14 Mei 2012

Dengan Siapa Kita Boleh Bersalam?

"Kak, guru-guru yang perempuan sekolah akak semua bersalam dengan pelajar lelaki?" tanya seorang juniorku.

"ermm...ada juga. Kenapa tanya?"

"Tak la...sekolah saya tu...ustazah pun salam dengan pelajar lelaki. Padahal budak tu dah baligh. tingkatan 5 tu kak," jelasnya lagi.

"Entah la. Susah juga kalau orang berilmu buat juga kan," seolah-olah aku pasrah. Mungkin situasi aku sama. Aku pendam selama ini. Tak tau nak mulakan daripada mana.

Jika guru biasa buat...aku tak kisah. Aku andaikan dia tidak tau. Tapi jika ustazah buat, apa tanggapan pelajar? mesti boleh bersalam kan?

"Ada seorang pelajar tu datang nak salam...katanya saya dah kahwin. Boleh la salam. Saya kata tak boleh. Saya rasa dia konfius la. Dengan ustazah lain boleh je salam," ceritanya lagi.

Jadi aku rasa...penjelasan bentuk gambar boleh difahami. Moga gambar2 ini bermanfaat.



SUMBER si introvert

2 ulasan:

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...