13 Februari 2012

Salam.

Hari ini aku tidak berkesempatan melihat perlawanan bola tampar. Entah kenapa aku tidak berminat. Apatah lagi sudah ada guru yang mengiringi pelajar-pelajar itu.

Hari ini seperti biasa ada perhimpunan mingguan. Entah kenapa pelajar yang akan menyertai perlawanan ini datang. Hendak mengambil berkat dari guru-guru. Mungkin itu anggapan mereka. Dari kejauhan aku hanya memandang. Entah kenapa hatiku tidak senang dengan tindakan mereka.

Semua guru sudah bersedia. Sekejap lagi akan ada perhimpunan. Semua pelajar sudah mengambil tempat. Beratur mengikut kelas dan tingkatan. Ikut jantina. Lelaki dan perempuan. Semua tindakan guru di hadapan mereka dipandang. Umpama drama yang tidak berkesudahan. Semua itu tidakku pedulikan.

Dari jauh aku lihat pelajar-pelajar pasukan bola tampar. Aku kira dalam 12 orang. Betul ke? biarkanlah. Semuanya lelaki. Bagi aku mereka sudah baligh. Tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Jika pelajar sekolah rendah aku anggap masih belum baligh. Pelbagai bentuk rambut yang dipertontonkan. Aku tidak suka! Mereka lebih suka menyimpan rambut di dalam songkok selama ini. Tepi dinipiskan. Bahagian tengah dibiarkan. Fesyen moden ke? Bagi aku macam kepala ayam serama. Ada seperti burung kakak tua.

Apa yang aku lihat, mereka bersalaman dengan barisan guru lelaki. Seterusnya bersambung ke barisan guru perempuan. Aku dan seorang guru baru (teacher) berada di hujung. Kami berdua bertudung labuh. Teacher dah peluk tangannya ke badan. Aku pulak sibuk pegang kertas. Mereka tetap hulurkan tangan. Aku cuma anggukkan kepala. Begitu juga tencher. Tanda merestui perlawanan mereka. Mereka tidak faham. Bukan salah mereka.

Apa yang menghairankan aku, guru-guru menyambut tangan mereka dengan mesra. Seolah-olah ibu dan anak. Tetapi dalam Islam mereka tetap bukan muhrim (istilah melayu). Mereka boleh berkahwin walaupun umur berjauhan. Tetap batal wudu' mereka. 

Sejak 2 tahun yang lalu, hanya aku yang tidak bersalaman dengan mereka. Tahun ini bertambah seoranglagi guru baru. Walaupun mengajar Bahasa Inggeris, dia tetap faham agama. Bukan disebabkan dia ustazah atau ustaz. Jika ustazah atau ustaz yang tidak faham agama pun tiada guna. 

Bagi aku asas agama semua orang Islam perlu tahu. Bukan pada title ustazah atau ustaz sahaja. Bahkan mereka yang mengucapkan kalimah syahadah. Semua ini adalah fardu ain. Wajib dipelajari. Jika tidak tahu, kita boleh belajar. Ilmu Allah ini luas. Batasan pergaulan mesti ada walaupun sebagai rakan sekelas atau rakan sekerja. 


Bekas housemate aku. Berpakaian seperti kebanyakan gadis lain. Bekerja dengan bos India. Walaupun dia berpakaian seperti itu, dia tetap tidak bersalaman dengan lelaki yang bukan muhrim. Bangsa India memahaminya. Bila turun ke site...cukup setakat menundukkan kepala. mereka cukup faham. Tapi kenapa dengan orang Islam yang berbangsa melayu di sekelilingku ini?

Cuba hayati kata-kata ini:

A British man came to Sheikh and asked: Why is it not permissible in Islam for women to shake hands with a man? The Sheikh said: Can you shake hands with Queen Elizabeth? British man said: Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth. Sheikh replied: our women are queens and queens do not shake hands with strange men.

Then the British man asked the Sheikh:... Why do your girls cover up their body and hair? The Sheikh smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed. He threw them both on the dusty floor and asked the British: If I asked you to take one of the sweets which one will you choose? The British replied: The covered one. The Sheikh said: that’s how we treat and see our woman....

Moga ada perubahan buat anak didikku selepas entri ini dibaca.

Allahuma Faqqihna Fiddin...Ya Allah, Berilah kami kefahaman dalam agamaMu (Islam). Aminnn ^-^

2 ulasan:

  1. setuju..masa kat UM dulu pernah berdebat n berbincang sal salam antara lelaki dan pompuan. hukum asal tetap haram. xde hukum yang boleh dimaafkan.saya pernah kena bantai dgn Naib Canseleri sebab dia hulur tangan tapi saya x sambut.Dia cakap dah anggap sya macam anak sendiri. tapi hukum Allah tidak ada alasan tuk menghalalkan yang haram...gelaran ustaz ustazah bukan jaminan seseorang itu faham apa itu Islam..;)

    BalasPadam
  2. Senang org nak jual agama dgn title 'ustaz' dan 'ustazah' kan. Hanya yang betul2 faham agama yang mengamalkannya. Moga kita di kalangan orang sentiasa belajar dan memperbaiki diri sebaik mungkin =)

    BalasPadam

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...