-Fateh sejak akil baligh tidak pernah meninggalkan solat fardu berjemaah. Tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib. Tidak pernah meninggalkan solat tahajud. Jiwanya kental ingin menawan kota Konstantinopel kerana percaya kepada hadis Rasulullah.

" Hanya pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik dapat membuka kota Konstantinopel"

Bukan senang untuk menawan kota ini. Bah kan ada orang kanannya hampir putus asa dan hampir menerima rasuah daripada pihak maharaja Kontantinopel. Kekuatan rohani iaitu solat tahajud dan hajat tidak di tinggalkan oleh para tentera. Setiap malam, semua tentera berjaga untuk menunaikan solat, zikir dan membaca al-Quran. Inilah tentera yang terpilih.

Dalam aturan peperangan ini, Sultan Muhammad al-Fateh banyak mengikut cara ketenteraan yang dilakukan oleh Rasulullah. Kerana inilah contoh terbaik untuk diikuti. Syeikh Syamsudin tidak putus-putus memohon petunjuk daripada Allah dengan menunaikan solat istikharah.

Akhirnya kota Konstantinopel dapat ditawan. Maharaja Konstantinipel terbunuh. Panglima Perangnya , Ardogan juga terbunuh.

Kisah ini memberi banyak pengajaran kepada kita yang masih buta sejarah dan tidak minat sejarah.

Untuk mengetahui kisah ini dengan jelas bolehlah cari buku Novel Sejarah Islam Abdul Latib Talib. Di bawah tajuk Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel. Jumlah muka surat 321. Keluaran PTS litera Utama Sdn Bhd.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...