14 Julai 2012

Bersangka Baik.

Perancangan yang baik tidak semestinya berakhir dengan baik.

Alhamdulillah Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Arab dapat disempurnakan sebaiknya. Allahu Akbar. Allah Maha Besar. Aku hanya hamba yang ditaklifkan menjalankan tugas ini.

Pelbagai halangan dan sangkaan buruk yang tidak terlepas dari fikiranku. Ini berdasarkan pengalamanku selama 2 tahun sebelum ini. Ada sahaja yang tidak elok dipandang oleh seseorang. Kertas kerja yang disediakan lebih awal untuk mendapat peruntukan kewangan dipermudahkan. Banyak yang aku belajar dari 'try n error' daripda senior-senior. Tak terlepas juga ada yang mempergunakan kesempatan yang ada. Layan sahaja. 

Banyak tips yang aku nak kongsi. Malangnya, aku tercicir catatan itu di sekolah. Bukan senang nak dapat tips ini. Bila dah ada dalam blog ini, senang menjadi rujukan. Bukan untuk aku sahaja, malah untuk para pelajar dan guru-guru lain.

Aku share gambar sahaja kali ini. 




Syukran ila kulli tholabah kerana sudi hadir ke bengkel ini. Hanya 3 orang pelajar yang tidak hadir. Ada juga yang hadir diluar jangkaan. Syukran juga untuk pemberi motivasi yang memberikan galakan kepda mereka untuk hadir walaupun ada program belia kampung. Entah program apa. 

Harapanku...

Semoga apa yang dipelajari hari ini dapat digunakan dalam kehidupan seharian dan dalam menjawab soalan BA PMR 2012 ini. Guna kaedah Al-Ustaz memang mudah. Adakah kita mudah lupa? Pesan Al-Ustaz,"Jika tidak diulangkaji selama 4 hari, ilmu itu akan hilang...".

"Bahasa Arab adalah bahasa Al-Quran. Allah tidak akan menurunkan Al-Quran menggunakan bahasa yang susah. Apatah lagi Bahasa Arab dilabelkan bahasa ahli syurga.Jadi pelajarilah Bahasa Arab dengan menganggapnya MUDAH...," kata Ustaz Mohd Ibrahim. (lebih kurang ayatnya)

Mudah sangat berurusan dengan Al-Ustaz. Tidak banyak karenah dan menepati masa. Inilah Akhlak Islam yang kurang dipraktikkan oleh kita sendiri.

p/s: Aku pelik dengan kehadiran seseorang yang tiba-tiba. Sedangkan perasmian sempoi dibuat pukul 4 petang. Semua orang dah balik baru nak sampai atau ada cerita lain? Moga Allah melembutkan hatinya sempena bulan Syaaban dan menghampiri bulan Ramdhan ini. Aminnn ^_^

12 Julai 2012

Digalakkan Baca Pada Malam Jumaat.

Adakah anda sudah menghabiskan bacaan surah Al-Kahfi? Banyak kelebihan surah ini berbanding dengan surah Yasin pada malam Jumaat atau hari Jumaat. 


"Kak Zah tak sedap hati la. Akak banyak dah fikir apa kesilapan akak hari ini? Atau ada bacaan tertentu akak tertinggal. Akak hampir dilanggar kereta tau...Sekarang akak dah tau kenapa. Akak tak pernah lupa bacasurah Al-Kahfi tapi hari ini, akak lupa baca. Terus akak balik dan baca surah Al-Kahfi sebelum masuk maghrib ," kata seorang senior merangkap ahlibait (rakan serumah) aku.


Aku biasakan diri membaca surah Al-Kahfi pada malam jumaat (hari khamis malam jumaat) dan pada hari Jumaat baca Yasin di sekolah. Alhamdulillah...Apa yang aku masih tak buat adalah membaca tafsiran surah Al-Kahfi bukan terjemahan. 


Antara kelebihan Surah Al-Kahfi:


1. pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat.


Dalilnya:  


Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:


“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAHterangi ia dengan cahaya diantara dua Jumaat.”  

(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)

2. Dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.


Dalilnya: 


Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:


“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya” 

(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal”. 

(HR Muslim 809)


3. Ketenangan.



sebahagian hadits yang datang dari Rasulullah SAW adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam kitab Shahihnya :
Ertinya : Seorang lelaki sedang membaca Surah Al-Kahfi, di sisinya seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awanpun datang menyelubungi, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut, manakala dipagi hari beliau mendatangi Nabi SAW, dan menceritakan kejadian tersebut, maka bersabda Nabi : Itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Qur`an, ( H.R Bukhari, kitab Fadha`il Al-Qur`an, bab Fadhli Al-Kahfi, halaman : 898)




Antara kisah yang diceritakan dalam Surah Al-Kahfi ini:


1. Kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim


2. Kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH


3. Kisah Nabi Musa dan Khidir


4. Kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.

5. Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”.  Ia suatu kalimah yang sangat penting.


SUMBER: myibrah, ustazazhar.nethttp://ustazazhar.net/v01/kelebihan-surah-al-kahfi/

11 Julai 2012

Pengiring Sesat dan Janji Mereka.

Jalan itu. Banyak kali aku berulang alik ke situ. Melalui jalan lain. Cuma pernah balik ikut jalan yang aku pergi hari ini. Penat berpusing-pusing. Takut juga berpatah balik. Bertanya beberapa pekerja stesen minyak yang ditemui. Bukan warga negara. Aku jadi kurang percaya. Bertanya lagi. Oh! aku sudah sesat. Akhirnya bertemu destinasi yang dituju.


Membawa 4 orang pelajar ke satu program untuk memperkenalkan kaedah mudah menjawab soalan PMR dengan mudah. Modul yang menggunakan beberapa tip yang mudah difahami. Mudah sangat. Setiap kali habis program, janji kosong aku dengar dari mulut mereka. 'A' ditangan mereka. Alangkah sombongnya kata-kata itu tanpa disandarkan kepada ketentuan Allah dan juga usaha mereka sendiri. Aku masih kabur dengan kata-kata itu. Ya Allah, buktikanlah kata-kata mereka. Hidayah itu itu milikMu.

Makanan tak disentuh. Lapar sangat tapi tahan demi pelajar-pelajar ini.Di sana, terus diberi taklimat tugas fasilitator.Setiap kumpulan mempunyai 8 peserta. Peserta ini kebanyakan terdiri daripada mereka yang tidak lulus matapelajaran BA ini. Ada yang OK. Yang KO nya, apabila peserta tidak menghafal tasrif feel madhi , mudhari' dan feel A'mr. Dhamir munfasil dan dhamir muttasir masih kabur. Masa yang singkat ini dihabiskan dengan membuat jadual formula dhamir dan tasrif ini. Inilah punca mereka tidak lulus!
Ada seorang peserta dari kumpulan aku suka sangat khayal. Apa yang dilayan, aku tak tau. Tenaga pengajar memberi tips-tips, hingga ke istana mana dia sampai, Istana Biru di langit? Bila disuruh, dia buat tanpa melawan. Ikut sahaja. Perempuan ini dah jatuh cintun ke? Andaianku tidak berasas. Gurunya datang kepadaku dan mengatakan pelajarnya itu bermasalah. Selalu khayal dan senyum seorang diri. Tak tau nak dikategorikan pelajar GALUS atau pelajar gagal. Itu kenyataan gurunya. Tiada kata-kata yang terkeluar dari mulutku untuk mengomen pelajar itu. Pelajarku bagaimana?

08 Julai 2012

Berubat Dengan Solat

Solat 5 waktu sehari semalam menyamai 50 waktu yang disyariatkan pada malam isra' wal mikraj. Bahkan bacaan Al-Quran, satu huruf menyamai 10 pahala. 1 pahala menyamai apa pun, itu nilaian Allah. Semua suruhan Allah mempunyai makna dan kelebihan yang tersendiri. Hanya Allah yang Maha mengetahui secara tepatnya.


9 Soalan 2012 di tv9 memaparkan kajian solat menurut perspektif sains. Kajian ini dibuat oleh Prof Dr Ir Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar Wan Abas dan seorang non-muslim, Ng Siew Cheok. Tidak banyak kajian mengenai solat diketengahkan. Alhamdulillah, semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi kajian ini dibuat. Beliau telah memberi bantuan kewangan bagi membiayai  penyelidikan ini.


Kajian ini tertumpu kepada kesan pergerakan solat terhadap fizikal dan mental pengamalnya. Kajian ini termasiklah kesan ke ats komposisi badan, sistem kardioskular, sakit pinggang, isyarat otak, aktiviti otak dan disfungsi ereksi (mati pucuk).




Pergerakan solat merupakan gerakan senaman yang mempunyai kelebihan tertentu jika dibuat dengan betul. Gerkan bermula dengan takbir kemudian disusuli dengan tangan diletakkan diatas perut (atas dari pusat) menjadikan kedudukan rehat.


Seterusnya rukuk 90 darjah dengan membukakan tapak tangan sambil memegang atau menolak  lutut. Jika dilakukan, kita akan mengalami ketegangan urat. Kepada mesti diangkat sedikit dan melihat tempat sujud. Pastikan kedudukan 90 darjah,. Jika tidak, kita akan mengalami sakit dibahagian pinggang dan ia boleh merawat pesakit yang mengalami sakit pinggang.


Seterusnya iktidal. Apabila peserta melakukani'tidal (berdiri selepas ruku) dan tama'ninah ada isyarat ketenangan di situ apatah lagi khusyuk dalan solat. Sujud dalam solat dapat hilangkan migrain dan sudah dibuktikan secara saintifik...duduk tahiyyat awal dan tahiyyat akhir dengan menegakkan kaki dan membengkok ibu jari kaki. Ia boleh mengurang 5% kolestrol dalam badan. Jika tidak membengkokkan, selepas solat kolestrol meningkat 10% atau 5 %.



IBADAT solat mempunyai pengertian yang sangat luas cakupannya. Solat dikatakan boleh memberikan ketenangan dan menjadi senaman terbaik khususnya kepada umat Islam yang mengamalkannya lima kali sehari seperti yang dituntut syarak.
Lebih penting, solat adalah satu medium komunikasi antara manusia sebagai makhluk dengan penciptanya iaitu Allah S.W.T. Amalan harian ini mempunyai 1001 hikmah jika dikaji dari aspek rohani dan juga jasmani.
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Informatik Perubatan dan Sistem Mikro-Elektro-Mekanikal (MIMEMS) di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) Prof. Ir. Dr. Fatimah Ibrahim, ibadah solat boleh memberikan 1001 manfaat kepada pengamalnya jika dilakukan dengan tekun dan tertib.
Beliau yang mengetuai sekumpulan penyelidik yang membuat kajian tentang sains solat sejak tahun 2005 memberitahu, melalui pergerakan dalam solat, banyak fakta saintifik dapat dibongkarkan.
"Hasil kajian yang dijalankan mendapati ibadah solat ternyata boleh memberi pelbagai manfaat kepada pengamalnya.
"Selain manfaat spiritual yang sering dihuraikan dalam bahan rujukan agama, solat juga memberikan manfaat fizikal dan mental jika pengamalnya melakukan ibadah tersebut dengan postur atau gerak laku yang betul.
"Kita sering diberitahu, solat adalah tiang agama. Dari sudut sains pula, pergerakan dalam solat sangat baik untuk kesihatan.
"Dari aspek agama, solat adalah tanda kita berterima kasih kepada Allah manakala dari sudut sains, solat adalah amalan penjagaan tubuh yang sempurna.
"Sementara itu, solat juga sering disebut sebagai amalan kerohanian yang boleh mencegah kemungkaran.
"Dalam kajian kami, pergerakan dalam solat sebenarnya boleh menghadirkan gelombang fokus dan ketenangan dalam diri yang menjadi tunjang pemikiran rasional seterusnya dapat mengelakkan pengamalnya melakukan perkara di luar batasan," jelasnya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.
Bukan itu sahaja, Fatimah turut memberitahu, pergerakan dalam solat jika dilakukan dengan postur yang betul sudah dibuktikan mampu mencegah, merawat dan memulihkan beberapa jenis penyakit.
"Jika solat diamalkan mengikut lima cara solat Rasulullah S.A.W, Insya-Allah amalan ini boleh menyihatkan jantung, menguatkan pinggang, merawat mati pucuk bagi lelaki dan mati putih bagi wanita, meningkatkan kualiti seks dan memulihkan otot kelamin.
"Selain itu, kajian ke atas testimoni juga mendapati terapi pergerakan solat boleh menguruskan badan, mencantikkan dan menganjalkan tubuh, mengurangkan kolesterol, mengawal tekanan darah tinggi dan banyak lagi manfaat lain," jelasnya.


JARI kaki yang dibengkokkan semasa sujud dan duduk tahiyat boleh mengurangkan kolesterol.




Sakit pinggang
Bagaimanapun, kata Fatimah, hasil tersebut hanya boleh diperoleh sekiranya pengamal solat melakukan ibadah tersebut mengikut lima cara solat Nabi Muhammad.
Lima cara tersebut ialah mengerjakan solat lima waktu sehari semalam, solat secara berjemaah, memahami bacaan dalam solat, kedudukan kaki semasa tahiyat dilakukan dengan sempurna dan kedudukan tulang belakang berada dalam keadaan mendatar 90 darjah ketika rukuk.
"Setakat ini, ada lapan kajian yang kami lakukan terhadap manfaat pergerakan solat terhadap pengamalnya.
"Antaranya ialah kajian elektroensefalogram (EEG) yang dilakukan semasa testimoni menunaikan solat terutamanya ketika tamakninah.
"Tamakninah adalah perbuatan berhenti seketika pada posisi tertentu sebelum bertukar ke posisi lain.
"Dengan menggunakan serkup kepala yang dilengkapi elektrod, eksperimen ini dilakukan untuk melihat kesan tamakninah ke atas isyarat otak.
"Daripada analisis yang dijalankan, wujud peningkatan yang nyata bagi ketumpatan kuasa spektrum (KKS) pada komponen 11 Hz di lobus parietal semasa testimoni berubah daripada posisi berdiri dan mengangkat iktidal kepada posisi sujud.
"Pergerakan tersebut telah menyebarkan spektrum untuk semua tujuh elektrod berlainan. Melalui bacaan graf tersebut, analisis EEG membuktikan perbuatan tamakninah dapat meningkatkan jalur frekuensi alpha iaitu ketenangan.
"Disebabkan itu, Islam sangat menuntut umatnya melakukan tamakninah ketika bersolat," kata Fatimah.
Menjelaskan lebih lanjut tentang manfaat fizikal yang diperoleh daripada lima cara Nabi Muhammad bersolat, beliau memberitahu, rukuk yang sempurna iaitu posisi membengkokkan tulang belakang 90 darjah, tangan diluruskan dengan telapak tangan ditekap kemas di tempurung lutut sangat membantu meregangkan otot di bahagian paha di samping melatih kordinasi otot-otot belakang dan kaki.


KOMPOSISI badan perlu diukur sebelum dan selepas menjalani terapi.




"Pergerakan rukuk yang betul dapat mencegah, merawat dan memulihkan sakit pinggang dan sakit belakang jika ia dilakukan dengan betul.
"Ketika badan mula menunduk, otot-otot lumbar yang terletak di bahagian belakang badan akan mengecut dan kemudian berehat apabila tubuh menunduk sepenuhnya.
"Ketika rukuk, refleksi spina yang berada pada sudut 90 darjah akan memastikan tulang belakang berada dalam keadaan baik kerana posisi tersebut dapat membuka ruang antara saluran spina.
"Manfaatnya, jika postur ini dilakukan dengan betul ketika bersolat lima kali sehari, ia akan mengurangkan risiko penghimpitan urat saraf sekali gus menggalakkan kefleksibilitian spina.
"Namun, jika tidak rukuk dengan sempurna, jantung akan mendapat tekanan dan jika keadaan ini berlarutan, individu tersebut boleh mendapat sakit jantung," jelasnya.
Sementara itu, tabiat membengkokkan jari kaki ketika sujud dan duduk semasa tahiyat turut membongkar fakta yang mengejutkan.
"Mereka yang membengkokkan kaki dapat mengurangkan jisim lemak badan (FM) manakala lemak tanpa jisim (LBM) seperti tisu otot dapat ditingkatkan.
"Ini menyebabkan komposisi badan bertambah seimbang kerana penurunan lemak atau kolesterol badan seterusnya dapat mengurangkan risiko pelbagai penyakit seperti penyakit jantung.
Kolesterol
"Namun, sekiranya anda bersolat tanpa membengkokkan jari, FM akan bertambah dan LBM pula berkurangan.
"Ini akan menyebabkan otot tisu mengecut dan ruang tersebut mula dipenuhi gumpalan lemak badan yang akan mengundang risiko penyakit jantung, strok dan kegemukan," ujarnya yang memberitahu pergerakan rukuk dan sujud mempunyai banyak persamaan dengan senaman fisioterapi senaman pagi dan 'quadraped'.
Menurut Fatimah yang bekerjasama menjalankan penyelidikan sains solat bersama Prof. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok, cara pernafasan yang betul semasa bersolat boleh mengaktifkan otot perut dan membantu mengempiskan perut.
"Caranya mudah, setiap kali rukuk dan sujud, ulang bacaan tasbih dengan kiraan minimum sebanyak tiga kali. Selang selikan bacaan tersebut dengan menarik nafas.
"Untuk mendapatkan keputusan yang ideal, anda boleh membaca tasbih sebanyak lima kali," katanya.
Beroperasi di Makmal Klinikal Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan UM, selain membuat kajian, Fatimah dan kumpulannya turut menyediakan perkhidmatan ujian kolesterol, ujian risiko sakit jantung dan kesihatan keseluruhan, audit postur dan pergerakan solat terhadap komposisi badan, terapi menguruskan badan serta terapi sakit pinggang.
Selain itu, orang ramai juga boleh mengukur tahap otot kelakian dan kewanitaan, ujian gelombang ketika solat dan terapi kesihatan lelaki atau mati pucuk dengan kerjasama Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM).
Untuk mengetahui perkara selanjutnya, anda boleh membeli melalui pengedar tunggalnya En Bahrom. No. telefon: 019-3799101.


SUMBER :
1.  http://cmimems.wordpress.com/book/, Buku: SOLAT Kebaikan Dari Perspektif Sains.


2. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0708&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_07.htm



07 Julai 2012

Menulis dan Bersalaman

Daripada buku yang paling aku tak suka kepada buku yang paling aku suka baca. Automatik aku kagum dengan penulisnya. Bukan mudah nak jadikan sejarah di 'upgrate' menjadi novel. Aku dah cuba. Oh! aku tak mampu. Sekadar merapu dalam blog boleh sahaja.


Bila aku cuba search kata-kata blogger lain tentang penulis ini, aku jumpa satu kenyataan. Bangun seawal pagi untuk menulis dan 15 hingga 20 helai sehari. Aku terfikir. Bagaimana beliau boleh istiqamah menulis sebanyak 15 helai sehari? Mungkin minat atau tanggungjawab.


Aku baca blog tentang penulis muda. Mereka akui bukan mudah menulis jika ketandusan idea. Apatah lagi menulis setiap hari. Ada juga hari yang direhatkan. Buntu dengan penulisan atau sambungannya.


Ada juga menulis sekadar luahan hati. Banyak kata-kata semangat untuknya. Ayat yang santai dan mudah difahami. Akhirnya ditawarkan menjadi penulis. Penulisannya menjadi wadah perjuangannya di alam maya. Subahanallah!


Medium ICT memudahkan sesiapa sahaja untuk menulis. Semua penulis mempunyai alat ICT. Kalau sebut alat ICT, telefon, kompiter, laptop termasuk alat ICT. Jika dulu menulis menggunakan mesin taip. Nak edit susah. Sekarang, proses men'edit' ni mudah. Jika rasa tak best, ubah ayat. Jika rasa ada penambahan maklumat, tambah di mana-mana bahagian yang tertentu. Wah...semua orang boleh menulis ni. Facebook la paling glamour. Ayat apa pun, asalkan penbaca faham. Yang hancurkan bahasa pun ada. hehehe (termasuk aku)




Sekarang aku dah beralih kepada bicara santai penulis muda tanah air. Ramai penulis muda ni. Jika ada unsur fakta dan gaya bahasa yang tak mengantuk, aku layan buku itu. Jenis novel fiksyen dah lama aku layan. Sejak tinggal di asrama. Aku suka pinjam. Beli juga kalau rasa best. Jenis triller memang kegilaanku. Terutama novel tulisan RAM. Unsur cinta ilahi. Cinta manusia kurang sikit. Novel jiwang aku kurang layan. Baca pun ringkas. Mula baca muka surat akhir atau bab akhir. Atau tebuk ditengah-tengah.


Sejak aku banyak bermain dengan buku-buku di sekolah, ramai penulis aku kenal. Sekadar nama dan gaya penulisan. Penulis ni genre apa. Penulis ini skema. Penulis itu agamawan dan sebagainya. Jumpa face-to-face,  setakat ni belum lagi. Sekadar di alam maya. hahaha


p/s: aku tak puas hati kalau tak tulis mengenai 'semalam'. Aku nak tulis jugak walau menyelit.


Semalam aku ke rumah ustaz baru di sekolah aku. Ada bacaan dia selamat. Kemudian ada belas pelajar (lelaki) datang kepada kami, barisan guru-guru perempuan. Dihulurnya tangan. Aku dah pandang. Guru perempuan  sambut. Sampai ke giliran aku, aku isyaratkan tangan 'menunjukkan aku tidak hulur tangan' dan aku angguk sahaja. "Oh tak boleh dengan ustazah, lupa," kata pelajar ini. Ada kawanku dikalangan guru kata,"Orang tak kahwin lagi tak boleh salam,"...aku senyap.


Aku nak bagi kenyataan kat sini.


Rasulullah mendapat baiah daripada wanita ansar dengan lafaz sahaja. Tiada huluran salam di antara mereka. Hanya sesama jantina dibenarkan. Anda boleh baca di blog ini  berkaitan dalil


Hukum Bersalam Lelaki Dengan Wanita Ajnabiyah Yang bukan Mahram


Oleh Ustaz Aldi Mutaffa (SINI)


Ramai dikalangan pengaku ustaz apabila terbersalam dengan wanita di hadapan khalayak ramai, kemudian ditanya bukankah bersalam dengan mereka itu haram? cepat-cepat dia akan menjawab.."alaa boleh dalam mazhab lain" atau "ada ulama kata boleh" atau "untuk tidak mengaibkan dan tidak memalukan perempuan itu maka boleh bersalaman" dan sebagainya dari puluhan alasan lagi yg hakikatnya tidak bertepatan dengan sunnah Rasulullah langsung. Amat malang mereka itu sering pula melaungkan Sunnah! Ittiba'us Sunnah dan pelbagai lagi men-declare diri sebagai pengikut Sunnah Nabi. Sedangkan Nabi tidak pernah bersalaman dengan wanita ajnabiyah bukan muhrim bahkan dalil sunnah menunjukkan ia haram.


APA DALIL BERSALAMAN LELAKI-WANITA ITU HARAM?


Kita dalam membicarakan hukum bersalam ini antara lelaki yang sudah dewasa dengan wanita bukan muhrim yang sudah dewasa bukan dan tidak membicara hukum bersalaman dengan wanita tua sesangat atau budak perempuan yang masih kecil. Perlu diberi perhatian.


Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidatuna Aisyah mengenai bai'ah yang dilakukan oleh Rasulullah terhadap beberapa orang perempuan, Aisyah berkata: " Demi Allah, tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai'atan itu. Baginda hanya membai'ah mereka dengan perkataannya: "Benar-benar telah aku bai'ah kamu atas hal itu." (Riwayat Bukhari)


Hadith di atas amat jelas menunjukkan bahawa Rasulullah tidak bersalaman dengan wanita bukan muhrim walaupun mereka menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Rasulullah, rasulullah tidak menyambut mereka dengan bersalaman tetapi Rasulullah bersalam pula dengan lelaki iaitu para sahabat lelaki yang membai'ah baginda dengan cara bersalaman.


Dari ini membuktikan sunnah Rasulullah sekiranya berlaku pada kita wanita yang bukan muhrim menghulur tangan untuk bersalaman dengan kita atau lelaki bukan muhrim menghulur tangan kepada wanita itu bersalaman maka sunnah dan terbaiknya adalah kita TIDAK menyambut dengan bersalaman tetapi dengan memberi isyarat lain atau mengucapkan salam atau selamat kepadanya sahaja tanpa bersalam.


Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari berkata: "Maksud ucapan Rasulullah: "Benar-benar telah bai'ah kamu dengan ucapan." Adalah ucapan tanpa berjabat tangan sepertimana yang biasa terjadi, di mana lelaki berjabat tangan sewaktu bai'ah dijalankan.


Dari Abdullah bin Amr bin al-Asr. berkata: "Rasulullah tidak pernah berjabat tangan tangan dengan perempuan dalam pembai'atan." (Riwayat Imam Ahmad)


Dalil kedua,Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan. Ucapanku kepada seorang perempuan seperti kataku pada seratus perempuan.”(HR Ibnu Hibban, Malik & Nasa’i)


Dari Ma’qil bin Yasaar katanya, “Rasulullah telah bersabda: “Sesungguhnya jika dicerca kepala salah seorang dari kamu dengan alat dari besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahramnya).” (HR At-Thabrani & al-Baihaqi, sahih).


Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah bersabda: “Sudah ditakdirkan bagi anak cucu Adam bagian dari zina yang pasti akan menimpanya. Kedua mata, zinanya ialah memandang; zina dua telinga ialah mendengar; zina lisan ialah ucapan; zina tangan ialah menyentuh; zina kaki ialah melangkah; zina hati ialah menginginkan sesuatu, berangan-angan dan farajnya membenarkan atau mendustakannya.”


Rasulullah juga bersabda: “Tidak pernah aku menyentuh tangan perempuan (ajnabi/bukan mahram)” (HR At-Thabrani, dari Uqailah binti Ubaid).Dalil-dalil di atas amat menunjukkan pengharaman bersalam lelaki dengan wanita yang bukan muhrim.


BENARKAH DISANA ADA DALIL MENGHARUSKAN PERSALAMAN LELAKI-PEREMPUAN?


Mereka yang beria-ia sangat mempertahankan hukum bersalaman lelaki-wanita sering mengunakan hujjah yang mereka sendiri palsukan. Mereka mempergunakan beberapa hadith yang menyebut nabi memberi salam kepada sahabiyah. Amat malang hadith tersebut terang-terang menunjukkan nabi memberi salam dan BUKAN BERSALAMAN dengan wanita. Ya, dalam islam diharuskan kita memberi salam kepada muslimah dan DIHARAMKAN kita bersalaman dengan wanita.


Hakikatnya tiada langsung dalil yang mengharuskan hukum bersalaman lelaki dengan wanita ajnabiyah yang bukan muhrim ini bahkan Rasulullah sebagai ikutan kita tidak pernah melakukannya. Amat sedih golongan pengaku sebagai pengikut Sunnah tidak menghidupkan sunnah Nabi, Nabi tidak bersalaman dengan wanita bukan muhrim.


Amat sedih lagi mereka itu mengharamkan bersalaman antara lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita selepas solat berjemaah kononnya atas dasar bid'ah masuk neraka tetapi MENGHALALKAN pula persalaman antara wanita dengan lelaki dan lelaki dengan wanita. Ini membuktikan dakwaan mereka sebagai Salafi, Ittiba'us Sunnah dan lain2 lagi hakikatnya adalah tipu helah pengkhianat Sunnah sebenar!!!.


KALAU WANITA TU HULUR TANGAN DAHULU KITA BOLEH SAMBUT?


Jawapanya sudah pasti tidak boleh, haram hukumnya walaupun wanita ajnabiyah itu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan kita dihadapan khalayak ramai sekali pun, haram bagi wanita itu dan haram bagi lelaki menyambut tangannya untuk bersalam, samaada tanpa bersyahwat atau tidak, terselamat dari fitnah atau tidak ianya adalah tetap HARAM.


Soalan ku lontarkan kepada pemuka sunnah yang palsu. Nabi bersalaman (berjabat tangan) dengan perempuan yang bukan muhrim ke tidak?!


Ketahuilah bahawa Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan.” (HR Ibnu Hibban, Malik & Nasa’i)


Mana laungan sunnah kamu semua?! kamu sanggup bertasamuh dan bertolak ansur dalam isu persalaman wanita-lelaki dan perkara lain yang sejalan dengan hawa nafsu kamu tetapi pada masa yang sama kamu kafirkan orang buat maulid dan menetapkan mereka ahli bid'ah masuk neraka!
Kamu marah orang berzikir nama Allah beramai-ramai pada masa yang sama kamu biarkan tarian bogel beramai-ramai dari kalangan 'anak'anak' kamu sendiri!


Wallahi! dakwaan kamu kononnya bersalaman lelaki dengan wanita ajnabiyah bukan muhrim ini harus merupakan kepalsuan yang tidak berdalil dan tidak berfakta!


SEDIKIT NASIHAT


Berikan dan sampaikan salam, jawab salam, bersalamanlah diantara yang halal bukan yang haram. Sesungguhnya bersalaman lelaki dengan perempuan itu adalah hukumnya HARAM...


1. Bila menerima sijil atau anugerah,penyampai anugerah itu bukan muhrim,dan dia menghulurkan tangan.


2. Bila kita melawat rumah orang, dan tuan rumah menghulurkan tangan.


3. Bila tetamu datang, dan dia menghulurkan tangan.


Dengan siapa anda boleh bersalam? SINI


Catatanku dahulu. SINI

03 Julai 2012

'Bodoh'

Sekolah tempat mencari ilmu. Bukan tempat untuk enjoy. Bila habis sekolah nanti, sekolah lah tempat paling best. Cukup sekadar nangis kena herdik oleh guru-guru. Menangis adalah cara terbaik untuk meluahkan perasaan selain menulis seperti aku dalam blog. hehehe...

Aku melihat seorang pelajar yang 'macho' menangis. Tak sangka dia boleh nangis depan aku. Muka aku kan serius. Aku bukan boleh buat muka yang boleh buatkan orang menangis. Bila minta dibaca, masih menangis. Kelemahan aku...tak pandai nak pujuk. Takkan nak belanja aiskrim kot. hahaha...serius! aku dah jadi blurrr.

Adakah manusia diciptakan untuk jadi BODOH? Bukankah dalam Al-Quran Allah sebut manusia adalah sebaik-baik ciptaan. Sedihkan bila ada guru mengatakan seorang pelajar itu bodoh. Hanya yang tidak berakal dianggap bodoh. Sebab itu ada pepetah mengatakan 'bodoh seperti lembu'.

Aku juga kadang-kadang geram dengan perangai pelajarku sendiri. Hilang kesabaran. Rasa nak lempang laju-laju. Tapi bila ingatkan aku dulu seperti mereka. Pernah kena herdik. Kaw kaw gitu! Pernah kena rotan. Pernah kena berjalan itik. Lari keliling padang dan macam-macam. Tak teruk pun. Macam biasa. Pengalaman zaman sekolah. Pedulikan semua itu. Anggaplah ini cabaran.


Pelajar-pelajar aku ni seperti adik-adik. Tak bagi nasihat rasa bersalah. Beri nasihat, macam tak mungkin berubah. Membebel panjang, pelajar tidak bermasalah bosan. Mengajar terus, tak boleh luahkan apa yang terbuku dihati. Semua tak kena. Serba salah. Bagaimana guru-guru lama boleh bertahan? Memang tabah cikgu-cikgu zaman dulu.

Walaupun aku pernah mengajar di 4 buah sekolah rendah dan 2 buah sekolah menengah, aku dapat rasakan mengajar di negeri sendiri lagi baik. Mungkin suasana tempat tinggal yang sama sejak kecil. Tak banyak beza. Dengan didikan keluarga yang amat mementingkan agama. Al-Quran mesti dibaca setiap hari. Masuk waktu maghrib, tv dah kena tutup. Itulah kebiasaan kami.

Amat pelik bila mengajar di negeri lain. Dengan keadaan pelajar yang tidak dapat membaca Al-Quran dengan baik dan keadaan keluarga yang tidak mementingkan agama, serta masalah keluarga, aku hilang tumpuan. Tidak tau harus dimulai dari mana. Kadang-kadang aku terbawa-bawa dengan suasana pembelajaranku yang amat mementingkan peningkatan ilmu dan percambahan ilmu. Tidak ramai yang dapat mengikuti cara pengajaranku.

Aku masih mencari kaedah terbaik mengajar pelajar seperti mereka. Kelemahan pada diriku menambah kecacatan yang sedia ada. Perubahan yang cepat adalah mustahil kecuali dengan pertolongan Allah tiada apa yang mustahil.

PMR tahun ini seolah-olah tiada harapan untuk aku mencapai target 9 atau 10 orang mendapat A. Dimana kelemahan dan kekuatan mereka. Atau mungkin kelemahan pentadbiran sekolah dan guru-guru sekolah termasuk aku. Aku pernah mendengar kata-kata ini ' nak tengok sekolah itu bagaimana keadaannya, tengoklah ketuanya'. Aku tak nafikan. Kekuatan Islam pada zaman kegemilangan Islam terletak kepada ketua dan pemimpin. Jika mereka baik, baiklah keseluruhannya. Jika rosak, rosaklah keseluruhannya. Seperti hati yang menjadi ketua kepada sistem tubuh badan kita.

'Baiah' tidak perlu dikejar. Lagi dikejar, ia semakin lari. Jadi buatlah kerana Allah, moga akhirat kita dapat dan dunia juga dapat. Tak perlu penghargaan orang lain. Cukup kita melaksanakan kerja yang diberikan. Gaji yang diperolehi mendapat keberkatan. Aku teringat kata Usraz Don,"kalau kita dapat gaji RM5000 tapi kerja kita seperti RM1000. Baki RM4000 lagi akan dikembalikan dengan cara, rompakan. Ada kerosakan kereta. Ada bayaran ubat bagi penyakit yang dihidapi..."

Buat pelajar-pelajarku. Maaf andai aku terlepas kata. Sahutlah cabaran bukan kerana duit tapi kerana Allah. Allah menjanjikan keamanan, kebahagiaan dan menjadikan kita orang berilmu. "Adakah sama orang berilmu dengan orang tidak berilmu?" firman Allah. Ilmu Allah luas. Kita yang perlu berusaha menerokainya. Tanpa usaha, ilmu itu tidak akan datang tergolekdihadapan kita. Biar sakit sekarang. Jangan sakit kemudian.

Jika nak tambah lagi, masukkan dalam ruangan komen yea. Baca dan muhasabah bersama. Wallahu A'lam ^_^

01 Julai 2012

Perubahan Mesir.

Menggunakan medium facebook memudahkan aku mengetahui perkembangan terkini Presiden Baru Mesir, Dr Muhd Morsi. 18 Jun Kemenangan berpihak kepada perjuangan Islam. Alhamdulillah.

Penggulingan Husni Mubarak tiada kaitan dengan Ikhwanul Muslimin. Apabila pemerintahan Mesir diambil alih oleh tentera, dan berlaku pilihanraya, Pihak ikhwanul Muslimin melantik Dr Morsi sebagai calon mereka. Dr Morsi tidak meminta dirinya dipertandingkan tetapi pihak IM yang melantiknya.

Dari segi keperibadian Dr Mursi amat menakjubkan. Sehingga Presiden Palestin, Ismail Haniyyeh berkata : "Sungguh ajaib penjara Mesir. Masuk Nabi Yusif ke dalamnya dan keluar menjadi Raja Mesir. Begitu juga Dr Muhammad Mursi ke dalam penjara Mesir dan keluar diangkat menjadi Presiden Mesir."

**********
20 Ogos 1951, lahir seorang bayi lelaki di Wilayah As-Sharqiyyah, perkampungan Al-Udwa. Keluarganya amat mementingkan pendidikan Islam dan hidup sederhana. Bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Anak ini seorang penghafaz al-Quran 30 Juzu'. (Apa yang aku faham, majoriti rakyat Mesir beragama Islam adalah penghafaz Al-Quran.)

Tahun 1978, Dr Mursi berkahwin dengan seorang hafizah, Pn Najla' Mahmud. Mereka dikurniakan 5 orang anak dan 3 orang cucu. Kedua-duanya menghafaz al-Quran dan hiudp berpandukan Al-Quran dan hadis.

Dr Mursi mendapat pendidikan di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan. Kemudian menyambung pelajaran di peringkat Sarjana di Universiti Cairo dalam Bidang Kejuruteraan Metalurgi. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana Kedoktoran di Universiti Southern, California, Amerika Syarikat.

Beliau dilatik menjadi pensyarah di Univeristi Southern California dan menjadi pembantu Prof di Universiti California-Borth Ridge. Setelah kembali ke Mesir, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua jabatan Fakulti Kejuruteraan Material di Universiti Zagazig.

Beliau terkenal dengan hasil kajian dalam bidang industri mengenai pengeluaran hasil bumi Mesir. Selain itu, beliau mempunyai puluhan hasil kajian dalam menyelesikan kajian permukaan logam yang merupakan kepakaran beliau. Kajian beliau ini mendapat pengiktirafan NASA sekitar tahun 80-an.

Disamping penglibatan beliau dalam bidang akademik, beliau juga terlibat dalam bidang dakwah. Beliau aktif sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ihkwanul Muslimin. Beliau pernah bertanding dan terpilih sebagai ahli parlimen (2000-2005). Pada pilihanraya 2005, Dr Mursi mendapat undian suara terbanyak sehingga mengalahkan Parti Demokrat. Namun keputusan tidak berpiha kepadanya dan beralih kemenangan kepada Parti Mubarak.

Beliau teruskan perjuangan dalam permasalahan Palestin. Beliau melihatnya sebagai permasalahan umat Islam bukan permasalahan rakyat Palestin. Dr Mursi terpilih sebagai ahli Majlis Penentangan Zionisme di wilayah As-Sharqiyyah. Beliau juga pengasas kepada Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

Dr Mursi pernah beberapa kali dimasukkan ke dalam penjara akibat penentangan terhadapa kekejaman rejim zionis terhadap bumi Palestin. Dalam Jemaah Ikhwan Muslimin, beliau antara orang yang aktif sehingga sanggup mengorbankan diri, jiwa dan harta diwakafkan dalam perjuangan dakwahnya ini. Selepas terjadi pemalsuan parlimen pada pemilihan tahun 2005, Dr Mursi menjadi penggerak utama yang melakukan demontrasi dan menyokong pembebsan sistem kehakiman. 18 Mei 2006, beliau ditangkap bersama 500 orang anggota IkhwanMuslimin di depan Mahkamah Cairo dan Mahkamah Al-Jala. Selama 7 bulan meliau meringkuk dalam penjara Mesir.

28 Januari 2011(Jumaat), Dr Musri ditangkap bersama sebahagian pimpinan Ikhwan Muslimin. Hari itu terkenal dengan nama Jumaat Amarah (Jumaat Ghadhab). Keluarga beliau juga menjadi sasaran penangkapan, Dr Ahmad ditangkap semasa Dr Mursi menjadi calon dalam pemilihan tahun 2000.

*********

18 Jun 2012, menyaksikan mengumuman Presiden Mesir. Allahu Akbar! kemenangan berpihak kepada Dr Morsi yang mendapat undian terbanyak walaupun mendapat tentangan hebat dari lawannya. Rakyat mesir, sujud syukur di atas jalan di mana sahaja mereka berada. Kereta diberhentikan dan mereka turun menyatakan rasa syukur kepada Allah atas kemenangan ini. Semua ini adalah pertolongan Allah. Inilah tangan ajaib yang membantu kemenangan ini.

Sebaliknya yang berlaku ke atas orang bukan Islam terutama Zionis. Suasana yang berbeza. Mereka meraung dan berdukacita atas kemengan Islam ini. Jika dulu Husni Mubarak menyokong mereka. Sekarang, Dr Mursi akan memberi bantuan kepada rakyat Palestin. Tidak dilupakan jua, rakyat Syria. Pemerintahan Basyar yang zalim juga akan ditentang sebaik mungkin.  Cantiknya aturan Allah.

sumber facebook.

Kita tidak akan menyangka selama ini Dr Mursi hanya menyewa rumah. Beliau tidak memiliki rumah yang tersergam indah sebagaimana pemimpin negara lain. Masyarakat disekitar amat menyenangi kehadiran beliau. Walaupun beliau menjadi seorang presiden, beliau tetap menunaikan solat berjemaah dan menjadi imam kepada rakyatnya. Sifatnya yang mudah mesra menjadikan beliau amat disenangi oleh sesiapa sahaja. 


Tidak memakai jubah atau berserban, tidak bermakna dia kurang 'islam'. Apakah kerana beliau memakai 'kot', beliau tidak dianggap pemimpin islam?

Beliau meleraikan rantai tangan yang dibuat oleh tentera. Beliau hanya takutkan Allah. Moga Allah memeliharanya sebgaimana permintaannya. Masih ada pemimpin seperti ini? Subahanallah, Walhamdulillah, Wala Ilaha Illallah, Wala Haulawala Quwwata Illa Billah.

Nak tahu lebih lanjut baca dari sumber di bawah ini ^_^

SUMBER: cyber2u, fb ikhwan

Harold's

Assalamualaikum wbt. Entah kenapa murid-murid f5 memberi air minuman ni dan kek. Bukan kesukaanku dan bukan kegemara...