17 Oktober 2019

Remaja Cerminan Masa depan.

Mutaakhirin, remaja terdedah dengan dunia luar. Walaupun mereka berada di rumah, malah dalam bilik, mereka masih boleh melayari dunia luar menggunakan telefon pintar. Pintarkah mereka?

Tiada siapa peduli, remaja mencari kekosongan hidup dengan cara tersendiri. Apatah lagi, pekerjaan baru yang popular menggunakan gajet tertentu seperti Youtuber, Influencer dan banyak lagi yang aku sendiri tidak tahu kewujudannya. Pencetus pekerjaan ini adalah golongan muda dan masih remaja.

Keperluan rohani ditolak tepi. Nasihat orang tua tidak dipeduli. Mereka mengikut haluan sendiri tanpa bimbingan. Apakah keperluan rohani? Apakah panduan agama? Apa yang Allah dan Rasul larang? Semua dianggap kolot dan ketinggalan zaman.

Dari sini, mereka akan jadi orang yang mementingkan diri sendiri. Apabila akan kemalangan, mereka rakam video dan buat rumusan. Sedangkan mereka boleh bantu mangsa kemalangan. Ini juga menyebabkan mangsa yang boleh selamat, meninggal dunia. Ambulans lambat sampai kerana masing-masing halang laluan dengan cara menggunakan lorong kecemasan dan sebagainya.

Kerosakkan akhlak menjadi-jadi sehingga sanggup jual diri untuk dapat habuan wang ringgit. Rasuah. Jual tender kepada orang tidak layak. Sanggup bocorkan soalan semata-mata habuan dunia. Semua dihujung jari. Palsu semata-mata.

Bagaimana kita sebagai netizen, ibu bapa, guru, kakak, abang, pemimpin yang boleh membentuk sahsiah remaja ini?

Aku sendiri buntu untuk mencari jalan. Takut kena 'kecam'. Takut itu. Takut ini. Bila buat syarahan atau pidato, pelbagai hujjah dikeluarkan. Realitinya, telah dilaksanakan. Di mana kesan positifnya? Laporan cantik. Dokumentasi kemas dan lengkap. Gambar bukti pelaksanaan program cantik. Kajian demi kajian dibukukan. Dimana silap kita?

Punca yang boleh disenarai banyak terutama media massa. Penyelesaian, tiada yang berjaya.

M. Luther King : apa-apa yang bertentangan dengan akal, tentu bertentangan pula  dengan Allah

Gustav Le Bon : Manusia tidak dipimpin oleh akalnya melainkan oleh perwatakan dan peribadinya.

Goethe : Tingkahlaku dan sahsiah seseorang adalah cerminan  yang memperlihatkan watak yang bersangkutan dengan diri seseorang.

Sumber: Dewan Siswa Bil. 6 Tahun 2018.

20 September 2019

Kelemahan Khilafah Uthmaniyyah


622M – Rasulullah dilahirkan
633M – Abu Bakar As-Siddiq dlantik menjadi Khalifah
634M – Omar Al-Khattab dilantik menjadi khalifah
644M- Uthman bin Affan dilantik menjadi khalifah
656M – Ali bin Abi Tholib dilantik menjadi khalifah
661M – Kerajaan Umayyah oleh Muawiyyah  bin Abi Sufian
752M – Kerajaan Abbasiyyah
1055M – Kerajaan Seljuk Turki
1243M- Kerajaan Uthmaniyyah
1566M /974H – Sultan Uthmani, Sulaiman al-Qanuuni meninggal dunia

Kelemahan Sultan Sulaiman Al-Qanuni.

1. Sering dipengaruhi isteri dalam urusan pentadbiran negara.

Roxelana pernah campur tangan urusan negara bagi menjatuhkan Putera Mustafa. Putera Mustafa merupakan panglima tentera yang hebat dan disenangi di kalangan para pegawai tentara. Roxelana merancang untuk melantik anaknya, Sultan Salim II menjadi khalifah selepas kematian Sultan Sulaiman. Hal ini menyebabkan kebangkitan kemarahan tentera Janisari (SINI) yang menyebabkan pemberontakan besar-besaran. Pemberontakan dapat dipatahkan oleh Sultan Sulaiman. Akibatnya, Putera Mustafa dan anaknya yang masih bayi telah dibunuh. Sultan Sulaiman sendiri telah membunuh anaknya, Beyazid dan 4 anaknya yang lain kerana hasutan salah seorang penasihat beliau.

2. Sultan tidak menghadiri mesyuarat majlis pemesyuaratan.

3. Wujud angkara jahat isteri-isteri Sultan

4. Kegagalan menghadapi masalah ekonomi dan social sehingga menyebabkan  ketidakstabilan di kalangan rakyat di Rumelia dan Anatolia.

Image result for uthmaniyah
Sumber: google

Pemerintahan Sultan Salim II.

9 Rabiul Awal tahun 974H – Sultan Salim II dilantik menjadi khalifah

Sultan Salim II merupakan anak Sultan Sulaiman dari  isteri Sultan Sulaiman, Roxelana.
Beliau tidak mempunyai kemampuan memelihara wilayah-wilayah taklukan ayahnya. Beliau beruntung kerana mempunyai penasihat yang hebat iaitu Muhammad Basha Sokkulu.Muhammad Basha telah mengembalikan kegemilangan dan kegerunan dikalangan muusuh.

1567M / 1567H – Muhammad Basha telah mengadakan perjanjian dammai dengan Austria. Melalui perjanjian ini, Austria akan menguasai Hungary dan perlu membayar jizyah tahunan seperti yang dipersetujui oleh Empayar. Beliau juga mnegiktiraf kekuasaan Transylvania, eflak (Wllahchia) dan Bogdan.

1569M /980H – Memperbaharui perjanjian dengan Charles IX, Raja Perancis.Hak keistimewaan Konsul Perancis ditambah.Henry De Valois, adik Raja Perancis dilantik menjadi raja di Poland dengan persetujuan Perancis yang kini menguasai di Laut Mediterranean. Berdasarkan persetujuan, Raja Perancis telah hantar misi agama Kristian ke seluruh pelusuk Empayar Uthmani khususnya di wilayah Syam. Ini membawa kepada kelemahan Empayar. Pengaruh Perancis mula meningkat dikalangan penganut Kristian sehingga menyebabkan kesetiaan mereka mula longgar dan menaikkan semangat mereka untuk memberontak. Salah satu kesan penting pengaruh Perancis ini ialah campur tangan Perancis dalam memelihara hak etnik dan Bahasa minority Kristian. Pada ketika ini, Empayar Uthmani mula lemah dan penganut Kristian mula menuntut kemerdekaan dan mendapat sokongan negara-negara Kristian Eropah.

Sumber:
1. Buku Faktor Kebnagkitan & Sebab Kejatuhan Empayar Uthmaniah terbitan Pustaka Salam

24 Ogos 2019

Dia pergi jua

Pada awalnya, si suami tidak benarkan sesiapapun viralkan kisah isterinya. Ya betul. Ramai akan kasihan. Ramai yang akan melawat. Ramai nak beri pertolongan. Ramai yang baik mahu bantu apa yang termampu. Orang baik!

Kini kisahnya telah viral. Kanser lidah. Jarang diketahui termasuk diriku. Ia bermula dengan ulser pada lidah. Selepas 2 minggu , masih belum sembuh. Allahuakbar! kuatkah keluarga dan anak-anak? Pasti sukar. Allah tahu keperluan mereka. Suaminya redha. Pasti syurga tempatnya.

Aku dapat berita pula tentang penyakit tb yang menyebabkan kumannya makan tulang. Aku cuba google. Rupanya memang ada. Antara pesakit-pesakit tb 10% adalah tb jenis merebak ke tulang. Kebanyakannya serang paru- paru.

Apakah ini peringatan untuk diriku ? Tiada siapa tahu saat kematiannya. Begitu juga aku. Umur 35 tahun bukan jaminan untuk terus hidup. Amalan belum sempurna. Cukupkah amalanku untuk menempah syurgaMu? Subhanallah. Alhamdulillah. La ilaha illa Allah!

22 Ogos 2019

Biar tersalah ampun dari tersalah hukum

Hari ini kisah dahulu kembali berpusing umpama roda. Aku pernah melihat. Aku melihat hasilnya. Aku kenal kedua-duanya walaupun tidak secara mendalam. Bagi aku, orang yang lebih tua atau yang berkuasa bersalah.

Maaf, andai coretan ini memahat memori dahulu. Bagi aku ' biar tersalah ampun dari tersalah hukum '. Hipotesis aku mungkin tersalah dan mungkin juga betul. Boleh juga dibuat kajian tindakan jika sesuai.

Hari ini. Aku mendengar EMPAT murid ditampar, ditendang tanpa pembelaan. Aku tidak tahu kebenaran dari pihak mana.

Pagi-pagi lagi, aku dengar suara riuh. Malangnya, aku masih kepenatan memandu 3 hari dengan jarak km yang jauh. Tiada mood untuk ambil tahu apa yang terjadi.

Menurut cerita guru D, ada pelajar letak kasut atas motor cikgu E. Ada la habuk sedikit. Dek kerana pembersih, pelajar-pelajar yang berdekatan motor jadi mangsa. Jika tak nak kecoh, tepuk sikit biar habuk hilang. Selesai masalah kan. Si A sedang cari siapa yang buat.

Aku sempat bertanya sebaik sahaja aku bertemu mangsa sebelum berjalan masuk ke kelas untuk PdPc seterusnya.

"Dah jumpa siapa yang buat kerja ini?" tanyaku kepada 3 orang dari mangsa.

"Belum jumpa la ,ustazah. Memang teruk la kalau saya tau siapa yang buat!" luah salah si A.

"Masih rasa sakit?" tanyaku sambil lihat rahang mereka. Kawasan malap dan kulit mereka kurang cerah. Sukar untuk aku nampak kesannya. Mereka tunjukkan sambil gosok pipi.

"Ustazah! dia tak tanya pun kami, terus dipukulnya?" kata si B.

"kenapa tak lari cepat-cepat?" kataku.

"Tak boleh ustazah! nanti lagi teruk kami kena kerjakan". kata si B lagi.

"Nanti kita cari jalan ye", aku cuba leraikan ketegangan mereka. Mungkin esok, aku boleh tanya lagi. Lagipun aku dah terlambat masuk kelas.

Dahulu pernah seorang pengawas pss dihukum rotan oleh Cikgu F. Sekarang tiada lagi di sekolah. Pengawas dituduh merokok. Dia tak mengaku kerana dia tak buat dan sedang berpuasa. Aku sendiri tak tahu dia dirotan.

" Saya benci tengok dia dan keluarganya!" ucap pengawas ini di hadapanku. Aku mula rasa sesuatu. Ketika ini pengawas ini telah tinggalkan sekolah 3 tahun kemudian.

" Apa yang berlaku ni? tak elok benci cikgu sendiri "kataku.

" Ustazah ingat tak pasal saya kena rotan dahulu?" tanya si pengawas.

" Yang pasal rotan ke?" aku cuba ingat peristiwa itu.

" Haaa! sejak tu la saya tak boleh boleh pandang dia. Rasa nak tumbuk je. Nasib saya baik".

" Bayangkan masa tu saya puasa. Takkan saya merokok. Nasib iman saya kuat masih teruskan puasa". aku dengar luahannya.

" Maafkan lah dia. Saya juga ada rasa benci tu. Tak ke mana pun perasaan tu. Kita jadi sakit kerana marah. Kita doakan dia mendapat hidayah dan mohon maaf kepada kita semua". kataku untuk hilangkan galau di hati. Ya. Semua orang buat silap. Tak salah minta maaf. Kita manusia biasa.

Itulah peristiwa lama yang masih aku ingat. Bagi aku "jika ada bukti dan saksi yang ramai, baru kita boleh nilai kesalahan mereka" Mereka akan ingat sampai bila-bila.

BIAR TERSALAH AMPUN DARI TERSALAH HUKUM.

#cabaranduniapendidikan
#gurudanmuridberpisahtiada
#jadilahguruyangikhlas
#masihbelajar

06 Ogos 2019

Haji Satu Perjalanan Menyucikan Diri.

Bukan semua orang akan terpilih menunaikan ibadat haji. Kuota haji 2019 adalah 30, 200 orang bagi negara kita, Malaysia. Aku juga teringin ke sana. Adakah betul, perempuan umur 35 tahun ke atas tidak memerlukan mahram untuk menunaikan haji? Wallahu a'lam.

Pengalaman umrah tidak sama pengalaman haji. Haji lebih lama. Haji memerlukan tenaga yang kuat. Sebab itu 'kemampuan' sangat ditekankan. 

Maksud Haji

Dari sudut bahasa: menuju / mengunjungi

Dari sudut syara' : Mengunjungi Bitullah al-Haram untuk melakukan ibadat.

Hukum menunaikan haji

Wajib dilakukan sekali seumur hidup ke atas orang yang mampu lakukan.

Syarat Wajib Haji
  1. Islam
  2. Baligh
  3. Waras
  4. Merdeka
  5. Berkemampuan
Rukun Haji
  1. Niat ihram haji
  2. Wukuf di Arafahwalaupun seketika
  3. Tawaf Ifadah di Baitullah 7 kali pusingan
  4. Saei antara bukit Sofa dan Bukit Marwah
  5. Bercukur atau bergunting
  6. Tertib pada kebanyakan rukun


20 Julai 2019

Cukup-cukuplah Sekolah!

Motivasi. Cara lama. Contoh lapuk. Sama. Entah apa program yang tarik minat pelajar Alfa ini. Dunia gajet. Adakah program motivasi cara ini berkesan?

Begitu juga cara guru mengajar. Guru sangat selesa dengan cara lama. Bosan. Teacher centre. Itu lah panggilan dalam pendidikan.

Apa solusi Key Py Eim? mata pelajaran bertambah? Isi kandungan semakin bertambah? Laporan PBD perlu dihantar dan dipantau? Hantar guru pergi kursus pedagogi pak21? Tidakkah guru ini telah dilatih ketika di ipg dan universiti?

Teringat pembacaan dari perkongsian warga Malaysia yang sedang menyambung pengajian di Finland. Tiada penaziran. Tiada pemantauan. Mereka percaya apa yang guru ajar dan laksanakan. Bila 'percaya' tiadalah peperiksaan.

Salah seorang warga 'LP' pernah maklumkan bahawa apabila ditanya kepada 'orang besar' Finland tentang ujian PISA mendapat no. 1 di dunia. Hanya jawapan 'terima kasih'. Tiada ulasan panjang. Apabila ditanya lagi, jika ujian PISA Finland tidak dapat no.1. Jawapannya sangat mengejutkan bagiku.

' KAMI TIDAK KISAH . KAMU YANG LETAKKAN NOMBOR'.

Cukup- cukuplah sekolah! ...tagline yang menjadikan aku terfikir. 'Stress' nya budak-budak sekarang.

Bagi usia kanak- kanak sepatutnya masih bermain, dikerah untuk pergi kelas tuisyen. Waktu persekolahan bermula 7.30 pagi hingga 1.00 petang. 2.00 petang hingga 5.00 petang, kelas kafa. Seterusnya pergi tuisyen. Kadang ketika maghrib tuisyen. Solat pernah ditanya? Malam ada yang dihantar tuisyen lagi. Ada yang buat kerja sekolah. Ada yang terus tidur keletihan.

Hari minggu, ada program bla bla bla...Ada kelas tambahan di sekolah. Latihan bola dan sebagainya.

Isnin, pergi sekolah. Cikgu minta kerja rumah yang perlu dihantar. Tidak siap. Kena marah. Kena 'bebel' sebakul! Stress !!!

Cukup lah coretan idea. Bagi yang nak jadi cikgu...fikirlah banyak kali. Jika dah jadi cikgu, ikhlaskan diri. Moga 'jariah' di akhirat kelak.

13 Julai 2019

Takziah buat keluarga Che Ngah.

Ujian semua orang akan lalui. Sama ada kita terima dengan redha atau sebaliknya. Iman senipis kulit bawang hampir tidak kuat melaluinya.

Berita tentang kematian pasti mengejutkan bagiku. Kakak kepada ibuku yang merupakan ibu tunggal dan meninggalkan 14 orang anak dan ramai cucu. Jatuh dipangkuan anak lelaki selepas salam pertama. Sungguh mudah dan mulia pengakhirannya. Sebelum solat asar, beliau telah mandi dan bersedia untuk solat. Meninggal di KL dan bawa pulang ke kampung bersama telekung solatnya.

Aku bertolak pulang ke kampung jam 4.00 pagi. Aku sampai tepat jam 10.00 pagi. Aku terus ke perkuburan dan tidak sempat melihat atau solat jenazah bersama jemaah. Aku dapat lihat lubang kubur sedang dikambus dengan tanah oleh anak, cucu dan anak-anak saudara. Alhamdulillah urusan keluarga ini dipermudahkan. Cepat urusannya. Tiada apa yang boleh aku buat untuk keluarga ini kecuali pelukan semangat. Suara aku hampir tidak keluarga malah gugur mutiara dari tubir. Mereka kelihatan kuat. Aku pula sebaliknya. Aku kalah dengan emosi.

Rehatlah che ngah. Tiada apa yang perlu dibimbangkan. Damailah di sana. Moga syurga tempatmu.

Petang hari, aku ke hsnz melawat rakan. Sungguh berbeza mukanya. Melidi badannya. Aku takut jadi ratu airmata. Aku cuba berbual dengan tetamu yang hadir, dia hanya mendengar. Sesekali aku pandang rakanku ini. Kelihatan menahan sakit. Aku doakan semoga Allah beri kesembuhan dan kuat menghadapi hari-hari yang seterusnya. Suami dan anak-anak adalah pendorong terbesar. Merekalah orang paling dekat. Pengasuh anak-anaknya juga orang sangat baik. Dia dikelilingi oleh orang baik. Sebaiknya tidak berada lama di tempat pesakit. Syafakillah!

Imam Malik

 Dalam dunia Islam, aku sangat jahil berkaitan mazhab-mazhab yang ada. Jika melihat latar belakang pengajian aku sehingga pengajian sarjana,...