31 Januari 2019

Cuti lagi.

Bagi orang yang bekerja, cuti adalah masa yang dinantikan. Apatah lagi aku. Berada di sini umpama berada di asrama. Cuti terus balik kampung. Ada kampung, boleh pulang. Sama juga kita sebagai hamba Allah bakal kembali kepadaNya.

Tak sabar rasanya untuk sampai ke kampung. Moga Allah pertemukan aku dengan orang baik, pemandangan yang baik, suasana yang baik dan dipermudahkan urusan dalam permusafiran ini. Ada juga berpendapat musafirku ini, diharamkan. Moga Allah beri pengampunan kepada diriku. Aku anggap ini perjalanan yang diharuskan.

Bulan februari, menjadi bulan yang ditunggu-tunggu. Tunggu untuk mengisi borang pertukaran online. Tiada siapa tahu rezekiku dimana termasuk diriku. Itulah rahsia Allah yang tidak diketahui.

Sejak bekerja hampir 10 tahun ini, banyak pengalaman yang boleh diambil. Tidak perlu disebut satu persatu. Apa yang aku dapat gambarkan....

Apabila aku rasa lemah, Allah kuatkan aku dengan peristiwa yang mengembirakan.

Apabila aku rasa susah, datang pertolongan Allah melalui bisikan hati hambaNya.

Apabila aku diberi tugasan yang dirasakan berat, Allah ringankan dengan bantuan senior yang berpengalaman walaupun baru kenal.

Apabila aku persoalkan 'kenapa aku dipilih?', rupanya Allah beri ilmu baharu, pengalaman baru. Tiada siapa menduga, aku berada di tahap ini.

Hanya Allah Maha Mengetahui.

27 Januari 2019

Dimana idola kita?

Idola anak-anak remaja lebih kepada apa yang berada di depan mata. Artis? ibu? bapa? guru? kawan? Jutawan? Siapa idola mereka.

Sejak kecil, anak-anak dibekalkan dengan segala kemewahan dan alat teknologi terkini. Kita menyangka mereka hebat. Mereka boleh belajar sendiri. Mereka boleh menilai baik buruk sesuatu perkara. Malangnya, semua ini jarang berlaku tanpa didikan ibubapa di rumah.

Apabila seorang guru bertanya kepada murid-murid , " Siapakah idola kamu?". Ada yang menyebut beberapa nama artis.  Ada yang menyebut nama hartawan. Ada juga yang menyebut ibubapa mereka.

Andai guru bertanya," Siapakah Muhammad bin Abdullah yang mengemparkan dunia sehingga sekarang?". Tergagap mereka menjawab. Apatah lagi tokoh lain. Cuba tanya lagi siapa Amru bin Ash? Siapa Thoriq bin Ziad? Siapa Solahuddin Al-Ayubi?.

Dimana budaya membaca anak remaja sekarang? Membaca buku ilmiah bukan buku novel picisan di pasaran. Kurangnya membaca membawa kepada kurangnya adab dalam percakapan dan penulisan di media sosial.

Nilai Kemampuan.

Yang capik datang bertongkat,
Yang buta meraba-raba,
Yang tuli leka bertanya,
Yang kecil terambin lintang,
Yang jarak tolak-tolakan,
Yang pendek tinjau- meninjau,
Yang kurap mengekor angin.

Pernah dengar puisi ini?

Ini kali pertama aku dengar dari penceramah jemputan. Apa yang disampaikan adalah, kita perlu saling tolong menolong mengikut keupayaan dan kemampuan kita. Jika menurut penulis 'macam-macam ada' , ia menggambarkan kesetiaan rakyat kepada raja atau pemerintah iaitu saling tolong menolong dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Rupa-rupanya hikayat dahulu kala mempunyai isi yang tersirat dan tersurat yang sukar untuk diterjemahkan. Hebat generasi dahulu melalui pengalaman yang luar biasa. Di mana hikayat-hikayat hebat ini boleh diperolehi? Semangat nak membaca  membuak-buak semula.

SUMBER:

1. Hikayat Awang Sulung Merah Muda

14 Januari 2019

Korban Undian

Abdullah bin Abdul Mutalib hampir menjadi korban sebagaimana kisah Nabi Ismail yang hampir disembelih oleh bapanya,Nabi Ibrahim. Abdullah merupakan anak kesayangan kepada Abdul Mutholib. Abdullah merupakan anak bongsu dan adik beradik seibu sebapa dengan Abu Tholib.

Kisah Abdullah bermula dengan kisah Abdul Mutolib yang berjaya menggali telaga Zamzam bersendirian. Tiada siapa percaya ada Zamzam kecuali Abdul Mutolib. Abdul Mutolib bernazar, jika dia mempunyai 10 orang anak, dia akan korbankan seorang anaknya. Hasil undian menunjukkan Abdullah yang perlu dikorbankan. Seorang sahabat Abdul Mutholib menasihatinya supaya meminta pandangan tukang tilik. Tukang tilik ini dianggap perterjemah kepada kehendak berhala-berhala disekeliling Kaabah.

Hasil pertemuan dengan tukang tilik, Abdul Mutholib perlu membawa 10 ekor unta ketika membuat undian. Ditakdirkan Allah, setiap undian jatuh kepada anaknya, Abdullah. Genap 100 ekor unta, undian seterusnya jatuh kepada unta. Abdul Mutholib sangat gembira dan memerintahkan unta-unta itu disembelih dan diagihkan kepada penduduk Mekah. Inilah tanda kesyukuran Abdul Mutholib kerana Abdullah terselamat dari korban.

Abdul Mutholib memimpin tangan Abdullah sambil berjalan pulang ke rumah. Dalam perjalanan itu, seorang perempuan jelita dan berpakaian mewah menegur Abdullah. Abdullah hanya menjawab secara bersahaja kerana masih memikirkan peristiwa yang hampir meragut nyawanya sendiri. Abdul Mutholib yang melihat peristiwa itu, terus menarik tangan Abdullah dengan tergesa-gesa. Abdul Mutholib telah merancang untuk jodohkan Abdullah dengan Aminah, anak kepada kawan baiknya, Abdul Wahab Bin Abdul Manaf.

Setelah Abdullah berkahwin, Abdullah bertemu semula dengan perempuan ini. Malangnya, perempuan ini tidak mempedulikanya.

Abdullah bertanya," Kenapa kamu tidak seperti ketika kita bertemu kali pertama?".

Perempuan ini menjawab ," aku tidak melihat cahaya lagi pada dirimu"

Cahaya ini telah berpindah ke rahim Aminah. Cahaya ini ada pada anaknya, Muhammad yang bakal lahir untuk menerangi seluruh alam dari kegelapan.

p/s: olahan semula ikut kefahamanku.

SUMBER:
Buku : DIA محمد رسول الله صلى الله عليه وسلم oleh MUHD LABIB AHMAD. Cetakan kedua 1979. Terbitan SYARIKAT DIAN. SDN BHD. Ketua pengarang syarikat ketika ini Yusoff Zaky Yacob penterjemah Tafsir Fi Zilalil Quran oleh Sayyid Qutb.

13 Januari 2019

Siapakah Al-Mutawakkil?

Pemerintahan Islam bermula di Madinah.

1. Zaman Nabi Muhammad Bin Abdullah. Rasulullah SAW

2. Zaman Khulafa' Ar-Rasyidin
  • Abu Bakar As-Siddiq
  • Umar Al-Khattab
  • Uthman Bin Affan
  • Ali Bin Abi Tholib

Setelah Saidina Ali dibunuh, Saidina Hassan dilantik menjadi Khalifah selama 6 bulan.

3. Zaman Islam Beraja
  • Kerajaan Bani Umaiyyah
  • Kerajaan Bani Abbasiyyah : Zaman Ilmu
  • Empayar Turki Uthmaniyyah : Zaman kejatuhan Islam

4. Zaman sekarang.

*****************
Al-Mutawakkil

Beliau merupakan anak khalifah Al-Mu'tashim. Selepas Khalifah Al-mu'tashim meninggal dunia, Al-Watsiq dilantik menjadi khalifah. Setelah abang beliau meninggal dunia, Al-Mutawakkil dilantik menjadi khalifah.

Pemerintahan sebelum Al-Mutawakkil cenderung kepada fahaman Al-Mu'tazilah. Setelah Al-Mutawakkil menjadi khalifah, beliau menyokong fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Banyak perubahan yang dilakukan oleh beliau termasuk melantik Al-Harith Bin Miskin menjadi Hakim Mesir menggantikan Abu Bakar Al-Laith yang merupakan pemimpin Jahmiyyah yang sesat.

Nama sebenar: Al-Mutawakkil Alallah, Jaafar, Abu Fadhal Bin Mu'tasyim Bin Ar-Rasyid.
Nama ibu: Syuja' iaitu bekas hamba.
Dilahirkan pada tahun 205 Hijrah.
Dilantik menjadi khalifah pada 24 Zulhijjah tahun 232 hijrah.



SUMBER: 



10 Disember 2018

2018 bakal melabuhkan tirai.

Tahun masihi bakal berakhir. Inilah tahun yang kita kiblatkan selama ini. Takwim, jadual, dan hampir semua aktiviti kita gunakan kalendar tahun masihi. Tahun masihi yang dikatakan tahun kelahiran Nabi Isa alaihissalam.

Tahun 2018, merupakan tahun kurangaku berceloteh dalam blog ini. Tahun yang penuh kejutan. Tahun penuh dengan kerja tiba-tiba. Aku terima sebagai peluang menimba ilmu dan pengalaman. Aku semakin tua dimamah usia. Usia meningkat tanda peringatan kepadaku. Sebagai insan yang lemah, aku tidak terlepas dari membuat banyak kesalahan. Terlalu banyak dugaan yang perlu ditempuhi. Kadang-kadang perlu profesional, kadang-kadang tidak. Bergantung kepada keadaan.

Tahun ini, aku pulang ke kampung bersama mak dan ayah. Sebelum pulang, singgah di Putrajaya. Ziarah adik ayahku di rumahnya. Ziarah sepupu mak di hospital Putrajaya. Kisahnya sangat menarik. Aku tidak perlu ceritakan di sini. Ada iras iklan dibawah ini. Cuma beza Ayah Su seorang pemandu teksi waktu muda dahulu di KL. Selalu membantu orang lain. Termasuk mak yang pernah tinggal dirumahnya selama setahun.


Kebaikan pasti akan dibalas. Sama ada cepat atau lambat sahaja.

Aku nak kongsi sedikit pembacaanku dari akhbar Sinar Harian,Khamis 6 Disember 2018. Tajuknya "Tidak mudah berbahasa dengan betul" oleh Suhaimi Mohd Salleh dalam ruangan "Oh bahasaku!". Ruangan ini dikelolakan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Yang sering ditemukan ialah ejaan awalan di- yang dijarakkan daripada perkataan yang mengikutinya, seperti 'di belah', 'di sangka' dan 'di perlukan'.  

Sepatutnya ejaannya dirangkaikan atau dirapatkan. Penggunaan bahasa mungkin terkeliru oleh kata sendi nama 'di' yang sememangnyaditulis secara terpisah daripada kata dasar yang mengikutinya, seperti 'di bandar', 'di Dungun, dan 'di belakang rumah', yang menunjukkan tempat atau arah sesuatu. Selain itu, penulisan perkataan 'ko kurikulum', 'pra universiti', dan 'anti dadah' juga sepatutnya dirapatkan.

Partikel penegas, iaitu-lah,-tah, dan -kah perlu dicantumkan pada bahagian belakang kata dasar, seperti biarlah, apatah,, dan mengapakah. Yang turut mengelirukan pengguna ialah partikel pun. Terdapat 'pun' yang dieja bersendiri, iaitu yang merupakan perkataan yang bermaksud 'juga' sebagaimana dalam ayat ini:

Saya pun hendak ke sana. Sebaliknya, pun yang merupakan partikel perlu dicantumkan pada akhir kata dasar, iaitu adapun, andaipun, ataupun, bagaimanapun, biarpun, kalaupun, lagipun, mahupun, meskipun, sungguhpun, dan walaupun.

p/s: untuk rujukan akan datang.







17 November 2018

Hari Anugerah 2018

Hari sabtu 17 nov 2018. Aku sampai ke tempat hari anugerah pada 7.50 pagi. Kelihatan seorang guru dan beberapa pekerja homestay menyusun meja. Ada ketika itu, beberapa pelajar perempuan di sekitar pentas. Mereka ingin membuat latihan terakhir kalam jamaei.

Tidak lama kemudian, beberapa orang ibubapa jemputan telah hadir. Semakin ramai datang. Anggaran jemputan 300 orang. Sehingga penghujung majlis, aku dapat agak tidak cukup 300 orang itu.

Ada antara penerima anugerah dalam tempoh peperiksaan spm. Ada yang hadir. Ada yang hantar wakil. Ada yang tidak hadir.

Sudah lama aku kira tidak bersua muka dengan pelajar2 penerima anugerah ini. Mereka masih sudi bercerita, bertanya khabar dan mohon bergambar bersama para guru yang pernah mengajar mereka.

Secara fizikal, mereka masih berpakaian mengikut kebiasaan di sekolah agama. Budak sekolah agama. Panggilan untuk mereka. Ada yang pandang sinis. Ada yang bangga. Ada buat biasa2. Itulah perwatakan manusia pada lingkungan batas waktu 4 jam ini. Cantik. Bergaya. Kacak. Semua mereka bakal menjejak alam dewasa.

Aku pasti ramai tidak hadir. Kemungkinan terlalu banyak. Yang pasti, mereka merasakan tiada fungsi jika mereka hadir.  Tiada sebarang hadiah diperolehi. Adakah ini yang dikatakan oleh Menteri Pendidikan baharu? Tidak perlu buat perbandingan? Tidak perlu hari anugerah? Tidak perlu peperiksaan? Tiada lagi pertanyaan "Engkau dapat berapa A?". A bukan petunjuk 'kebijakkan' seseorang.

Teringat satu entri yang menceritakan tentang sebuah sekolah. Sekolah yang menceritakan sudut positif seorang anak dihadapan ibubapa mereka. Pujian seorang guru. Kata2 positif seorang guru. Mereka buat ketika perjumpaan 3 penjuru. Tajuk program itu sangat menarik. Malangnya aku lupa.

Tahniah buat anak didikku. Teruskan berjuang mencari, menggali, mengorek ilmu. Biar ujian datang cuba menghalang kaki terus melangkah, carilah jalan penyelesaian dan teruskan usaha mencari ilmu walaupun bukan secara formal. Dunia ini perlu ilmu. Akhirat perlu ilmu. Kedua2 pasti perlukan ilmu.

Selamat Berjuang!

Harold's

Assalamualaikum wbt. Entah kenapa murid-murid f5 memberi air minuman ni dan kek. Bukan kesukaanku dan bukan kegemara...